boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, August 16, 2011

Panas! - Najib didakwa memihak pada 'sayap kanan'

Salam Sejahtera....

Hebat PM 1Malaysia semakin hari semakin menjadi topik cerita buah mulut di luar negara.... Takziah buat UMNO...



LUAR NEGARA

Najib didakwa memihak pada 'sayap kanan'

Dikatakan kurang tegas laksana dasar, seolah-olah sama seperti mantan PM Abdullah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, yang menerajui tampuk kepimpinan sejak April 2009, berhadapan dengan risiko dilihat menjauhkan diri daripada pendirian sederhana atau pertengahan jika beliau gagal menunaikan inisiatif pembaharuan dan terus cuba 'memuaskan' anggota sayap kanan.

Para pengamat politik mendakwa Datuk Seri Najib sudah mula bergerak daripada kedudukan pertengahan beliau sejak menjadi perdana menteri dan tidak begitu tegas dalam melaksanakan dasar sehingga seolah-olah menyerupai penyandang sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelewatan dalam pembaharuan ekonomi, kurang penekanan ke atas Model Baru Ekonomi (MBE) selain ketidakcekapan mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, adalah contoh Datuk Seri Najib didakwa kini memihak dalam memenuhi kehendak sayap kanan dan juga ahli-ahli dalam Umno sendiri.

'Dalam jangka panjang Najib bergerak ke kanan dan berhadapan dengan risiko besar. Bukan setiap orang menyokong sentimen anggota sayap kanan. Ini membuktikan kebenaran hujah bahawa Najib bergerak daripada tengah,' kata pengarah eksekutif Merdeka Center, Encik Ibrahim Suffian, yang ditukil laman berita The Malaysian Insider.

Encik Ibrahim juga percaya bahawa tiada banyak perubahan wujud sejak Datuk Seri Najib memperkenalkan program pembaharuan kerajaan dan hasilnya belum belum turun ke peringkat bawahan.

Kata beliau, ekonomi negara merupakan faktor asas yang akan menentukan sokongan masa depan khususnya ketika pilihan raya umum ke-13 yang pertama bagi Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Justeru, keadaan ekonomi yang kurang selesa sekarang tidak membantu usaha pentadbiran Datuk Seri Najib.

Dengan merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0, Encik Ibrahim berkata Datuk Seri Najib seharusnya mengambil pendekatan lebih sederhana dan membenarkan ruang kepada mereka yang mahu memberikan suara berbeza.

'Beliau perlu dilihat sebagai perdana menteri kepada kesemua rakyat Malaysia,' kata Encik Ibrahim.

Dalam pada itu, ahli akademik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Faizal Hazis, juga berpandangan bahawa meskipun Datuk Seri Najib menjanjikan pentadbiran kerajaan yang bersifat sederhana nampaknya kurang iltizam di pihak Perdana Menteri dalam melaksanakan rancangan beliau.

Sehubungan itu, Datuk Seri Najib juga perlu melaksanakan inisiatif-inisiatif asal yang digariskan di bawah MBE, yang menjadi asas kepada sokongan kuat ke atas kepimpinannnya dua tahun lalu.

'Itu yang rakyat lihat dan mereka menyokong beliau. Tetapi, secara berperingkat-peringkat kumpulan seperti Perkasa dan dalam Umno sendiri menyebabkan rancangan pembaharuan terganggu.

'Beliau melangkah ke belakang daripada melaksanakan (matlamat) MBE, yang awalnya untuk semua kaum. Ia tidak menunjukkan beliau serius mengenai perubahan,' kata beliau lagi.

Link : cyberita.

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari