boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, November 9, 2009

Kelantan Pulak Dah...1

Salam Sejahtera..

Malam tadi aku punya N3 mengenai PMBK, lebih kurang sejam lebih aku posting, terus dapat satu komen dari anony tak bernama, dari awal mula pengkomen tu minta jangan siar komennya, dia minta aku selidik dulu sebelum aku nak tulis sesuatu minta aku janga menyebelahi mana-mana pihak...., dan akhirnya memberi amaran kat aku.!!!

Kemudian pagi tadi aku buka semak lagi, ada lagi satu komen dari orang yang sama, mengulangai arahan yang sama, kemudian menasihati aku jangan mengambil maklumat dari beberapa orang blogger, kerana menurutnya ada dua orang blogger upahan, he..he..he dia nak kelentong aku, pandi dia punya lakonan, maklumlah bekas pengarah filem dulu, jadi dia bubuh nama dia sendiri sebagai blogger upahan....

Oii, aku peduli apa lu blogger upahan, ka apa... buat apa aku nak sibuk menyiasat mengenai kisah sebenar, kerana kes itu dah jadi kes SPRM, biarlah SPRM yang siasat... cuma aku tunggu masa dan ketika sahaja nak siarkan siapakah blogger yang membuat laporan kepada SPRM itu, sebabnya aku ikut arahan SPRM seperti di SINI.

Aku berblog adalah untuk melepaskan perasan yang terbuku dihati, setiap bulan RM68.00 duit aku terbang bayar kat Celcom, tak ada sesiapa pun yang nak tolong bayar kan, jadi aku bebas nak tulis apa pun jika ada yang menimbul keekliruan, aku tak berpihak kepada sesiapa.. jadi tak payahlah nak nasihat atau nak beri amaran kat aku, aku peduli apaa..

Buat masa ni juga blog aku bukan blog iklan, sebab tak ada sesiapa pun datang nak minta suruh beriklan, kecuali sekali ada siar program PAS....., kerana niat aku nak membantu PAS, tetapi sekarang ni nampaknya PAS pun tak berapa nak aman sejahtera, haru biru kelam kabut disebabkan oleh dua tiga orang pimpinan.

Apakah selepas seminar khas Sabtu lepas suasana akan pulih seperti sedia kala...Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari