Pages

Monday, October 21, 2013

Amaran Otai Pas kepada Timbalan Presiden Pas Haji Mat Sabu.

Aku terjumpa satu artikel dari orang lama Pas, Tuan Haji Subky Latif, yang juga penulis dan pemerhati yang amat tajam.. Moga-moga ada manafaatnya dengan membaca apa yang tuliskan. 



Saya pro-ulama, pilih Mat Sabu.... SUBKY ABDUL LATIF SAYA bukan perwakilan dalam Muktamar PAS. Saya pro dan pertahan ulama dalam semua masa.



Pertama kali jawatan Timbalan Presiden PAS cuba dicabar oleh bukan ulama setelah ketiadaan Ustaz Fadzil Noor, saya kata pada Almarhum Syed Mohamad Syed Hassan, petugas Pejabat Agung PAS, seorang awam PAS yang boleh bercakap dengan semua pimpinan PAS.

Sekalipun Perlembagaan PAS tidak menyebut hitam putih Presiden dan Timbalan Presiden PAS mesti ulama kerana kedua-duanya dikehendaki duduk dalam Majlis Syura Ulama sebagai penasihat utama Majlis Syura Ulama.

Sekalipun Perlembagaan PAS masa itu memperuntukkan empat daripada anggota Majlis Syura itu adalah dari Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Presiden dan Timbalan Presiden adalah orang paling berautoriti untuk menjadi penasihat kepada Majlis Syura.

 Ada janggalnya kalau dua jawatan itu atau salah satu daripadanya tidak duduk dalam Majlis Syura. Daulat orang paling kanan dalam Jawatankuasa PAS Pusat itu seperti kurang gigi dibandingkan dengan ahli jawatankuasa yang menjadi ahli Majlis Syura.

Mereka terpaksa mendengar penjelasan daripada orang bawahnya yang menjadi ahli Majlis Syura mengapa Majlis Syura buat begitu dan begini. Walaupun protokol kadang-kadang melecehkan, tetapi organisasi yang anjal ada protokol dan adabnya.

Saya adalah orang paling tidak setuju apabla Mohamad Sabu dicalonkan jadi Timbalan Presiden tetapi dia dapat mengenepi Timbalan Presiden yang tersalah pilih yang paling tidak cocok dengan jawatan itu.

Dua ulama paling kanan dan lebih berwibawa tidak dapat mengenepikannya, tetapi dengan penampilan Mat Sabu secara teknikal PAS bebas daripada bebannya. Mat Sabu sudah jadi Timbalan Presiden pertama bukan ulama dalam era kepimpinan ulama. Keadaan sudah berubah selepas kematian Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor.

Saya tidak ada kedudukan dalam parti lagi. Tetapi saya berada di gerai, di bengkel cuci kereta dan di surau. Saya dengar apa orang kata dan apa persepsi orang tentang itu dan ini dalam PAS. Apa orang PAS kata tentang partinya dan apa orang luar kata tentang PAS.

Dan saya juga dengar melalui telefon tentang PAS. Apa yang saya rasa terdapat pertembungan yang ketara antara ulama dan profesional. Ada macam-macam tafsiran tentang konsep kepimpinan ulama.

Ada kata, ada geng ustaz dan ada geng profesional. Walaupun ada penjelasan semi ilmiah bagi mencairkan pertembungan pemikiran itu, ia tidak meredakan perbezaan sesama sendiri.

Semua menerima konsep kepimpinan ulama itu, tetapi mereka berbeza pandangan mengenainya. Dalam banyak perkembangan jawatan yang dipegang ulama cuba diambil alih orang profesional dan jawatan yang profesional pegang hendak diambil oleh ulama.

Benarlah ia dibenarkan oleh demokrasi yang diamalkan dan ahli serta perwakilan yang menentukan semua, tetapi ia berkembang. Kedudukan Mat Sabu jadi perhatian. Dia mempertahankan jawatan itu.

