Pages

Thursday, September 12, 2013

Kenapa nak ubah tajuk, juga kenapa nak menyibuk?

Ho ho,, baru aku tau,,, dapat gaji dari duit rakyat setiap bulan sebanyak RM15,000 sebulan,, sila rujuk tweet Dr Asri,,  patutlah mengampu sakan Najib dalam isu kenaikan harga barang,,, 
Bila dah tak terjawab,, kantoi,, buat isu lain pulak,,, 


Mat Sabu sukar pertahan timbalan presiden PAS - Fathul

pada 11-09-2013 06:09 Ditulis Oleh Farah Eliana Mohd Adnand


Post Pic
SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya menyifatkan pemimpin ulama yang bakal bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang berhadapan dengan cabaran besar.

Katanya perkara itu disebabkan oleh faktor penerimaan serta dominasi golongan profesional dalam PAS.

"Saya tidak nafi kepimpinan Ulama yang mungkin dibariskan dalam pemilihan PAS akan datang sudah tentu akan berhadapan cabaran yang hebat sebab ahli mereka terdiri daripada latar belakang yang pelbagai.

"Macamana kita nak didik semula masyarakat agar kembali kepada dasar PAS yang asal," kata beliau kepada Antarapos ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaruh harapan tinggi agar perwakilan memilih kalangan ulama sebagai Timbalan Presiden parti itu pada pemilihan kepimpinan baharu yang akan berlangsung pada Muktamar Tahunan PAS ke-59 bermula 22 November ini.

Nik Aziz berkata, berlainan dengan jawatan presiden yang masih memerlukan kepada ilmu dan pengalaman luas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau secara peribadi mahu 'orang ulama' menduduki kerusi nombor dua parti itu.

Beliau yang mengakui mempunyai pilihan sendiri untuk bertanding ke kerusi itu bagaimanapun tidak mahu menyebut nama calon pilihannya dan menyerahkan kepada ahli PAS untuk membuat keputusan terbaik.

Mengulas lanjut Fathul berkata permintaan Nik Aziz itu dilihat sebagai harapan dalam mengembalikan PAS kepada perjuangannya yang asal berasaskan Islam dan tidak liberal.

Malah beliau tidak menolak dakwaan bahawa permintaan Nik Aziz itu untuk menyingkir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Ada penganalisis sebut kata tanda-tanda nak menyingkirkan Mat Sabu. Pun saya setuju. Atau mungkin dengan lebih umum, PAS mungkin nak kembalikan tajdid, nak kembalikan semula PAS kepada yang asal. yang mengekalkan kepimpinan ilmuan,tokoh agama mereka."

Mohamad Sabu menjadi timbalan presiden PAS sejak tahun 2011 selepas memenangi pemilihan dalam Muktamar ke-57.

Sebelum itu beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden, dan Ketua Pemuda PAS. Malah beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah pada tahun 1999 hingga 2004...


kenapa yang duk sibuk sangat tu,,, teringin sama nak jadi calon Timbalan presdien Pas ka,, kalau berminat isi borang dulu,, baru nak bercakap...atau pun sekarang ni jadi wakil duta utusan malaysia... 


Buat Para Perwakilan ke Muktamar nanti,, sila baca satu artikel yang aku copy paste,, cukup sesuai untuk anda semua nak memilih pemimpin jemaah islam kerana ada kaitannya.

Pemilihan Timbalan Presiden PAS

Ada yang bertanya kepada saya, “siapa patut disokong untuk jawatan Timbalan Presiden?”Saya jawab, “Lihat pada yang ada. Bagaimana prestasinya? Baik atau tidak baik? Memuaskan atau tidak memuaskan? Kalau baik kekalkan. Kalau tidak baik dan dirasakan ada yang boleh memberi prestasi yang lebih baik, maka tukarlah.”Maka ditanya balik, “Bagaimana soal ulama’ atau tidak ulama’?” Saya jawab lagi, “jawatan ini bukan sebagai suatu ‘penghormatan’, iaitu yang dihormati sebagai ulama’ maka diberi jawatan tersebut.

Jawatan ini datang dengan satu amanah tertentu. Hendak diberi kepada yang boleh melaksanakan tanggung-jawab dan amanah yang datang bersama dengan jawatan tersebut. Iaitu kepimpinan, ‘kepengurusan’, kebijaksanaan berpolitik, mampu membaca strategi lawan, keberanian, ketangkasan, keamanahan dan lain-lain yang perlu sebagai Timbalan Presiden. Bukan kemampuan membuat hukum.

Untuk buat hukum dan kawal perjalanan parti dari sudut dasarnya, sudah ada Majlis Syura Ulama’ dan Dewan Ulama’. Di situ keahliannya mesti ‘ulama’. Akan tetapi untuk Timbalan Presiden perlu dipilih orang yang boleh memenuhi ciri tersebut. Ciri ini mungkin ada pada ulama’, seperti Al-Marhum Ust Fadhil Mohd Noor, TGNA dan juga TGHH. Dan ia mungkin juga ada pada yang bukan ulama’.

Yang penting yang dipilih mesti atas dasar siapa yang lebih mempunyai ciri ini di kalangan barisan calon yang diketengahkan.Memilih Timbalan Presiden sesebuah parti politik adalah seperti memilih panglima perang yang akan memimpin tentera dalam medan perang.

Khalid Al-Walid bukan yang paling alim ketika dilantik menjadi panglima. Bahkan semasa perang Mu’tah beliau baru sahaja memeluk Islam. Namun setelah Zaid, Jaafar dan Abdullah Ar-Rawahah gugur, Khalid yang dipilih untuk memimpin tentera Islam kerana kemahirannya memimpin walaupun ada yang lebih ‘alim fiid-dinn darinya. Begitu juga semasa kempen di bilaadil Syams.

Khalid Al-Walid menjadi panglima utama sehingga digantikan dengan Abu Ubaidah Al-Jarrah atas arahan Umar kerana terlalu berjaya sehingga dianggap menjejas I’tiqad ummat Islam! Dalam soal memilih Timbalan Presiden, kita memilih Panglima memimpin ‘perang’ di ‘medan perang’ politik.Maka saya harap, jangan dipilih seseorang atas sebab semata-mata kerana beliau ulama’ ataupun bukan.

Jangan juga menolak seseorang kerana semata-mata dia ulama’. Jangan menyokong seseorang kerana semata-mata dia bukan ulama’. Jangan juga menolak seseorang semata-mata kerana dia bukan ulama’!Pilih seseorang kerana dia mampu memainkan peranan sebagai Timbalan Presiden secara yang terbaik!

Memimpin parti mengharungi liku perjuangan politik melalui lembah fitnah dan tribulasinya, meredah paya penipuan dan kejahatan lawan serta menggalas cabaran ketinggian puncak kemenangan dan kejayaan. Orang yang tidak mudah dikelirukan dengan fitnah dan tribulasi, malahan mampu membacanya dan menangkisnya sebelum ianya melanda. Orang yang tidak mudah termakan kata memuji dan janji kosong malah mampu membaca kejahatan disebalik kata manis itu. Orang yang mempunyai wawasan kemenangan yang jelas dan kaedah realistik untuk mencapainya.

Pilihlah orang seperti Sallahuddin Al-Ayubbi atau Muhammad Al-Fatih, atau Nuruddin Az-Zanggi atau Saifuddin Qutus. Mereka bukan dari golongan Juhala’ walaupun bukan juga dari golongan ulama’ namun mereka merupakan pimpinan yang mendepani cabaran zaman mereka dan mengatasinya dengan bantuan seluruh alim ulama’ dan cendiakawan Islam serta dokongan ummat dan rakyat mereka.

Atau pilih orang seperti Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim atau Shah Wali Allah Delhi. Mereka ulama’ mujtahidiin wa mujahidin, yang mampu memutuskan hukum tetapi pada masa yang sama mempunyai ketangkasan dan kepimpinan yang sukar ditandingi oleh mana-mana pihak. Dan kepimpinan mereka berserta dengan ketajaman bacaan politik mereka menyebabkan mereka dilihat sebagai ulama’ mujahid yang memberi inspirasi kepada ummat Islam sepanjang zaman.Pilihlah, bukan atas dasar klasifikasi dan kelompok, tetapi atas dasar kesesuaian dan kemampuan seseorang itu untuk jawatan yang mencabar sebegini rupa, iaitu Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia!”

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

10 comments:

  1. UFB15K, mind your business, you're not helping

    ReplyDelete
  2. Hahaha....seperti ludah kelangit..menepuk air di dulang....kena tngk keliling dulu lh bhai samada diri sndiri atau org sndiri pun sama...rasa2nya baru 3-4 entry yg persoalkn tntng calon naib presiden umno... dan rasanya bnyk gak pimpinan trtnggi pas, ahli dan blogger pro pas yg brckp tntng PAU lbh dari MAP... seolah2 diri sndiri paling sempurna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...itu jew yg lu blh katakn...kemon bhai be gentle...blm tentu siapa yg bodoh...
      Kepandaian bkn kerana parti bhai..klu kerana parti dan ideologi politik jew utk lu nilaikn nmpk sngt yg lu mnkn tak bodoh tp yg pasti tak cerdik pun (sorry bhai aku tak pandai sngt maki org...mnkn klu aku joint pr maka secara automatically aku pndi maki org)

      Delete
    2. Manusia tidak sempurna, Tetapi Allah beri akal untuk ber fikir jika guna pada jalan yang baik maka baik lah ia jika digunakan jalan yang jahat maka jahat lah jadinya.

