Pages

Friday, September 26, 2014

Terima Kasih Tuanku - menyelamatkan apa yang patik perkatakan selama ini..

Alhaamdulillah, apa yang aku perjuangkan selama ini tak meleset,,, terasa puas hati,, aku tak keseorangan,, aku harap macai-macai Anwar Ibrahim sedar diri...


 Sultan Selangor tegur strategi politik PR



26 September 2014


KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini membuat teguran langsung terhadap PR atas strategi politik yang dijalankan termasuk usaha menjatuhkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Baginda turut menyentuh soal usaha mengguling Abdul Khalid yang dilakukan secara berterusan oleh PKR pada bulan Ramadan lalu, seolah-olah tidak menghormati bulan suci itu.

"Kemelut dan pergolakan dalam PR ini bermula daripada Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

"Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Abdul Khalid. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  beliau berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadan, di mana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh ALLAH untuk membersihkan dosa dan maksiat.

"Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam  bulan Ramadan dengan terus  menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Abdul Khalid," titah baginda dalam ucapan pada Majlis Pelantikan Exco Baru Negeri Selangor di sini, hari ini.

Titah Sultan Selangor lagi, kemelut terbaru di negeri ini "membuka mata dan hati serta pandangan" baginda terhadap perkembangan politik di Selangor.

"Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihan raya yang akan datang. Tetapi kedudukan beta sebagai sultan yang memerintah negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat beta," titahnya.

Dalam ucapan sama, baginda turut membangkitkan soal 'ketidakfahaman' ahli politik di negeri ini terhadap kuasa dan tanggungjawab sultan.

"Sebagai sultan yang memerintah, tugas-tugas beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor yang beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri yang dijalankan oleh menteri besar. Beta hanya menasihatkan menteri besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

"Beta ingin mengingatkan bahawa sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Selangor hidup dalam keamanan dan maju jaya," titahnya.

Menurut baginda lagi, rakyat tidak diberi kefahaman jelas tentang fungsi sebenar sultan dan beranggapan institusi raja hanyalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Malah, menerusi titah itu, baginda menyebut bahawa ahli politik turut tidak faham atau sengaja tidak faham tentang peranan dan kuasa institusi raja.

"Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

"Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959," katanya.

Baginda sempat juga merakamkan penghargaan kepada rakyat negeri ini yang menyokong baginda dalam kemelut pelantikan Menteri Besar dan mempercayai baginda dalam menyelesaikan kemelut ini.


Sumber Klik Sini

Lakonan mereka dah selesai, hasil dah dapat, Pas dapat bala....


Dalam sultan duk tegur,,, tu pun masih main kotor lagi...

  





Dasar didikan umno yang masih dipusakai dar dulu kini dan selamanya.....


reaksi hari pertama

23 comments:

  1. Sepatutnya Pas berterima kasih Pada MB baru kerana ada juga dia lantik exco dari pas.sepetutnya exco dari aps tak di lantik.sebab Pas tak pelahap jawatan MB inikan pula jawatan Exco.Pas tak ingin pun.Padan muka kena main olh Mb baru.Muka peminpin tak malu terrmasuk bloger Pas manjung Mari .lain kali manjung Mari pakai songkok supaya orng tak kenal.

    ReplyDelete
  2. Dah tahap menyampah, moga Allah selamatkan Tanah MELAYU ni

    ReplyDelete
  3. Sayangkan Khalid Ibrahim..... orang yang dapat sokongan majoriti ADUN tidak dipedulikan raja berperlembagaan... cipta satu undang-undang baru... sendiri pilih, sendiri lantik, sendiri restu, kemudian paksa semua parti sokong menteri besar yang baru.....

    Kita tunggu klon tun mahathir menukarkan perlembagaan negeri dan persekutuan untuk sekali lagi....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah Allah gagalkan rancangan Hadi yg gila nak tidur dgn umno. Semoga macai macai Hadi segera bertaubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertaubat? Mereka maksumlah. Yg berdosa PKR dan DAP

      Delete
  5. PAS kena reform, aku dah follow politik ni sejak 1982 lg, baru sangat tu, tapi something wrong somewhere, Presiden PAS sejak zaman pemuda adalah antara orang yang paling lantang mengeluarkan statement berbaur hasutan sejak dulu, ada tindakan? Zul Nordin buat benda sama ada tindakan? Masa Ops Lalang brapa ramai 'masuk dalam'? Fikir sejenak permainan apakah ini?

    ReplyDelete
  6. Barua sbb nak ber ug dgn umno dan cuba beli yb azmin senyap

    ReplyDelete
  7. Langkah Kajang berlaku Kerana Khalid Enggan Patuh pada parti supaya letak jawatan, apabila Khalid mengatakan Ada cukup majoriti sokongan Adun krn sokongan Hadi.Isu ni selesai awal jika dua Baru_ ni tak tamak kuasa.

    ReplyDelete
  8. Jgn derhaka dgn sultan.dia dah perkenan tu.hehehe.hari tu bkn main kata serah kat sultan.boley nyorok kat blakang keris lagi.skrg dia dah perkenan azmin punya pilihan exco.so taatlah.jgn pong pang lg.kang kena sumpah dgn soltan jd Hard Rock Cafe.psl kat s.alam x der HRC.So nanti azmin lulus HRC kat sblh concorde terus sejuk n ok jer kajang move tuh.so azmin kena pandailah main politik tarik tali.x per.PKR bkn parti berpaksi al quran & sunnah ijmak qias.so x jd masalah walau nak tuduh bekas exco PAS jual pil khudda n tokoh komineh islam kan.yg x boley tuduh2 neh Parti Islam jer.kalo tuduh x der bukti tu dah telan pil khudda la gamaknya.ingat.hati2!jgn bantah derhaka.kena sumpah jd Hard Rock Cafe x per lg.wat nya sumpah jd kavita tak ker haru.cer bygkan lebai kena sumpah kd kavita!keh keh keh

    ReplyDelete
  9. apacam pengkalan kubor, jangan mengarut lah kau Pas, kalau kau ug dengan umporno pun kau mampos, kalau kaiu sorang sorang pun kau mampos. Pas hanya boleh menang jika ada undi dari kaum lain yang membantu.......ada paham.........pak hadi tak meroyan ke

    ReplyDelete
  10. Manjung Mari hang walaa je la dengan haji hadi tu. Haji Hadi tu pun ada agenda juga. Orang kampung semua dah tahu .

    ReplyDelete
  11. Manjung Mari perangai hang sama macam Haji Hadi. Suka kutuk orang. Ulamak tunjuk la contoh yang baik. Berdepat takut. Kat belakang buat keputusan sendiri. Tuan guru NIK AZIZ terbaik.

    ReplyDelete
  12. PAS sudahjadi gila babi atau sudah jadi BARUA umno. Kepada macai Hadi sila buka mata hati. Jgn buta hati.

    PAS sudah terhempas. Jika sikap PAS dan macai macai Hadi masih berada ditahap gaban dan di tahap lama, pastinya PAS tidak akan berjaya untuk jadikan HADI sebagai PM. Jadi MB pun 1 penggal kemudian habuk pun tarak. Hadi elok lepas jawatan Presiden PAS. Hadi CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN. Sebenarnya kita mahu tumpaskan UMNOBN celaka. tetapi HADI Awang sudah berpeluk dgn umno dan jadi barua najib. Ap kejadah Presiden.

    ReplyDelete
  13. kenapa komen aku tidak disiarkan. Wahai macai macai Hadi Awang. Buka mata hati.

    PAS kain pelikat tidak akan kemana mana selagi perangai buruk yg di tunjulkan. Aku nak tumpaskan umno bn, Hadi awang pul berromen dgn najib. Hadi jangan gila dunia. Priseden PAS dah gila dunia. Anak pula dah kaya raya berpeluk dgn umno.

    Umno permainkan PAS yg bodoh.

    ReplyDelete
  14. Kalau perangai Presiden PAS begini lebih elok Hadi sedekah sahaja Kelantan kepada UMNO. Presiden PAS akan dapat jawatan dlm kabinet BN. Ini yg hadi gilakan gila dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa salahnya kalau hj hadi dilantik sebagai salah seorang menteri dalam kabinet najib? kan ke sepatutnya orang2 PAS lebih layak dilantik menjadi menteri berbanding kalangan MCA dan MIC. KITA SEPATUTNYA KEDUA2 PARTI MELAYU INI BERGABUNG BUKAN BERMUSUH

      Delete
  15. cantiknya bahasa yang digunakan oleh para pengomen... ingatlah setiap apa yang keluar dari diri anda pasti dicatat oleh Raqib dan 'Atid. Berhatilah-hatilah membuat komentar agar tidak menyesal kemudian hari

    ReplyDelete
  16. Manjungmari nie rupanya orang umno yeee....asyik-asyik mengutuk PKR dan DAP.Langsung tak ada semangat setiakawan dalam PR.Kalau macam ni eloklah join umno

    ReplyDelete
  17. Siapa Sultan nak tegur strategy PKR? Sultan mana ada kuasa nak tegur strategy party politik. Yang berhak menegur adalah rakyat yang mengundi Adun dan Parti yang menang. Apa Sultan bolih buat? Tak de. Hanya rakyat yang ada kuasa...membuang Adun2 semasa GE.

    Tah--tah..ucapan Sultan ni ditulis olih Raja Idris tak? Sultan mempertahankan Khalid sebab Raja Idris?

    ReplyDelete
  18. Semua salah Umno. Dulu Umno tak iktiraf ulamak, korang marah..
    Pastu bila Umno tak buat apa2 kat ulamak..; iktiraf pun tidak, perleceh pun tidak,, korang bukan main lantang memaki uamak. Kalah orang kapir bab mencaci ulamak ni...

    Hahahahaa... Hantam sajer ler, korang.. Gaduh2 laa lagi...

    ReplyDelete
  19. MAKA BERBICARALAH SET SET BODOH ITU

    ReplyDelete
  20. DIN AYAM JUGA UNTUNG..MB TUKAR PUN MASIH BOLEH KEKALLLLL DLM....DIN AYAM KCF..

    ReplyDelete