boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, October 25, 2010

PRK P185 Batu Sapi - PKR sandar pada keajaiban.....

Kalau tak silap aku sebanyak 20 borang pencalunan untuk kerusi Parlimen Batu Sapi telah di beli....

Peluang untuk BN mempetahankan kerusi mereka terbuka cerahlah nampaknya... apakah trend PRK DUN Bukit Selambau yang mana berbelas calon bertanding,,, setakat 10 orang calon bebas tak ada hal buat BN untuk memecahkan lagi undi-undi pembangkang....

Pakatan Rakyat mungkin hanya akan mengharapkan undi Bumiputera Islam akan memberi undi mereka,, kepada calon PKR Encik Ansari Abdullah hurggh,,

Sewaktu aku dalam perkhimatan TLDM dulu, aku selalu menjalan tugas luar di Sandakan, tiap-tiap tahun aku kesana, apa yang dok peratikan budaya penduduk di sini, mereka sesama penduduk perpaduan cukup baik sekali, tak seperti kita di semenanjung, perkauman menjadi isu utama yang menghalang perpaduan, yang ini bab perpaduan rakyat di sana...

Itu satu hal, tetapi dalam pada itu, kita jangan terkejut jika melihat ada lelaki yang berkopiah putih atau perempuan yang bertudung memasuki kedia 4 nombor ekor berjudi..ini pun perpaduan juga buat mereka,,, ia pukul sama rata..

Isu pengundi Cina pula, lagi susah nak harap,,, SAPP Yong Teck Lee, Cina,, calon BN pun Cina juga,,, jadi undi Cina kalau dapat 10% pun dah kira cukup baik....

Jadi bagi aku hanya keajaiban atau pun memang dah termaktub kerusi Batu Sapi akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, kalau tidak,, buang wang ringgit, tenaga dan masa sahajalah yang akan dapat nanti, mungkin akan ada yang kata Pakatan Rakyat PKR dan PAS dengan secara tidak langsung akan dapat mengenalkan parti dengan lebih dekat lagi kepada pengundi-pengundi di Sabah, terpulanglah..., tetapi bagi aku jikalau BN dapat mempertahankan kerusi Batu Sapi maka ini merupakan satu kemenangan besar buat Najib yang sedang menunggu waktu untuk PRU13 nanti...

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari