Dipukul, digari polis bantuan, jurugambar lapor polis
KUALA LUMPUR, 10 Jan. - Seorang jurugambar membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis bantuan yang didakwanya telah memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini semalam.
Hairul Nizam Baharin, 37, dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata, beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.
"Sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan meminta saya memberhentikan motosikal selepas saya selesai ambil gambar di situ, tapi saya enggan kerana tidak tahu tujuan mereka,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini. - Bernama
biasa la bro... Polis Raja Di Malaysia... alkisah... polis bantuan pun gila kuasa....
ReplyDeletemampuih pi la umno!!!