boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, August 31, 2011

Al Fatihah Buat Dr Hasan Ahmad...

Salam Sejahtera....


Setiap kali aku terpandang wajahnya teringat aku kata-katanya yang menusuk kalbu....... "Saya ada akal, saya ada ilmu maaf cakap, saya makhluk tuhan sama macam kamu semua. Saya bukan MONYET, saya bukan BERUK dan Harimau.........

Itulah kata-kata yang aku ingat bila ditemuramah TV kerana beliau sama-sama demontrasi membantah PPSMI... Arawh ada seorang pejuang Bahasa Melayu bersama-sama Sasterawan A Samad Said menentan PPSIM...

Allah S.W.T lebih menyayangi beliau... Alfatihah.....

Bekas Ketua Pengarah DBP Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya jam 2 petang tadi.

Anak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata, bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi tadi.

Dr Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat sini, pagi esok sebelum Zohor

Beliau merupakan bekas Duta Malaysia ke UNESCO (1989-1994) Pengerusi Majlis Kemajuan Buku Malaysia (1981-1988) Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan sehingga kini.-31/8/2011.





1Malaysia yang akan menjatuhkan Najib dengan UMNO....

Apa pula tanggapan terhadap 1Malaysia?



1. 52% percaya, dalam konsep 1Malaysia, semua rakyat mendapat hak yang sama.

2. 42% percaya, semua rakyat hidup dalam harmoni tapi pemimpin mesti orang Melayu.


Kalau la pilihan no.1 itu menjadi kenyataan…Umno lingkup sebab tak ada lagi hak istimewa orang Melayu atau Ketuanan Melayu. Sekarang baru aku tau mengapa orang Umno sendiri menentang 1Malaysia. Jadi, kalau populariti Najib merudum..bukan salah orang lain. Tanya sama APCO.

Kalau la pilihan kedua itu menjadi kenyataan…Umno juga lingkup. Sebab tak cukup majoriti.


Terima kasih APCO. 1Malaysia akan menjatuhkan Najib. Dan yang menjatuhkan Najib bukan kuasa dari luar…tapi dari dalam Umno sendiri.


Baca sepenuhnya krisis-bangsa ..


MERDEKA..... Terima Kasih Semua...

Salam Sejahtera...




Alhamdulillah, Apa yang aku harapkan pagi tadi baru tercapai,,, blog aku bukan macam blog ISA, Wartamaya, Parpukari dan Papagomo, pengunjung setiap masa beratus-beratus, blog aku baru nak dikenali masih taraf amatur nak dapat 20 pengunjung setiap waktu pun jarang-jarang,,

Namun alhamdulillah, dipagi raya kedua tadi, bersamaan hari Merdeka ke 54 tahun genap sejuta hit sejak 2 tahun lebih beroperasi,,, walaupun aku rasa sepatutnya dah lama dah jejak sejuta, tetapi berapa kali, hit counter tu tak berfungsi beberapa hari.... menyebabkan beberapa ribu tak dikira....

tak apalah, sekarang dah tercapai, terpaksa meneruskan lagi untuk seterusnya sebagai tanda kepuasan berblog, kalau nak kira blog Manjungmari hangpa sendiri boleh perhatikan, tak biasa lagi aku pasang iklan untuk mendapat imbuhan, kepuasan yang aku dapat ialah bila ada pembaca, aku puas hati bila kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan oleh UMNO dengan juak-juak pencacainya aku dapat paparkan..

Moga-moga UMNO dapat kita tumbangkan Islam akan gemilang Insyaallah.. Terima kasih buat semua pengunjung blog Manjungmari....

Selamat berhari raya dan menjalankan ibadat puasa 6 syawal....


Tuesday, August 30, 2011

Apa Kata UMNO?! - ADUN DAP Suami Isteri Murtad..

Salam sejahtera...

Buat saudara-saudara seperjuangan yang memperjuangkan hak-hak orang Melayu Malaysia.., hak-hak orang UMNO, hak-hak PERKASA... lihatlah gambar dibawah ni...


ADUN DAP ini telah mempergunakan hak-hak orang Melayu sesuka hati demi kepentingan politik Cinanya, mereka juga telah mempergunakan hak umat islam iaitu Hari raya Aidil Fitri... Kan Hari Raya Puasa tu hak orang Islam,,, penat-penat puasa sebulan, tahan lapar dan dahaga,, mereka yang tak puasa bukan Islam ambik kesempatan,,,, tak gitu.....





Hebat-Gambar Najib Menjadi Imam Sembahyang Hari Raya di Masjid Negara...

Salam Sejahtera....


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and cabinet ministers perform Aidilfitri prayers at Masjid Negara today. - Bernama Photo
Aug 30, 2011 12:35 pm

Read more: New Straits Times Online http://www.nst.com.my/#ixzz1WUBpGlOW


Apa tujuan semua ini semua.... lu orang fikirlah sendiri... sebelum ini lu orang boleh semak balik di gempar-kepala-perompak-membayar-zakat. Lagi satu ko orang boleh tengok bapa-rasuah-ni-bersedekah-atau-memberi.

Semua ini memang dah dirancang bro,,, pasai apa dah berapa bulan sakit lutut, tunggu sampai awal puasa baru nak pi operate lutut,,, semuanya ada kira bro,,, imej diri mau tunjuk baik,,, profile sekarang dah menurun 59%.... Tak dapat jadi Imam pun, yang penting ia duduk dihadapan dari orang lain termasuk agung dibelakang dia.... lu orang fikir...

Gambar tu diatas sekali depa letak,dan fokus utama gambar dia,, dan disiarkan pun dalam akhbar NST,,, orang melayu, orang felda tak pandang gambar ni,,,, yang dok baca semuanya dari golongan elit-elit,,, sekali pandang... betulkan macam ia yang jadi Imam.... kena tipu lagi kita ni... khaihkk pthuiih...





Kisah Shafie Afdal seumpama Beruang dengan tuannya Najib..

Salam Sejahtera... Selamat Hari Raya Idil Fitri...

Sebelum aku ada siarkan kisahnya DI SINI.

Kini yang terkini berulang lagi,,, nampaknya samalah dengan cerita kisah beruang yang terlalu sayangkan tuannya. Biasa dengar, kan?

Kisahnya, seorang pemburu telah memelihara seekor anak beruang sejak ia kecil. Beberapa tahun kemudian, beruang itupun besarlah. Beruang ini manja sangat dengan tuannya.

Pada suatu hari, pemburu itu tidur di halaman rumah. Beruang itu menghampiri tuannya, lalu dilihat ada seekor nyamuk pada pipi tuannya yang sedang tidur itu.

Kerana terlalu sayangkan tuannya, beruang itu pun menampar nyamuk yang sedang menghisap darah pemburu itu, dengan SEKUAT HATI.

Anda tahu kan, apa yang jadi?

Pemburu itu jadi ARWAH la...kuku beruang bukannya macam kuku kucing...semua orang pasti bersetuju bahawa TINDAKAN beruang itu adalah silap..tak kira la betapa BAIK niat si beruang tu....

Jadi kita semua biarlah jadi nyamuk dok pi gigit Najib.... wakaka. lepas tu kita tunggu beruang Sabah pi tampar muka Najib....wakaka...





Utusan AidilFitri & Disebalik Undi Pos oleh Bekas Panglima Sistem Armada TLDM...


Moga-moga semua bekas anggota TLDM dan ATM tidak tertipu dengan dakyah busuk UMNO........ Takbir...


Monday, August 29, 2011

Awek seksi ini diumpankan kepada blogger PAPAGOMO..

Binawe betui blogger UMNO ni, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menaikkan hit blog mereka tanpa mengira etika tatasusila dengan mengaitkan pemimpin Pakatan,, kepala bapak mereka.....







Selamat Hari Raya Aidil Fitri..


Alhamdulillah, besok kita semua umat Islam akan meraikan Hari Raya setelah 29 hari kita berpuasa, Di sini aku mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua pengunjung blog jika ada tulisan-tulisan aku yang menyakiti hati dan perasaan tanpa aku sedari...


Ikhlas dari Manjungmari....


Video Shafie Afdal Perdajalkan Dato Seri Najib...

Jom Kita Semua Sama-sama Memboikot…..

Esso Di Ambil Alih Syarikat Arak

Anda nak isi minyak kereta yang ada kena mengena dengan arak? Haram!!!!

image
image
image

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak teragak-agak untuk mengetuai tindakan memboikot minyak serta lain-lain produk Esso Malaysia Bhd. (EMB) berikutan penjualan sahamnya kepada San Miguel Corporation (SMC) dalam masa terdekat.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan itu penting bagi mengingatkan syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini supaya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan ekonomi tempatan yang telah menjadi pusat operasi mereka selama berpuluh tahun.

"PPIM akan mengetuai boikot ke atas Esso dan mengajak rakyat Malaysia supaya menggunakan minyak Petronas kerana tindakan ExxonMobil (Corporation) menjual EMB kepada SMC jelas tidak menjaga sensitiviti rakyat negara kita.

"Seperti semua maklum, SMC turut berkecimpung dalam pembuatan serta pengedaran arak dan walaupun itu bukan merupakan perniagaan utama mereka, ia tetap menjadi satu pertimbangan yang akan PPIM gunakan dalam pemboikotan Esso nanti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setelah hampir dua minggu pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa ExxonMobil supaya tidak menjual pemilikan saham EMB kepada SMC, Naib Presidennya, Stafford T. Kelly dalam satu sidang akhbar hari ini menjelaskan penjualan itu tetap akan dibuat kepada syarikat berpangkalan di Filipina tersebut.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Penasihat Pengguna Malaysia (PPPM), M. Subramaniam berkata, keputusan ExxonMobil menjual saham EMB kepada SMC jelas menunjukkan ia tidak sensitif dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk majoriti beragama Islam.

Katanya, ExxonMobil perlu mengambil kira iklim sosiopolitik negara dan tidak hanya membuat tindakan berdasarkan keputusan perniagaan semata-mata.

"PPPM boleh menyertai tindakan boikot ke atas Esso tetapi ia tidak bermakna semua pengguna akan melaksanakannya (boikot).

"Bagaimanapun, jika majoriti pengguna Islam memboikot minyak Esso selepas ini, ia akan turut mempengaruhi rakan-rakan bukan Islam lain untuk turut sama menyertai boikot itu namun ia memang tertakluk kepada individu tertentu," jelasnya.


Komen - Dalam hal sebegini jangan fikir lagi hal-hal politik, walaupun masaalah ini berpunca dari pentadbiran UMNO, perkara sebegini seolah-olah negara kita yang diwarwarkan 54 tahun merdeka rasanya macam kena jajah semula... Cukuplah pemikiran kena jajah,, belum lagi merdeka,, ekonomi negara pun dah nak kena jajah....



Berita sedih buat Utusan... Ini hukuman tak adil...

Salam Sejahtera,
Kesian aku,, asyik-asyik kena saman, dah lah tu,, selalunya kalah,,, yang jadi mangsa pekerja Utusan,,, Bonus dah berapa tahun tak dapat,,,, Apa ni ... Pengarang-pengarang yang dok siar berita sensasi sampai kena saman ni dulu belajar kat mana...


Senang-senang Teresa Kok dapat RM5000.00 ... Inilah dasar UMNo buat kerja .KLIK SINI.,,

Mengenai berita sedih ini tak pulak nak disiarkan.. kenapa....


Saya tidak pernah melakukan manipulasi. Hati saya ingat kepada Allah Ta'ala

Salam Sejahtera...

Hari ini berkemungkinan hari terakhir dalam bulan Ramadhan,, moga-moga Allah S.W.T akan menilai apa yang dilafazkan oleh beliau...

" Beliau juga menafikan tuduhan terdapatnya manipulasi dalam memutuskan kes-kes melibatkan kerajaan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang dikatakan akan mengenepikan keputusan mahkamah bawahan yang tidak berpihak dengan kerajaan.


"Saya tidak pernah melakukan manipulasi. Hati saya ingat kepada Allah Ta'ala. Itu lebih penting, kalau saya buat keputusan yang tidak mengikut undang-undang dan tidak adil dan saya tahu benda itu tidak adil, maka saya bertanggungjawab pada Allah. Bagi saya itu yang lebih penting. Tidak ternilai
dengan wang atau apa-apa pun,"
katanya.


Walau apa pun yang berlaku, kes-kes besat seperti kes negeri aku, keputusan siapakah MB Perak,, kita terimalah kenyataan nya itu.... Moga-moga Allah sahaja yang Maha Mengetahu, Maha Adil lagi Maha Bijaksana...

Sumber berita bterkini ..






Mat Sabu Pengganas, Pengkianat..

Salam Sejahtera...

Nampaknya Timbalan Presiden PAS telah dijadikan mangsa korban sempena hari raya puasa ni, walaupun hari Raya Korban masih jauh lagi, lebih kurang 2 bulan 10 hari lagi..

Mad Sabu mengikut perkiraan UMNO mesti dihapuskan, ia terlalu merbahaya untuk masa depan UMNO...

Maka anjing-anjing peliharaan UMNO yang masing-masing dah pun kekenyangan mula menyalak mengikut arahan tuannya untuk dari ekornya disentap oleh tuan-tuannya yang tidak berperikemanusiaan..



Kalau semalam UMNO menggunakan anjing baka Sarawak, pesara Renjer, tetapi hari ini UMNO menggunakan anjing terhebat pesara dari IGP yang paling pengecut..

Sedap betui sipengecut kata Mat Sabu pengganas, oii tolong sikit, bagi tau kat umum, apa definasi pengganas, dah berapa biji hotel kat Malaysia ni yang kena bakar angkara Mat Sabu, dah berapa ramai rakyat Malasyia yang dah kena culik dijadikan tebusan oleh Mat Sabu, habak mai sini,,,

Siapa yang sebenarnya penggnas, UMNO atau PAS, ingat lagi dak hangpa 2 orang Setiausaha Mahathir (2 Dollah) yang ditahan ISA kerana terlibat dengan komunis,,, Orang PAS belum pernah lagi kena tahan sedemikian, melainkan dituduh anggota KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia) itu pun sebab pergi berjihad melawan Komunis no 1 Russia di Afghanistan.

Mad Sabu Pengkianat - Apa rahsia negara yang dah Mat Sabu jual kepada negara, siapa lebih khianat PAS atau UMNO, bagaimana dengan Pulau Batu Putih, Stesyen Keretapi Bukit Cagar Singapura yang terlepas kepada Negara Singapura, tidak khianat kah itu, bila harta negara terlepas ke negara asing, begitu juga telaga minyak diperairan negara sengang-senang diberikan kepada Berunai, tidak khianat kah itu,,,,

Siapakah yang lebih khianat bila menjadi saksi utama bawa usung tilam ke mahkamah kes liwat 1 Anwar Ibrahim tahun 1998, hasil dari kerja-kerja terkutuk itu dapat menjawat pangkat no1 dalam polis,, tidak khianatkah itu dalam tugas sebagai anggota polis....

Wahai rakyat Malaysia, sepatutnya kenyataan Mat sabu itu diperbincangkan semula, silalah jemput tokoh-tokoh akedemik, pakar sejarah untuk menilai balik apa yang diperkatakan, bukan sekadar tengok TV cerita Bukit Kepong arahan Jin Shamsudin,, tak jadi,,, panggil itu , Prof Khoo Khay Kim, biar ia sahkan betul atau tidak,

Suruh Langkau anak Kanang, Musa Hassan yang menyalak, apa yang dia tau,, suruh ajar tabik hormat nak membodek boleh la....






SAH - Menteri Pertanian salah seorang yang nak menjatuhkan Khir Toyo..

Salam Sejahtera...



Beberapa hari yang lepas, Khir Toyo ada mengeluar kenyataan mengatakan 3 orang Menteri yang merancang supaya beliau dikenakan tindakan mahkamah, seorang dah dikenal pasti, siapalah 2 orang lagi...

Dasar yang ada didalam parti perkauman melayu, ini yang kita nampak dipertontonkan kepada masyarakat, bagaimana yang terlindung, berlaku perebutan kuasa sesama mereka,,, cukuplah 54 tahun berlalu... gantilah yang lain pulak..





Sunday, August 28, 2011

Berita Malam - Koh Ksu Koon dah mula tunjuk samseng sesama dalam BN...

Salam Sejahtera...

RM (Recycle Minister) yang Presiden Gerakan, sebelum ini dilanyak habisan-habisan oleh beberapa pihak akibat kekalahan Partinya dan jatuhnya Pulau Pinang kepada DAP kini bangun semula dan dah mula membuka pencak silat tai cheenya...

Ingat kut apek ni terus diam dan nak bersara dari politik... ho ho tidak,,, lagi boleh lawan maaa.... ambik ko UMNO, padan muka Ali Rustam.... baca Klik Sini




Daftar Pemilih Melayu bukan Islam - Blog Malaysia Times di Lapor kepada Polis..

Salam Sejahtera...

Popularlah sahabat aku Mat Samankati (MSK) ....


pengendali laman blog malaysiatimes. Apabila laporan daftar pemilih bangsa melayu bukan Islam yang ditulisnya telah dibuat laporan polis..

.

Laporan dibuat oleh seorang bekas pengetua sekolah yang tidak berpuas hati apabila namanya terpapar sebagai berugama kristian..

Berita ini keluar dalam berita TV9 sebentar tadi,, terpampang kat senarai nama tu difokus kamera nama MALAYSIA TIMES...

Apa yang SPR nak jawab lepas ni....


Berita berkaitan DI SINI .




27 Ramadhan 1427H - Kenangan Menusuk Jiwa Buat DS Najib dan DS Rosmah..

Dimana ahli-ahli sejarah Malaysia,, satu sejarah semalam 27 Ramadhan 1427 5 tahun yang lalu tidak diambil kira.......





Karya Ilham Kartunis Zunar...

Dah Pencen Army dudok diam-diam,... jangan nak memperbodohkan diri..

Salam Sejahtera..

Baru-baru aku ada terbaca yang Najib ada mengumumkan satu pemberian khas buat bekas tentera yang sewaktu berkhidmat dianugerahkan pingat Seri Panglima gagah Berani yang berjumlah RM1000.00.

Berikutan dari pengumuman tersebut mamat dalam gambar dibawah di turut tersenarai.....


RIAK wajah dan aksi Kanang anak Langkau sebagai tanda amaran kepada Mohamad Sabu ketika ditemui di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.


Maka hari ini lihatlah riak wajahnya,,, seolah-olah rasanya ia masih lagi warrant officer agaknya,,, sudah-sudahlah bro,, lu joint army tahun 62, kes Serangan Bukit Kepong yang Mat Sabu ceritakan tu tahun 50,,,

Aku agak mamat ni telanjang bulat lagi waktu kejadian Bukit Kepong tu,, cawat pun tak pakai lagi,,, .... nak tahu sejarah sebenar kisah tersebut sila baca kat malapeta-31-ogos.

Kesian-kesian... dah tua-tua kena tipu dan diperbodoh oleh UMNO,,, berapa ringgit lagi lah dapat upah tu....



Dato Seri Dr Rais Yatim,, apa sudah jadi ni....

Salam Sejahtera...

Apa cerita ni dengan kisah Menteri pakar bakar jambatan....


Baru-baru ini mahkamah dah istihar bapak menteri sudah menang perbicaraan, dapat hadiah lumayan jutaan ringgit pak... aduh pak... jadi orang kaya baru...

Dua tiga hari yang lalu,, bapak dengan seikhlas hati murni menyuruh para blogger meminta maaf sama memanda Perdana Menteri,,, aduh pak kenapa boleh jadi begini, sejak kapan perdana menteri menjadi seorang yang pemaaf....

Hari ini aku jadi bingung,,, hairan ya pak menteri,, kenapa ya,,, dunia sudah mau kiamat ya pak,,, berpusing-pusing jadinya... bapak menteri pulak yang disuruh meminta maaf,,, aduuuhh pak...klik . rais-mesti-minta-maaf-rtm-siar-berita-palsu-hasutan-mengenai-murtad


Lelaki ni kena tipu dengan artis RM1.3 juta...

Salam Sejahtera...

Sekejap tadi sementara nak tunggu berita jam 1.00 NTV7, tukar channel tengok TV3 Melodi, perangai tingkah laku artis,, terkejut aku kerana artis-artis Malysia ni hebat-hebat belka, sama taraf dengan pemimpin UMNO, apa tidaknya.. ada artis yang dah kencing hamba Allah gambar di bawah ni...


Member ni sekarang dah pokai, sebelum ni dia jadi ajen kutip duit kat kawan-kawannya pi bagi kat artis tu untuk melabur, nasib baik ada agreement lengkap,
Yang mebuat lelaki tu hangat, artis tu sekarang siap boleh beli rumah dan sebagainya, tetapi duit yang dia labur tak mau nak bayar, no hp ditukar, bila call bininya yang jawab, kalau artis jawab, cerita hai lain..., report polis dah dibuat...
Cuma yang aku mushkhil siapa artis tu, yang dia dok simpan siapa artis tu kenapa,, sekurang-kurang orang lain boleh tahu dan jangan tertipu,, aku sempat terdengar dari kawan lelaki tu merayu supaya artis tu bayar balik wang kawannya, janganlah dengan imej ulama, tetapi nak menipu... mak oii sapa artis ni....




Blogger Otai UMNO (AA) masuk jadi Ahli DAP untuk jadi calon PRU13..

Salam Sejahtera...

Setiap detik dan saat yang mendatang membawa satu perubahan yang tak disangka-sangka, UMNO semakin tertekan, apa tidaknya,, ahli UMNO sendiri tahu berlaku penyelewengan dalam parti yang tidak mungkin dapat dipertahankan lagi,,, jadi nak tunggu apa lagi, kalau dah ada peluang untuk masa depan,,, apa nak fikir sampai dua kali,,, chaloo ajalah...



Aku pada mula tak tahu siapa blogger otai yang dimaksudkan itu,,, tetapi bila masuk dalam ruangan komen, blogger yang dimaksudkan ialah aspanaliasnet.

Betul atau atau tidak wallahuaklam,, tetapi kalau dok baca apa yang sering tertulis didalam blognya macam ada tidak puas terhadap kepimpinan uMNO...

Nampaknya hukum karma dah bermula sikit demi sedikit,, kalau dahulu ahli politik pembangkang yang melompat masuk ke parti kerajaan,, namun hari ini dah berubah ,,, ahli politik kerajaan pulak yang berhijrah ke pembangkang,, Satu peralihan arah yang cukup baik... Tahniah....





Saturday, August 27, 2011

Bapa Rasuah ni bersedekah atau memberi rasuah...

Renung-renungkanlah...


Agak-agaknya kalau bukan dekat dengan PRU13 yang dah hampir,, dia nak mai bagi sedekah ka atau rasuah...






Nota terbuka kepada Uthman El-Muhammady

oleh : Dr Juanda

Nota terbuka kepada Uthman El-Muhammady


..26 hari sudah berlalu, tetapi ustaz Uthman el-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan. Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Seruan Allah SWT untuk "berbahas dengan cara yang lebih baik" adalah seruan Rabbani yang sepatutnya dipatuhi oleh semua insan mukmin yang benar-benar yakinkan ayat Allah SWT.

Jawapan surat beliau yang disiarkan di sini masih menimbulkan banyak tanda tanya kepada kami. Kenapa perlu beliau berselindung di sebalik jubah MKN dan JAKIM? Kenapa dan kenapa?

Jubah mereka itu mungkin "kebal" untuk melindungi sesiapa sahaja untuk menuduh sesiapa sahaja dengan tuduhan yang jahat dan melulu. Tetapi kena ingat Mahkamah Keadilan tetap wujud untuk menilai amal perbuatan manusia.

Mahkamah Allah SWT di akhirat nanti pasti juga akan lebih adil penilaiannya, namun azab siksanya tidak ada bandingan dengan azab siksa mahkamah dunia.

... Empat hari lagi berbaki sebelum Aidil Fitri. Kami masih menunggu dan terus menunggu tanpa jemu agar ustaz Uthman menyahut seruan murni ini. Masa masih ada untuk kita jernihkan keadaan yang keruh.

Jangan kerana kekeruhan keadaan dan tuduhan jahat serta sangkaan buruk sesama mukmin menyebabkan pahala puasa, qiyam, iktikaf dan zakat Ramadan ditolak oleh Allah SWT. Kalau beliau berhajatkan kami membetulkan "kesangsian lama" beliau terhadap mana-mana golongan yang memperjuangkan Islam dan terbukti berjaya dakwah Islamiah mereka, kami sedia membetulkan kesangsian beliau itu.

Salinan PDF surat ini disiarkan dengan niat baik agar semua pihak telus dan tembus terhadap apa yang kami lakukan. Kalau ustaz Uthman mahu menyiarkan surat kami yang dihantar kepada beliau, kami ucapkan; Fal yatafaddal masykuran!

Sila siarkan ia dan terimakasih atas penyiaran itu. Ini dilakukan agar ummah menilai yang haq dan batil dan sejarah mencatatkan bahawa usaha Islah ummah ini mesti dilakukan dan 'kemuncup jalanan' yang menghalang Islah Ummah kepada keaslian asal Islam menurut al-Quran dan al-Sunnah tetap menjadi rutin yang mesti dihadapi oleh setiap penerus dakwah Nabi Muhammad SAW.

Salam Iktikaf Ramadan!

Penulis adalah mufti Perlis



Inilah hasil kemerdekaan era Dato Seri Najib...

Salam Sejahtera...

Tahun 2011 ni aku dok ingat pada 31 Ogos nanti, tak adalah kerja-kerja lara yang tak memberi apa-apa faedah kepada rakyat akan dilakukan lagi,, salah tanggapan tu,, ada juga rupanya... entahlah...apa nak jadi dengan Malaysia boleh...

Perhatikan, mereka menyalah guna nama nabi untuk apa-apa program, habih dengan ulama UMNO pun terikut sekali dengan kerja lara ni,, apa faedahnya aku pun tak faham....


Orang tua ni,, pun haru juga,, semangat nasional yang tak bertempat, menyusahkan pengguna jalan raya yang lain,,, ikut suka depa aja...


Cuba lihat ni..sepatutnya malam-amalam akhir dok kat masjid,, ini dok main lampu pelita... aduhai,, melayu UMNO la ni....



Yang ini lagi hebat,, hang nilailah sendiri, malas aku nak tulis....






Tahniah buat Jamal Abdillah....

Salam Sejahtera....

Penyanyi terkenal Jamal Abdillah ada cerita sendiri, sewaktu ia dok belajar di Sekolah Institiut Harapan Taiping, pada penghujung tahun 70 han dulu,, bercinta dengan dengan budak perempuan sebelah kampong aku, budak Kampong Dew, sama-sama belajar,, namun jodoh mereka tidak kesampaian,,,, budak perempuan tersebut telah dikahwinkan dengan anak pemimpin UMNO di sebelah Simpang Empat Semanggol, semenjak dari itu perhatikan lagu-lagu Jamal,, semuanya lagu-lagu yang berunsur frust bercinta... biasalah cinta pertama tak kesampaian,, namun ada hikmahnya...

Apakah bulan Ramdahan ini membawa suatu perubahan besar terhadap Jamal... Moga-moga Jamal mengikut jejak-jejak artis seperti Bob Lokman, Azmil Mustaffa, Akil Hai dan ramai lagi artis yang dah berhijrah...

Aku yakin segala kerja-kerja amal ini tidak seperti kerja-kerja pemimpin UMNO yang bersedekah,, ada tujuan tertentu,, berbeza dengan Jamal,, ia berniat menyedekahkan pahala sedekahnya itu kepada arwah ibu dan bapanya,,, moga-moga Allah menerima segala kerja amalnya itu.. Insyaallah...




Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari