Pages

Tuesday, September 23, 2014

Kesian Datin Seri Wan Azizah...

Sepatutnya dalam usia yang diperingkat akhir ni sebagai seorang wanita seperti Dr Wan Azizah yang menjalani hidup penuh dengan cabaran dan ranjau hidup berehat dan bermesra dengan cucu-cucunya. dan bukannya disuruh menjadi seperti puppet menjadi gelak tawa musuh politik bah kan orang biasa pun turut terhibur sama....

Bermula dari Kajangmove, maka hari ini berjayalah sudah Anwar memenuhi hajat orang kesayangannya dengan menjadikan isterinya sebagai watak utama untuk menutup adegan yang yang sebenar..
Anwar sanggup melakukan apa sahaja rengetan dan permintaan Azmin walaupun berapa banyak perkara yang melibatkan dasar parti, namun orang lain pula yang jadi mangsanya..Azmin Ali tetap dihatinya.. kenapa? aku sendiri pun tak tau?... tetapi inilah senarionya,, berapa ramai pemimpin Pkr yang keluar parti, semuanya kerana Azmin Ali, 
sekarang puas sudah hati Azmin..
Cita-citanya dah pun berjaya.. betul apa yang dicakap oleh adiknya Azwan Ali..



ha ha ha, dimana Pengarah strategi Rafizi,, dimana Sua Saifuddin Nasution...

Dan rasanya inilah adalah lakonan terakhir Anwar, tanpa nmelibat isterinya..






Aku sekadar menyampai satu surat terbuka buat Mb baru Selangor.. 


Surat terbuka kepada Azmin Ali, MB Selangor baharu


OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 23 September 2014

Kepada Azmin Ali

Selangor mendapat menteri besar baharu hari ini dan Pakatan Rakyat (PR) dapat terus memerintah negeri terkaya Malaysia selepas sembilan bulan berada dalam keadaan politik kacau bilau yang menyebabkan rakyat tertanya-tanya mengapa ia berlaku.
Sejauh mana anda akan berbeza berbanding menteri besar sebelum ini di pejabat di Shah Alam, iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?
Selama ini, anda berkhidmat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal pembabitan kerjaya politik ketua umum berkenaan dalam PKR, sementara Khalid berpengalaman sebagai tokoh korporat hampir sepanjang hidupnya dan hanya terjebak dalam politik pada Pilihan Raya Umum 2008.
Sepanjang 6 tahun lalu, kita melihat Khalid berubah daripada seorang yang mentah dalam politik kepada individu yang mampu menggoyahkan partinya sendiri dan gabungan, menyingkir sekutunya, membuat perjanjian selepas bertahun-tahun menolak mereka, dan melukakan (PR dari dalam.
Ini adalah apa yang kami harapkan daripada anda apabila memulakan kerjaya sebagai ketua kerajaan negeri Selangor.
1. Anda perlu mengelak perjanjian “pintu belakang” dengan individu berkuasa. Satu teori yang sedang tersebar adalah lobi-lobi besar bimbang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pasti menjadi batu penghalang kepada transaksi berat sebelah, dan sebagainya.
2. Anda perlu meminta pendapat rakyat Selangor mengenai projek besar dan sanggup memberi penjelasan mengenai rasional rundingan kontroversi seperti Lebuhraya Kidex.
3. Anda perlu adil dan saksama dalam berurusan dengan golongan minoriti di Selangor. Contohnya, daripada hanya sekadar diam dan melihat, anda mesti bersedia untuk bersuara dan bertindak apabila hak seseorang diganggu. Pentadbiran Khalid tidak berjaya menangani kes rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban awal tahun ini dengan baik.
4. Anda mesti berjimat cermat dalam menggunakan dana RM3 bilion dalam tabung kerajaan negeri. Wang itu milik rakyat, dan bukannya PR.
5. Anda perlu ingat anda berhutang taat setia kepada rakyat, lelaki dan wanita biasa yang menyokong PKR sejak penubuhannya dan berdiri di belakang anda dan parti anda walaupun ketika pada waktu paling sukar, apabila menjadi penyokong PKR adalah sesuatu yang tidak popular dan berisiko. Mereka yang berkuasa mungkin meminta sesuatu daripada anda tetapi hakikatnya anda berada di kedudukan anda sekarang kerana suri rumah di Sekinchan atau guru di Subang Jaya.
6. Anda perlu ingat ini adalah peluang terakhir PR untuk menunjukkan kepada rakyat Malaysia gabungan ini mempunyai idea dan polisi untuk mentadbir bukan saja negeri terkaya di Malaysia tetapi negara ini juga. Apatah lagi, "Langkah Kajang" bertujuan menyingkirkan Khalid yang membosankan dan menggantikannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinamik, individu yang akan menggunakan Selangor sebagai negeri contoh inklusif dan bukan semata-mata polisi.
7. Tidak ada tempoh bulan madu. Anda perlu terus bekerja dan buat yang terbaik bermula dari Hari Pertama. Tidak adil? Tidak juga.
Rakyat Selangor terpaksa berdepan dengan banyak situasi mengarut sejak akhir-akhir ini. Ini adalah senarai perkara yang memalukan: pengkhianatan rakan gabungan; menyaksikan Perlembagaan dan peraturan undang-undang dimusnahkan; melihat seorang menteri besar yang enggan berganjak daripada jawatannya dengan cara terhormat; melihat PKR berdepan dengan satu demi satu keadaan huru-hara.
Kebanyakan pengundi sudah semakin hilang sabar untuk berdepan dengan lebih banyak lagi perselisihan dan kesilapan.
8. Anda adalah penjawat awam. Tidak ada aspek dalam hidup anda yang boleh diketepikan sebagai peribadi.
Sebagai contoh, jika ada rundingan antara anda dengan institusi kewangan atau entiti perniagaan lain, ia perlu diisytiharkan kepada parti politik anda dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
9. Anda berisiko ditahan dan menjadi sebahagian daripada ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun demi pilihan raya yang bebas dan adil.
Anda pernah diancam dengan tahanan tanpa perbicaraan dan undang-undang drakonian lain oleh rejim yang menunjukkan hanya sedikit hormat terhadap kebebasan bersuaran dan memandang hina peraturan dan undang-undang.
Anda memerangi golongan berkuasa selama lebih 20 tahun. Menjadi menteri besar tidak menjadikan anda sebahagian daripada golongan itu.
10. Lebih baik dikenang kerana melakukan perkara betul dan berpegang dengan prinsip benar daripada mengumpul kekayaan dan pengaruh. Adakah anda lebih rela menjadi Nelson Mandela, Ghandhi atau Marcos?
11. Kad laporan anda akan ditanda pengundi dalam tiga atau empat tahun, dan bukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Majlis Agama Islam Selangor (Mais), broker kuasa Umno,Tun Dr Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Razak.
Mendapat pengiktirafan daripada Utusan Malaysia atau media arus perdana lain adalah tanda pengakhiran dan bukan sesuatu yang membanggakan.

12. Janji anda adalah kepada rakyat Selangor. Seluruh rakyat, bukan hanya kakitangan awam atau ahli parti anda saja. Anda adalah menteri besar untuk semua. Berkhidmatlah untuk mereka dengan baik. Pujian akan datang daripada semua bahagian bila tiba masanya, bukan sekadar perkhidmatan awam atau parti politik yang berkepentingan saja.

Azmin, anda membawa beban besar selepas apa yang berlaku sepanjang 9 bulan lalu dan daripada penggal kedua PR sebagai kerajaan memerintah Selangor dari 2013.
Kebanyakan isu tercetus sendiri, sama ada oleh parti anda, beberapa pegawai atau malah rakan sekutu. Manfaatkan mandat yang masih bersisa untuk membuktikan anda adalah pilihan tepat dan Sultan Selangor tidak silap memilih.
Selamat berjaya, untuk anda dan seluruh rakyat jelata Selangor. – 23 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/surat-terbuka-kepada-azmin-ali-mb-selangor-baharu#sthash.NWZPdzmd.dpuf


28 comments:

  1. "Satu teori yang sedang tersebar adalah lobi-lobi besar bimbang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pasti menjadi batu penghalang kepada transaksi berat sebelah"...
    pembetulan... TSKI adalah manusia yang sebenarnya menjadi batu penghalang kepada beberapa pelobi yang ingin mengambil untung atas angin (berpuluh juta) daripada perjanjian air selangor..... macamlah orang tak tahu!!

    ReplyDelete
  2. Keseluruhan surat terbuka ini adalah ayat2 politik untuk membalut luka rakyat yang selama ini dipermainkan oleh puak PR...
    jadi cara nak memujuk rakyat ialah dengan meredakan kemarahan dan mengelabui mata rakyat dengan kiasan dan nasihat yang nampak baik2 belaka.... padahal disebaliknya ialah perebutan khazanah selangor akan bermula sebentar saja lagi ha ha ha!!!!

    ReplyDelete
  3. DSAI tidak hadir pun elok juga. sekurangnya dia tidak hentam TGHA. Ulamak apa?. Muktamar hentam kawan bela lawan. Lancau la Priseden PAS. AKU telah habiskan masa dan wang ringgit untuk PAS. Tetapi mungkin aku akan relax bila PRU 14 nanti. PAS jgn sombong dan bongkak.

    PRK Sg Limau, 3 hari dan 3 malam serta 3 kambing dan ribu ringgit diberi untuk kempen PAS sert memperbaiki rumah warga miskin. PAS dipimpin ulamak yg tidak ulamak. ulamak BARUA. Presiden PAS gila jawatan. Gila dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ulamak...fullamak...piraaahhh PAS..aku takkan sokong PAS selagi fullamak menjajah PAS.

      Delete
    2. Anoy 1;42; AYAT BANGANG HANYA UNTUK BARUA PAS MACAM LU. ulama dunia.

      Delete
    3. aku sanggup jadi barua pas dari pkr

      Delete
  4. surat terbuka konon....kepala hotak engkolah penulis surat....konon nak ingatkan orang....isi surat penuh kekecewaan dan kedengkian... biarlah azmin perentah dengan acuan sendiri...kita tengok sejauh mana dia boleh buat. jadi pemerentah bukan ikut acuan politik....nak kuasa je guna politik....

    ReplyDelete
  5. tak payah lah ko tunjukan ke magkukkankan ko anon 1224. buat jasa tak boleh ungkit ungkit. siap maki ulama lagi. sesia je......

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.47. ulama maki kawan bela lawan. Priseden sebut barua, aku juga sebut barua. Ulama mana boleh maki hamun macam tu.

      Bukan mengungkit. cuma aku rasa menyesal. Ahli kerja punya gila untuk menjatukan umno celaka sedangkan Presiden pula berpeluk dgn umno. LANCAU LA

      Delete
    2. aku pun ahli PAS. tetapi presiden jangan BONGKAK atau SOMBONG. Apa PAS boleh perintah Malaysia kalau perangai macam ni. Salam dikirim.

      Delete
  6. kau ni MM tak habis2 komen tentang keluarga Anwar.Apakah kau tak sedar ke bahawa ulamak yang kau sanjung sampai ke lubang tahi dia kena hambur dan di hina orang,Oarng seperti aku ni hina dan jijik,kalau hj.hadi suruh kau makan tahi kau mesti patuh sebba kau tu jumud,Dosa kau dengan Anwar dan keluarganya tidak terampun sekiranya kau sendiri tidak mohon maaf kepada nya,Allah maha pengampun tetapi dengan manusia yang kau fitnah setiap masa kau tunggulah balasan nya terkena pada keluarga kau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meroyan bang...kang masuk sepital bontot sakit

      Delete
  7. Sudah2lah MM dok mengarut. Kalau benci pd seseorng jgn sampai tak lihat kebaikan org lain. Nampak mm ni kian meroyan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan meroyan tapi dah hampir nak gila khinzir.tertalu taksub pada ulamak dia yang serban berbelit2.jenis ni kalau kita bagi tau pada jubah tuan guru ada najis terkincit,mereka ini tidak mahu mengaku malahan mengatakan itu adalah pewangi.susah puak2 ni terima nasihat orang lain

      Delete
  8. Yang PALING PENTING, ABU, ABU, ABU, ABU ...................

    ReplyDelete
  9. sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui apa yg terbaik utk hamba2nya. Cuma kita perlu redha dgn ketentuanNya. Banyakkan bertaubat dan bermunajat kpdNya. Yang jelas yg mendapat jawatan perlu menjalankan amanah yg berat dan yg tidak diberi jawatan, bersyukurlah kerana ada hikmah besar yg hanya Allah yg mengetahui dan telah selamat drp segala fitnah dlm beramanah. Wlaahua'lam

    ReplyDelete
  10. Kalu aku UMNOGOK & PAS Ngok...lebih baik aku pilih umnogok...kalu pas ngok perintah Terengganu dan Kedah sempat 1 penggal...haru biru dibuat negeri...piraaah..tersilap sokong dlm pru 13...pirrrrrraaaaaaahhhh fullamak.

    ReplyDelete
  11. Hasad dengki adalah antara dosa pertama yg pertama dilakukan. Ada beza antara hasad dan dengki. Dengki biasanya kita cemburu atau tak senang hati dengan seseorang, terutamanya dengan orang yang berjaya datipada kita. Hasad lebih parah lagi, kalau kita tak dapat, orang lain pun mesti tak dapat . Contoh mudah kes iblis dengan nabi adam as., disebab hasad iblis ingkar dengan perintah Allah agar sujud kepada nabi adam. Lantaran itu iblis akan dihumban ke neraka jahanam. Alang-alang nak kena biarlah semua anak adam diheret bersama. Rasanya tak banyak bezanya dengan saudara MM, ekoran hasad, benci dan dendam kesumat terhadap anwar, habis keluarganya cuba diheret ke kancah kebencian. Ini amat berbahaya, takut saudara diuji atau dibalas dengan keadaan yg saudara tak jangkakan. Kena kanser ke, ditikam oleh penyamun ke, sakit yang tak diketahui dan kalau tak kena ke atas kita, mungkin anak bini kita (moga saudara MM sekeluarga senantisa mendapat rahmat dan lindungan Allah) Wallahu a'lam. Apapun parti pemerintah pusat pasti gembira dalam duka. Gembira kerana WAWIbtsk menjadi mb selangor dan dukanya masih gagal merampas selangor, walaupun PR ditohmahkan dengan keburukan tetapi terpaksa menerima hakikat PR lebih baik dari sebelumnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...bla bla bla ending umno juga dikaitkn dan disalahkn...sian nya sapa yg tohmahkn pr dgn keburukkn.. KETUM mulakan 'langkah kejang'... tghh dan pro ulama tk senada dgn KETUM dan puak anwarinas dlm pas
      pula mnyokong KETUM lbh dari presiden sendiri...bla bla bla umno salah..umno punca...dan lbh kelakar 'umno terpaksa menerima hakikat PR lebih baik dari sebelumnya'...ok hehehe...opps sory

      Delete
  12. MARAH SANGAT KAT TUAN GURU HAJI HADI KENAPA? SILA NYATAKAN.. MELALAK MACAM ORANG TAKDA PEDOMAN.. SAPA YANG BERIKAN NAMA AZMIN.. PAS YANG BAGI.. HARAPKAN PKR TAKDA LE.. JANGAN SOMBONG LE.. PAS TAK TRINGIN LANGSUNG JAWATAN MB.. KITA ADA AKHLAK DALAM BERJMAAH.. BUKAN POLITIK SAHAJA.. TAPI AMANAH YANG TELAH DIBERI ALLAH.. JANGAN CEPET PERCAYA CERITA MURSUH.. KRISIS MB NI MEMBUATKAN ORANG MELUAT DENGAN PERANGAI PR.. DARI MENCACI BAIK KITA BUAT KERJA PULIHKAN SEMULA KEYAKINAN RAKYAT..

    ReplyDelete
  13. Yg cerdik dalam wayang politik KajangMove ini adalah Azmin dan Hj.Hadi !
    Azmin akhirnya dapat jadi MB. Hj.Hadi berjaya menunjukkan taringnya dan menonjolkan kewibawaan sebagai ahli politik merangkap presiden Pas !.....musuh-musuh politik mereka terkedu dan terlonglai.

    Tahniah kepada kedua-duanya.

    ReplyDelete
  14. Berita muka depan utusan malysia hari ini bertajuk ' azmin kritik khalid'. Surat kabar Sinar muka depan ' azmin puji khalid'....

    ReplyDelete
  15. Aku naik meluat dgn pas... Sebelum respek pas..tp sekrg aku tau hj hadi cuma layk mengajar aja,,... Xlyk jd leader... Ucapan pergolongan seorg berjiwa besar sepatutnya lebih baik dgn statusnya ulamak... Ni ok keji sama ahli..pa jenis tok guru mcm ni...

    ReplyDelete
  16. apa la punya sakit hati sangat MM ni kat anwar.walau aku tak berparti tapi aku sokong PR terutamanya PAS tapi agak nyampah dgn apa berlaku dalam PAS baru2 ni. aku sokong anwar tapi tak la memuja lebih2. aku pun naik meluat dah tengok tulisan hang.

    ReplyDelete
  17. Perancangan menjatuhkan TSKI dan gantikan dgn Azmin Ali bermula dari kes Hutang TSKI di lupuskan dan perjanjian air Negeri Selangor. Rafizi Ramli adalah orang yg paling vocal utk menaikkan Azmin Ali. Tetapi Azmin tdk mendapat sokongan dari semua ahli PKR juga dari parti parti dari Pakatan Rakyat. Maka utk itu DSAI mengarahkan Rafizi Ramli mencari jalan bagaimana utk menaikkan Azmin Ali.

    1. PKR memerlukan seorang yg diterima oleh semua ahli utk menggantikan TSKI. Yg boleh diterima
    oleh Parti DAP tetapi mungkin tidak diterima Parti PAS (PAS boleh dipergunakan utk menaikkan
    Azmin Ali).
    2. Orang tersebut semestinya tidak boleh diterima oleh Istana / UMNO.
    3. Istana menolak, minta nama lain. PKR dan DAP ( Dap pasti mengikut) mencalonkan orang
    tersebut. Istana / UMNO pasti berkeras utk menolak..
    4. Diharap PAS akan mengambil kesempatan meletakkan nama-nama dari PAS sebagai calon. Agar
    tidak kelihatan terlalu mengharap jawatan MB Selangor dijangka PAS akan meletakkan nama
    seorang calon dari PKR. (Tolak presiden diharap PAS pilih Timbalan Presiden.)
    5. Dengan jangkaan ISTANA menolak calon PAS maka nama calon selain calon PKR / DAP diterima
    oleh Istana.
    6. Semua terpaksa terima nama yg diterima oleh ISTANA.

    ************Maka bermulalah LANGKAH KAJANG***************
    ARTS OF WAR, KNOWS YOUR ENEMY.
    KALAULAH SEMUA SEDAR YG MEMULAKAN LANGKAH KAJANG IALAH RAFIZI RAMLI
    YG BEGITU BEKERJA KERAS MENAIKKAN AZMIN ALI,
    TIDAKLAH SEMUA JADI BANGANG TERTIPU OLEH DSAI DAN RAFIZI.
    KITA SEMUA MASIH BANGANG DALAM POLITIK.


    ReplyDelete
  18. Seringit dua kupang dah masuk. Ya hoooo.Buat beli susu anak......da.

    ReplyDelete
  19. Noknok
    Biar jadik barua ulamak dari jadi barua penjubor tegar...ahakssss

    ReplyDelete