Pages

Tuesday, August 5, 2014

Oppss, Ubah Topik... Kisah ostad-ostad cap ayam...

Aku nak ubah topik seketika,, biarlah Anwar Ibrahim dengan labu-labu macainya berlalu..ha ha.. tak larat dah aku duk baca kisah mereka,, nak jaga rakyat Selangor atau nak jaga kepentingan sendiri,, sendiri mau faham la..

Isu yang aku nak bawa,, tiada niat nak balas kembali apa yang berlaku terhadap diri aku,, tetapi bila pimpinan aku hangpa sentuh, umpama hang kutuk mak bapa aku juga... berdesing telinga..

Ceritanya bermula,, dalam minggu kedua/ketiga puasa, aku diberitau oleh seorang sahabat, "Bang,,, semalam dalam tazkirah di masjid *******  Ostad ***** duk sebut nama blog abang,, jangan diikut blog mari tu,,, dia tu bukan ada pengetahuan agama pun,,, ikutlah arahan mufti Perak...." 

Begitulah lebih kurang maklumat yang aku dapat.. bila aku muhasabah balik,, kenapa blog aku dipertikai sampai dibawa dalam siri tazkirah,, hebat tu promosi untuk aku wooo,, ostad yang juga imam masjid dah tolong kempen,,, sebelum ini kazim roti jala cicah kuah kari yang kempenkan.

dalam duk selidik kenapa,,, dah dapat jawapannya,, ini pun bila bersua sesama jemaah pada satu majlis buka posa,, baru aku dapat tangkap kenapa.... 

Aku yakin dan pasti kenapa,,,, sebabnya baca di sini .
Rupa-rupanya sang ostad ni salah sorang amil lantikan... tu yang marah sangat tu,, malah apa yang aku dengar ostad ni boleh kata dengan beberapa jemaah yang,, bayaq fitrah kepada Pas tak SAH... Fuiyo.....aku dah 20 tahun lebih duk bayaq Fitrah kat Pas,, tak SAH.... hu hu hu hu ...
Dan yang aku hairan bin ajaib,, macam manalah ahli-ahli Pas cawangan tu boleh lantik ostad ni jadi ketua Cawangan..

OK tutup dulu cerita ni,, 
ada satu lagi cerita... 

Pagi minggu 3/8/14, aku ikut kuliah subuh,, saja nak pemanas balik diri ikuti kuliah-kuliah,, maalumlah,, tak berilmu, lainlah macam ostad tu, berilmu, imam pula...
Dalam intipati kuliah subuh tu, ustaz yang menyampaikan ada menyebut dalam kuliahnya,, ada 2-3 ostad duk sibuk dalam group watsup pertikai Tuan Guru Nik Aziz, kononnya TGNA mujasimah, wahabi,,, sedangkan saudara seagama dengan kita di Palestine dah beribu kena bunuh dengan yahudi..

Terpaksalah aku tunggu sehingga selesai kuliah subuh pagi tu,, kalau tidak ustaz tak sempat tutup majlis pun aku dah cabut,, aku tunggu sehingga clear,, aku pi semuka dengan ustaz tu,, aku tanya siapa ostad-ostad cap ayam tu,, Ustaz ni pun bagi tau,, ostad/imam, yang hentam aku, sorang ostad pesara Navy dan seorang lagi kira agak ada nama juga, dan dah berjinak-jinak dengan perubatan islam tapi aku dah lama tak ikut kuliahnya...

Aku tak maulah nak komen apa-apa,, tetapi hebat sangatkah ostad-ostad ni,,, ingat balik kata-kata Ustaz yang bagi kuliah subuh tu,, Nik Aziz dah diuji oleh Allah dengan diberikan kuasa dan kunci harta kekayaan negeri kelantan selama lebih 20 tahun.. nak dibandingkan Ostad yang baru dilantik jadi imam dan ketua cawangan..

Kalau sekadar nak kata kat aku,, silakan,, aku tak ada hal punya,, tapi kalau hangpa kata kat Tok Guru aku,, aku memang terasa... . 


  


10 comments:

  1. Ceramah agama ni kita kena lah ikut. Setidak2 pun tengok tv. Bila tengok prog ustad zem2 tu...tak payah lah. Kaki goreng. Kaki ngutuk, bwak lawak bodoh. Bila ditanya hukum, ulasan dari sudut syariah hampas. Ustad yg bagus akan mengulas setiap perkara dari sudut syariah, bukan goreng sana sini...

    ReplyDelete
  2. Ustaz La La Ala Kazam.bab cerete rumah tangga seronok la ppuan Cuba cerete bab Gaza boleh KE. Mcm2 ada akhr zaman ni

    ReplyDelete
  3. BODOH nya kau ni MM.Kalau Anwar nak jaga kepentingan sendiri buat apa berjuang dalam PR .Nak pulak bergabung denagn PAS lagi tak guna.ada juga manusia seperti MM yang nak kata cerdik tapi bodoh,nak kata bodoh tapi bangang.aku ni penyokong Pas tapi dah menyampah dengan karenah MM dan Ustaz-ustaz yanag perasan banyak ilmu tapi tak pandai gunakan ilmu untuk mendapatkan kusa memerintah yang membolihkan kita mentadbir secara Islam yang di terima oleh semua orang.

    ReplyDelete
  4. I just like the valuable information you provide on your articles.
    I will bookmark your weblog and take a look at again here frequently.
    I am rather certain I'll be informed a lot of new stuff proper here!

    Good luck for the following!

    Also visit my site attorney albany

    ReplyDelete
  5. MM tu macai-macai.

    ReplyDelete
  6. Wow, amazing blog layout! How long have you been blogging for?
    you make blogging look easy. The overall look of your site is
    great, let alone the content!

    Here is my blog: Www.youtube.com

    ReplyDelete
  7. tak ada negara Islam yg berjaya hendak bangunkan Islam cara demokrasi.Kita punya lagislative ialah Allah.Demokrasi, lagislative ialah manusia.Demokrasi adalah kerja shirik.Shaittan suka,yahudi suka.USA suka.NATO suka.

    ReplyDelete
  8. Rocky the Great Flesh says: aku sebenarnya jeles dgn ostat2 sekarang yg semaken hari semaken kaye; banyak lubang deme buleh buwat duet; contoh: slot tazkirah deme bagi 1 jam tapi ostat2 ni baca buku 15 menet lagi 45 menet dia tibai buwat lawak siap nyanyi & tiru2 artis... habes isyak masyuuk RM200.00....wa jeles wooooo

    ReplyDelete
  9. Ostad dan ularmakkk penipu, munafik, ularmakkk cap ayam

    ReplyDelete
  10. PAS semakin hampas dengan geng geng ostad dan ularmakkk ni. Boleh mamposs PAS

    ReplyDelete