boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, November 3, 2009

Mangsa Terbaharu SPRM..

Salam Sejahtera...Gambar ini aku cilok dari BH Online.Kira ni pun dah macam 1Malaysia juga ni. Cuma wakil dari MIC ja tak ada.... Oppps satu lagi PAS pun selamat.


AHLI Parlimen Sabak Bernam, Datuk Rahman Bakri (tengah), mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan tuduhan menggunakan surat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk membuat tuntutan palsu membabitkan nilai RM80,000. - Foto Abdullah Yusof





BEKAS Adun Teratai, Yap Soo Sun, 43 (kiri) dan bekas pegawai khas Menteri Besar Selangor, Yahya Shaari dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi tadi atas tuduhan rasuah. - Foto Ahmad Irham Mohd Noo








PEGAWAI Khas Exco Selangor, Wong Chun How (kiri) dan Firdaus Abu Zaril, pembantu khas kepada Yap Soo Sun, dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi tadi, kerana mengemukakan tuntutan palsu. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor


Komen: Agak-agak nanti bila perbicaraan kes siapa yang akan sangkut dan siapa yang terlepas... aku rasa keputusan macam dah boleh tahu aja... tapi hak itu aku rasa... mana boleh pakai... walau apa pun semua ni dah ada skrip.... Kita tunggu dan lihat ajalah...

Mampos UMNO..... Ameen.

4 comments:

  1. Dia celok skrip kat perak kot, jimat kos.

    ReplyDelete
  2. dia nak umpan passssssssssss....
    kut-kut bleh UG?
    kes macam ni kompom sampai pr13.
    skrip cilok sikit filem tamil,rahman bakri buat geli jer...agak kompom dia tarik le
    ug,ug,ug tup-tup pkr dan dap lompat.

    ReplyDelete
  3. Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengheret mereka yang disyaki terlibat dengan gejala rasuah termasuk beberapa ahli politik Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang memperlihatkan institusi tersebut bebas dari dibayangi mana-mana pihak.

    Tindakan SPRM ini sekali lagi menolak dakwaaan parti pembangkang kononnya institusi itu hanya memberi tumpuan terhadap mereka semata-mata.

    Malah kata beliau lagi berdasarkan rekod sebelum ini pun jelas menunjukkan pemimpin BN tidak pernah terlepas dari menjadi sasaran SPRM.

    "Apa yang kita lihat, SPRM berdiri dan melaksanakan tanggungjawabnya berasaskan kepada piawaian mereka sendiri dan bukannya dibayangi mana-mana pihak.

    "Cuba kita tengok, berapa ramai ahli politik BN termasuk yang terbaru, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri turut didakwa setelah dikatakan terlibat dengan gejala tersebut.

    "Begitu juga dengan bekas ADUN Teratai, Yap Soo Sun (Gerakan) turut didakwa berhubung penyelewengan peruntukan kawasan pilihan rayanya. Jadi di manakah bukti yang mengataan SPRM membuat pendakwaan terpilih dengan mensasarkan ahli politik pembangkang",

    SPRM melancarkan pendakwaan besar-besaran terhadap ahli politik dan pembantu mereka di Selangor berhubung kesalahan rasuah.

    Lima orang termasuk seorang ahli parlimen BN, dan pembantu khas seorang exco Selangor.

    Seorang bekas pegawai khas menteri besar Selangor Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, juga diseret berhubung dakwaan menyeleweng RM50,000. Wong Chuan How seorang pembantu khas Ronnie Liu, exco kerajaan Selangor, di DUN Sungai Pelek - antara lima orang tersebut.

    Tidak timbul lagi soal pendakwaan terpilih sebaliknya memperlihatkan institusi berkenaan telus dan adil.

    Beliau turut mengingatkan parti pembangkang agar tidak terus mengkrtik institusi tersebut bagi menutup isu gejala rasuah yang menimpa pemimpin pembangkang hari ini.

    "Gunalah saluran yang sebetulnya untuk membela diri dan bukannya menjadikan SPRM sebagai beg penumbuk mereka untuk menutup pekung yang mula terdedah sedikit demi sedikit itu", ujarnya.

    konform Mampos Manjung mari ameeen

    mampos manjung mari

    ReplyDelete
  4. Tahukah anda ada cerita disebalik penangkapan Dr Asri yang langsung tidak dapat dihidu oleh blog dan massa.

    Kesemuanya terikut dengan rentak permainan skrip yang dimainkan oleh penulis skrip tersohor pembohong besar Anwar Ibrahim.


    Pisau tidak mengulas langsung sebelum ini tentang isu penangkapan Dr Asri kerana ingin melihat sejauh mana skrip pembohongan besar ini dapat memperdayakan masyarakat dan umat islam seluruh negara.

    Kenapa Dr Asri ditangkap,pelbagai andaian kononnya kem Dr Hassan Ali yang mengarahkan agar tangkapan dibuat, ada juga andaian semberono menyatakan UBN terlibat. Namun mereka atau anda sendiri terlupa atau terlepas pandang dari satu lagi sudut ada seorang pendajal politik sanggup membuat apa saja demi menghalalkan cara.

    Ya,maklumat dari dalam,masih segar dan terkini Pisau terima, Anwar Ibrahim terlibat dalam konspirasi penangkapan Dr Asri. Sesumpah Anwar berahi mengarahkan beberapa pemimpin pakatan haprak agar mengadakan pertemuan bersama Dr Asri untuk menganjurkan ceramah ,selepas dipersetujui Dr Asri dijemput untuk memberikan ceramah.Turut berada di ceramah tersebut ialah Ahli Parlimen Ampang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib.

    Kenapa beliau ditangkap? kenapa begitu ramai anggota JAIS datang menyerbu ditempat kejadian bersama anggota polis,sedangkan mereka jelas batang tubuh yang dikatakan tidak mempunyai tauliah adalah seorang bekas mufti .

    Beliau sememang boleh berucap dimana mana saja kerana sudah diperakui malah mempunyai slot rancangan sendiri di TV dan Utusan. Kononnya ada fitnah yang dimainkan oleh persatuan peguam syarie menyatakan Dr Asri menolak Sunnah Wal Jamaah.Ada yang menyatakan proksi PAS terlibat kerana tidak bersetuju tentang pelantikan Dr Asri di YADIM.

    Anwar Ibrahim menggunakan isu tangkapan Dr Asri hanyalah semata mata untuk mengdiversikan tentang isu perbicaraan kes liwat saiful. Skrip pembohongan ini hanyalah untuk menarik simpati agar kerajaan UBN dilihat terlibat dan berlaku kejam,kerana ketika itu terdapat beberapa pemimpin pakatan haprak bersama Dr Asri,ini bertujuan agar dapat menagih simpati rakyat untuk turun memberi sokongan kepada Anwar kerana beliaulah akan keluar menjadi hero untuk mempertahankan Dr Asri.

    Seorang pegawai JAIS telah memberi maklumat ini,beliau menceritakan segalanya ini adalah permainan Anwar Ibrahim,dan pegawai ini terlibat secara langsung untuk memainkan isu penangkapan agar PAS berbalah sesama sendiri dan Anwar akan keluar menjadi pendamai keatas kedua belah pihak .Dan dalam masa yang sama turut menghancurkan imej pesuruhanjaya pas selangor dr hassan ali.


    Plot permainan konspirasi kotor ini dilihat agak lemah dan amat jelas pembohongan ini begitu sukar untuk mengaitkan Umno dan BN terlibat,kerana hubungan kerajaan dan Umno terhadap Dr Asri amat baik.Untuk mengaitkan isu ini terhadap Hassan Ali juga agak lemah,kerana Hassan Ali tidak akan sama sekali membuat tindakan yang bodoh untuk menangkap Dr Asri kerana jika dilihat dari sudut politik cukup ramai yang tidak mempunyai tauliah berucap diatas pentas dimajlis agama.


    Pisau kata " aku nantikan pertemuan bersama pegawai JAIS yang terlibat"

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari