boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, October 31, 2010

Berapa Habuan Yang Mereka ini dapat...

Nampaknya mereka bekerja bersungguh-sungguh untuk merampas kembali kerusi DUN Galas.... Mereka tidak hirau nyamuk, agas dan suasana yang tidak menyenangkan..

Apa pun mereka bertugas kerana adanya imbuhan yang sedia menunggu....

Satu cabaran buat petugas PAS dan Pakatan rakyat..


KEMPEN...Ketua Penerangan Pergerakan Puteri Umno dari Bahagian Bachok, Zalizan Zakaria dan Setiausaha Puteri Umno bahagian, Norhasni Mat Husin (dua dari kanan) memperkenalkan calon BN, Abdul Aziz Yusoff kepada penoreh getah, Hamidah Md Nor, 32 ketika berkempen di Kampung Batu papan pada Ahad. Foto THE STAR Oleh MUHAMAD SHAHRIL ROSLI.



Anak-anak Muda Malaysia di tahan Polis...

Baru tengahari tadi aku posting mengenai kisah anak-anak Muda Malaysia di Galas berkempen... namun berita terkini mereka telah di Tahan Polis.... Tahniah 1Malasyia, Tahniah PDRM yang menjalankan tugas!!!!!...

Adik Teoh Beng Hock ditahan polis di Galas

Lee Wayloon
Okt 31, 10
3:36pm

Seorang adik kepada mendiang Teoh Beng Hock bersama tiga yang lain ditahan polis di bandar Gua Musang hari ini.

Lee Lan dan anggota "Malaysians for Beng Hock" itu dibawa sekumpulan anggota polis diketuai Supt Maszely Minhad ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gua Musang pada kira-kira jam 2.20 petang ini.

Maszely memberitahu wartawan bahawa polis menerima aduan bahawa kumpulan berkenaan telah menjalankan aktiviti kempen.

[Berita penuh menyusul]



Tahniah buat Ana-anak Muda Malaysia...

Berita jam 1.30 TV3 sebentar tadi aku sempat tengok tumpuan kat PRK DUN Galas..., TV3 menyiarkan ada sekumpulan anak muda NGO turut menyibuk atau membuat gangguan di dua tempat program anjuran MCA dan Kementerian Pengguna Dalam Negeri..

Tindakan anak-anak muda ini menyebabkan timbul pertelingkahan yang agak ketara.... terutamanya dalam program MCA... marah betui wakil MCA Galas terhadap mereka...


Kemudian mereka ini masuk pula ke majlis jamuan makan yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Wanita Gerakan Tan Lai Hoe..., marah juga menteri tersebut sebab anak-anak muda ini mengganggu programnya tanpa kebenarannya, kemudian mengedar pulak risalah-risalah....

Ha ha ha nampak tak... golongan tua dah tak larat dah, penakut pun sama macam aku ni... yang tinggal golongan muda..., golongan muda hanya mahukan keadilan tertegak,, itu sahaja.. mereka sentiasa mengikuti perkembangan semasa tanpa sekatan atau sempadan...

Mereka bijak, mereka ambik kesempatan yang ada, mereka tahu parti PAS yang dipimpin oleh ulama adalah adil jika diberi peluang memerintah seperti mana kerajaan negeri Kelantan, apa pun tindakan mereka sedikit sebanyak telah membantu jentera PAS di Galas untuk pengundi Cina... Tahniah anak muda...

Sesungguhnya setiap kejadian itu ada rahmat disebaliknya....

Sumber SINI





Amboi.. Sedapnya mulut..

Seorang lagi yang dok perasaan, aku tak tau sama ada ia lupa, sengaja buat-buat lupa, tetapi mangkok hayun ni memang jenis bibir tebal mulut tak berinsuran...

Ingatkah lagi hangpa ketika dia nak bertanding PRU12 2008 yang lalu, apa yang ia tak kata kepada Nurul Izzah..., last-last kecundang kepada budak yang masih berhingus dalam politik..

Mangkok ni menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya layak menjadi badan bukan kerajaan (NGO), bukan menerajui kepemimpinan negara kerana boleh dilabel sebagai parti yang mempunyai banyak masalah. Baca seterusnya SINI.

Sekadar memenangi jawatan Ketua Wanita, dapat belas ehsan menjadi Senator dan dilantik menjadi menteri...

Sudahlah....Oii mangkok,, sorrylah... gua nak cakap sikit.... lu kencing, tadah air lu tu dalam mangkok, lu telek lu punya muka macam P Ramle telek cari lembu dan kambing hilang... Lu tengok lu punya muka...

Saturday, October 30, 2010

Aksesori tambahan buat bendera BN....

Nasib baik pelaksanaan potongan cukai bajet 2011 masih belum lagi dilaksanakan.... kalau tidak mungkin banyak juga yang tergantung di ampaian tu....


Homes in the Kampung Manrod Orang Asli village in Galas are draped in Barisan Nasional flags. — Picture by Choo Choy May
Homes in the Kampung Manrod Orang Asli village in Galas are draped in Barisan Nasional flags. — Picture by Choo Choy May


Sedikit demi hilang perhormatan rakyat terhadap lambang perti kerajaan yang dikata tradisi membela rakyat...

Kenikmatan menjadi calon ....

Nasib seseorang tak sama, itulah yang menandakan kekayaan Allah S.W.T memberi nikmat kepada hamba-hambanya... Paling kurang pun apa yang berlaku menjadi pengalaman yang cukup berharga...

CALON PKR, Ansari Abdullah memakai anduh di tangan ketika berkempen di Kampung Gas di Batu Sapi, malam tadi. Semalam, beliau terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas. - Foto Edmund Samunting
Oct 30, 2010 2:55 pm

Presiden Bola Sepak Negeri..

Salam Sejahtera...

Malam ni sekali penentuan pasukan negeri mana yang layak untuk menjulang Piala Malaysia selepas 90 minit permainan antara Kelantan VS Negeri Sembilan..

Mohamad Hassan, Presiden PBNS dan Presiden KAFA Annuar Musa (kanan) mengangkat Piala Malaysia pada program Sebelum Wisel sempena final antara Negeri Sembilan-Kelantan malam tadi. — Bernama
Mohamad Hassan, Presiden PBNS dan Presiden KAFA Annuar Musa (kanan) mengangkat Piala Malaysia pada program Sebelum Wisel sempena final antara Negeri Sembilan-Kelantan malam tadi. — Bernama

Aku tak mau nak ulas siapa akan menang, walaupun hati kecil berharap Kelantan yang akan menang,, cuma cuba kita perhatikan tengok, setiap pasukan negeri-negeri yang bernaung di Malaysia, Presiden Persatuan Bola dinegeri masing-masing diteruaji oleh Menteri Besar negeri tersebut, tetapi berlainan dengan Kelantan sejak TGNA menjadi Menteri Besar.

Nampak atau perasan atau tidak, ini pun salah satu mengikut ajaran Islam, memegang sesuatu tugas tu biarlah yang ahlinya, TGNA ia seorang ulama, ia tak mahir hal-ehwal bola sepak, jadi lebih ia serahkan bab bola tu kepada yang ahlinya....,

Ini tidak, ada satu negeri tu, MBnya dah jadi Presiden, biasalah tradisi, Pengurus pasukan bola pun aiieeh,, Ustaz juga yang nak jadi,, dengar cerita mula-mula tak nak dibaginya,, merajuk pula... last-last pasukannya tu pun tak sampai kemana,, hanyas setakat suku atau separuh akhir sahaja..

Salah kah, kalau MB sesebuah negeri tak pegang jawatan Presiden Bola sepak, bagi kat orang lain, seperti mana TGNA lakukan tu,, adalah lebih baik MB tumpukan kepada tugas dan tanggungjawab kerajaan negeri, itu adalah lebih baik, cukuplah glamour yang dah dok ada dengan jawatan MB tu...

Bukan apa, dengan apa yang berlaku atau yang dipraktikkan di negeri Kelantan, nampaknya impaknya ialah Kelantan berjaya di peringkat akhir, sebab mungkin juga Presiden KAFA Anuar Musa orang yang betui-betui minat dengan bola, beliau boleh menumpukan sepnuh masa dengan KAFA, maka berjaya team KAFA ke peringkat akhir lagi...

Alangkah baiknya negeri-negeri Pakatan rakyat yang lain mengikut seperti mana negeri Kelantan untuk peningkatan pasukan bola negeri masing-masing...

Wajib Lulus Sejarah - Sudah Terlewat....

Wajib Lulus mata pelajaran Sejarah buat semua pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.... Betui ka..., apa yang aku tau, sebelum ini pun syarat kemasukan pelajaran ke bidang perguruan iaitu ke Institiut Pendidikan Guru IPG (Maktab Perguruan) pun bukan setakat lulus, tetapi mesti lulus dengan cemerlang, dapat A, baru boleh mohon untuk dipanggil temuduga,...

Tup-tup bila PAU 61 baru-bari ini isu subjek Sejarah di timbul lagi, apa cerita ni..., kenapa sebelum ini hanya untuk pelajar-pelajar yang berminat dengan tenagakerja perguruan sahaja di tekankan subjek wajib Sejarah...

Yang lebih lawak lagi hanya untuk pelajar yang nak masuk IPG sahaja, tetapi bagaimana dengan siswazah-siswazah lepasan ijazah menganggur tak ada kerja kemudian mohon memasuki bidang guru contoh melalui kurusus KPLI, J-QaF, GST, apakah subjek sejarah dimestikan juga seperti memasuki ke IPG.

Apa yang sedia maklum,, guru-guru keluaran IPG (Maktab) hanyalah diperuntukkan untuk sekolah rendah, manakala lepasan KPLI dan pengajian pendidikan dari UPSI untuk sekolah menengah...,

Guru-guru yang akan mengajar sejarah, yang boleh kita iktiraf pengajian sejarahnya sudah tentulah guru maktab sahaja, sedangkan guru-guru dari KPLI ni, entah apa-apa bidang kelulusan yang dibelajarnya dihantar mengajar ke sekolah menengah,, dan disekolah menengah di suruh belajar wajib lulus sejarah, entahlah ... lu orang fikirlah sendiri.... projek ini nak dilaksanakan pada 2013..., hurgggh,, semuanya kelam kabut tak tentu arah,,, apakah peristiwa matapelajaran PPSMI seperti yang diperkenalkan oleh zaman Mahathir akan berulang...

Sepatutnya kalau nak buat subjek sejarah tu bagus, pertama sekali kumpullah dulu pakar-pakar sejarah, lantiklah Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim sebagai Pengerusinya, kemudian buatlah silibus mata pelajaran sejarah, berilah kursus kepada guru-guru yang sedia ada dari sekolah-sekolah apakah sejarah-sejarah negara yang perlu diajar,,Jepun di tanah melayu, komunis, ketuanan melayu, hang tuah, hang jebat, laksamana Cheng Ho, Puteri Hang Li Po, Portugis di Melaka, Perjanjian Pangkor, parti umno diharamkan tahun 1987, semangat 46, apa saja yang berlaku sebelum ini, pembunuhan di DI MEMALI, rampasan negeri Perak oleh UMNO dari Pakatan Rakyat, semuanya itu pun sejarah juga....

Ingat,,, guru-guru semuanya bukan ahli UMNO dan bukan orang politik, jadi bahan yang nak diajar tu waspadalah...jangan sampai anak-anak dan cucu kita sneiri yang tertipu dengan sejarah negara yang sebenar...

Friday, October 29, 2010

Moga-moga kesusahan ini ada manafaatnya...

Aku turut bersimpati dengan apa yang dialami oleh calon PKR di Batu Sapi, walaupun sebelum ini aku berpendapat PKR tak payahlah nak bertanding... Namun bila dah pimpinan membuat keputusan kena bertanding, terpaksalah aku akur ikut pimpinan...

PKR candidate Ansari Abdullah hangs on after makeshift bridge collapses under him and several others in Batu Sapi today. This is the second such incident for Ansari this week. — Picture by Jack Ooi


Calon PKR kerusi Batu Sapi, Ansari Abdullah (kiri) tergelincir selepas jambatan kayu menuju ke sebuah perkampungan nelayan runtuh petang tadi. Ini kejadian kedua melibatkan beliau.

Moga-moga dengan dua kejadian tersebut menjadi perhatian dan simpati daripada pengundi-pengundi bumiputera Islam, melihat betapa gigihnya calon PKR itu berjuang nak mengalahkan Barisan Nasional...

Kerajaan Persekutuan di saman oleh Ahli Parlimen..

Semalam dalam ucapan perbahasan bajet di Parlimen, Ahli Parlimen PAS Pasir Puteh Kelantan, ada menyebut yang pentadbiran Parlimen ni bengong (aku sebut bengong) kerana sewaktu menganjurkan majlis makan malam sempena ulang tahun ke limapuluh berapa entah...

Resepi jamuan malam tersebut ialah sup ekor lembu...., tu dia,, agaknya lepas makan sump ekor masing-masing nak pulih kekuatan kerana kebanyakan ahli-ahli parlimen terutamanya UMNO semuanya lesu belaka, bila berbahas tak ada yang tak sokong bajet, semua pakat sokong.

Jadi malam tu depa pakat pekena sup ekor lembu sebagai makanan utama, inilah yang dikatakan bengong tahap bangang 5star*.., apa tidaknya, jamuan tersebut dijemputan semua ahli-ahli palimen dan mantan-mantan ahli parlimen, dimana sikap saling menghormati perasaan kaum india,, dengar cerita sebelum tu ahli parlimen Teluk Intan pun komplen juga...

Mungkin agaknya ahli parlimen MIC dan PPP dari kaum India semuanya makan lembu kut,,, ialah.. berkawan dengan UMNO, mungkin lebih kurang sama lah tu,,, tu yang pentadbir Parlimen sediakan Sup ekor lembu, ia lupa wakil PR ramai India yang tak makan lembu... baru ada akai...

Kemudian hari ini kisah mengenai ahli Parlimen India lagi, nampaknya ahli Parlimen India dalam PR lebih bernilai (ada kualiti) dari Melayu PKR dan Cina DAP..., mereka masih memperjuangkan hak mereka... apa tidaknya sebelum ini tak biasa buat oleh orang lain, tau-tau ahli Parlimen Sungai Siput membuatnya....


Disamannya Kerajaan Persekutuan... baca DI SINI.

Apa pun keputusan mahkamah kita boleh agak dah apakah keputusannya, namun sedikit sebanyak, kewibawaan kerajaan BN akan terjejas di mata rakyat dan pandangan negara luar......

Kembara Haji tak dapat VISA Haji..

Salam Sejahtera...

Dalam aku dok berangan-angan pasang impian nak pergi haji dengan menaiki bas melalui jalan darat jika diberi kesihatan yang baik, ada rezeki berlebihan dari Allah S.W.T tiba-tiba terdengar berita dari Radio Sinar yang jemaah Kembara haji seramai 10 orang jemaah tidak mendapat Visa haji untuk memasuki negeri Arab Saudi, namun mereka akan tetap akan memohon visa melalui negara India...




Hairan betui pak-pak Arab yang menjaga urusan haji ni, kenapalah banyak sangat sonel dan kerenah mereka tu,, seolah-olah mereka anggap negara Malaysia ni rakyatnya yang dok pi buat haji semuanya pengganas kut.., moga-moga jemaah yang tersangkut tu dapat mengerjakan haji seperti yang diniatkan itu dengan mendapat haji mabrur, balik Malaysia nanti buangkanlah perangai-perangai yang dok menetang islam....

Berilah sokongan pada perjuangan islam...



Dah 10 tahun, masih belum siap lagi...

Kalau dengar ke slogan yang dicanangkan enyah dah berapa banyak dah, ada index KPI, NKRA, transformasi, entahlah,, tak terlarat aku nak ingat semuanya...

Apa pun dipraktikkah semuanya itu....

Bukan apa, kalau di kawasan Parlimen sendiri pun dah 10 tahun projek untuk rakyat tak dapat nak disiapkan... ini apa cerita... baca DI SINI.

Kesian kat melayu-melayu UMNO yang pergi ke PAU 61 minggu lalu,,, secara tak disedari mereka telah diajak syirik kepada Allah oleh Presiden mereka sendiri,,,,

Wednesday, October 27, 2010

Selamatkan Teluk Rubiah - Tahun 2009 Pelaburan di Perak Merosot.

Apakah punya sial yang dialami oleh negeri Perak Darul Riduan setelah UMNO membuat rampasan kuasa pemerintahan dari Pakatan Rakyat, yang mengakibatkan Pelaburan di negeri Perak merosot.

Oii, ini bukan cerita kosong, fakta oii, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009, menunjukkan pelaburan di Perak menunjukkan penurunan sehingga 12.0 peratus kepada RM635.50 juta (2009), berbanding RM722.35 juta pada tahun 2008... Baca di DI SINI.

Kira pandailah ya Zambri Mamak memerintah....., pergi keluar negara merata-rata, mencari pelabur luar masuk melabur kenegeri Perak, namun hasilnya zero...

Mungkin disebakan tiada pelaburan luar yang masuk inilah membuatkan blogger otai-manjung.. tak jemu-jemu menulis di blognya dan facebook mengenai pelabur dari Brazil akan mendirikan kilang besi dan aluminium di tapak pusat peranginan Teluk Rubiah.

Projek ini apa yang aku dapat tahu maklumat terbaharu, Sahabat Alam Malaysia (SAM) sendiri menentang, ada salinan surat dari SAM yang sempat aku baca semalam, dan salinan surat ini boleh dikatakan dituju terus kepada MB Perak dan salinannya kepada semua pimpinan dalam negeri Perak, banyak faktor-faktor yang menyebakan SAM menetang.

Yang menghairankan aku ialah, kenapa projek ini didiamkan oleh pimpinan PR terutama DS IR Nizar sendiri selaku Adun Pasir Panjang, kalau puak UMNO memang dah sejak dari zaman azali lagi depa tak kisah, tak kira halal atau pun haram, yang depa kira duit, dollar dan RM.. Cuma aku sempat terbaca dalam facebook Otaimanjung Dato Ngeh Ahli Parlimen Bruas akan membawa kes ini ke parlimen.

Apakah disebabkan faktor pelaburan merosot, maka projek diTeluk Rubiah akan diteruskan dan perkara ini didiamkan oleh semua pihak dengan membiarkan nasib penduduk disekitar daerah Seri Manjung bakal menerima bahana-bahana pencemaran alam yang membahayakan kesihatan, pencemaran ini dia tak kira siapa, orang UMNO, PKR atau PAS semua nya pasti kena....nasib kau orang lah, nak buat macam mana,,, negeri ini memerlukan pembangunan, nak kan pembangunan perlu ada pengorbanan.... pengorbanan kepala hotak hangpa!!!.....




Subhanallah...Mati dalam keadaan sujud

Tak tau aku nak tulis atau komen apa-apa... cuma sebagai renungan buat kita semua yang bakal pasti akan menemui Allah...


MAYAT dipercayai penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi tersebut di Jawa Tengah, Indonesia. - UTUSAN/BORHAN ABU SAMAH


Maridjan ditemui mati dalam keadaan sujud

27/10/2010 11:47am

YOGYAKARTA 27 Okt. - Penjaga kunci Gunung Merapi, Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud.

Jenazah itu ditemui keadaan sujud dan mengadap kiblat dan kini ditempatkan di Hospital Sandjito.

Doktor hospital berkenaan, Kresno Heru Nugroho berkata, ciri-ciri fizikal mayat itu sama dengan Mbah Maridjan.

Pakaiannya juga, kata beliau adalah sama dengan yang diberi gambaran oleh keluarga warga emas itu.

Bagaimanapun jelas doktor berkenaan pengesahan hanya dapat dibuat apabila selesai ujian DNA.

Masyarakat Jawa mempercayai jurukunci merupakan orang perantaraan roh gunung berapi dengan masyarakat. - Utusan

Apa kata UMNO !!...Pertahankan Putrajaya

Petang semalam memang aku tergelak sakan, apa bila YB Fong Po Kuan berucap dalam Parlimen, apayang dimaksudkan"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Presiden Umno, terkicit-kicit Mohamad Azizi Seri Gading nak bangun mencelah, tak diberi peluang oleh Batu Gajah, menyebabkan Seri Gading menggunakan Akta Mesyuarat kononnya, sebab nak bangun juga mencelah..dengan mengatakan ucapan Najib itu hanyalah bertujuan menaikkan semangat juang anggota Umno .



Apa pun bagi aku, ini bukan seruan naikkan semangat... ini sebagai peringatan buat ahli-ahli UMNO yang Najib sendiri sudah tidak yakin lagi akan mendapat mempertahankan Putrajaya.. kalau nak beri kata-kata semangat banyak lagi kata-kata lain yang boleh dilafazkan..

Ingatlah wahai ahli-ahli UMNO, sanggupkah kamu mati nak mempertahankan Putrajaya itu tanpa mendapat apa-apa pengiktirafan dari Allah sebagai bekalan kamu nak bertemu Allah nanti...

Jikalaulah benar kamu ahli-ahli UMNO nak mempertahankan Putrajaya itu, silakanlah,, kami dari ahli-ahli yang inginkan Islam didaulatkan pun sanggup mati syahid sebagai bekalan untuk menemui Allah di Rabbul jalil nanti Insyaallah.... Silakanlah... .




Boikot Final Piala Malaysia...

Inilah dasar Kapitalis yang ditinggalkan penjajah dan diamaakan oleh UMNO dan pengikut-pengikutnya termasuklah FAM, badan induk yang mengawal liga bola sepak Malaysia........ Tonton sajalah kat TV...hati tak sakit...

Penyokong kecoh harga tiket naik



MAHAL, zalim dan cekik darah. Itu antara rungutan peminat setia pasukan The Red Warriors yang menyelar tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.

Tahun lepas, kedua-dua pasukan juga pernah bertembung di pentas akhir merebut piala berprestij tanah air itu yang mana kehadiran penyokong mencatat sejarah paling ramai pernah dihimpunkan dalam satu perlawanan bola sepak tempatan.

Ketika itu tiket dijual dengan harga RM20 dan secara tiba-tiba, musim ini FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 sehingga menimbulkan kemarahan seluruh peminat bola sepak Kelantan yang merasakan harga tersebut adalah terlalu tinggi.

Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Klate.Net), Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, tindakan tersebut dilihat satu lagi usaha FAM untuk menjatuhkan masa depan bola sepak Kelantan.

Menurutnya, selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk yang terbaru menggantung khidmat jurulatih B. Sathianathan sebelum kes tersebut ditangguhkan untuk perbicaraan semula, isu tiket kembali menjadikan FAM mangsa kecaman.

"Saya tidak melihat di mana relevannya harga tiket tersebut perlu dinaikkan. FAM perlu memberi penjelasan kenapa harga tiket ini naik berbanding tahun lalu yang dijual pada harga RM20.

"Pada pendapat saya, harga ini dinaikkan selepas melihat penyokong Kelantan yang begitu ramai membanjiri stadium pada perlawanan akhir musim lalu dan ini adalah masa yang baik untuk FAM mengaut keuntungan," katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pertimbangan- pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil kira oleh FAM termasuklah peminat bola sepak Kelantan bukannya terdiri daripada golongan yang berada tetapi mereka yang berpendapatan rendah, namun cintakan bola sepak tempatan.

Jelasnya, sekiranya FAM menggunakan helah menaikkan harga untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana menyangka peminat bola sepak Kelantan pasti akan ke stadium walaupun dengan tiket yang mahal, tidak mustahil sambutan perlawanan akhir kali ini akan dingin.

"Penyokong tidak bodoh. Kami bukan orang berada. Ada yang bekerja sebagai buruh dan petani hanya memperoleh gaji sekitar RM150 seminggu dan ini pastinya membebankan dan tidak mustahil sekiranya mereka membatalkan hasrat untuk ke stadium.

"Sepatutnya FAM memberi sokongan dalam usaha memajukan bola sepak tempatan selepas melihat sambutan peminat yang semakin ramai mengunjungi stadium tetapi tindakan ini sekali lagi dilihat sebagai cubaan 'membunuh' masa depan bola sepak khasnya di Kelantan," ujarnya.

Selain itu, mereka juga turut kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang seperti 'menangguk di air keruh' apabila menaikkan lagi harga tiket daripada RM30 kepada RM40 dengan kononnya menyediakan pakej termasuk barangan cenderahati.

Bagi mereka, selepas sekian lama menunjukkan sokongan tanpa berbelah bagi kepada pasukan Kelantan termasuk menjelajah ke seluruh negara setiap kali pasu- kan mereka beraksi, tindakan KAFA itu membuatkan mereka terkilan.

Semalam, lebih 100 penyokong skuad Kelantan mengadakan piket membantah kenaikan harga tiket oleh FAM di hadapan Stadium Sultan Muhammed IV dan turut menggesa KAFA membatalkan hasrat menjual tiket tersebut secara pakej dengan harga yang lebih mahal.

Seorang lagi peminat bola sepak Kelantan, Mahizi Mahmood, 32, memberitahu, selain marah dengan tindakan FAM menaikkan harga tiket, dia juga nyata kesal dengan sikap KAFA yang dilihat tidak prihatin dengan nasib para penyokong.

"Sudahlah FAM mengenakan tiket dengan harga yang tinggi, KAFA pula turut sama bersekongkol menaikkan lagi harga sebanyak RM10 kononnya atas nama pakej dengan memberi barangan cenderahati.

"Kalaulah KAFA tahu mengenang budi, mereka seharusnya membantu memberi subsidi atau sekurang-kurangnya mengekalkan harga tiket RM30 itu, bukannya dengan menekan lagi penyokong dengan menaikkan kepada RM40," jelasnya.

Selain itu, bagaikan ada kewajaran di sebalik kemarahan para penyokong kerana jarak antara Kota Bharu dan Kuala Lumpur itu cukup panjang perjalanannya menjadikan mereka juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan untuk kos pengangkutan.

Bukan sahaja tiket, dikhabarkan kos pengangkutan awam termasuk kadar sewa bas juga melambung dengan begitu mendadak iaitu antara RM3,200 hingga RM3,800 berbanding harga biasa hanya sekitar RM2,400 hingga RM2,600.

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa tampil memberi penjelasan yang dilihat sedikit melegakan kemarahan penyokong Kelantan apabila pihaknya bersetuju mengekalkan harga tiket kepada RM30.

Jelasnya, sebanyak 30,000 keping tiket diperuntukkan untuk penyokong Kelantan iaitu dengan 10,000 akan mula dijual secara biasa pada pukul 10 pagi ini di kesemua lapan kaunter jualan tiket di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

"Manakala 10,000 keping lagi akan dijual bersama barangan cenderamata, sementara selebihnya akan diperuntukkan kepada rombongan kelab penyokong. KAFA sedang berusaha untuk mendapat tiket tambahan untuk memenuhi permintaan," ujarnya.

Tuesday, October 26, 2010

PRK DUN Galas - Dimanakah Tengku Razaliegh..

Semasa perhimpunan agung UMNO minggu lepas pun aku tak nampak wajah Ku Li, entah kenapa ia menghilang diri....

Hari ini siang tadi pun pun aku terbaca juga, yang Ku Li hanya sekejap saja datang ke Pusat penamaan calon... kenapa jadi begitu... apakah permainan beliau ini sebagai satu tektik untuk merampas kerusi DUN Galas kembali ketangan UMNO...


Gambar kecik, mungkin orang-orang penting sahaja...


Tetapi yang ini gambar beramai-ramai pun tak ada juga nampaknya... isk, isk, isk,, rendah hati pun Ku Li ni,,, memang betuilah,,, Gurkha UMNO...



PRK P185 Batu Sapi....Penyalahgunaan Harta Kerajaan..

Siapa masih ingat.., keltika helikopter TUDM yang mengalami kerosakan keitka menghantar Muhyiden merasmikan mesyuarat UMNO di Sabah tahun lepas...

Berminat betul ia nak ke Sabah, sehingga sanggup menyerahkan DUN galas kepada Ku LI... apakah janji-janji kososng di manik Urai belum terlaksana ?!!

Cuba kita perhatikan..., Flight ini adalah flight rasmi hak kerajaan Malaysia... Senang-senang aja mereka gunakan untuk pergi ke Sabah menghadapi penamaan Calon Batu Sapi...

Orang-orang UMNO tolong Jawab....

Barisan Nasional candidate for Batu Sapi Datin Linda Tsen greeting Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin at Sandakan airport on Monday. - 26 October, 2010


OK, katalah Muhyiden atas nama TPM dan Menteri pelajaran,,, tu yang sorang lagi atas nama apa,,, Ahli Parlimen pun bukan, sekadar Presiden MCA dan pelakon DVD Porno... boleh ka...
Sumber : gallery.






Nasib Pembaca Al-Quran Kanak-kanak Malaysia!!!

Aku masih ingat, beberapa tahun yang lepas, seorang pelajar belasan tahun, yang mewakili negara dalam menghafaz Al-Quran peringkat dunia yang diadakan di negara Qatar kalau aku tak silap, namun ketibaan pelajar wakil negara di lapangan terbang negara Arab terpaksa menaiki teksi dengan bayaran sendiri, tanpa ada wakil kedutaan negara Malaysia di sana,,, Inilah yang diterima oleh rakyat Malaysia yang ingin membesarkan Al-Quran, tidak seperti Ahli Sukan, artis dan sebagainya...

Terkini, yang terbaharu, seorang pelajar berumur 11 tahun, menang peringkat Asia, nasib baiklah akhbar Sinar yang siarkan, kalau tidak tak tahu pun kita akan ada pelajarnya Malaysia yang menjadi johan peringkat Asia..., Inikah sikap media utama di Malaysia...ia tak kisah pun...

Murid 11 tahun qari terbaik Asia

MERANTI – Murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim Satu, Pasir Mas mengharumkan nama negara setelah diumum sebagai Johan Pertandingan Tadarus al-Quran Peringkat Asia di Brunei, baru-baru ini.

Gurunya, Mohd Hussin Yunus berkata, murid tersebut, Ahmad Najib Datuk Mohd Nassaruddin, 11, merupakan Johan Tadarus Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Terengganu, Mei lalu.

“Dia mula menunjukkan peningkatan dalam bidang ini setelah mendapat Johan Peringkat Negeri dua tahun berturut-turut sejak tahun lepas.

“Pertandingan yang dikelolakan Majlis Agama Brunei-Indonesia-Malaysia-Singapura (Mabims) itu mengumpulkan wakil terbaik beberapa negara Asia,” katanya, semalam.

Mohd Hussin berkata, pertandingan ini sememangnya persaingan sengit terutama dari Indonesia yang seringkali muncul johan dalam beberapa kategori.

Menurutnya, terdapat empat kriteria dinilai sebagai tadarus yang baik iaitu tajwid, fasohah, tarannum dan suara.

“Kelebihan Ahmad Najib ialah suaranya yang unik ketika mengalunkan ayat suci menghasilkan seni yang indah dan bertenaga.

“Harapan saya semoga lapisan masyarakat khususnya ibu bapa menekankan kecintaan kepada al-Quran dalam jiwa anak-anak dan menjadikannya sebagai idola agar kehalusan seni di dalamnya memelihara akhlak anak-anak di dunia dan akhirat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Najib Nassaruddin berkata, dia mendapat sokongan daripada ibubapa, keluarga dan guru hingga ke peringkat antarabangsa.

“Sebulan sebelum pertandingan, saya ke rumah Cikgu Hussin tiap-tiap hari selepas solat Maghrib bagi menguatkan tajwid dan bacaan al-Quran,” katanya.

Ahmad Najib berkata, dia juga pernah mendapat didikan awal daripada Arwah Muzdi Awang ketika mula memasuki pertandingan tadarus peringkat negeri.

“Saya mengesyorkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang ini, ia sangat menakjubkan,” katanya.

Awas YUN NAM hair...

Aku tak pasti TV channel berapa, tetapi banyak kali aku terpandang dalam siaran tersebut dalam jam 7.30 ptg, kisah mengenai manusia-manusia yang mahu menambahkan kecantikan rambut yang telah sedia ada, dengan mendapat rawatan dari Syarikat Yun Nam Hair....

Namun kini dari berita akhbar Kosmo satu berita yang menyedihkan....

Habis RM17,000 rawat rambut

Mamak pun mamaklah...

Terbukti sudah,,, nampaknya UMNO bukan lagi United Malay.... sekalang UMNO juga bakal dikenali United Mamak..... he he he.. Dimanakah penyatuan melayu selama ini....mana orang Melayu wheihhh....


Mamak pun mamaklah..., maka bertambah kuatlah kelentongnya UMNO selepas ini,,, ingat mamak ingat UMNO..., Ingat UMNO ingat Mamak... tak gitu...

POLITIK

UMNO sedia terima Kimma

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO sedia menerima Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) sebagai rakan sekutunya kerana sedar ada hikmah di sebalik penggabungannya dengan pelbagai kumpulan.

Menurut Perdana Menteri, penyertaan Kimma sebagai anggota bersekutu akan menjadikan UMNO sebagai parti politik yang terbesar dan terpenting.

“Apabila bergabung, kita saling bantu membantu dan menyumbang, kerana ini bukan perjalanan satu hala yang hanya memberi faedah kepada UMNO tetapi kepada kedua-dua belah pihak.

“Saya juga berbangga masyarakat India Muslim yang berjumlah kira-kira 650,000 orang di negara ini dapat bersatu di bawah Kimma.

“Kalau komuniti ini berpecah kepada pelbagai kumpulan besar, kecil atau kumpulan serpihan, maka sukar untuk kerajaan merujuk kepada badan yang diiktiraf mewakili kumpulan tersebut secara sah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kimma dengan kerjasama 135 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India Muslim seluruh Malaysia yang dihadiri hampir 9,000 komuniti India Muslim seluruh negara.



Monday, October 25, 2010

Ahli Parlimen UMNO Takut dengan Saman Ekor..

Sekarang ini Ahli parlimen Hulu Terengganu tengah dok berucap membahaskan bajet 2011...

Sebelum ini ucapan Ahli Parlimen Pakatan rakyat berucap membuat janji jika Pakatan dapat mengambil alih negara Saman Ekor bakal akan dihapuskan..

Dengan takutnya ugutan dari AP Pakatan Rakyat, Ahli parlimen Hulu terengganu telah mencadang kepada Kerajaan supaya membatalkan segala saman ekor tersebut, kerana takut kehilangan kuasa pemerintah..

Harap-harap ada perkembangan terkini yang lebih baik bab saman ekor ni....

Hasil dari 54 Tahun Merdeka....

Masih ada rakyat Malaysia sendiri hidup bertedup dari panas matahari dan berlindung dari hujan dengan menetap di bawah jambatan....


image
The predicament of homeless scrap metal collectors who have been living under a flyover ended after they received temporary shelter at a youth hostel.

HAZMAIN memangku Siti Norafida sambil diperhatikan oleh Siti Faezah di bawah jambatan yang menjadi rumah mereka di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pasti tidak menyangka sebuah kolong di bawah jambatan yang mereka lalui di situ rupa-rupanya menjadi rumah kepada satu keluarga tiga beranak termasuk bayi mereka yang berusia setahun.

Bersama mereka ialah dua lelaki hidup yang turut merempat, Mohd. Hafiz Abdul Aziz, 30, dari Sepang dan Tan Chee Wah, 44, dari Serdang, Selangor.

Ketua keluarga itu, Hazmain Abdul Jalil, 28, membawa isterinya, Siti Faezah Abu Bakar, 27, dan anak perempuan mereka, Siti Norafida ke bawah jambatan itu sejak empat bulan lalu selepas dihalau dari sebuah rumah kosong yang sebelum itu menjadi tempat mereka berlindung.

Kawasan yang menjadi 'rumah' mereka itu tidak berdinding hanya dilapik dengan kayu sementara untuk mendapatkan bekalan air, mereka terpaksa mencuri air dari paip berdekatan.


Belanjawan hanya sibuk nak buat bangunan 100 tingkat, belanja RM 5 billion nak tunnuk kepada dunia supaya ramai pelancong... sedangkan pada hakikatnya masih ada rakyat yang hidup bawah jambatan...

Bapa Borek anak rintik??!!

Betuikah peribahas amelayu ini.... bersamaan dengan gambar di bawah....


Syamsul bergambar bersama ayahnya, Datuk Yusof Haslam selepas memenangi anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem Evolusi KL Drift pada Festival Filem Malaysia ke-23, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Ahad. - Foto THE STAR Oleh AZMAN GHAN

Siapa ingat lagi, anak ini pernah dituduh terlibat dengan dadah, nasib baik bapa pelakon cerita polis.....bergaduh dengan teman wanita yang juga artis dan berbagai lagi... jadi bukanlah lagi rintik....

PRK P185 Batu Sapi - PKR sandar pada keajaiban.....

Kalau tak silap aku sebanyak 20 borang pencalunan untuk kerusi Parlimen Batu Sapi telah di beli....

Peluang untuk BN mempetahankan kerusi mereka terbuka cerahlah nampaknya... apakah trend PRK DUN Bukit Selambau yang mana berbelas calon bertanding,,, setakat 10 orang calon bebas tak ada hal buat BN untuk memecahkan lagi undi-undi pembangkang....

Pakatan Rakyat mungkin hanya akan mengharapkan undi Bumiputera Islam akan memberi undi mereka,, kepada calon PKR Encik Ansari Abdullah hurggh,,

Sewaktu aku dalam perkhimatan TLDM dulu, aku selalu menjalan tugas luar di Sandakan, tiap-tiap tahun aku kesana, apa yang dok peratikan budaya penduduk di sini, mereka sesama penduduk perpaduan cukup baik sekali, tak seperti kita di semenanjung, perkauman menjadi isu utama yang menghalang perpaduan, yang ini bab perpaduan rakyat di sana...

Itu satu hal, tetapi dalam pada itu, kita jangan terkejut jika melihat ada lelaki yang berkopiah putih atau perempuan yang bertudung memasuki kedia 4 nombor ekor berjudi..ini pun perpaduan juga buat mereka,,, ia pukul sama rata..

Isu pengundi Cina pula, lagi susah nak harap,,, SAPP Yong Teck Lee, Cina,, calon BN pun Cina juga,,, jadi undi Cina kalau dapat 10% pun dah kira cukup baik....

Jadi bagi aku hanya keajaiban atau pun memang dah termaktub kerusi Batu Sapi akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, kalau tidak,, buang wang ringgit, tenaga dan masa sahajalah yang akan dapat nanti, mungkin akan ada yang kata Pakatan Rakyat PKR dan PAS dengan secara tidak langsung akan dapat mengenalkan parti dengan lebih dekat lagi kepada pengundi-pengundi di Sabah, terpulanglah..., tetapi bagi aku jikalau BN dapat mempertahankan kerusi Batu Sapi maka ini merupakan satu kemenangan besar buat Najib yang sedang menunggu waktu untuk PRU13 nanti...

Linda mahu teruskan legasi suami...

Atas nama pemuafakatan BN Sabah, UMNO yang mengetuai dalam parti-parti BN Sabah nampaknya menurut kehendak PBS yang kita sedia maklum siapakah Pairin Kitigan.

Kenapakah balu mendiang yang di pilih, apakah ini sebagai isu meraih simpati dari pengundi untuk mengundi BN yang juga sudah menghampiri ajalnya....
Kalau kita lihat dari segi faktor kewangan atau hasil, tak cukup lagi kah pencen suaminya yang bakal akan diterima oleh bakal calon BN ini... ini satu isu yang boleh dimainkan oleh PR semasa kempen di Batu Sapi....

Linda mahu teruskan legasi suami....ialah tu, mahu meneruskan projek-projek tembolok yang belum selesai....

Masing-masing akan mengaut seberapa banyak yang boleh memasuki kantung peribadi sebelum Malaysia akan diambil alih Pakatan Rakyat.

Tak ada lagikah calon-calon lain yang sedia ada, kenapakan tidak ditonjolkan muka-muka baru dari PBS, kenapa waris terdekat mendiang yang hendak digantikan...

Kesian orang-orang Batu Sapi,,,.....

Sunday, October 24, 2010

Kisah Orang-orang utama Pahang..

Kegembiraan yang dipaparkan buat rakyat...




Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (kiri) Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormat (DK) pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang pada Ahad. Turut hadir Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (tengah). Foto BERNAMA
Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom berkenan menyuapkan pulut kuning sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Pahang Ke-80 di Istana Sultan Abu Bakar hari ini. — Foto Bernama
Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Kalsom berkenan menyuapkan pulut kuning sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Pahang Ke-80 di Istana Sultan Abu Bakar hari ini. — Foto Bernama

Amaran: jangan komen apa-apa... memang aku tak siarkan... Lu orang fikirlah sendiri, dan simpan pada diri masing-masing..

PRK P185 Batu Sapi....Hentam sajalah labu.....

SAPP letak Presidennya sendiri sabagai calon Batu Sapi, manakala BN meletak DATIN Linda Tsen Thau Lin, balu kepada mangsa Datuk Edmund Chong Ket Wah yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura....

PKR pula.....

.

Bahasa

Ketua PKR Tuaran wakili Pakatan di Batu Sapi

October 24, 2010

SANDAKAN, 24 Okt — Ansari Abdullah, seorang peguam dan ketua PKR Tuaran dipilih mewakili Pakatan Rakyat di kerusi Parlimen Batu Sapi.

Namanya diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar.

MENYUSUL LAGI

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari