Pages

Thursday, August 7, 2014

Inilah yang DS Anwar hendak - Krisis Negeri Selangor - Dah sampai ke penghujung ☻☻☻

Aku masih teringat kata-kata arwah bapa mertua sahabat baik aku lebih kurang 25 tahun yang lalu... Ustaz Ramli tinggal di Mata Air Perlis..

Dengan beliau aku sedikit sebanyak kenal ilmu salaf,, bila bersembang dengan beliau isu politik, beliau menceritakan kedua-dua pemimpin parti politik baik umno mau pun Pas Perlis mengajak beliau sama-sama dudok dalam politik,,, tetapi beliau tolak,, sebabnya  dalam politik kata beliau,,, tak ada kawan/ sahabat,, mereka sesama mereka satu parti pun sanggup tolak/cantas kawan... itulah politik katanya..

Dan kini terbukti, bagaimana kisah kerajaan Pas Kelantan selepas Nik Aziz Bersara dari jawatan MB, dan yang panas panas di arena politik negara sekarang ialah krisis MB Selangor.. 
Nasib engkau la Tan Sri Khalid,, waktu engkau diperlukan,, maka ditatang, dijaja seperti janda berhias,,, bila dah jemu dan muak,, maka ditendang umpama pelacur tua Chow kit Road... 

Dan yang hairannya,, mereka-mereka ini sanggup kehilangan negeri selangor... Kenapa ... 


Inikah kenyataan bakal pemimpin yang akan meminpin negara malaysia ?  ni apa ni,,, dari pemimpin De facto sampai ke pemimpin pengarah strategi,,, hampeh... 





Kami sedia! Sedia apa,,, sedia nak serah kembali negeri Selangor kepada Najib & Rosmah! Cukuplah tragedi negeri Perak 2009,, Ni apa cerita ni,, apakah ada kaitan dengan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan nanti, setelah mahkamah rayuan menerima rayuan pendakwa.. 
Dalam politik tak ada yang mustahi,, demi kepentingan peribadi diri sendiri... 

Mangsanya rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan Tan Sri Khalid Ibrahim.. 



TV3 jadi penyampai agenda mereka ,, nampak tak... 


malah yang sedih lagi,, tokoh bapa sosialis malaysia turut sama sekongkol ...





Bersediakah Pas dan Dap Selangor akan menjadi pembangkang semula ... n 

44 comments:

  1. Bab Presiden kau mengkhianati rakan-rakan dalam PR kau tak Nampak ke. Berteguh janji ingin berjuang bersama PR tetapi mengkhianati rakan perjuangan. Perangai Syaitan la tu....

    seperkara lagi sudahkah engkau mengkaji betul-betul prestasi Khalid Ibrahim. Tahukah engkau kes-kes malhkamah yang merugikan PKNS dan Yayasan Selangor kerana kedegilan TSKI tak mahu mendengar nasihat Penasihat Undang-Undang. Tahukah engkau berapa luas tanah stragik bernilai tinggi di Selangor yang dianugerah kepada suku sakat Vincent Tan. Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Anuar Ibrahim sama sahaja perangai dalam bab menkjaga krooni. Din Ayam lagi hawaq perangainya. Kaji dulu baru puji meleleh seseorang bang....

    ReplyDelete
  2. Betullah tu kalau mahu berdiri atas dasar prinsip. Biar Pakatan dilihat menegakkan prinsip. Leader must be clean and be seen to be clean. Kalau tak boleh justify yang dia bersih dan parti telah menolak dia sepatutnya dia step down. He belongs to PKR, let PKR do the job on him. PAS tak sepatutnya masuk campur setelah menerima jawatan MB dari PKR Selangor. Apa mungkinkah sejak menang PRU13 PAS sentiasa "meletak" harapan jawatan MB jatuh ke riba PAS dengan silat silau menyokong TKSI dan perasan dan anggapan kelunakan pihak istana menerima MB dari PAS. Biar rakyat menentukan pemimpin mereka akhirnya kerana mungkin kami rakyat biasa mahu perubahan dan setidaknya Pakatan dilihat mempunyai prinsip dan menentang perkara-perkara yang menyalahi prinsip walaupun mungkin kalah dalam pilihanraya nanti. TKSI terpilih dan semua ADUN terpilih kerana kami pilih Pakatan. Oleh kerana dah jadi ke tahap begini, memang patut diserahkan kembali kepada kami rakyat biasa. Ramai yang katanya suka TKSI maka TKSI dan PAS dan DAP juga tidak perlu ragu dengan pilhan rakyat melalui pilihanraya yang akan diadakan. Hidup rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InI betul anak jantan . Bubar saja DUN . Kita kasi bungkus DIN Ayam dan PAS sekali .

      Delete
    2. Yang jelas bila DUN bubar dan Pilihanraya diadakan. yang lenyap bukan Pas tapi PKR. PKR menang atas pertolongan Pas.Dalam kempen PKR cuma harapkan retorik Anwar. Kalau Anwar dah masuk dalam; jangan haraplah orang Selangor nak dengar temberang Azmin, Saifuddin atau Rafizi. Dengan gelagat nafsu serakah yang ditunjukkan oleh PKR, awak ingat rakyat Selangor bodoh nak beri sokongan semula pada PKR. Jangan mimpi.

      Delete
    3. lagu daripada PKR untuk Tan Sri Khalid..
      http://4.bp.blogspot.com/-7QvUXa4kpqM/U-YYR7sQBqI/AAAAAAAAl_I/fdYLUjLqD0Y/s1600/Khalid_Ibrahim.jpg

      Delete
    4. Hekele xumno......patutla pas macam kmek umno muthakhir ni. Wa ccakap lu....pas kasi bunkus bro!

      Delete
  3. kami sedia bubar DUN untuk proses pemutihan. yg ada duri boleh tolak tepi, jgn calonkan semula semasa pilihanraya negeri. berani ke pas buat mcm tu? oh! lupa, pas takkan berani sebab hadi maksum lebih suka berpadu-padu dgn BN kalau ada krisis mcm ni.

    lagipun MM, hang tu bukannya pengundi selangor pun. masa DS nizar dulu kami org selangor tetap sokong DS Nizar atas dasar 'pakatan rakyat', kami bersoladiriti dgn DS Nizar di rumahnya, kami nak lawan BN, membujur lalu melintang patah!! apa jadipun BN mesti tumbang!! tapi bila kena kat selangor, wakil pas yg selalu dok buat onar hehehe dasar lebai bodoh sombong. buat rosak imej org islam jer, serban atas kepala tapi ada hati nak berpadu-padu dgn BN... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu biar hilang Selangor.... Ada MB dari PKR pun tak guna asyik memberi dana dan jawatan kepada PAS dan projek mega kepada UMNO aje. PAS bawah Hadi ini tak berguna apa satu, asyik nak terima nasihat Mustafa Ali aje, pendapat sendiri tak ada yang ada hanya untuk mengkafirkan siapa yang tidak memberi jawatan kepada "menantu abah" Din Ayam aje. Kita tak boleh sokong pemimpin bodoh macam Hadi ni walaupun letak lambang Allah kat dahi dia tapi dia berperangai Munafik dan flip-flop terhadap rakan politik sahabat. Tak puas hati lagi kalau Marang pun jatuh kat UMNO, Kedah dan Trengganu serta Perak tak dapat ditawan? Kalau tak kerana pengaruh politik baru Anwar jangan harap PAS bawah Hadi nak bernafas....Cubalah. DAP kalau berpadu dengan PKR, insyaallah dapat jauh lebih kejayaan dari dengan PAS yang diterajui Hadi.

      Delete
    2. Agree, memang geng ostad ularmakkk PASPiss pussy Ni memang bodoh

      Delete
    3. Selama inipun yang membongkar segala kejalangan UMNO di negara ini pun adalah dari PKR dan DAP, manakala ada juga sekali sekala dari pemimpin reform PAS seperti Husam Musa, Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahudin Ayob, Khalid Samat, Dr Zulkifli dan sepertinya. Manakala pemimpin muda "lapar kuasa" seperti Din Sawi, Din Ayam dan Nik Jet hanya menjadi pak angguk dan di Parlimen batuk pun tak berbunyi........Mereka ini lebih kepada pengikut Nasya Mat Isa UG. Tak payahlah kamu nak paksa orang mengikut kepimpinan Ulama Munafik kamu tu maka jawabnya sampai bilapun kamu akan tinggal di bawah ketiak UMNO dan teruskan mengusung Tin Milo untuk kutip derma bagi melawan UMNO sampai akhir zaman sementara menunggu pertolongan burung Ababil...........

      Delete
    4. Dalam pas yg selalu membongkar umno puak profesional je.geng ulama jangan mimpi la..baca doa bole le.

      Delete
  4. biar PKR berkubur lah...rakyat bersama PAS

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kuat pertahankan lah kubu di 15 dun Selangor nanti bila lawan 3 penjuru > PASm Keadilan dan BN.....hi hi pas kan ke kuat

      Delete
    2. PAS boleh pergi mampus bersama lebai lebai mereka tu

      Delete
    3. kat akhirat nanti kita akan bersama dengan orang yang kita sayang

      Delete
  5. Pengundi atas pagar pun pening...

    ReplyDelete
  6. pas jangan tamak.....
    pkr jangan emosi....
    dap jangan melatah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Khalid jangan undur..
      http://3.bp.blogspot.com/-Z2RvJjcPLW4/U-Yea5Jhd7I/AAAAAAAAgnY/wWBghNATAAs/s1600/image.jpg

      Delete
  7. Pakai baju agama tapi tikam kawan pakatan kat belakang......kehulu kehilir cakap isle-isle tapi asyik mengungkit, Tak apalah dan ingat dlm ilmu politik mudah saja SIAPA sahaja yg diPUJA, disokong oleh UMNO. TV3, UTUSAN, & Awani SUDAH TENTU ada yg tak kena dgn pemimpin itu. Lagi hj Hadi nak kow-kow sokong Kaled. belum ungkit pasal pinjaman bank islam dia. Kemudian puji kaled kerana panggil SPRM siasat dia, sejak bila PAS percaya pada SPRM.
    Beginilah kalau PAS Selangor kuat sangat semua kawasan yg dia bertanding PKR lawan sama dan 3 penjuru > Pas, Keadilan dan BN.....apa kisah KAN KE PAS KUAT.....hi hi hi...Kedah pun semusim, Ganu semusim dan elok nya din akam isle-isle tapi tuduh orang edar pil kuda lah, ubat batuk lah DLL
    Sudah la hadi.....
    Banjarien

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woiii mamat lu minum ketum ke..??Lu ingat PKR kuat sangat ke..Setiap kali PRU lu orang harapkan petugas PAS beb...Ranting dan Cabang pun umpama Hidup segan mati tak mahu..dekat tempat aku Harapkan cabang aja..ranting langsung tak mandang...

      Delete
    2. Betul Tu. Isle and islang pegi bangang sama Ko PAS

      Delete
    3. selalu sangat keluar dr org. pas...ketum ketum...memang sinonim la! Bro petugas pas for all.....nak undi bukan melayu ooops undi bukan bukan bukan.....kes TEOH BENG HOCK AND SYABANI PGW KASTAM MACAMANA PAS.? Nkorang sokong le ye. Apa khalid buat PAS PAS PAS. TERSUNKUR DI PINTU PWTC.

      Delete
  8. lepas ni din ayam le jadi MB Yob, sebab PAS dah kuat di Selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kamu marah sangat kat din ayam ni kenapa... Apa kaitan...

      Delete
  9. Manjung mari,

    Aku percaya kau lebih faham bila aku kata bahawa PKR nak memecat Khalid Ibrahim dari jawatan menteri besar dan digantikan oleh orang lain. Sama ada alasan atau tiada alasan, kuasa melantik menteri besar terletak pada parti maka parti itu yang berhak memecat sesiapa saja yang dia lantik.

    Oleh itu para pengundi perlu sedar diri mereka tidak ada kuasa mencampori urusan menteri besar, tidak perlu terhegeh-hegeh nak pertahankan Khalid terus kekal sebagai MB Selangor.

    Mengikut lojik akal, sepatutnya pemimpin PAS berkerjasama dengan PKR dan DAP mencari jalan penyelesaian berkaitan integeriti Khalid Ibrahim dalam kerajan negeri. Bukannya mempertahankan Khalid tapi menjaga keutuhan Pakatan Rakyat itu sendiri.

    Tapi malangnya Presiden PAS Hadi Awang secara terbuka mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

    Disamping itu ada pula segelintir pemimpin sudah berkira-kira untuk kerluar Pakatan Rakyat dan menubuhkan kerajaan baru bersama UMNO Baru.

    Untuk menunjukkan bahawa parti PAS itu dominan maka Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

    Disokong pula Majlis Syura Ulamak PAS menetapkan pendirian agar Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan di jawatan menteri besar sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

    Dalam pilihanraya ke 13 yang lalu, PAS mencadangkan bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya bukan dari PAS, bukan dari PKR, dan bukan dari DAP tapi daripada Umno Baru seorang ahli Parlimen Gua Musang.... Siapa sebenarnya siapa PAS dalam Pakatan Rakyat ? Apakah kau juga menyokongnya wahai manjung mari ...?

    Apakah pengundi diSelangor amat bodoh tidak tahu menilaikan peranan yang dimainkan oleh semua pemimpin PAS itu bersifat sabotaj pada Pakatan Rakyat ?

    Aku sokong Rafizi Ramli bahawa risiko kehilangan Selangor itu berbaloi asalkan PKR berjaya menukar menteri besar yang kurang berintegriti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setelah mencabar Saifudin Nasution.. Khalid Ibrahim membuat laporan SPRM ke atas dirinya sendiri.. itu kamu cakap MB yg kurang integriti..? dulu kata Tan Sri Khalid lurus la.. x pandai main selok belok politik la.. la ni kluar pulak tuduhan dakwaan salah laku ntah apa ntah nye.. kalo Late of Karpal maseh hidup.. aku rasa dia musti meto macam dulu tu ha.. akan kluar drpd mulutnya ungkapan "Anwar Ibrahim harus bertobat nasuha.. bukan tobat biasa2 tau.. krisis di Selangor ni dh kira brdose besor tau.. keh keh keh..

      Delete
    2. PAS dan PKR sedang menggali kubur sendiri di Selangor. Kedua-dua parti ni sama sahaja. Sehari dua ni kenyataan pemimpin PAS membingitkan suasana dan UMNO/BN sedang bersorak gembira menyaksikan lakonan sarkas pemimpin PAS dan PKR. Tahniah dan teruskan pergolakan anda dan anda akan melihat sendiri dalam PRU ke-14 semua negeri jatuh kepada BN kecuali Pulau Pinang dan 80 peratus kerusi parlimen akan berpindah ke tangan BN.

      Delete
    3. Org PKR semuanya bangang..sekian,terima kasih.

      Delete
    4. Anon 7:40 PM

      Kamu ahli parti mana... ?

      Pakatan Rakyat tidak pernah mengiktiraf SPRM sebagai badan pencegah rasuah tapi dia orang padang SPRM tak ubah seperti senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah.

      Teoh Beng Hock mati dalam bangunan SPRM.... sampai sekarang tak tahu siapa pembunuhnya. Kau kata Khalid Ibrahim membuat laporan SPRM ke atas dirinya sendiri sebagai tanda ada integeriti ? kah...kah...kah...kah.... kau memang pencacai dari tong taik.

      Kalau SPRM menjalankan tugas seperti yang kau sangkakan bagi menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin Taib Mahmud semuanya sudah duduk dalam rumah rehat di Kajang.... ada faham ?

      Suruh Khalid gagap tu saman Rafizi di mahkamah kerana menuduh dia tidak ada integeriti dalam urusan menyelesaikan hutang saham nya dengan bank.

      Delete
    5. khalid seorang yg bersopan santun takkan nk terus saman..? bodoh.. dia nk bagi peluang dulu kt member parti sendiri.. selesaikn dulu cara baek.. ko x bace surat tunjuk sebab yg dia balas tu..?

      Delete
    6. Bodo punya stetmen.

      Delete
    7. Takdak org lain ka nk ganti mb?haha.gila punya anwar...

      Delete
  10. Pas lupa yg menang byk kerusi...sape yg pangkah..pangkah kerana pr..dsai....sedar la same...

    ReplyDelete
  11. Jawapanya dok kat PAS macam nkorang........buat fitnah serupa ameno.....lebih baik nko join ameno je! Ape nko tak dengar apa LGE kata fasal fitnah tantawi.......terhadap PULAU Pinang? Pas ni menepati kata kata madey kuty suatu masa dulu........haprak......tantawi, din ayam and mentua dan ramai lagi yg sewaktu denganya......sikit hari lagi Kazim al kazam dan MM BERCIUM TANGAN BRO!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MM ni komen2 kutuk dia pn kluar jugak... dia x reject pn.. teruskn brblog bro.. kasi hantam semua... yg drasakn x btul.. kazeem al kazam ke.. nuar al brahim ke.. najib al rosmah ke.. al amnuu wal barisanu al nasionalu.. ko kasi balun je.. trmasuk la al PKR.. ha ha

      Delete
  12. PKR & UMNO ni kan satu bakul dulu.... Bau UMNO PKR ni masih sama... Watak Saifuddin amat jelas sekarang... Tak sedar dimenangkan di Machang oleh PAS.... lps tu hina PAS...
    Macai PKR pula kini mula serang dan label pemimpin pas mcm2.. Itu lah aklak mereka.... Tak sedar ekor sendiri penuh taik...

    ReplyDelete
  13. Secara keseluruhannya, beliau melihat episod pertelingkahan PKR sehingga mengganggu pentadbiran negeri ini sebagai satu pengajaran buat rakyat Selangor.

    "Umno melihat ini sebagai satu iktibar, satu pengajaran, kita kena pilih kerajaan yang betul-betul kuat," katanya.

    ReplyDelete
  14. Teringat kisah pil kuda. Teringat kerajaan negeri kedah. Apa kabar hadi maksum? Tidur lena peluk menantu kot! Hehehe

    ReplyDelete
  15. Salam,

    Kepada Ustaz Nasharuddin Tantawi, saya cadangkan biar Lim Guang Eng dari DAP teruskan niatnya untuk menyaman Ustaz.

    Walaupon semuanya pengomen di atas ketawakan saudara, termasok penulis, tetapi PERCAYALAH... Lim Guang Eng nie Gertak ajer lebih, dia tak akan berani Projek Mega nya di Pulau Pinang dijadikan bahan bacaan untuk semua orang, bagaimana, sebua company rm2.00 modal berbayar diluluskan kerajaan negeri.

    Walaupon Gah hanya pada nama, pentertaan konsortium di belakang seperti CRDD BUGC dan dua lagi local company, but as China Government Rulling, NOT any of its investment arm could transfer a borrowed monies from the Government Bank abroad with a proper documentation in hand such as, LOA, and other sort of documentation.

    Jadinya at the time of award, company sememangnya tak layak... Jadi kenapa Puak Pembangkang selalu menuduh Kerajaan Memberikan Kontrak kepada company RM2.00, (sebelum Sysrikat Induk memasokkan duit).. Jadi caranya adalah sama yang di amalkan oleh kerajaan Barisan Nasional..

    Mana kelebihan Guan Eng? Tak der, cara sama ikut BN, Rasuah? Tak Der? Bohong...

    Jadi ustaz, biar Guang Eng saman, hjadi umum boleh tahu berapa banyak company yg masuk...

    Apakah ada rundingan terus untuk kontrak sehingga Local Giant (yang juga ada giant Funder Company dibelakang) kalah kpd company RM2.00

    Bukalah Mata... Jangan percaya dan terima Gunag Eng cakap.. Jangan Jadi Bodoh

    ReplyDelete
  16. relax..relax. jangan gado gado. pkr kata pas menang kerana ahli pkr pangkah pas. pas pun cakap pkr menang kerana ahli pas pangkah pkr. dap menang kerana orang pas dan pkr bagi pangkah. lebih baik bubar je dun, lawan masing2. pkr lawan pas lawan dap. bn tak payah campur. tengok siapa menang. kerusi pakatan akan kekal jumlahnya, cuma tak tau la siapa dapat kerusi siapa dan siapa akan hilang banyak kerusi!! tapi iklas aku cakap, kalau jadi pilihanraya macam ini, pkr akan duduk atas lantai. sebab apa? sebab KERUSI DAH BANYAK HILANG....hahahahaha

    ReplyDelete
  17. Semua pergolakan adalah PKR yang kecelaruan kerana mereka tanpa sejarah pembelaan rakyat. Terbentuknya adalah mata lebam.. siapa yang sanggup terpenjara untuk orang lain melainkan sejarahnya untuk kepentingan diri. Muhasabah lah diri

    ReplyDelete
  18. pkr la punca segala masalah

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum admin, saya mahu minta tolong admin buangkan link blog saya http://www.nukeufo89.com dan kemudian add balik link blog saya semula dalam senarai bloglist admin sebab link blog saya masih belum terupdate sampai sekarang dalam senarai bloglist admin walaupun sudah 2-3 entri terbaru sudah saya update dalam blog saya. Masalah ni berlaku disebabkan sebelum ini saya baru pindahkan kesemua isi blog saya ke dalam akaun blogger yang baru. Kerjasama admin amatlah saya hargai. Terima kasih.

    ReplyDelete