Pages

Tuesday, October 22, 2013

Aqidah Umat Islam Malaysia di Sabah dan Sarawak hebat belaka ka?

Tak mau nak komen apa-apa ,,, eeeiiii takut dengan amaran penasihat agama negeri Johor,,, boleh murtad woooo.... 


Cuma aku rasa pelik dengan berita ni... PM punya statemen,, bukan Lim Kit Siang tau...

Isu kalimah ALLAH: Sabah, Sarawak tak terlibat


  • Najib Tun RazakPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
 1 / 1 
KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah ALLAH, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa 'The Herald', penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah ALLAH pada 14 Oktober lepas untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'ALLAH' bagi merujuk kepada Tuhan.

 Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.
"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.
"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.
Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia. - Bernama

Konon-kononnya, isu kalimah untuk menjaga aqidah umat Islam di Malaysia, Bagaimana aqidah umat Islam di Sabah dan Sarawak, Udahler minoriti kaum mereka disana,, 
Woii apa cerita ni Najib,, Islam semenanjung dengan Islam Sabah Sarawak lain ker...





22 comments:

  1. Terbaik dari MM. Ambo yang cerdik ni pun tak boleh mikir macam mana PM 1 Malaysia boleh capai pemikiran superb seperti ini. Banyak tengok cerita fiksyen kot.

    ReplyDelete
  2. ...kalo ikut standard pemikiran Macai 'di Sabah/Swak' kita GADAIKAN kalimah Allah, di S'mjung kita tuduh PAS yg gadaikan ....patutle Rasullullah s.a.w amat takut dgn golongan Munafikun!

    ReplyDelete
  3. Kalau tak kasii Kristian di Sabah & Sarawak guna nama Allah alamat nanti UMNO BN akan jadi pembangkang baahh...

    ReplyDelete
  4. Apa fatwa Noh Gadut tak kena kah pada orang Umnob?
    Najib murtad kah?

    ReplyDelete
  5. ...mana pegi macai yg selalu bertandang kat sini, tak teringin nk komen ke? setahu aku isu kalimah Allah ni salah satu isu kesukaan dia...dah terkedu kot!

    ReplyDelete
  6. Ada beza kah hukum Islam di semenanjung dan di sabah sarawak? Cer citer jib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai 01.35...tiada bezanya hukum islam di semenanjung dgn sabah & s' wak...cuma yg mmbezakn disini ialah apabila sesuatu itu cuba dipolitikkn oleh ahli politik yg brpegang kpd
      matlamat mnhalalkn cara...

      Kalimah Allah telah digunakn di sana
      bkn dlm tempuh 10-20 atau 30tahun
      ini...ttp ia tlh digunakn oleh
      masyarakat peribumi yg beragama
      kristian sejak zaman berzaman...

      Bukan utk tmpuh yg singkat...telah
      beratus tahun digunakn oleh para
      mubaligh kristian yg dtg ke kepulauan
      borneo utk mnyebar agama kristian...

      Dalam masa yg sama2 perdagang2
      dari arab dan india tlh mnyebarkn
      agama islam di kepulauan melayu...
      dan kpd mereka yg tidak memeluk
      islam ttp kekal dgn agama nenek
      moyang (org asli, iban, kadazan, murut dll) trbiasa dgn kalimah Allah merujuk kpd 'tuhan'

      Bahasa yg biasa digunakan di kepulauan borneo ialah bahasa melayu lama/kuno (indon & tagalog filipina) serta bahasa ibunda mngikut suku kaum peribumi disana...

      Para mubaligh kristian yg dihntr oleh pihak gereja utk menkristian masyarakat di asia tenggara telah gunakn bahasa melayu kuno utk berdakwah kerana dgn mngunakan bahasa ini mereka lbh diterima dari gunakn bahasa inggeris...

      Didalam risalah mereka iaitu 'al kitab' yg telah dialihbahasa dari kitab kristian, maka mereka mngekalkn kata nama Allah sebagai rujukan kpd 'god' 'jesus' ataupun 'tuhan'

      Masyarakat sabah &s' wak kristian secara turun temurun tlh gunakn Allah dlm urusan keagamaan mereka tnpa mmcmpuri urusan agama islam, kecuali kpd para mubaligh, paderi yg cuba mndekati masyarakat islam utk berdakwah dgn mngunakn kalimah Allah utk mengelirukn umat islam di pedalaman...ini kelebihan para mubaligh dibandingkn dgn pndakwah yg selesa brdakwah politik dlm parti politik...

      Seperti mana yg kita maklum yg kalimah Allah digunakan dgn bebas diarab (kerana bahasa) dan kita juga jgn lupa yg didlm kitab injil, taurat dan zakbur juga mnceritakn tntng kebenaran Allah...ttp pendita dan sami tlh mngubah isi kitab2 trsebut utk memesong akidah umat islam..

      Bersyukur kita kerana keadaan di semenanjung berbeza kerana kita menerima islam secara lbh meluas jika dibandingkn dgn agama lain..wlu pun agama hindu ujud sblm kedatangan islam, namun dgn kuasa Allah melayu lbh menerima islam dari agama lain...

      Sbgi PM...apakah kuasa dato najib mmpu melangkaui utk halang masyarakat kristian di sabah dan sarawak yg telah sebati dgn kalimah Allah sbgimana penganut kristian diarab...

      Ahli politik yg nmpk ini adalah satu isu utk dipolitikkn telah mmbawa isu ini kesemenanjung sdgkn kita tidak prnh dngrpun tntng kesalahan utk pngunaan kalimah ini disana...

      Kita sebagai umat islam disini mampu utk menolak dan menghalang penggunaan kalimah Allah oleh gereja disini, kerana kita nmpk dgn jelas niat mereka utk memurtadkn umat islam...dan utk ahli pol8tik adakh mereka berjuang benar2 kerana agama (kristian) atau lbh kpd politik mereka(dap) utk jatuhkn kuasa politik melayu...ttp apa yg mnyedihkn ada parti politik melayu islam sndiri reka bersekongkol dgn mereka hnya utk kuasa politik...wallahuakam

      Delete
  7. ...ni la yg dinamakan mempergunakan agama untuk kepentingan politik....parti isle yg didokong oleh bhai juragan69...hahaha

    ReplyDelete
  8. Hahaha...bhai azli, lu pasti ke puak mana yg mmprgunakn agama utk politik serta mmpolitikkn agama utk berkuasa...parti isle mana yg mndokong kalimah Allah bebas digunakn oleh pihak gereja...

    Bhai knp lu tak tnya kpd admin atau bhai mm, knp beliau hnya copy paste sebahagian sahaja dari teks didlm malaysian insider...knp beliau tidak copy n paste tntng kenyataan dari pr yg mereka tlh mmbuat 'KETETAPAN' utk terus mmberi sikongan kpd pihak gereja@kristian utk gunakan kalimah Allah...

    Mana suara pas...? Apa tujuan pas dgn mnhantar dato mustafa ali sbgi s/u agung pas utk mewakili pas utk beri sokongan kpd kenyataan yg tlh dibuat oleh anwar...pas mmbantah? Pas menentang???

    Bhai mm hnya mmpolitikkn apa saja asalkn cita2 mnkin lbh tepat tugas beliau diselesaikn dgn menaikkn sntimen org melayu muslim utk anggap umno mmpergunakn agama utk politik...

    Buka mata...buka minda..buka hati dan mohon kpd Allah utk beri pertunjuk sblm mmberi komen...dlm entry sblm ini bhai mm gunakn maza sbgi rujukan dan komdem tokoh agama (kononnya*kata mm) dan dgn entry ini mm dgn jelas mmpersenda kn kata2 penasihat agama johor...

    Jika mm jujur dgn entry beliau, maka beliau tidak hnya memetik sebahagian saja artikel dan cuba menutup tntng ketetapan yg telah pr buat pada 17/10/13 yg telah dihadiri oleh anwar (pkr) dato mustafa(pas)
    dan dap...

    Bhai brfikir dgn sebaiknya utk kita menilai satu2 tndakan dlm berpolitik, knp guan eng beria2 hndk gunakn kalimah Allah tnpa peduli apa kata mahkamah...ttp tiba2 tony phua mnyelar dato najib yg mngatakn pihak kristian disabah & s' wak bebas gunakan kalimah tersebut...kenapa ada 2 tindakan yg berbeda...siapa yg brmain politik???

    ReplyDelete
  9. juragan69...bhai sepatutnya lu yg perlu mohon pada Allah supaya dibuka kan pintu hati dan minda lu bhai...di atas lu sudah beri penerangan dan sejarah tentang penggunaan nama Allah oleh org bukan islam serta lu sendiri akui di dalam taurat, injil dan zakbur ada menyebut nama Allah...adakah salah PAS menyokong ketetapan pr walaupun blh menyebabkan kehilangan undi orang melayu(seperti lu bhai)...lu bagi tahu kt mana salahnya bhai...
    parti lu bhai..di semenanjung bermati-matian mempertahankan kalimah Allah dan menyatakan kalimah Allah hanya hak untuk orang islam (sebab takut hilang undi melayu)....tapi di sabah dan serawak sebaliknya (takut hilang undi agama lain)...adakah agama islam mengikut tempat...siapa yg mempolitikkan agama...
    kenyataan Dr MAZA...apa yg salahnya....dia mengatakan klu macam tu semua org Arab murtad la sebab membenarkan org bukan islam menggunakan kalimah Allah...ataupun lu nak cakap kt semenananjung murtad tapi kt sabah dan serawak dan arab tidak...
    dan lg satu bhai...lu baca habis apa kata tuan guru hj hadi semasa menyokong ketetapan yg di buat oleh pr...lu jangan tak baca bhai...
    sekarang aku nk tanya lu bhai...blh tak org bukan islam menggunakan kalimah Allah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bhai azli adakh kitab yg Allah turunkn selain al quran 'khas' utk agama kristian??? Dan segala kebesaran Allah didlm kitab tersebut utk digunakn oleh para kafir utk keyakinan mereka kpd Allah sprtimana lu yakin dgn Allah...

      Bhai, salah atau tak salah pas mmberi sokongan itu lu kena tnya pada dirilu..sdgkn ketetapan yg majlis syura tlh buat berlainan dgn apa yg pas lakukn...bhai knp majlis syura berselisih pndapat...adakh majlis syura yg trdiri dari ulama tidak cukup islam???

      Meraih undi melayu ??? Bagaimana pula dgn apa yg nik aziz dan hj hadi lakukn bila mereka buat 'U-TURN' dgn kalimah Allah...adakh mereka takut kpd hilang undi melayu atau mereka takut kpd Allah...

      Dimana kenyataan aku yg mngatakan maza salah???...didlm komen aku sblm ini maza hnya mngambil diarab digunakn kalimah Allah kerana mereka satu bangsa (arab)..satu bahasa (arab)...ttp berlainan agama!!! Bhai, adakh masyarakat jawa diindon pasti beragama islam...wlupun bahasa yg digunakn sama dgn masyarakat jawa disini...

      Hahaha bhai klu org bukan islam gunakn kalimah Allah takkan kita nk kata dia murtad sdgkn dia tak islam pun...murtad jenis apa yg lu gunakan????

      Lu merujuk kpd ckp hj hadi sebelum atau selepas beliau buat u-turn...bhai jawapan aku ttp sama sprti yg sebelum ini...ttp klu lu tnya sprti satu anon adakh salah org kafir yg nak memeluk agama islam mnggunakn kalimah Allah utk 2 kalimah syahadah, pada aku ini soalan bodoh..

      Kita disini mmpu utk mnghalang pnggunaan kalimah Allah utk digunakn oleh pihak gereja utk tujuan keagamaan (risalah)...knp perlu guna bahasa melayu??? Utk org asli??? Knp mereka tidak gunakn direct god atau jesus...knp skrg baru nk dibawa oleh pihak dap???

      Bhai satu soalan pada lu...apa tndakan yg akan lu ambil jika lu trjmpa dgn sandal, stokin atau spender brcetak kalimah Allah??? Adakh lu akan kata 'ohhh ini Allah kristian...bkn Allah utk agama aku...'

      Delete
  10. juragan69...bila aku cakap lu bodoh lu marah...ada ke aku tanya lu klu org kafir nk memeluk islam guna kalimah Allah utk kalimah syahadah salah ke tak? sbb tu la minda lu tak terbuka...soalan pun lu tak faham...

    bhai dalam islam dia tidak membezakan bangsa...walaupun bangsa sama...yg haram tetap haram...seperti kalimah Allah...klu itu larangan mutlak dia tak kira sama bangsa bhai...ke lu belajar agama islam ikut bangsa...hahaha

    bhai apa la lu bodoh sangat...lu mengaji dulu tak belajar ke murtad digunakan untuk siapa..

    lagi satu lu cakap tn guru hj hadi dan tuan guru nik aziz buat U.turn..bila bhai...tuan guru x pernah buat u-turn...ke lu bermimpi bhai kerana taksub dengan parti kesayangan lu..

    tu sebab aku suruh dengar penjelasan tn guru hj hadi tentang isu kalimah Allah baru lu dapat jawapan untuk yg last tu...klu macam tu bhai klu lu pg sabah dan sarawak lu akan cakap ada' Allah untuk kristian' dan' Allah utk islam ke'?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah bhai...lu saja yg bijak dan lu saja yg beragama...hahaha klu lu pergi arab lak..ada Allah kristian dan ada Allah islam...lu nk salahkn sapa bhai maza???

      Mmng disisi Allah tiada berbangsa, ttp hnya kpd umat islam...adakh utk penganut agama lain Allah ttp mmberi keistimewaan yg sama...

      Bhai...adakh aku sebut lu yg tnya soalan tntng kafir peluk islam dan guna 2 kalimah syahadah...bkn kh aku guna' anon'...lu ke yg gunakn nama anon bila beri komen...ttp aku tidak kata lu bodoh...

      Bhai...hjhadi dan nik aziz tidak buat u-turn trpulang kpd lu...ttp secara nyata dan terang itulh yg dilakukn oleh nik aziz dan hj hadi setelah majlis menetapkn haram utk pihak gereja gunakn kalimah Allah...takpa lh bhai lu saja yg bijak...siapa yg syg dan siapa yg taksub terpulang..

      Persoalan aku lu tak jwb...adakah lu tak kisah jika pihak gereja guna kalimah Allah disini...dan jika ya jwpn lu...apa tndakn lu jika lu jmpa bnda2 yg aku sebut td bercetak kalimah Allah...??? Hnya perlu jwb terus kpd persoalan dan bkn pergi sana sini...
      'Bhai...tidak akan bodoh seseorg itu hnya kerana cercaan seseorg yg blm tentu bijak'

      Delete
    2. juragan tongang terbalik memang bodoh.

      Delete
  11. juragan69...lu yg pergi sana sini bhai....lu sendiri pun tak paham apa yg tulis bhai...lu sendiri yg timbulkan isu Allah islam dan ada Allah kristian...lepas tu lu boleh tanya aku pulak klu pg negara arab ada Allah islam dan ada allah kristian...lu sebelum nk tulis lu baca dulu apa yg tulis sebelum tu...lu dulu masa sekolah BM tak lulus ke bhai....hahaha

    bhai isunya ada tak larangan di dalam islam tentang penggunaan kalimah Allah oleh org bukan islam...yg lu merepek sampai tulis kt undewear...stokin...gereja la...apa ni bhai...soalannya mudah je bhai...sbb tu tn guru hj hadi menyokong ketetapan tersebut sbb tiada larangan dlm islam...tentang soalan lu tu tn guru siap bg penerangan lg...apasal lu malas nk baca bhai...klu lu baca lu jumpa jawapan ttng soalan yg lu tanya tu...

    bhai lu buka sikit minda lu tu...lu jgn pandai menghentam org tanpa membaca penerangannya dulu...klu lu tidak menyokong atas dasar menjaga kesucian islam kerana bimbang di salah gunakan (walaupun islam tak melarang)...aku tak cakap lu salah bhai...klu pas menyokong atas dasar tiada larangan dlm islam..pas pun betul bhai.....

    last sekali bhai lu hentam MM....bagi aku MM betul bhai...dia bangkitkan isu ini sbb di semenanjung lu dgn parti lu bermati-matian mempertahankan kalimah Allah dengan mengatakan hanya hak org islam...tapi di sabah dan sarawak lain...adakah di sabah dan sarawak bukan hak eklusif org islam?..ada kah islam ada dua versi bhai?...klu lu dgn parti lu cakap larangan tersebut sbb bimbang orang islam di semenanjung dikelirukan(bukan larangan agama islam)...orang blh terima bhai...

    ReplyDelete
  12. Takda masalah pada aku, klu lu nk terima atau tidak...dan tidak mmberi kesan pun klu lu nk letakkn lu saja yg bijak..lu saja yg faham..lu saja yg islam......dan tidak mnjadi hal pun klu lu tak mmpu nk bg jawapan ttp lu spin kpd soalan merepek...

    Mmng aku tidak setuju atas dasar mnjaga kesucian kalimah Allah dari di salah guna... bhai islam melarang...dan Allah juga melarang...kerana mana mnkin Allah blh dijdkn sbgi satu kesyirikkn yg nyata..sbgi cnth apabila dikaitkn kpd agama kristian.mereka brpegang kpd keprcayaan mereka tuhan mereka tidak satu...tuhan mereka tdk tunggal...(petikan dari kata2 prof haron din)

    Bhai...lu nk letakkn mm benar dan aku salah pun tk jd hal bhai...sbb lu seorg yg bijak..mana ada org yg lbh bijak dari lu...cuma cuba lu renung2 kn kata2 dari prof.haron din timb.mursyidol pas tntng isu ini...ttp mnkin prof. Haron din pun tak sebijak lu...akhir kalam...whatever lh bhai dgn apa dan brdasarkn apa lu pnya ijtihad tntng kalimah Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lu memang bodoh bhai tapi tak nak mengaku.baca lu punya komen macam semua lu tau.sepatutnya lu jadi perdana menteri malaysia tentu negara ini maju,aman dan rakyan hidup senang.

      Delete
    2. biasalah org muslim ni terutamanya melayu suka gaduh!!! islam didik kau oarang berdengki ke???

      Delete
  13. dh lama org kristian sarawak guna kalimah Allah dlm diorang punya bible,but it doesnt turn us,muslim as chrtistians.even my roomate is a christian.we debate about religion sometime.tp kami still dpt hdup harmoni.kdg2 ilek jer tgk diorang mubaligh kristian berbasikal,xda jugak org sarawak bising2..the thing is,it depends kpd kekuatan iman seseorg.bkn nak kata yg sy nie alim sgt,tp sy x convert jd kristian pun,malah debat sy dgn roomate mbuatkn sy mkin berusaha utk meningkatkan ilmu keagamaan sy..

    ReplyDelete
  14. maka jelaslah kitani rakyat yg saling hormat-menghormati dan faham memahami cuma di negeri sarawak ,known as sarawakian.

    ReplyDelete
  15. Jgn lah berbelah sesama sendiri. Berpegang teguhlah kita dgn fatwa yg dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tahun 2008. Wasalam

    ReplyDelete
  16. kadang2 lucu jga sya bca chat kmu nie bhai haha...dlm
    klurga sya ada kwin muslim, bla hri klurga kmi smua kmpul, msa brdoa tu ikut amalan masing2...bahgia jga klurga sya bhai...dari hati kta sja bh tu whether dpt mnrima org lain atau tdk...mcm tu jga dlm politik,kdng2 agama mnjdi sasaran politik sebab semata2 mau mta sokongan...sya stuju dgn azli pnya pndapat...buka minda kta, jgn terikat dgn mainan politik, jgn smpi bnci org lain krna agamanya...jgn suka mncri kesalahan org lain bhai..haha sya pnya kwn2 muslim dlm campus, kmi smua sling tlong-menolong dan hormat-mnghormati...ini la kelebihan org sabah dan sarawak yg tdk trdpt di semananjung...haha sorry...
    kmi bangga dgn ngri kmi wlaupn di hina...

    ReplyDelete