Pages

Wednesday, September 11, 2013

Woi Rafizi - Tribunal Tuntutan Pengguna tu berani dan bertelor ke?

Tindakan YB Rafizi memang wajar diberi pujian kerana menjaga kesulitan yang rakyat hadapi,,, Tahniah..



Syabas diheret ke Tribunal Tuntutan Pengguna

Jamilah Kamarudin
 | September 11, 2013
Gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan sistem paip di Rumah Pam Wangsa Maju




SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini mengemukakan 15 fail tuntutan tribunal terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana gagal menguruskan bekalan air dengan baik sehingga menjejaskan penduduk sekitar Lembah Klang.
Tuntutan difailkan Rafizi mewakili 15 penduduk sekitar Ampang dan Pandan berikutan beberapa siri gangguan bekalan air sejak tahun lalu dengan jumlah kadar pampasan RM50 sehari.
Gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerosakan sistem paip di Rumah Pam Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada Disember 2012 yang berlarutan sehingga tiga minggu dan 27 Ogos lalu (berlarutan sehingga seminggu).
“Selama ini rakyat tak mampu nak ambil tindakan kerana Syabas dilindungi perjanjian konsesi dan kita tak boleh nak akses dokumen mereka disamping kos pah peguam yang terlalu mahal.
“Ini merupakan tuntutan tribunal pertama dalam sejarah terhadap Syabas dan akan ada beberapa siri yang akan dikemukakan penduduk Klang, Kelana Jaya dan ramai lagi,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini tengahari tadi.
Pengguna mempunyai hak dibawah Seksyen 53 Akta Pengguna 1999 yang memperuntukkan setiap perkhidmatan mesti ada jaminan ia perlu dijalankan dengan teliti dan baik.
Namun menurut Rafizi, ada asas Syabas tidak menjalankan tugas dengan teliti dan berkemahiran seperti yang dituntut dalam undang-undang dengan membiarkan masalah kerosakan paip secara berulang.
Katanya, tribunal telah menetapkan tarikh 3 Oktober depan mendengar tuntutan daripada 15 pengguna terbabit dan Syabas perlu hadir untuk membela diri.
“Tribunal akan mendengar setiap satu tuntutan yang difailkan dan kita akan membantu menyediakan khidmat peguam,” katanya.
Pengarah Strategi PKR itu juga berkata, pihaknya akan membawa isu tuntutan ini ke Dewan Rakyat dan mahu Menteri berkenaan
bertanggungjawab mengatasi isu masalah air yang kerap berlaku di Lembah Klang.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri berkata pihaknya tidak akan menghalang penduduk Selangor memfailkan tuntutan terhadap Syabas.
Malah beliau turut menggalakkan pengguna mengambil tindakan sama bagi memastikan Syabas memperbaiki khidmat pengurusan bekalan airnya pada masa akan datang.
“Saya ingat Syabas perlu menjawab beberapa rintihan pengguna…selepas ambil alih penstrukturan air kerajaan negeri akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik,” katanya.

Baguih punya bomoh dan tok pawang ka ada dalam Tribunal Pengguna tu? Bukan senang,, nak lawan, jin-jin afrit dalam syabas tu,, MB Selangor TS Khalid pun tak berupaya,,, ni nak pi suruh Tribunal Pengguna,, he he he... , boleh buat gimik aja la...


2 comments:

  1. MM...apa yg rafizi buat tu x betul ke?

    ReplyDelete
  2. Perlu diingat, semua orang perlukan air. Ini bermakna semua orang adalah pengguna. Tidak timbul soal berani atau takut... tapi persoalannya adakah pengguna di negeri Selangor suka dengan permainan SYABAS menyekat air tanpa mengira waktu sehingga menimbulkan masaalah rumahtangga ?

    Apabila rakyat secara bersendirian tak mampu nak ambil tindakan kerana Syabas dilindungi perjanjian konsesi dan kita tak boleh nak akses dokumen mereka disamping kos peguam yang terlalu mahal.

    Maka kita perlu menghebahkan tentang sikap biadap SYABAS dalam melaksana amanahnya membekalkan air bersih pada semua pengguna air di Selangor agar mereka bersatu menentang kezaliman syarikat air itu.

    Biarkan pengguna air Selangor membuat keputusan dan tindakan.


    ReplyDelete