boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, November 30, 2009

Tahniah.. TGNA Tak kan Letak Jawatan..

Salam Sejahtera...

Terasa lega hati aku, bila TGNA menjawab dengan pukolan smash...

“Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun, Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah lebih lama dari Mahathir. Malah Rasulullah dulu meneruskan perjuangannya hingga ke akhir hayat.

“Inikan saya belum sampai 20 tahun, masih terlalu kecil,” tegas beliau di samping turut mengakui Kelantan tidak ketandusan tokoh daripada golongan pelapis bakal menggantinya apabila beliau mengundur diri. Selanjutnya baca DISINI


Hairan bin ajaib...., Sewaktu kes PMBK, ramai pimpinan turun pi Kota Bharu, tolong selesaikan kes PMBK, tetapi kes Selangor tak tau apa cerita..., bila TGNA kata rancangan nak jatuhkan beliau adalah rancangan Kolonel Mat, Ketua Dewan Ulama pulak berkata dakwaan TGNA diragui... Apa cerita ni... apa yang nak diragui...

Aku pun tak faham kenapa apabila TGNA menerima tekanan daripada UMNO dan musuh-musuhnya banyak pihak dalam PAS sendiri berdiam diri, kenapa jadi begini!!!!

Apakah kerana masaalah dalaman Kelantan TGNA boleh selesai dengan kebijaksanaannya ... Harapan aku TGNA dapat menyelesaikan dengan bijak.. Aku hanya mampu berdoa buat Tok Guru, moga-moga Allah memberi kekuatan buat Tok Guru untuk mentadbir Kelantan.


Mampos UMNO... Ameen.

Sunday, November 29, 2009

Gambar Hari Ini .. Kesian..

Salam Sejahtera...

RATU England, Ratu Elizabeth II (duduk dua kiri) bergambar bersama pemimpin negara Komanwel sebelum merasmikan mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel ke-20 (CHOGM) di Trinidad and Tobago, semalam. Turut kelihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (belakang tiga dari kanan).
Nov 29, 2009 6:35 am

Sedih hati, pemimpin no 1 negara aku diketepikan, dikebelakangkan.. kesian sungguh...kena berdiri barisan belakang sekali, tak patut sungguh penganjur... cuba bayangkan kalau pemimpin aku tu duduk bersebelahan Ratu Elizabeth.. tentu riuh gegak gempita negara negara aku.. hebat...


Grand Design Menjatuhkan TGNA.

Artikel ini aku cilok dari Blog Saynotomunafiqen.
BERSETUJU ATAU TIDAK BERSETUJU, SEMUA KITA TAHU KEWUJUDAN KONSPIRASI TERSEBUT.

ADA ORANG KATA KONSPIRASI ITU BERTUJUAN UNTUK MENJATUHKAN TGNA SELAKU MB KELANTAN. AKU KURANG BERSETUJU DENGAN STATEMENT INI.


PADA AKU, KONSPIRASI INI HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMALUKAN TGNA DAN MEMBERIKAN TEKANA KEPADA TGNA UNTUK BERUNDUR DENGAN SENDIRI.


MATLAMAT KELOMPOK SERIGALA LAPAR INI TELAH HAMPIR TERCAPAI APABILA TGNA DIBERITAKAN TIDAK AKAN BERTANDING LAGI DALAM PRU KE 13 NANTI.


PADA PERINGKAT PERTAMA, KELOMPOK INI TELAH MEMBEDIL PMBK SECARA BERTALU TALU BAGI MENCABUT CEO PMBK.


PELURU PELURU SEPERTI TGNA MENGAMALKAN KRONISME, TGNA MENGUTAMAKAN MENANTU, TGNA SALAH PILIH, TGNA MEMPERLEKEHKAN KEMAMPUAN DAN KELAYAKAN ANAK KELANTAN YANG LAIN, TGNA SUDAH NYANYUK, TGNA SUDAH TUA, TGNA SUDAH KRONIK, TGNA SUDAH NAK MATI DAN MACAM MACAM LAGI DIBEDIL KE ARAH PMBK.

PERSOALAN YANG TIMBUL ADALAH KENAPA YANG DIBEDIL ITU ORANG LAIN TETAPI YANG TERCEDERA ITU ADALAH ORANG LAIN? YANG DIBEDIL ITU ADALAH MENANTU TGNA TETAPI YANG MENJADI SASARAN ADALAH TGNA.


DI MANAKAH LOGIKNYA JIKA BUKAN BERTUJUAN UNTUK MENCALARKAN MARUAH TGNA DAN MEMALUKAN BELIAU.


SETELAH TERCABUTNYA CEO PMBK, MUNCUNG MERIAM ITU DIHALAKAN PULA KE ARAH UST NIK AMMAR SEHINGGAKAN UST NIK AMMAR TERMAKAN UMPAN YANG DISAJIKAN.


KERJA KERJA KELOMPOK SERIGALA INI MENJADI MUDAH APABILA APABILA UST NIK AMMAR SECARA TERBUKA MEMINTA TGNA MENAMAKAN BAKAL PENGGANTI BELIAU SELEPAS BELIAU BERUNDUR.


DALAM MASA YANG SAMA, HUSAM MUSA PULA MENEGASKAN BELIAU AKAN MENOLAK SEBARANG CADANGAN YANG MAHU MENCALONKAN BELIAU SEBAGAI BAKAL MB KELANTAN.


OPS !! KENAPA BELUM APA APA LAGI HUSAM MUSA SUDAH BUKA MULUT DAN KELIHATAN SEPERTI MAHU BERLEPAS DIRI DARIPADA KACAU BILAU INI?


SEKARANG, SUDAH ADA BLOGGER YANG MENCADANGKAN PAS PUSAT MENGAMBIL TINDAKAN KE ATAS UST NIK AMMAR KERANA MEMBERIKAN TEKANAN KEPADA TGNA.


PERSOALANNYA, KENAPA PAS PUSAT DAN KENAPA TIDAK PAS KELANTAN? INI MENGUNDANG KEMUSYKILAN.


SETELAH BERJAYA MENGGONCANG PMBK SEHINGGA CEONYA TERCAMPAK KELUAR, SETELAH BERJAYA MENGUMPAN UST NIK AMMAR, MAKA MUNCUNG MERIAM MILIK KELOMPOK INI DIHALAKAN PULA KE ARAH MPKB-BRI.


MANA DIBEDILLAH PELURU PELURU ITU KE ARAH PENTADBIRAN MPKB-BRI. KENAPA BEGITU? KERANA SASARAN SETERUSNYA ADALAH HJ TAQIYYUDDIN HASSAN.


MAKA, TERSIARLAH ARTIKEL ARTIKEL DI INTERNET YANG "MENDEDAHKAN" KEPINCANGAN DALAM MPKB-BRI. KONONNYA BERSUMBER "KULI KULI MPKB-BRI". DISIARKAN JUGA KONONNYA MPKB-BRI GAGAL BERFUNGSI DENGAN BERKESAN. DISIARKAN GAMBAR GAMBAR JALAN JALAN SELENGGARAAN MPKB-BRI YANG BERLUBANG, LAMPU JALAN YANG TIDAK MENYALA, SEMAK YANG TIDAK DITEBAS, SAMPAH YANG TIDAK DIPUNGUT DAN SEBAGAINYA.
SEMUA INI BERTUJUAN UNTUK MEMBURUKKAN KREDIBILITI HJ TAQIYYUDDIN HASSAN SELAKU EXCO YANG BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS MPKB-BRI.

KITA AMAT YAKIN SELEPAS HJ TAQIYYUDDIN HASSAN CEDERA PARAH SEPERTI MANA CEDERA PARAHNYA UST NIK AMMAR, MAKA MUNCUNG MERIAM ITU AKAN DIHALAKAN PULA KEPADA UST AHMAD YAAKOB YANG TELAH DIWARWARKAN AKAN MENGGANTIKAN TGNA JIKA TGNA BERUNDUR.


KITA TAHU BAHAWA PIMPINAN PAS KELANTAN YANG BERPOTENSI UNTUK MENGGANTIKAN TGNA AKAN DICEDERAPARAHKAN ATAUPUN AKAN DIMATIKAN TERUS OLEH MUNCUNG MUNCUNG MERIAM YANG DIBAWA KHAS KE KELANTAN OLEH INDIVIDU TERTENTU UNTUK MENJULANG TOKOH TERTENTU DAN MEMBUNUH TOKOH TERTENTU.

AKHIRNYA NANTI, YANG AKAN DILIHAT BERSIH DAN PERLU DIBERIKAN PELUANG UNTUK MENJADI MENTERI BESAR KELANTAN ADALAH HUSAM MUSA DAN HUSAM MUSA PULA AKAN MENERIMA CADANGAN TERSEBUT ATAS DUA ALASAN.

PERTAMA, DEMI KEPENTINGAN JEMAAH (SEPERTI MANA YANG BELIAU SELALU SEBUT).

KEDUA, AMANAH DARIPADA ALLAH SWT DAN AMANAH ITU WAJIB DIPIKUL KERANA "KITA" ADALAH AHLI GERAKAN ISLAM.


DIBERITAKAN JUGA BAHAWA RAMAI BLOGGERS TELAH BERKAMPUNG DI KELANTAN BAGI MENJAYAKAN AGENDA JAHAT INI. BEBERAPA BLOGGERS TELAH DILAPORKAN BERTEMU DENGAN AGENT YANG ADA DAN BERSEDIA UNTUK DIPERKUDAKAN.


LEBIH MENYEDIHKAN ADALAH AGENT AGENT ITU ADALAH ORANG ORANG YANG MENGAKU RAPAT DENGAN TGNA DAN ANAK BERANAKNYA SEDANGKAN TGNA TAK KENAL PUN MAKHLUK TERSEBUT.
BELIAU MENJUAL DAN MENJAJA NAMA TOK GURU DI MANA MANA.

ADA BLOGGER KATA HUSAM MUSA TERSALAH PANDANG KICKDEFELLA - BIAWAK KICKDEFELLA DISANGKA RUSA.


BLOG INI MEMILIH UNTUK BERKATA - KU SANGKA BIAWAK RUPANYA NAGA.

JUMPA DI MAHSYAR.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


SINOPSIS ARTIKEL DI ATAS :
-

PERTAMA

MEMBURUKKAN MENANTU TGNA

KEDUA
MEMBERIKAN TEKANAN FASA PERTAMA KEPADA TGNA


KETIGA
MENYINGKIRKAN MENANTU TGNA DARIPADA PMBK SEBAGAI HINT KEPADA TGNA PERLU MENGOSONGKAN KOTA DARUL NAIM


KEEMPAT

KUMPUL BLOGGERS DI KELANTAN


KELIMA

HUSAM MUSA BERLEPAS DIRI


KEENAM

KUNCI MULUT UST NIK AMMAR


KETUJUH

KUNCI MULUT HJ TAQIYYUDDIN HASSAN


KELAPAN

BUKA MULUT PIMPINAN PAS PUSAT


KESEMBILAN

CEDERAPARAHKAN IMEJ UST AHMAD YAAKOB


KESEPULUH

CALON AKHIR YANG MASIH BELUM CEDERA HANYALAH HUSAM MUSA


KESEBELAS

PRU KE 13 BERI TEKANAN KEPADA TGNA SUPAYA TIDAK BERTANDING


KEEMPATBELAS

SERIGALA MENANG


SUMBER : www.kebenaranpahitbaginafsu.blogspot.com

Serangan UMNO Silih Berganti..

Salam Sejahtera...

Kalau semalam UM muka depan menceritakan masaalah PAS yang dinukilkan oleh KPP, maka hari ini tugas menyerang PAS diambil alih pula Berita Minggu.

Semalam mereka menceritakan masaalah dalaman PAS, hari ini pula diubah topik mengenai doa TGNA.. Biasalah UlarMamak tersohor memperkatakan apa yang dilakukan oleh TGNA, kenapa ularmamak 2 ekoq ni saja yang saling membantu masaalah politik UMNO di Malaysia.

Kalau dah merasakan apa yang didoakan oleh TGNA dan penyokong PAS itu haram, tentulah doa tersebut tak dimakbulkan, jadi kenapalah dok risau kelam kabut semacam, kalau tidak pun, kalau dah rasa apa tindakan Najib tu betul, kumpullah rakyat 1 Malaysia pakat-pakat doa minta keselamatan Najib dilindungi Allah, susah sangat ka!!!

Aku nak tanya kat penyokong UMNO, kepada siapa lagi TGNA nak mengadu, bila hak rakyat bawahannya dizalimi, nak mengadu kat Parlimen, Speaker Parlimen macam P*****k dia, tak sempat usul nak dibaca habis awai-awai kena pancung, baru Ku LI nak dicadangkan mengetuai Kaukus, dah masing-masing bercakap macam-macam, nak ke mahkamah.. tak payahlah nak buang masa....

Yang ada tempat mengadu hanya Allah S.W.T. Itulah yang sepatutnya di pohon buat manusia yang zalim sesama manusia.

Kalau benar apa yang dilaporkan oleh akhbar tersebut, aku sokong tindakan TGNA itu, Itulah yang sepadan dan sewajarnya buat mereka yang zalim....

Berita Berkaitan : Doa TGNA Di kecam

Saturday, November 28, 2009

PAS - Semakin Panas.

Salam Sejahtera...

Peluang yang ada tidak dilepaskan oleh musuh tradisi PAS, hari ini muka depan surat khabar UM terus menghentam PAS dengan bola tanggung yang didapati dari KPP.

Luahan perasaan KPP mengenai tahap thiqah (kepercayaan) kepada pemimpin semakin berkurang, aku bersetuju sangat, nak buat macam mana, segelintir pemimpin parti PAS pun dah lebih kurang sama dengan pemimpin parti utama orang melayu,

Mana post-mortem PRK Bagan Pinang?, Bagaimana dengan keputusan siasatan PAS Selangor, senyap aja..., apa tindakan bila Hassan Ali tan Nasha memklumkan bab baiah talak 3 kepada blogger UMNO yang menjadi isu besar...

Aku tak mau komen yang lain-lain....
Apa pun tahniah kepada KPP yang berani menyentuh isu-isu terkini.. Selamat meneruskan perjuangan.

Berita berkaitan:

Friday, November 27, 2009

Bab Husam Lagi...Kenapa Tak Komen!

Salam Sejahtera..

Waktu aku memula dari awal menulis mengenai PMBK dan Kickdefella, memang banyak komen, email yang meyerang aku, malah yang akhir sekali tengah malam waktu aku dah bermimpi dapat call dari blogger terhebat nasihatkan aku mengenai apa yang aku tulis mengenai Kickdefella.

Kemudian sehari dua ini Malaysiawave (Tulang Besi) pulak hentam aku pasai aku tulis mengenai Husam, ia kata aku buat fitnah kat Husam, lantak pi lak.. aku tetap menulis bab Husam kalau ada yang tak betul, kalau Hasan Ali, Mustafa Ali dan Nasharudin sebelum ini aku pernah sentuh dan tulis, kenapa pulak aku tak boleh tulis bab Husam, aku tak mau cerita keburukan perangai mereka apa yang kau tahu, cuma aku tak mau manusia yang perangai macam Husam jadi pimpinan Parti Islam, itu saja.

Cuma aku minta kepada pembaca .. hangpa baca Di SINI, dan lagi satu DI SINI, Baca dari awal hingga akhir, ada tak sangkut paut lebih kurang sama apa yang aku dok sebut tu..., ada ke tak ya Perisik rakyat call, dan aku nak tengok lepas ni Malaysia Waves (Tulang Besi) Nak bagi nasehat ka kat anak lelaki dan Perempuan Tok Guru...

Isa Samad Bakal MB N9?

Salam sejahtera..

Sebelum ini aku ada posting sewaktu sibuk nak PRK BaganPinang yang lalu DI SINI. Apakah ramalan aku ini tepat.. aku tak pasti..

Tetapi kenapa boleh jadi begini, baca di SINI. Mungkin Aduka Taruna atau Pak Oncu dapat cerita sebenar.

Bank Negara tak akan berani nak buat siasatan kalau tak ada arahan dari pihak atasan, Siapa Menteri Kewangan? Bila lagi nak balas budi kerana tertangkap body..

Semua orang tahu Mohamad Hassan MB N9 sekarang orang Pak Lah, kawan baik menantu Pak Lah Khairi Jamaludin, segala saki baki orang-orang Pak Lah Najib mesti kena bersihkan, untuk mengelak Khairi dari memenangi jawatan Ketua Pemuda pada PAU yang akan datang.

Kalau tidak dicantas dari sekarang waris Mahathir Mukris tak ada harapan nak ke hadapan untuk mengganti ayahnya di masa akan datang. Ingat sikit, Mahathir bukan saja suka-suka nak jadi penasihat kepada UMNO kalau tak ada kepentingan untuk anak cucunya.

He he ... itulah politik dalam UMNO...Kesian Mohamad Hasan... ramai lagi pimpinan tertinggi UMNO yang terlibat dengan berbagai salah laku, tetapi tidak pula kena tindakan siasatan....

Thursday, November 26, 2009

Jawatan MB Kelantan.

Salam Sejahtera..

Kalau sebelum ini semalam Exco Kanan Kerajaan Kelantan Datuk Husam menolak dan menamakan Timbalan Menteri Besar kelantan sebagai pengganti TGNA, kini cadangan tersebut turut dipersetujui oleh seorang pimpinan PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pula.

Baguslah persetujuan telah dicapai, cuma yang tak sedap dengar ialah:-

" Isu itu tercetus apabila Mohd Amar sebelum ini membuat kenyataan mencadangkan supaya Nik Aziz menamakan calon yang bakal menggantikannya bagi mengelakkan berlaku sebarang perebutan dalam parti bila beliau berundur."

Kalaulah betul seperti itu yang diucapkan maka amat malanglah parti PAS sekarang ini, sama standard sebiji macam UMNO....

Lagi satu, bagi aku cadangan ini nampaknya pimpinan PAS Kelantan sendiri dah menolong kerja-kerja UMNO Kelantan. Kerana sebelum ini UMNO Kelantan, Ibrahim Ali dan Dr Mahathir yang sibuk suruh TGNA bersara dari MB.

Tetapi bila cadangan menamakan pengganti MB dari seorang Exco Kanan, kemudian disokong pulak oleh Psj PAS lll, seolah-olah memberi isyarat kepada TGNA suruh bersaralah juga. Inikah sebuah parti Islam... sedangkan kita tahu waktu zaman Rasullullah dan para sahabat dulu pun, selepas baginda Rasullullah wafat, baru pemilihan khalifah dibuat, kenapa contoh yang ada tak diikuti....

Kenapa perkara sebegini boleh berlaku, nampaknya TGNA menerima berbagai tekanan semenjak selepas beliau mencadangkan EGM PAS secara kita tak sedari atau pun secara kebetulan wallahhuaklam.

Walau apa pun bagi aku, aku tetap mahukan TGNA mengetuai Kerajaan PAS negeri Kelantan sehingga akhir hayatnya, TGNA bukan sahaja nak pimpin Kelantan, tetapi beliau jugalah nak meminpin Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia masih memerlukan khidmat Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat.

SPRM & Ceupacs

Salam Sejahtera..

Presiden Cuepacs yang sebelum ini disifatkan rendah moral oleh PM 1malaysia kerana masaalah bonus 2 bulan gaji, kini cuba menaikkan imej reputasinya kembali....

Belia cuba nak jadi juara dalam isu SPRM kerja lebih masa.. apakah anggota SPRM itu menjadi ahli kesatuan sekerja dibawah naungan Ceupacs.

Itu adalah keputusan mahkamah setelah semakan undang-undang khas dibuat, jadi tak payahlah nak sibuk-sibuk... apakah ini sebagai invesment sebelum nak pencen?....

Berita Berkaitan: SPRM.

Berita Panas - Tahniah Husam...

Salam Sejahtera,..

Berita hangat muka hadapan Berita Harian... Apakah agenda disebalik tajuk akhbar ini...

Sebelum ini menantu Tok Guru CEO PMBK dah letak jawatan, selesai sudah satu episode, kini anak lelaki Tok Guru pula jadi sasaran...

Betulkah tak mahu nak jadi MB Kelantan, ataupun ada pihak lain yang lebih berkuasa tak bersetuju.....!!!! Sebelum berita tersebut pecah lebih baik tukar topik ..........

Mungkin kurang berminat untuk negeri Kelantan kerana nak kan 1Malaysia...Oppp persepsi...


Wednesday, November 25, 2009

Mat Sembab dah Menggelabah

Salam Sejahtera...

Sebelum ini sikap pimpinan UMNO Pusat terhadap pimpinan orang lama UMNO macam Ku Li seolah-olah bo layan apa saja tindakan dan pendapat yang Ku Li keluarkan untuk UMNO dan negara.

Jikalau waktu pemerintahan Pak Lah apatah lagi lah, Ku Li dan Mahathir seolah-seolah macam kupang tembaga yang tiada nilai, namun bila Najib menerajui negara, apa sahaja buah fikiran yang datang dari Mahathir, mereka akan terima, malah ada suara-suara yang mahu Mahathir menjadi penasihat negara atau pun Menteri Kanan.

Namun buat Ku Li langsung tiada siapa dari UMNO yang nak ambik peduli, sehinggalah Zaid Ibrahim ada mencadangkan Ku Li duduk sama dalam Pakatan Rakyat, tetapi tidak mendapat sambutan dari tuan punya diri. Bila kes royalti mula diungkit diKalantan, Ku Li pun mula terasa sama, yang Kelantan berhak mendapat Royalti, tetapi itulah, cakap Ku Li UMNO Pusat tak ambik pot pun...

Tetapi bila Ku Li dipelawa mengetuai Kaukus Petrolieum, dan Ku Li pun seolah-olah macam bersetuju, baru UMNO Pusat dah mula ketaq telok, masing-masing dah mula gelabah, apa tidak nya, maka keluarlah kenyataan dari Mat Sembab seperti DI SINI. masing-masing baru ada akai... apa pun aku ucap tahniah kepada Ku Li kerana masih ada semangat nak membantu kerajaan dan rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik songsang yang diamalkan oleh UMNOc.

Biarlah UMNO Pusat menolak Ku Li, tetapi rakyat Parlimen Gua Musang dan Kelantan masih dapat menilai apa yang Ku Li lakukan buat rakyat.

Tuesday, November 24, 2009

Mahkamah Rayuan ..Permohonan Tangguh SPR diterima..

Salam Sejahtera...

Nampaknya apa yang berlaku sebelum ini dalam kes Nizar dalam semakan Mahkamah Tinggi Khas yang mana memberi kemenangan kepada Nizar, kemudian di bawa ke mahkamah rayuan oleh Zambri dan dietrima rayuannya itu, kini berulang lagi dalam kes Kota Siputeh.

Sama juga senario dahulu ketiga-tiga hakim menolak rayuan Nizar selepas keputusan Mahkamah Tinggi memberi kemenangan, kali ini ketiga-tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim sebulat suara menerima permohonan penangguhan dari SPR pada jam 7.30 petang tadi. Hairan juga ya.. mahkamah sanggup bersidang sampai lewat petang ke malam... kenapa kes-kes lain tak begitu..

Inilah undang-undang ala 1Malaysia, rayuan hanya khas ini hanya untuk !!!! @#$%^....... sendiri fikirlah..

Husam Musa Lagi...

Salam Sejahtera...

Pagi ini aku agak terkejut bila ada beberapa blog yang masih menceritakan senario politik dengan mengaitkan nama blog aku sekali kerana aku dok hentam Husam Musa. Baca di DI SINI bahagian perenggan akhir sekali.

OKlah aku mungkin bersalah juga, sebab dengan tulisan-tulisan aku mengenai Husam Musa, sebelum ini kepada pembaca-pembaca blog aku pun tau aku penyokong Husam bermula selepas Muktamar PAS Jun yang lalu. Kenapa aku sokong Husam waktu tu, tak payah ceritalah, hangpa baca balik tulisn aku sebelum ini.

Kalau boleh aku tak mau nak sentuh lagi bab politik Kelantan ni, sebab ini nasihat dari Sifu aku sendiri, ia lebih suka aku menulis bab keburukan UMNO, itu yang aku malas nak sentuh lagi, tapi inilah kuasa Allah, dengan tak disangka-sangka sekejap tadi seorang sahabat lama aku, yang cukup terkenal di Kelantan dan Di Malaysia juga, tak perlulah aku perkenalkan dirinya telah menalipon aku, memberi sokongan dan kata-kata semangat untuk aku, alhamdulillah masih ada lagi hamba Alla yang menyokong apa yang aku perkatakan.

Sahabat aku ini siap pelawa aku pergi Kelantan selepas musim banjir nanti nak bawa aku jumpa saksi-saksi yang mengetahui segala cerita sebenar, salah seorangnya driver Tok Guru sendiri Pak Lah, dan malam semalam selepas solat magrib bersama TGNA ada menyatakan terkilannya beliau tidak mendengar berita dan kisah-kish dari pemandunya sendiri yang telah berkhidmat dengannya berbelas tahun.

Mengenai penamatan jawatan menantu TGNA dari CEO PMBK ialah kerana membuang perkara yang membawa dharurat kecil kepada dharurat yang lebih besar dalam sosio politik PAS. TGNA terpaksa mengorbankan menantunya sendiri demi survival PAS dan kepentingan Islam. Katakan jika Husam meletak jawatan dalam kerajaan dan Parti PAS, ini akan menimbulkan lagi pepecahan dalam PAS. Dengan secara tidak langsung akhbar musuh akan menjaja berita perpecahan PAS itu lagi.

Tak perlulah aku nak cerita apa-apa kesalahan Husam dalam kerajaan Kelantan, cuma yang sahabat aku nyatakan kajian oleh Merdeka Centre pada PRU13 akan datang PAS akan tewas di Kelantan. Mohon Allah lindungi dari perkara sebegini terjadi. Terpulanglah pada sahabat pembaca sekelian, aku menulis ini bukan kerana nak kan hit blog, bukan dapat upah walaupun sekupang pun, aku cuma sampaikan apa berita yang aku dapat dari sahabat aku yang aku yakin dan percayai. Wallah Huaklam.

Monday, November 23, 2009

TPM Layak ?!!

Sapa kenai gambar budak lelaki ni...

Anak kepada seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Hari ini bapa budak lelaki ini selaku menteri menjawab persoalan dalam sidang Parlimen dalam soalan bertulis dari Lim Kit Siang.




Jawapan yang menteri tu bagi bahawa Mat Sembab selaku Timbalan
Perdana layak menggunakan pesawat udara helikopter Nuri milik Royal malaysian Air force untuk perjalanan yang tiada perkhidmatan udara MAS dan juga meliputi kawasan-kawasan terpencil yang memerlukan pesawat helikopter untuk sampai ke destinasi tersebut dengan kadar yang cepat,"

Betui la tu... tapi bagi kes yang dihebohkan dulu tu si Mat Sembab ni nak hadir untuk merasmikan mesyuarat UMNO.. Ini soal parti, bukan soal tujuan rakyat keseluruhannya...

Macam ni punya jawapan, AJK UMNO Cawangan pun boleh jawab, tak payah menteri....

Laporan Berkaitan : Muhyiden Layak.


Krisis PAS Kelantan - TGNA Arahkan Menantunya Lepaskan Jawatan CEO PMBK.

Salam Sejahtera..

Baru sebentar tadi aku terima maklumat dari Kelantan, setelah perjumpaan Pimpinan PAS di JKR 10 diantara TGNA dengan Presiden PAS, Naib Presiden YB Salehudin Ayub, Timbalan Muryidul Am dan Bendahari PAS Dr Hatta Ramli,.

Keputusan yang dibuat, TGNA telah mengarahkan menantunya Arif Fahmi meletakkan Jawatan CEO PMBK, demi memudahkan penyiasatan oleh SPRM dilakukan.

Ini baru berita benar, bukan berita dari Kickdefella sepeti yang lepas....

Tahiniah Dato, MB, Satu Keputusan Bijak telak dilaksanakan. Moga-moga PAS berbeza dari Parti UMNO..PAS bukan lagi Kerajaan Anak Menantu seperti yang dlemparkan oleh musuh.

Pendekar Meraba & Ketua Polis Dunia..

Ha ha ha.. smart.. tak kan Melayu Hilang di dunia, melayu dah sampai Amerikaa..

Keris tak nampak pula.... bawa curut aja kut.... nasib baik ada tengkolok... kalau tidak sontot laa..







Halal VS Haram.

Salam sejahtera...

Dalam suasana Allah menguji hamba-hambanya dengan memberikan sedikit musibah, dengan secara sedar atau tidak, Dalam keadaan suasana seronok suka, menghadapi pengalaman hidup yang amat bermakna, umat-umatnya itu melakukan sedikit perbuatan-perbuatan yang tak sepatutnya mengikut hukum syarak.
Pasangan pengantin Amer Aizat Mahamod,25, dan Nurhasliza Mat Lazim,25, terpaksa meredah banjir untuk ke bersanding di atas pelamin akibat banjir yang melanda di Batu 21, Kampung Sungai Ular di sini, semalam. - GAMBAR: Rushdi Salleh (Gambar Utusan)

Kerana sayangkan baju cantik, baju pengantin, aurat terdedah... kalau kain basah boleh kering kembali, kalau bab aurat ni.. masyaallah.

Moga-moga kita semua akan dapat menghindari dari perkara sebegini berlaku....


Sunday, November 22, 2009

Celcom Broadband, Kenduri Kahwin Punya Cerita..

Salam sejahtera..

Pertama sekali hari ini aku minta maaf kepada pengunjung blog MM, tak sempat nak update, kerana siang tadi walau pun hari ini cuti minggu, tapi aku sibuk sikit, dalam seminggu dua ni, memang sibuk, rumah tengah renovate, kena dok perati mat-mat Indon dok buat kerja...

Kemudian, sempena permulaan cuti sekolah akhir tahun, kenduri kahwin dah bermula, sejak dari semalam lagi, semalam sabtu nu... kat Seberang Perak, hari ini pulak, kat rumah kawan sesama service dulu, dua orang sekali anak dia sekali jalan, yang syoknya tengah aku dok menyuap nasi, tup-tup dengar suara DJ Wan yang dijemput ke rumah kenduri sebut nama call sign aku, MM.. terkejut aku, nasib tak tersedak.., rupanya dia kat belakang aku..., anak lelaki aku tu senyum sumbing aja bila ayahnya jadi sebutan kat rumah kenduri, nasib baik jemputan yang ada tak ambik kisah apa yang DJ dok merapu tu....

Cuma aku nak cerita mengenai semalam, dari petang semalam Celcom tak berfungsi langsung, aku tak perasaan, on broadband tak boleh, bila anak aku tengok hpnya Celcom kong, langsung tak ada line...sampai ke malam celcom tak boleh pakai, oleh kerana gatai tangan, nak masuk juga internet, aku cuba guna simcard prepaid 012 aku, oii boleh rupanya, dapat laju Ok juga...tapi itu lah, sebelum tu aku check balance ada RM86.53 lebih kurang, aku pakai tak sampai 20 minit rasanya, bila berenti stop, dah baca cerita-cerita semua, tutup, check balance balik, berapa tinggal, RM 1.23, dalam masa 20 minit RM85.oo duit aku dalam prepaid terbang.. padan muka..., nampaknya nak panggil kekawan sehari dua pakai tak boleh laa, SMS free banyak lagi baki, ada 200 lebih, tapi itu pun untuk sesama hotlink aja....


Saturday, November 21, 2009

SPRM Adil dan saksama..

Salam Sejahtera..

Datuk Abdul Ghani Othman Menteri Besar Johor mengatakan tindakan SPRM menahan 6 orang anggota UMNO yang dituduh rasuah itu membuktikan badan itu bebas dan adil.

Betui ka Adil, betui ka bebas?!!
Setakat nak tahan ahli-ahli cawangan dan bahagian, itu sahaja... itu pun setakat tahan dan siasat, dakwa kat mahkamah bila?.. tak tahu lagi... kes yang terbaharu melibatkan ahli UMNO yang agak besar sikit tempohari ialah seorang ADUN dari Kemasik Terengganu yang dituduh rasuah dan ditahan oleh SPRM pada awal bulan Ogos lalu, sehingga sekarang belum lagi ke mahkamah.

Itu yang kena tahan oleh SPRM, dah tak boleh nak buat apa lagi bila ada laporan... tetapi bagaimana pula dengan kes menteri-menteri high profile.. laporan dah buat, senyap aja... Contoh paling besar kes mantan MB Selangor, Khir Anak Toyo, rakyat satu Malaysia tahu, last-last yang jadi mangsa Teoh Beng Hock, dan mati kena baham dan serakah oleh pihak tertentu dalam SPRM, oleh kerana nak kan keadilan, tup-tup mayat yang didalam kubur terpaksa dikorek balik, angkara siapakah ini,,, semua...
ADIL kah SPRM... Fikir-firkan lah...

Berkaitan : SPRM Adil

Lembu 427 Ekor, Unta 3 Ekor.. Seronok Orang Pekan.

Salam Sejahtera...

Mari kita belajar mengira...

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melihat sebahagian daripada lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha pada majlis Penyerahan Surat Wakil Pengurusan Ibadat Korban Aidiladha 2009 bagi Parlimen Pekan di sini, hari ini. Sebanyak 427 ekor lembu dan tiga ekor unta diagihkan kepada 55 masjid dan 160 surau di kawasan parlimen itu. --fotoBERNAMA

Katakan anggaran seekor Lembu RM 1500.00 x 427 = 640,500.00
Unta Paling Murah Sekor RM 5000.00 x 3 = 15000.00
__________
655,500.00
===========
Gaji PM 1Malaysia, berapa ribu sebulan..., hurh.. aku pun tak berapa..., Oii persepsi tu.. baru-baru kan laki Najib menderma sebanyak RM7 juta..., hasil duit hadiah Pak Arab..., itu duit korban..655,000.00 (itu kira paling murahhh, belum mar-kup lagi) tak ada hal punya.

Lain la MB Selangor Tan Sri Khalid buat Korban, SPRM tak tidok malam, siasat.. Itu PM Bini Rosmah, siapa berani siasat... habaq mai.... masing-masing telok dah kena picit itu kata adik aku Say No To Munafiqen...

Orang Parlimen Pekan, siasat dulu daging korban tu dari mana, dulu Orang Kepala Batas pun dan termakan banyak daging Korban, bila di siasat eeeiii takut aku nak cerita...

Semangat Dato Onn muncul kembali..

Salam Sejahtera..

Petang hari Ahad lepas aku ada terdengar dari berita TV mengenai beberapa orang pemuda UMNO Kota Tinggi Johor meletak jawatan beramai-ramai 18 orang kerana hilang kepercayaan kepada ketua pemuda bahagian..

Ingat kut dah selesai kes tersebut, senyap saja.. rupanya api dalam sekam tetap berlaku... heh..heh.. betullah kata-kata yang aku sering dok dengar, ingat UMNO ingat rasuah, Rasuah itu UMNO, UMNO itu Rasuah.

Walaupun rasuah yang berluasa dalam UMNO, ada juga ahli-ahlinya yang masih bersemangat Dato Onn agaknya, kalau tidak mana mungkin SPRM dapat mengcekup 6 pemuda UMNO yang cuba nak merasuahnya...

Nak buat macam mana,,, Memang UMNO Kota Tinggi popular dengan Rasuah, aku ingat lagi PRU11 yang lalu, calon PAS awai-awai tarik diri tak nak bertanding, terus beri kemenangan kepada Hamid Albar..., selain itu kekecohan sering kita dengar dalam UMNO Kota Tinggi, Ketua Pemuda lawan Ketua Bahagian,... Sila Baca DI SINI.

Jadi apakah yang berlaku rasuah ini permainan Hamid Albar sendiri...wallahhuaklam. Wahai ahli UMNO Johor... , tinggallah perjuangan melayu itu, Kalau Melayu menang Islam belum tentu menang, tetapi kalau Islam yang Menang, Insyaallah, Melayu tentu selamat.


Friday, November 20, 2009

Melayu Penakut..

Salam Sejahtera...
Betui ka orang Melayu Penakut, Melayu di Malaysia la, melayu di negara lain aku tak tau... baca di sini...

Kunta Kinte: Orang Melayu kini takut pertahan hak

Keistimewaan Bumiputera dijamin perlembagaan perlu diperjuang

APABILA pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan, Kunta Kinte tengok satu Malaysia sangat sedih, simpati dan marah.

Bukan main punya simpati dan protes sampai ada pembesar Islam yang pegang colok dan lilin dalam upacara 'vigil' (tafakur) mereka.

Apabila tahanan India mati dalam lokap atau lari dari lokap dan terjun sungai, reaksi yang sama terjadi. Satu Malaysia marah lalu dibuat tunjuk perasaan dan dituntut tubuh suruhanjaya penyiasat.

Apabila seorang wanita India mati minum racun pasal dukacita saudara kandungnya mati ditembak polis, ada pembesar pembangkang berbangsa India cuba buat usul di Parlimen.

Tapi bila seorang pemuda Melayu di Perlis, Mohamad Taufik Noorzan, 21, dikatakan mengamuk dan cuba serang polis dengan pisau ditembak mati, Kunta Kinte tengok macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Banyak lagi contoh macam tu. Belum kira lagi cerita tanah Melayu kena ambil kemudian dibuat pembangunan untuk semua bangsa. Rumah Melayu kena runtuh dan macam-macam lagi.

Jadi Kunta Kinte kena kata Kunta Kinte hairan. Budak-budak sekarang kata 'konfius'.

Adakah orang Melayu tak peduli? Adakah orang Melayu apati? Adakah orang Melayu tak berani? Adakah Melayu bangsa suka membisu dan menyepi? Atau adakah Yang Berhormat Melayu hanya makan gaji dan isi tembolok sendiri?

Kunta Kinte bertanya lagi. Apakah nyawa pemuda Melayu kurang berharga daripada nyawa seorang pembantu politik Cina atau seorang India yang disyaki pencuri kereta?

Kunta Kinte tak berani jawab pasal kalau dulu-dulu bukan macam ini. Dulu orang Melayu berani bersuara. Orang Melayu gigih pertahan hak bangsa dan hak negara.

Jadi apa Kunta Kinte nak kata? Kunta Kinte kata tahniah kepada orang Cina dan India kerana berani dan berjaya guna media massa yang mereka milik dan yang tidak mereka milik untuk mempertahan hak dan kebajikan kaum mereka.

Tahniah kepada orang Cina dan India kerana berjaya dapatkan simpati dan empati semua kaum sampai setiap kecelakaan yang timpa kaum mereka digambarkan macam tragedi negara.

Cuma Kunta Kinte nak ulang tanya, di mana pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan NGO Melayu apabila orang Melayu maut ditembak polis dan tahanan Melayu mati dalam lokap?

Atau apabila harta pusaka Melayu dan tanah rizab Melayu diambil alih atas nama pembangunan, tetapi kemudian dibolot oleh mereka yang berduit?

Adakah mereka berasa nyawa dan harta orang Melayu lebih murah harganya daripada nyawa dan harta orang Cina dan India?

Kunta Kinte tidak mahu pertikai tindak tanduk orang Cina dan India. Itu hak mereka. Kalau mereka pandai dan mereka berani tuntut hak mereka, patut sangatlah mereka berjaya, jadi senang dan terbela.

Yang Kunta Kinte rasa wajib Kunta Kinte pertikai adalah ketakutan orang Melayu hendak pertahan hak mereka. Tak apalah kalau ada orang Melayu rasa nyawa orang mengamuk dan tahanan polis tak penting sangat.

Tapi apa halnya dengan hak orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah dalam Perlembagaan Persekutuan. Adakah nak pertahankan apa yang hak dalam perlembagaan pun takut?

Atau pembesar Melayu, politikus Melayu, pembentuk pendapat umum Melayu, cendekiawan Melayu dan penggiat NGO Melayu tak baca pun Perlembagaan Persekutuan.

Jadi kalau tak baca macam mana nak tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak?

Kalau baca Artikel 153 kita tentu tahu yang Perlembagaan Persekutuan bagi tanggungjawab kepada Raja kita jaga hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam macam-macam bidang.

Misalnya mengadakan kuota untuk kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, pendidikan, latihan dan pemberian lesen.

Tapi kalau tak baca, jadilah kita macam si Luncai yang terjun ke sungai dengan labu-labunya. Atau menang bersorak, kampung tergadai. Anak di rumah mati kelaparan, kera di hutan disusukan. Lembu yang empunya susu, sapi yang dapat nama.

Link : bharian.

Komen: Apakah artikel ni berupa hasutan...Ohh nooo, apa pun bab orang Melayu jenis ni, dah lama dah Tuan Hj Mohamad Sabu dok sebut dalam ceramah-ceramahnya, sikap orang melayu dengan menggunakan perkataan NASIB BAIK....aku pun orang Melayu juga,,,

Tazkirah Sebelum Jumaat

Salam Sejahtera...

Aku terbaca satu posting yang mana tulisan-tulisannya aku perhatikan ada manafaatnya sedikit sebanyak... aku cilok dari .SINI.


Amanah sifat ulama, bodoh sifat Melayu.

Kalau ikut Islam, nak jadi pemimpin, Allah menggariskan 4 perkara wajib.
  • SIDDIQ
Kena benar ma. Contoh. Kalau wak berjanji kepada readers untuk menyiarkan rakaman Hasan Ali selepas Mesyuarat Khas; maka tunaikan. Tidak boleh berlaku pembatalan janji dengan mengikat janji baru. Itu kalau ikut Islam. Kalau ikut ulama Melayu?

"Gua Banjar ma, bukan Melayu."

Sama jer la wak. Bugis ke Minang ke Floren ke Madura ke. Pukul rata. Kena cakap benar. Wak dengan gua tak berapa mengapalah. Kurang kerosakan. Sebab bukan pemimpin, tapi blogger. Macamana dengan Hasan Ali, Hadi dan Nasha?

  • AMANAH
Amanah pun lebih kurang sama konsep dengan di atas. Ni gua as rocker plak yang sekolahkan lu. Lu ustad lagi tahu dari gua. Tapi sebab basic masalah tadi, tahu lu just tahu di atas kertas pekse jer. Di alam reality out. Reality out plak terbahagi kepada 2.

1. Sebab bodoh macam Melayu. Atas kertas pekse terer, nak sesuaikan dengan reliti out. Out secara bodoh memahami falsafah dan pembolehbah la. Yang ini khusus untuk lu dengan para ulama la. Suruh hafal kitab kuning memang terer. Tapi bila ada masalah sebenar, terkial-kial.

2. Sebab iman dan akhlak. Yang ni macam gua la. Setakat tahu jer lebih, tapi iman dan akhlak out, maka out jugak di alam realiti. Cuma kerosakan yang dibawa gua tak banyak macam kerosakan yang dibawa oleh ustaz dan ulama. Sesat habes satu kumpulan.

Husam diarahkan pusat urus kemenangan Perak. Mat Sabu urus kemenangan Pulau Pinang. Husam dan Mat Sabu tak pulak jumpa secara gelap dengan UMNO. Kena time Selangor, boleh pulak saya hadir untuk dengar tawaran semata. ULAMA FAKAP. Tak amanah la tu.

Pemimpin yang macam ni lu sanggup batalkan janji lu kepada jutaan pemegang janji? Amanah, akhlak yang baik, tapi kalau bodoh secara semulajadi tak guna sesen pun dalam perjuangan rumit, wak. Sesen pun tak guna untuk jemaah. Bodoh tu akan merosakkan apa sahaja yang baik.

  • TABLIGH
Menyampaikan wak. Jangan sapu bawah karpet. Kalau Hadi tegakkan falsafah Hasan Ali melanggar perlembagaan PAS untuk menyingkirkan saingan, kena sampaikan wak. Jangan sapu bawah karpet. Amanah dan akhlak yang baik tak guna sesen untuk jemaah kalau bodoh secara semulajadi.

Kalau bloggers takda sifat TABLIGH, benti jadi bloggers. Pemimpin dah sahlah gua dengan lu tak layak. Tapi jadi bloggers pun tak layak kalau takda elemen TABLIGH. TGNA tidak tepat menerima tajaan haji, tetap diTABLIGHkan oleh Zaharuddin.net dan Mat Sabu. Tidak sapu bawah karpet.

Mana Tabligh wak untuk pelanggaran perlembagaan PAS oleh Hasan Ali? FAKAP serupa ulama Hadi?
Mana Tabligh wak untuk janji kepada jutaan readers? FAKAP juga?

  • FATANAH
Ni last sekali. FATANAH. Gua tak payah ulas la wak. Lagi pedih nanti.......


Ini hanya sebahagian sahaja... kalau nak baca sepenuhnya sila masuk ke SINI .

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari