

sumber - http://peraktoday.com/wp/?p=24181
Seminggu sebelum ni, laman-laman web, tak kira pro atau kontra pada pemerintah, media dan akhbar sudah menyiarakan yang geng Trio jahannam akan didakwa dimahkamah..
Dan keputusannya hari ini nampanya ada kesepakatan akhbar/media menyiarkan keputusan mahkamah tersebut.....
Keputusan hakim setelah ketiga-tiga malaon mengaku bersalah untuk memudahkan rancangan jahat mereka, maka hakim tak perlu nak bersoal banyak, malah peguan Rahim Tambi Chik Abdullah Shafiee (101% UMNO) yang lebih sibuk memberikan kenyataan melebihi dari hakim, keputusannya hanyalah denda sekadar RM5500.00... Namun berita itu tidak disiarkan,, yang disiarkan 99.99% betul rupa Anwar, jadi mahkamah semalam telah terbukti dijadikan rubber stamp untuk mengukuhkan cerita video sex, hebat Malaysia negara serba serbi boleh buat UMNO...
Sedangkan kita tahu sebelum ini, bagaimana kes video ini menyebabkan IGP Ismail Omar terpaksa dimasukkan ke hospital setelah beberapa kali hasil siasatannya oleh polis tidak diterima oleh AG,, jadi apa ertinya semua ini, polis dah puas siasat ketulenan dan kesahihan pelakon dalam video tak ada jawapan, pergi ambik jawapan dari dua orang professor Amerika, entah betul atau tidak wallahuaklam,, yang sudah pasti melayu hutan, melayu felda habis pakat ternganga percaya dengan permainan UMNO...
Hasilnya ketiga-tiga malaon tersenyum puas, mungkin habuan yang dijanjikan dah sedia menunggu,,, untuk didunia,, tetapi yakinlah, habuan untuk di yaumul mahsyar juga pun sudah sedia menunggu....
Cuma aku nak tergelak sikit semalam, kenyataan dari Ketua Pemuda UMNO dalam berita NTV7 petang semalam, dengan keputusan mahkamah ini terbukti UMNO tak terlibat.... wakaka... betullah tu,,,, kena percaya cakap UMNO ni,, tetapi jangan disimpan dalam kepala otak, nanti tak pasail jadi sewel kita macam orang UMNO,,,,
Kesimpulannya, semalam aku rasa dengan perbelanjaan yang tak sampai RM10,000 iaitu RM5500 bayar denda kat mahkamah, kemudian bayar untuk anak-anak India seperti dalam gambar diatas ni seorang RM50, duit beli kertas untuk sepanduk baru berapa sen sahaja, nampaknya mereka dah berjaya dari satu sudut untk memalukan Anwar,
Jadi apa tindakan Pakatan Rakyat selepas ini,, bagi fikiran aku, masa masih ada lagi, Road Show buat Anwar menjawab balik segala tuduhan ini harus dilaksanakan lagi, blogger PR harun memainkan peranan balik, terutama blogger-blogger Revolusi 2013 yang lalu, dan yang paling terbaik,, kalau mereka guna mahkamah untuk buat cerita, Anwar pun guna balik mahkamah, seelok-eloknya pergi ke Amerika guna mahkamah Amerika saman dua ekoq professor tu dulu,, baru hebat kan,, tengok mana nak pegi lepas tu... baru ada akai....
KUALA LUMPUR 24 Jun — Dua pakar dari Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video seks yang ditayangkan oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim adalah tulen dan tidak ada sebarang ”tampering” (diubah-ubah) dan ”superimpose” (gambar ditindih) dilakukan.
Pakar-pakar daripada Dartmouth College, Hanover, New Hampshire itu, juga mengesahkan bahawa lelaki yang melakukan seks dengan seorang wanita dalam video itu adalah serupa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perkara itu terkandung dalam fakta kes yang dibacakan di Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah Shazryl dan Shuib mengaku bersalah terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka adegan lucah iaitu hubungan seks antara lelaki dan perempuan. - Bernama
KUALA LUMPUR 23 Jun - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air tidak berhasrat untuk mengusulkan kepada kerajaan program pemberian air '1,000 liter pertama percuma' kerana ia menggalakkan pembaziran.
Timbalannya Noriah Kasnon berkata, caj yang dikenakan kepada rakyat masih berpatutan dan tidak membebankan berdasarkan tarif air sedia ada bagi semua negeri.
"Kementerian mengambil pendekatan ini ke arah mendidik dan menggalakkan penggunaan air secara berhemah demi memastikan kelestarian sumber air untuk diwarisi generasi akan datang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Dr. Marcus
Mojigoh (BN-Putatan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Bernama
Komen aku - Kerajaan PR Selangor tak ada masaalah pun memberi 1000 liter percuma kepada semua rakyat negerinya,,, Cuma orang-orang UMNO sahaja malu-malu nak terima.....
KP JKR: PAS dakwa KSN bohongi Agong |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mendakwa Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan melakukan pembohongan terhadap Yang di-Pertuan Agong berhubung pertukaran jawatan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Beliau berkata, pembohongan ini jelas terbukti apabila Mohd Sidek memaklumkan kepada Tuanku Mizan bahawa pertukaran jawatan itu dipersetujui oleh Judin sedangkan Judin secara tegas menolak pertukaran jawatan itu.
"Apa yang berlaku KSN telah membuat pertukaran tersebut dengan menyatakan bahawa telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.
"Beliau kemukakankan kepada Yang di-Pertuan Agong seolah-olah Judin telah setuju.
"Ini menunjukkan bahawa KSN telah melakukan penipuan terhadap Yang di-Pertuan Agong kerana sepatutnya sebelum KSN mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, dia telah mempersembahkan sesuatu yang telah selesai dari sudut proses-proses yang mendapat persetujuan tiga pihak," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau merujuk laporan akhbar Berita Harian hari ini bahawa lima persatuan sekerja telah memperakui bahawa sebarang pertukaran dan pinjaman jawatan mesti mendapat persetujuan tiga pihak.
Tiga pihak terbabit ialah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), JKR dan individu yang ingin ditukarkan iaitu Judin sendiri.
"Kemudian barulah diangkat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan kemudian barulah diangkat oleh KSN kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya yang juga naib presiden PAS.
Menyifatkan pembohongan itu suatu yang memalukan, Mahfuz menggesa perkhidmatan KSN diberhentikan segera.
"Amat malang sekali apabila KSN berbohong terhadap ketua negara oleh itu Perdana Menteri harus mengambil tindakan segera, tidak harus berlalu begitu sahaja," katanya.
Rombak Kabinet
Selain itu, beliau menggesa kabinet sekarang dirombak dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor ditukar kerana gagal mengendalikan kes ini.
"Rombakan kabinet perlu dilakukan segera untuk memastikan JKR mempunyai seorang menteri yang baru yang mampu untuk melaksanakan tugas kerana saya yakin bahawa isu yang membabitkan pertukaran jawatan ini ada kaitan dengan kedudukan menteri yang gagal untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Tambahnya, jawatan Judin ditukarkan kerana menteri tidak senang dengan integriti yang ada pada Judin.
"Ia berpunca daripada menteri sendiri yang tidak begitu selesa dengan integriti yang ada pada Judin," katanya.
Akhir April lalu, Mohd Sidek mengumumkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim ditukar jawatan daripada Ketua Pengarah JKR kepada Ketua Eksekutif CIDB berkuat kuasa 1 Mei lalu.
Tempatnya itu diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.
Bagaimanapun pertukaran itu ditolak Judin dan beliau masih memasuki pejabat sebagai ketua pengarah JKR seperti biasa sehingga kini.
Tunggakan RM1.127j: HISB jadi mangsa Umno |
Aziz Muda KUALA LUMPUR, 23 Jun: Sebuah syarikat bumiputera, Harian Inovatif Sdn Bhd (HISB) terus menjadi mangsa janji-janji manis pemimpin Umno BN, apabila masih gagal mendapatkan pembayaran semula wang yang dikeluarkan untuk menjayakan Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 di Stadium SUKPA, Kuantan, Pahang pada 21 hingga 27 Oktober 2007 lalu. Lebih dikesali lagi, pihak-pihak terbabit ternyata tidak memandang serius perkara itu walaupun ia melibatkan jumlah tunggakan cukup besar sebanyak RM1.127 juta, walaupun telah berlarutan sejak empat tahun lalu. Pengerusi Eksekutif Kumpulan HISB, Raja Norasmah Raja Shahrom Saidee menjelaskan, sehingga kini pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihaknya termasuk bertemu dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Menurut beliau, terbaru pada 18 Mei lalu, pihak HISB telah diberi tarikh dan masa untuk bertemu Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di pejabatnya, tetapi pada pagi hari itu, ibu mertua salah seorang Adun telah meninggal dunia. Katanya, Mohd Ali telah menziarahi kematian tersebut dan dengan itu temujanji tersebut tidak dapat ditunaikan kerana waktu telah lewat dan mesyuarat Exco telah diberi keutamaan, manakala pihak HISB hanya dapat menyerahkan dokumen tuntutan kepada Setiausaha Sulit beliau, Syueeb Zahari untuk tindakan selanjutnya. "Tetapi hal ini tidak dipandang serius oleh pihak yang berkenaan. Ini menyebabkan syarikat bumiputera terasa dianiaya oleh mereka kerana segala usaha murni kami tidak dihargai," katanya pada sidang akhbar yang diadakan di Mont Kiara, di sini, petang semalam. Walaupun pihak HISB telah memberikan kata putus untuk mengambil tindakan mahkamah, menurut beliau, pihak Pesaka tetap tidak menunjukkan sebarang reaksi positif. Katanya, sikap seperti itu jelas ditunjukkan oleh pihak-pihak terbabit sejak selepas persidangan media yang diadakan oleh HISB dan berita mengenainya tersiar di media pada 31 Disember 2009 lalu. "Semenjak dari itu, pihak HISB telah beberapa kali menghantar surat dan memohon temujanji dengan pihak Pesaka, malah telah menulis surat kepada kementerian-kementerian terbabit semasa kejuaraan tersebut, namun kami gagal mendapat apa-apa maklum balas mengenainya," katanya. Pihak HISB, ujarnya, amat kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tidak memandang serius perkara itu hanyalah kerana mereka adalah sebuah syarikat bumiputera yang kecil. "Jika keadaan ini berterusan, sukarlah sukan di Malaysia ini hendak berkembang maju, sedangkan Kerajaan BN sering mewar-warkan slogan 'Majulah Sukan Untuk Negara', tetapi nasib orang yang memajukan nama baik negara tidak dihiraukan," jelasnya. Kejuaraan Silat Sedunia Ke-13 pada 2007 lalu telah berlangsung dengan jayanya di Stadium SUKPA, sempena meraikan Hari Keputeraan Sultan Pahang pada ketika itu, dengan disertai 36 buah negara dan melibatkan lebih 600 peserta dan pegawai dari seluruh dunia. Ia merupakan platform yang baik bagi melahirkan pesilat-pesilat yang berpotensi untuk terus diketengahkan, di samping budaya sukan dan kesenian yang terdapat di dalam ilmu persilatan itu dipertahankan, diperkembangkan dan diwarisi sebaik mungkin. Dalam kejuaraan itu, sebanyak 24 pingat telah dipertandingkan yang terdiri daripada 18 pingat dari katergori Silat Olahraga dan 6 pingat dari kategori Silat Seni. Acara berprestij itu telah dianjurkan bersama Kerajaan Negeri Pahang dan Pesaka dengan kerjasama HISB serta mendapat pengiktirafan dari kementerian-kementerian kerajaan seperti Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKKW), Kementerian Pelancongan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kejuaraan itu juga telah mendapat restu Sultan Haji Ahmad Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang juga selaku penaung kejuaraan tersebut ketika itu. "HISB merupakan sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang dipilih dan telah diberi kepercayaan untuk menjadi penganjur bersama kejuaraan itu, bagi memastikan acara silat bertaraf dunia itu dapat dilaksanakan dengan penuh meriah, berjaya dan gemilang. "Acara berprestij itu menelan belanja lebih RM1 juta dan HISB adalah pihak yang mendahulukan segala kos perbelanjaan secara tunai, setelah dipersetujui oleh Urusetia Kejuaraan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk. "Semua pembayaran yang telah dijelaskan oleh HISB bersesuaian dengan perkara-perkara yang melibatkan kejuaraan itu akan dijelaskan semula oleh Urusetia Kejuaraan Silat Sedunia ke-13 pada 2007," katanya. HISB berharap agar perkara itu dapat diselesaikan segera kerana jika hal ini berlanjutan, katanya, lebih banyak lagi syarikat bumiputera yang akan teraniaya dengan janji manis pelbagai pihak yang hanya suka berjanji tetapi tidak seperti yang diharapkan. |