Media utama masih lagi dok main isu mendiang Teoh Beng Hock dengan menuduh beliau membunuh diri dijadikan isu......., tetapi bab bila kena batang hidung mereka terus tutup buku.... senang sungguh...
Soalan Nizar ialah apakah status kedudukan mendiang Datuk Aziz jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Polis dengan mengatakan bunuh diri... Bolehkah ia dikafan dan sembahyang jenazah atas beliau sebelum dikebumikan.... sedangkan hukum orang bunuh diri masih banyak dipertikaikan, malah Rasullulah sendiri tidak menyembahyangkan jenazah manusia yang membunuh diri.
Kemudian, bagaimana kelayakan sebagai seorang Ketua UMNO sahaja, bukan ADUN atau Bukan Ahli Parlimen boleh mendapat dapat lesen permit memiliki senjata api, dan kes ini senang-senang saja ditutup, sedangkan mangsa yang kena tembak Siti Rohana Ismat seorang janda yang mempunyai anak, tidak mendapat pembelaan, anaknya perlu tahu, kenapa ibunya senang-senang dibunuh, dimanakah undang-undang untuk membela diatas kematian ibunya,,,,, senang-senang tutup kes,,, kenapa.... di diam terus cerita ni...
Sebenarnya ini bukan kali pertama kes bunuh diri dikalangan pemimpin UMNO, ada lagi sebelum ini, siapa ingat ada satu kes mati dengan mengejut seorang calon UMNO yang kalah PRU12 2008 dulu,,, tak payah sebutlah namanya,,, heboh cerita tersebut, cuma polis sahaja yang tak sahkan dalam akhbar seperti kes Datuk Abd Aziz...
Apakah kejadian sebegini akan berulang kembali buat UMNO dan pemimpin UMNO...aku kata ya....selagi UMNO tolak perjuangan Islam,, maka tunggu sahaja lah...
No comments:
Post a Comment