Tetapi dia tentunya akan dicabar. Ia tidak sekadar proses demokrasi, tetapi ia boleh dilihat untuk menjatuhkannya. Semangat tidak suka bertanding macam dulu telah berubah.

Dibimbangi pertandingan untuk jawatan itu, akan merancakkan lagi pertembungan antara ulama dan profesional.

Orang tanya saya, saya pilih siapa? Saya jawab, saya pilih Mat Sabu. Jawapan saya itu bertentangan dengan pendirian saya selama ini.

Mengapa? Saya tetap kata, pendirian saya tidak berubah dan pilihan terbaik untuk Timbalan Presiden wajarlah ulama. Tetapi dalam kes Mat Sabu, saya kira dia sudah memegang jawatan itu. Mencabarnya tidak dilihat bagi mengembalikan jawatan itu kepada ulama tetapi akan merenggangkan lagi pertembungan antara dua golongan itu.

Ia akan dilihat sebagai mahu membuang atau menggulingkan Mat Sabu. Buat jangka waktu yang terdekat ini elakkan pertembungan itu supaya jangan lebih jarak.

Timbalan yang digantikan dulu tidak membawa pertembungan kerana semua selesa dengan kejadian itu. Kesan politik dulu kosong. Tetapi sekarang berbeza.
Kesan politiknya ada dan Mat Sabu sendiri membawa aura politik. Jika dia digantikan pun dia tidak akan hilang daripada arus politik. Tetap dia jadi crowd puller utama dalam PAS.

Sejak lebih 20 tahun dulu dialah penarik keramaian pendengar dan kawasan mana yang mahu mendapat derma kilat yang besar mesti panggil Mat Sabu. Dalam banyak ceramah Ustaz Fadzil tak mahu bercakap selepas Mat Sabu. Dia nak bercakap dulu. Dia saja yang bolah menyamai Anwar Ibrahim sekarang. Malah ada yang kata, dia lebih sedap daripada Anwar.

Dialah perancang dan pencetus ujuk rasa Bersih yang beberapa kali. Unjuk rasa itu dikira tekanan dan kejayaan politik yang besar. Selain daripada Ustaz Bakar Chik, Mat Sabulah yang banyak kali kena ISA dan acap ditahan polis. Jangan perkecil impak politik yang PAS dapat daripada Mat Sabu.

Tidak ramai yang boleh jadi sepertinya. Sekalipun saya adalah pro ulama, tetapi hari ini untuk mendapatkan ulama yang diterima oleh semua sukar. Ketika era kepimpinan ulama diperkenalkan, semua bulat menerima Haji Yusof Rawa. Tidak yang menolak Ustaz Fadzil. Semua minat Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tetapi ulama yang dapat keistemewaan itu tidak ada sekarang. Yang menyebabkan timbul pertembungan antara ulama dan profesional itu adalah kerana ulama yang hendak diketengahkan itu tidak ada.

Saya jumpa Mat Sabu baru-baru ini. Saya kata kepadanya, dia boleh kekal sebagai Timbalan Presiden. Tetapi dia jangan bercadang untuk menjadi Presiden. Dia mesti bekerja mengekalkan Presiden mesti seorang ulama.

Dia mesti mencari mana-mana ulama bagi menjadi Presiden dan dia jadi pembantu Presiden. Sekiranya berlaku kekosongan jawatan Presiden semasa dia jadi Timbalan Presiden, dia mesti tolak tawaran untuk memangku jawatan Presiden apa lagilah jadi Presiden.

Maka dia mesti berusaha mencari seorang ulama untuk memangku jawatan Presiden itu dengan dia kekal sebagai Timbalan Presiden. Dengan cara ini Mat Sabu dipercayai dapat merapatkan kembali perbezaan dan pertembungan antara dua golongan yanag sudah wujud dalam parti itu yang saya tiada lagi yang dapat memberi formula bagaimana PAS boleh dikembalikan seperti tahun 1980-an dan 1990-an dulu.

Dia dengar cakap saya dan dia mengangguk. Saya harap dia menimbangkan nasihat saya. Saya juga bimbang kalau kedudukan yang ada itu terlucut daripadanya sedang persiapan tidak ada bagi melahirkan pimpinan yang diterima oleh semua, PAS jadi sebuah gerakan yang lembik.

Antara yang mendorong adanya tuntutan supaya Presiden dan Timbalan itu mesti ulama ialah kerana bimbang jika berlaku sesuatu kepada Presiden, maka Mat Sabu akan memangku Presiden dan kemungkinan jadi Presiden pula selepas itu.

Dato' Asri Muda menerajui PAS dulu disebabkan dua ulama di atasnya, Dr Burhanuddin al-Hilmy sebagai Presiden ditahan ISA dan uzur, Prof Zulkifli Muhammad sebagai Timbalan meninggal dalam kemalangan jalan raya.

Maka Asri memangku kemudian disahkan sebagai Presiden. Apa yang PAS perlu perhatikan bagi memullihkan pimpinan ulama ialah bagaimana antara kerusi Naib Presiden itu dapat diisi oleh ulama yang berwibawa, muda pula dan dapat diterima oleh semua.

Dalam jawatankuasa Pusat itu juga perlu ada ulama yang mahir politik. Saya tidak suruh buang Naib yang ada, tetapi Naib itu adalah tangga yang teratas untuk ulama naik ke atas. Mat Sabu tidak terasa dia diundurkan apabila dia sendiri nanti mengisytiharkan masanya berundur telah tiba.


PAS jangan jadi parti yang dilihat membuang pemimpinnya. Kita sudah ada pengalaman membuang pemimpin. Jangan ia diulangi. Saya tidak disuruh berundur. Saya berundur sebelum saya disuruh berundur dan setelah saya rasa ada tanda-tanda saya patut berundur. Mat Sabu juga mesti begitu. 

Kerengga.




7 comments:

  1. Nanti sat lagi calon jkkkk akan buat ulasan panjang

    ReplyDelete
  2. Pandangan ini diharapkan menjadi asas pertimbangan para perwakilan,

    ReplyDelete
  3. Umumnya bg org2 melayu sebutan 'ulamak' itu diukur dgn..
    -mengaji pondok
    -belajar & balik dr arab, byk bawa kitab2 arab
    -hafal fasih doa arab berjela2/jd imam baca khutbah
    -boleh ceramah & lg hebat klu ada MA PhD
    -apa lg klu dah tulis buku2 agama yg laris dijual
    -sah ulamak hebat klu slalu kuar kat radio & TV

    Sedangkan sabda nabi SAW..
    "ulamak itu adalah waris nabi2.."apakah yg diWARISI itu:???

    Bukankah ini WARISAN nabi2 itu: ???
    -sprt nabi SAW menyuloh dgn TERANG peribadi abu'Jahal & abu'Lahab yg kejam & zalim
    -sprt Musa as menyuloh dgn BERANI sape itu firaun & konco2nya yg rakus & sgt zalim
    -sprt Ibrahim as menyuloh dgn RISIKO dibakar kdlm api oleh kaumnya sndiri
    -sprt Noh Luth Hud Soleh Yusof Isa as yg BERANI melawan pmbesar2 zalim dizaman mrk
    -MEREKA SGGUP MENGAMBIL RISIKO APA SHJ SEMATA2 DEMI UMAT & KBNARAN
    -MEREKA SGGUP DIPENJARA & BERJUANG HATTA DIBUNUH SKALIPON!!!
    -MEREKA TIDAK SESEKALI BERSEKONGKOL DGN KEZALIMAN-cth nya ber'UG2!?

    WARISAN sbnr2 nabi2 itu:
    -bukan pondok/bahasa arab
    -bukan sekadar jd imam baca khutbah
    -bukan kitab2 arab ijazah MA & PhD
    -bukan glamor bg ceramah radio/tv

    Sama2lah kita hayati pencerahan "makna" hakiki WARISAN nabi2..
    jgn sekadar ilusi ikut2tan dongeng2 sifakeh dgn mmbuta tuli
    krn mnjd pnghafal/lebai br'UG2 dgn setan dkenali adalah WARISAN setan/iblis yg brsembunyi!!!








    ReplyDelete
    Replies
    1. Ddlm pas yg bnar2 coba "mewarisi" hidup nabi2 adalah Mat Sabu Mazlan Aliman Husam Nizar Khalid Samad w.pon mrk tidak ngaji pondok dan bnyk kitab2 arab yg mrk hafal
      ..mrk sggup/berani mngambil risiko hatta terhadap parti sendiri!

      Ddlm pkr Rafizi dan Chekgu Bard adalah icon yg jls "mewarisi" hayat perjuangan nabi2 w.pon mrk tak pakai kopiah sorban dan jubah..w.pon tiada doa nazam arab yg panjang2
      -mrk sentiasa ingin mmbebaskan ummat drp belengu penindasan
      -mrk ingin melapangkan kesengsaraan hidup yg gelap terbelengu
      -mrk ingin hapuskan beban2 hutang PTPTN tol2 harga kereta minyak dll
      ...coba bayangkan apa yg2 lebai2 fakeh tu perjuangkan?? auta pil kuda???

      Kpd lebai2 pnghafal yg br ug2 tu..terang2 sebijik mcm "mewarisi" perangai ahli2 kitab yahudi w.pon mrk faham & hafal kesah nabi2 ttpi mrk dgn licik coba menyamar & mngelirukan sbnr2 kbnaran bersekongkol dgn setan2 yg dah pon dikenali..krn kpentingan STATUS QUO @ kpntingan peribadi..

      Diharap Subky Latif dpt mengubah 'set minda' ddlm memahami erti hakiki ulamak pewaris nabi2 itu..dan biar kan pas dipimpin oleh pejuang2 yg bnar2 meWARISI jiwa nabi2..dan bukannya dipimpin oleh penghafal2 sejarah/kitab2 arab yg berlakon warak sprt nabi2 ttpi memiliki hati yg sggup br ug2 dgn setan2 dkenali ddlm rahsia @ bersembunyi2.

      Delete
  4. Alaihai bro bro ulamak.......angkat je harun taib.....tidak pun mana2 ulamak UG....BARU KAW! Pas kalau fikiran tak terbuka bye bye.....banyak lagi group yg Berlandas Islam errrr errrr perkasa, ISMI.......noh gadud pun katogori ulama tu..Kalau mat sabu ke mat sabun ke yg penting perjuaNgan berlandaskan Al quran dan Hadis........subky latip patut dah pencen dah macam Kadir Yasin, Johan Ja,par dan lain pencacai. Buat apa ada majlis syura kalau presiden dan naib presiden dah semua ulamak. Bye bye pas ! Aku nak join P#k×m@ la pulak. Pas sampai tua dok takok tu ja.

    ReplyDelete
  5. Ulamak Dan umarak akan bergandingan

    ReplyDelete
  6. Mat Sabu dah cukup sesuai memegang jawatan Timbalan,. Beliau adalah seorang tokoh yang cukup kental, masuk keluar ISA. tak henti2. Tidak ada satu pun ceramah Mat Sabu yang tiada sambutan.. Saya rasa kekalkanlah beliau disitu. TITM adalah 'keavyweight' dalam PAS. Apa tujuan nak cabar status quo. PAS tak rugi kalau kekalkan Mat Sabu disitu. tapi belum tentu untung kalau orang lain pegang. Kalaulah terasa diri lebih cerdik, bergandinglah dengan beliau, Tiap2 perlawanan akan ada orang keciwa. Dalam ketika masyarakat bukan melayu pun sudah terima PAS, tolong jangan musnahkan momentum itu. . Saya rasa dapat hidu siapakah yang suruh TITM lawan Mat Sabu ni. Untuk pengetahuan, saya hanya ahli biasa yang nak lihat PAS berjaya.

    ReplyDelete