      Delete
  3. Bangsat punya ulama karut, benda haram dan tak betul di pertahankan, neraka tempat kamu. Insyahallah jika tak istigafar dan taubat sebelum terlambat. Ada ilum simpan atas kepala lutut, tak guna otak asalkan polos tiap tiap bulan masuk, haram punya rezeki, allah yang hanya maha mengetahuinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai aku bersetuju dgn statement lu...'Allah yang hanya maha mengetahui'

      Delete

  4. pandai pak dia letak nama anak dia nama pun sama macm nama kitab silap silap silap tersilap faham dari kitab fatulbari ka atau dari mufta fatul bari , biarlah dia nak dapat 15 k ke atau 150 k ke kan dia dah kata itu KETENTUAN ALLAH , ITU LAH LAGU RAMLI SIRAP TU TAK BERAPA NAK BETUL LAH ,TAJUK LAGU APA ADA PADA NAMA , SEBENAR NYA NAM TU SANGAT PENTING CUBA TGK BILA SEBUT UMNO JE ORG AKAN TERBAYANG KAN LEMBU SEBUT FATUL JE ORG TERBAYANG KA ULARMAK SUK ,SEBUT HASSAN JE TERINGAT JATI ,SEBUT ZUL JE ORG TERNAMPAK DI DI CIUM HINDU , SEBUT PEKASAM JE -IBRAHIM ALI .TOLONG POSTKAN INI BOLEH PADRI MELAYU 1900 ORANG DARI SINGAPURA SEDANG DLM PERJALANAN KE NEGERI SEMBILAN UNTUK MEMURTAD KAN RAKYAT N SEMBILAN DAN MALAYSIA BERHATI HATI JIKA ORG BAAGI AIR MINERAL FREE JANGAN AMBIL ATAU MINUM JENAMA NYA AL BARAMKAH ,AL MANSORI, AL BISTARIA

    ReplyDelete
  5. Dalam Malaysia selain dari duit, agama juga diantara alat yang mampu meraih sokongan dan menimbulkan bantahan. Pada pandangan aku, Fathul Bari Mat Jahaya yang mengguna agama demi kepentingan pemerintah adalah seorang yang masih muda, bernafsu tinggi, mahu mengguna apa jua kesempatan bagi mengaut segala keuntungan sehingga rela jadi perkakas ahli politik bagi menimbulkan persepsi.

    Orang jenis ini ada dimana-mana termasuk dalam parti PAS yang begitu sinonim dengan panggilan parti lebai. Siapa orang yang diberi gelaran ulamak berselindung disebalik nama 'DIN AYAM' dalam parti PAS ?

    Dalam pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-59 bermula 22 November ini telah diwar-warkan kononnya Datuk Nik Abdul Aziz meminta supaya golongan ulama dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS sedangkan menurut fahaman parti itu semuanya dipanggil ulama.

    Jika Fathul Bari Mat Jahaya dan Din Ayam ini mewakili pendakwah agama islam.... apakah kita akan percaya apa yang diperkatakan oleh pendakwah lain tidak akan memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi ?

    Ahli dan penyokong PAS perlu melihat dengan mata yang sehat kejadian yang baru berlaku di negeri Kedah. Siapa yang menguasai kerajaan negeri sebelum dirampas oleh Barisan Nasional dalam pilihanraya yang lalu ?

    Tan Sri Dato' Seri Azizan bin Abdul Razak itu dari kumpulan ulamak atau dari kumpulan profesional ?

    Penghujahan diantara keperluan kumpulan profesional dengan kumpulan ulamak yang sering jadi perbalahan bodoh adalah dua kumpulan yang mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jika dibuang salah satu dari kumpulan itu akan jadilah parti PAS sebagai 'parti LEBAI MALANG'

    ReplyDelete
  6. Terang dan jelas.....TQ khalid Samad. Dapat buka minda ahli2 PAS yg nak mmilih pemimpin dari segi serban besar je..tapi x tau sepak trjang politik dan terus d prmainkn oleh musuh politik
    i

    ReplyDelete
  7. Mana ada parti yang betul ?
    1. Umno asyik pertahankan sekular dan poket.
    2. Pas pulak sat nak hudud , sat lagi tak perlu kalau parti gabungan tak setuju.
    3. Dap caca marba. Nak demokrasi tapi parti tak praktik.
    4. Pkr sekarang senyap sunyi. Tak dengar lagi berita.

    Masa nak pru semua parti ni sibuk tolong rakyat. Nak tegakkan islam. Sekarang ni pergi mana.?
    Gaji mp/adun dah dapat . Mungkin lagi 5 tahun ?

    ReplyDelete