Berita jam 1.30 TV3 sebentar tadi aku sempat tengok tumpuan kat PRK DUN Galas..., TV3 menyiarkan ada sekumpulan anak muda NGO turut menyibuk atau membuat gangguan di dua tempat program anjuran MCA dan Kementerian Pengguna Dalam Negeri..
Tindakan anak-anak muda ini menyebabkan timbul pertelingkahan yang agak ketara.... terutamanya dalam program MCA... marah betui wakil MCA Galas terhadap mereka...
Kemudian mereka ini masuk pula ke majlis jamuan makan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Wanita Gerakan Tan Lai Hoe..., marah juga menteri tersebut sebab anak-anak muda ini mengganggu programnya tanpa kebenarannya, kemudian mengedar pulak risalah-risalah....
Ha ha ha nampak tak... golongan tua dah tak larat dah, penakut pun sama macam aku ni... yang tinggal golongan muda..., golongan muda hanya mahukan keadilan tertegak,, itu sahaja.. mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa tanpa sekatan atau sempadan...
Mereka bijak, mereka ambik kesempatan yang ada, mereka tahu parti PAS yang dipimpin oleh ulama adalah adil jika diberi peluang memerintah seperti mana kerajaan negeri Kelantan, apa pun tindakan mereka sedikit sebanyak telah membantu jentera PAS di Galas untuk pengundi Cina... Tahniah anak muda...
Sesungguhnya setiap kejadian itu ada rahmat disebaliknya....
Sumber SINI
No comments:
Post a Comment