boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, October 30, 2010

Wajib Lulus Sejarah - Sudah Terlewat....

Wajib Lulus mata pelajaran Sejarah buat semua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.... Betui ka..., apa yang aku tau, sebelum ini pun syarat kemasukan pelajaran ke bidang perguruan iaitu ke Institiut Pendidikan Guru IPG (Maktab Perguruan) pun bukan setakat lulus, tetapi mesti lulus dengan cemerlang, dapat A, baru boleh mohon untuk dipanggil temuduga,...

Tup-tup bila PAU 61 baru-bari ini isu subjek Sejarah di timbul lagi, apa cerita ni..., kenapa sebelum ini hanya untuk pelajar-pelajar yang berminat dengan tenagakerja perguruan sahaja di tekankan subjek wajib Sejarah...

Yang lebih lawak lagi hanya untuk pelajar yang nak masuk IPG sahaja, tetapi bagaimana dengan siswazah-siswazah lepasan ijazah menganggur tak ada kerja kemudian mohon memasuki bidang guru contoh melalui kurusus KPLI, J-QaF, GST, apakah subjek sejarah dimestikan juga seperti memasuki ke IPG.

Apa yang sedia maklum,, guru-guru keluaran IPG (Maktab) hanyalah diperuntukkan untuk sekolah rendah, manakala lepasan KPLI dan pengajian pendidikan dari UPSI untuk sekolah menengah...,

Guru-guru yang akan mengajar sejarah, yang boleh kita iktiraf pengajian sejarahnya sudah tentulah guru maktab sahaja, sedangkan guru-guru dari KPLI ni, entah apa-apa bidang kelulusan yang dibelajarnya dihantar mengajar ke sekolah menengah,, dan disekolah menengah di suruh belajar wajib lulus sejarah, entahlah ... lu orang fikirlah sendiri.... projek ini nak dilaksanakan pada 2013..., hurgggh,, semuanya kelam kabut tak tentu arah,,, apakah peristiwa matapelajaran PPSMI seperti yang diperkenalkan oleh zaman Mahathir akan berulang...

Sepatutnya kalau nak buat subjek sejarah tu bagus, pertama sekali kumpullah dulu pakar-pakar sejarah, lantiklah Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim sebagai Pengerusinya, kemudian buatlah silibus mata pelajaran sejarah, berilah kursus kepada guru-guru yang sedia ada dari sekolah-sekolah apakah sejarah-sejarah negara yang perlu diajar,,Jepun di tanah melayu, komunis, ketuanan melayu, hang tuah, hang jebat, laksamana Cheng Ho, Puteri Hang Li Po, Portugis di Melaka, Perjanjian Pangkor, parti umno diharamkan tahun 1987, semangat 46, apa saja yang berlaku sebelum ini, pembunuhan di DI MEMALI, rampasan negeri Perak oleh UMNO dari Pakatan Rakyat, semuanya itu pun sejarah juga....

Ingat,,, guru-guru semuanya bukan ahli UMNO dan bukan orang politik, jadi bahan yang nak diajar tu waspadalah...jangan sampai anak-anak dan cucu kita sneiri yang tertipu dengan sejarah negara yang sebenar...

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari