boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, December 31, 2011

Tudia....Pemimpin PAS kena belajar politik daripada Dr Hasan Ali..

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan.... hangpa pakat perati tengoklah,, bagaimana musuh-musuh gerakan Islam tak henti-henti siang malam 24 jam mereka sedaya upaya nak menggagalkan perjuangan Parti Islam....




Aku tak larat nak komen dengan malaon sekoq ni..... hangpa fikiaq sendirlah.....







Kenapa Blogger UMNO Aspan Alias masuk DAP bukan PAS..

Dah heboh bahawa 2 orang blogger otai UMNO yang akan berhijrah dari parti UMNO ke DAP.... sebelum ini kita sekadar dengar dari cerita-cerita tidak rasmi,, kali ini pengakuan rasmi dari tuan diri Saudara Aspan Alias...

Bagi aku selamat maju jaya,,, sama-sama kita membuat perubahan kepada negara Malaysia..yang penting asal bukan UMNO.

[New+Image.JPG]

Kepada semua pengomen-pengomen,

Ada sebahagian kecil bertanya kenapa saya tidak menyertai PAS atau PKR. Kenapa menyertai DAP.

Alasannya ialah kerana UMNO dan BN telah membasuh minda orang Melayu dan menganggap DAP sebagai chauvinis dan sebagainya.

Jawapanpendek saya senang sahaja:

Minda saya tidak mudah dibasuh dan dipusingkan dengan isu-isu terhadap DAP

Keduanya kalau kita sudah tahu yang DAP iti di momokan selama ini, apa perlunya kita takut asalkan sahaja kita tahu bahawa parti itu bukan sebagaimana yang di momokan oleh UMNO.

ketignya saya tidak payah menyertai PAS atau PKR kerana parti-parti itu adalah di dalam Pakatan Rakyat. Menyertai DAP serupalah menyertai PAS atau PKR.

Keempatnya saya tidak merelakan rakyat di perdaya dengan fitnah terhadap mana-mana pihak termasuk terhadap DAP, kerana DAP telah membuktikan ketelusan dan keikhlasan nya memerintah dengan adil dan saksama terhadap semua kaum.

Kelimanya DAP tidak mempraktikan 'cronyism' seperti yang kita lihat di P Pinang. Walaupun UMNO tidak suka dengan pandangan saya ini, saya tetap tidak berganjak kerana itu kepercayaan saya terhadap isu ini.

menyertai DAP tidak menghilangkan Melayu saya. Ibarat ikan di laut, ikan itu tidak masin jika dikeluarkan dari lautan yang dalam dan masin itu.

Tetapi sebaliknya jika kita tidak mempunyai jiwa yang hidup, kita akan hanya seperti ikan masin. Ikan yang tidak berjiwa dan sudah mati jika di keluarkan dari laut yang masin itu di jemur, ikan itu akan menjadi ikan masin.

Walaupun saya belum mengambil keputusan untuk menyertai DAP, tetapi saya sudah hampir mengambil keputusan itu.

Saya menghormati mana-mana individu atau parti yang mempraktikan transparency, beretika dan tidak rasuah.

adilakah kita menunggu ibarat pngguk rindukan bulan untuk melihat UMNO kembali kepada perjuangan yang telah laa ditinggalkan mereka?

Lagi pun negara ini negara demokrasi. Menyertai DAP bukan jenayah. Rasuah itu jenayah. Memeras wang rakyat dalam berbillion ringgit itu jenayah. Menggunakan wang zakat itu jenayah kepada tuhan.

Saya mengambil keputusan untuk meninggalkan parti yang melakukan perkara jijik ini buat selama-lamanya.

Saya tidak mahu terlibat dengan parti seperti ini.

Jika saudara masih mahu bersama mereka yang rasuah ini silakanlah. Saya tidak akan menggunakan perkataan kotor seperti yang di lakukan oleh penyokong-penyokong UMNO itu.

Saya mesti membezakan diri saya dari mereka yang telah buta mata hati ini.

Terima kasih.

31 December 2011 17:12:00 GMT+08:00



Ahli Politik khalwat dgn bini orang di Perlis ialah Ketua Pen. Pemuda UMNO Padang Besar..

Bila aku terbaca kisah pemimpin politik yang ditangkap berkhalwat dengan bini orang di Perlis dicerita kan ialah kawan baik Timbalan Presiden PAS Mat Sabu, klik kawan-rapat-mat-sabu-ditangkap-khalwat.

Hati aku jadi panas membara, antara percaya atau tidak,, seebenarnya aku malas nak ambil tahu,, tetapi bila atas nama ahli jemaah parti aku yang dituduh buat kerja terkutuk ni, maka terpaksa aku korek balik.....

Lalu aku cuba menghubungi kawan lama aku sama-sama bujang dalam Navy dulu, aku bertanya kepada siapa dia.... dia menjawab orang UMNO... dan yang jadi tukang tangkap ialah Pemuda PAS cawangan Batu Pahat,,, namun untuk pengesahan sebenar siapa malaon yang buat terkutuk tu, ia minta tempoh untuk siasat...

Sekejap tadi dalam perjalanan pulang dari kuliah hadis,, aku di telefonnya,, lalu ia memberi tahu malaon yang ditangkap tu ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bhg Padang Besar...

Malaon ini juga merupakan guru agama di SK Seri Indera Kangar, sebelum ini menurut ceritanya malaon ini dikenakan tyukar ke sekolah Kebangsaan Melangit tetapi entah kenapa Guru Besar SK melangit tidak manu terima penukaran malaon ni...

Perkara pertemuan ni dah lama berlaku,,, disebabkan perempuan (bini orang) ni mencabar supaya ditangkap,,, maka berlakulah kes penangkapan tu....

Bapa kepada malaon ni dikenali dengan nama Mat Kelantan,,, memang kuat UMNO juga,,, maka fahaman UMNO ni turun kepada anaknya si malaon ni yang bernama....aaaahh malas aku nak tulis namanya... nak tau lebih lanjut hangpa klik blognya alhelmi75.

Ulama Muda UMNO kata tak boleh buka aib orang,,, tetapi UMNO juga yang mula dulu,,, tak kan aku nak biaq...... aku tetap lawan UMNO....



Friday, December 30, 2011

Kenapa dengan wanita bernama Kamaliah ni..

Aku dulu rajin juga layan lagu-lagu Ramli Sharif, sebelum tu Ismail Haron, dalam satu lagu Ramli Sharif siapa ingat dengan nama lagu Kamaliah.... perghhh mendayu lagu tu.....

Dalam gambar di atas ni pun Kamaliah juga, seorang PTD (bukan wanita nyanyian Ramli Sharif), kisahnya agak terajis jugalah,, jarang-jarang berlaku, klik Di SINI

Kenapalah boleh berlaku sedemikan, begitu dramatik sekali,,, sebab apalah yang boleh menimbulkan kemarahan sehingga ke tahap puncak tu,,, sang suami minta nak kahwin lagu kut,,, agaknya lah....

Blogger Yong Suka Kuning boleh tolong bagi jawapan kut......

kalaulah sikap wanita Kamaliah ni berada pada Ketua Wanita UMNO agak-agaknya macam mana ya...!!!! ,,, rasa-rasanya Rosmah pun ganas sebegitu rupa juga ka....tu yang wajah Najib moyooot ajaaa.........




Ini dia muka wajah Dato yang menipu lembu NFC - adik ipar Shahrizat..

Berapa lama aku dok tunggu, baru hari ini disiarkan gambarnya...






Pada hari mula-mula mangkok ni tahan ada keluar dalam berita TV9 jam 12 tgh, siap sebut namanya dan ikatan persaudaraan dalam berita tu,,, namun bila aku tunggu dan semak dalam akhbar online semua laman web,,, cuma di siarkan sebagai nama dato yang misteri.... kenapa ... nak dilindung sehingga sekarang....

Hari ini nak tak nak nak keluar muka mamat ni,,, namun tak dilaporkan ada tali persaudaraan,,, walaupun binnya sama dengan suami Shahrizat...

Klik berita berita/mahkamah





Takziah buat UMNO - 1000 Ahli MCA keluar parti..

Politik dalam negara Malaysia sungguh mengajaibkan... Apa tidaknya, dalam pada blogger-blogger dan pemimpin UMNO dok meramalkan BN akan menang besar dalam PRU13 nanti,, tup-tup ghedegup berita yang cukup menyenakkan UMNO berlaku.....


Apakah ini ada kena mengena dengan bekas mantan presiden MCA Ong Tee Keat yang diketepikan dan dah masuk team NGO Amanah,, Apa yang aku terbaca Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang yang sebelum ini keluar dari BN

bersama bersama 400 lebih ahli MCA adalah pengikut tegar Ong Tee Kiat....

Selepas kejutan di Pulau Pinang, tsunami politik BN bergerak menuju ke Selatan pula ia itu berlaku di Johor Bahru pula,, MCA cawangan Taman Desa Skudai pulak,,,,


Cina-cina cerdik dan ada rasa maruah diri tak akan tunggu dalam BN... apakah Najib berani membubarkan Parlimen dalam masa terdekat ini...



BR1M = RM500 sebagai umpan dari rakyat miskin Malaysia jangan bangun demontrasi..



Aku rasa bila Najib umum bantuan untuk rakyat Malaysia semasa pembentangan bajet 2012 yang lalu semua mengatakan umpan untuk PRU13... mungkin benar tanggapan tersebut,, namun disebalik itu ada agenda lain yang lebih besar dari PRU13,, yang mana mungkin ini semua atas nasihat dari APCO...
Perasaan atau tidak apa yang berlaku di utara Afrika seperti Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan juga Syria semuanya ada hubungkait yang besar buat Najib memberikan bantuan BR1M itu...
Lihat artikel dibawah ini..


Ha ha,,, Najib hanya huloq RM500 sahaja buat rakyat yang seisi rumah berpendapatan kurang RM3,000.00.....
Hangpa tengok negara Arab Bahrain USD 2,500 pada setiap keluarga, Kuwait pula USD 4,000 dan makanan percuma selama 14 bulan, manakala Oman bagi setiap rakyat USD 390 sebulan yang mendaftar mencari pekerjaan....
Apa barang dengan RM500 tu..pergi .semalam aku pi Econsave,, tengok harga cabai RM23.50 sekilo,, harga ikan tak payah nak ceritalah.....

Thursday, December 29, 2011

Siapa wanita bakal Perdana Menteri Malaysia....

Betina kat bawah ni pun perasaan juga..... tetapi cukuplah dengan apa yang dah berlaku..... tak sanggup ......




Betina ni.... eeeeiii.... seram...... kang ia selak kain lagi kang.... malu negara Malaysia.....



Ha ha ha.... ini dia... Bakal Perdana Menteri Malaysia... Insyaallah, selepas PRU 13 nanti.....



Kalau YB Nurul ni secara peribadi aku pun setuju,,, tetapi kalau Timbalan Presiden PKR yang dok sekarang ni minta maaflah..... 2x 5 dengan UMNo juga.....



Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia


Bekas hakim Arifin Jaka meninggal dunia
11:08AM Dis 29, 2011
Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.


Gambar yang Menteri JPM Jamil Khir Baharom paling suka..



Terbeliak besar Jason King bila lihat gambar di bawah ni....


PUTRAJAYA, 28 DIS -- Orang ramai berbaris panjang untuk membuat urusan pembayaran zakat pendapatan dan perniagaan bagi tahun ini di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Presint 9, hari ini.

Masih terdapat sejumlah 16,000 pembayar individu dan 608 syarikat korporat yang telah membayar zakat pada tahun lepas, tetapi belum lagi membayar zakat pada tahun ini.

Operasi di tujuh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Mawip) akan dibuka mulai 8.45 pagi hingga 8 malam pada Jumaat dan Sabtu ini.


Wednesday, December 28, 2011

Sayalah calon "winable candidade"......





Nelayan orang Asli Johor di tindas oleh UMNO (gambar-gambar)

Kalau orang melayu sesama melayu yang berlainan fahaman politik pun lunyai kena tindas oleh UMNO yang memerintah,, inikan pula nasib orang-orang asli..


JOHOR BAHARU, 27 Dis -- Seramai 500 orang nelayan dari sembilan kampung sekitar Selat Tebrau hadir dengan menaiki bot sambil membawa poster bagi mengadakan bantahan terhadap Danga Bay Sdn Bhd dan menyerahkan memorandum bagi menuntut baki pampasan berjumlah RM2.9 juta selepas punca pendapatan mereka terjejas akibat projek pembangunan Danga Bay, hari ini.












Di mana muka-muka pemimpin UMNO……

masing-masing sibuk dok gali kubur ke….



Melayu-melayu hebat penutup tirai tahun 2011

Tinggal kurang dari 100 jam lagi, kita semua akan menempuhi tahun masehi 2012 dengan meninggalkan tahun 2011 dengan penuh sejarah trajedis....

Apa tidaknya, Melayu 1Malaysia semakin hebat,, melayu-melayu ini bukan dari kategori melayu dari politik uMNO yang sememangnya semuanya hebat-hebat belaka,, sehinggakan mendapat pengakuan dari Ketua Wanita UMNO sendiri.....

Yang aku nak ketengahkan ialah muka-muka melayu yang belum dikenali, belum famous atau belum popular lagi,, malah seeblum ini tak biasa pun dengar nama atau kenal mukanya....

Ada sesiapa yang mengenali dengan dia ni,,, kalau tak keluar TV malam tadi,, aku pun tak tau,, rupanya dia ni ambik kesempatan atas kerjaya bininya....

NAIB Yang Dipertua 2 PERKIM, Datuk Dr Arifin Suhaimi (kiri), dan dua ahli pertubuhan itu, Abas Adam (tengah) dan Datuk Baharin Baba mengaku tidak bersalah tuduhan pecah amanah wang dana PERKIM di Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Cerita lanjut Klik SINI

Muka tiga orang ini aku yang paling hebat,,, sebab duit-duit untuk kerja amal arah ke Islam pun mereka sanggup rembat.......padanlah aku dok lihat ramai saudara-saudara baru (muallaf) dok usung surat sokongan minta derma dari surau-ke surau.... Rupanya Profesor Emeritius yang dah gasak tu,,,, Oiii ini melayu jenis apa,,, kalau kat Jepun atau Korea dah boleh baca talkin dah ni,,,




Cuma adik-adik ini bakal mengembalikan identiti Melayu yang berani dan berwibawa.... Tahniah..Berita terkini klik SINI.


Tuesday, December 27, 2011

Tenaga dan keilmuan Dr Aziz Bari lebih penting di IPTA..

Aku cukup hairan dengan cara parti PKR berpolitik,,, Tak cukup lagikah kepimpinan yang sedia ada dalam saf kepimpinan PKR..klik merdekareview..

-

Ilmu undang-undang yang dimiliki oleh Dr Aziz Bari diperlukan oleh pelajar-pelajar yang juga anak-anak kita,,itu lebih penting buat masa depan politik Malaysia, setidak-tidaknya nanti graduan undang-undang dari IPTA UIA memiliki ilmu dan sifat seperti yang ada dalam diri Dr Aziz Bari..

Satu perkara lagi, secara peribadi apa yang aku nampak sikap ketegasan yang ada pada diri Dr Aziz Bari amat tidak sesuai berpolitik, terutama dalam parti politik PKR yang lebih kurang (baik sedikit) dari UMNO jika kita melihat, cukuplah berapa ramai cerdik pandai yang menyertai PKR kemudia berpatah balik,,,

Adalah lebih bailk,, paling baik Dr Aziz Bari berada dalam keadaan situasi sekarang, bebas membuat teguran kepada sesiapa sahaja dalam mana-mana parti Pakatan Rakyat, sebaris dengan Dr Asri Mantan mufti Perlis dan Dr Abu Hassan (Dr Google).... .

,

Kisah Ostad dengan Ustaz di Manjung....

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini timbul sedikit perbezaan pendapat dalam sistem pengajian majlis ilmu di masjid dan surau daerah persekitaran Manjung.

Bagi aku ini sebagai satu perkembangan sehat buat kita umat Islam supaya lebih berfikir dan membuat penilaian secara mendalam,, namun ada pulak segelintir ostad-ostad cap ayam yang tak boleh menerima perbezaan pendapat yang dibawa oleh seorang ustaz yang bagi aku cukup tinggi ilmunya,,

Yang hairannya, ostad ni hanya berani bising dalam kuliah-kuliahnya sahaja sehingga mencabar ustaz-ustaz yang pada angapannya salah walaupun ustaz-ustaz ni memiliki PHD sekali pun ia sanggup,,

Yang paling sedih, persengkitaan antara Ostad cap ayam dengan Ustaz ni merebak sampai ke Jabatan Agama Islam Perak yang kononnya Ustaz ni mengajar tanpa tauliah,, pulak dah,,, sebelum ni dicabarnya ustaz tu,,, namun cabaran bukan dibuat kepada ustaz tersebut, dibuat dalam kuliahnya sendiri sahaja, kini dibuat laporan Ustaz mengajar tanpa tauliah pulak,,,

Akibat dari kejadian tersebut, bayak kuliah-kuliah ustaz ni dibeberapa surau dah dihentikan kerana tanpa tauliah....

Apa pun Ilmu Allah yang nak disampaikan oleh hamba-hambanya bukan perlu adanya tauliah atau tidak, yang penting keikhlasan dan tanggungjawabnya nak menyampaikan ilmu Allah,, dan alhamdulillah,, Ustaz yang dikatakan tak ada tauliah ini telah dijemput khas oleh JAIP untuk berdailog antara Pemimpin No 1 Shiah Malaysia yang di adakan di Bagan Serai Perak,,,,

Anda semua boleh lihat di You tube dibawah ini...




Selamat meneruskan perjuangan Islam sebenar buat AlFadhil Ustaz Nasim @ Abu Naaielah...


Berita Sedih .. Lihat habuan PESARA Tentera negara Singapura..

Pengalaman aku bertugas di Pangkalan TLDM Woodland di sekitar tahun 1982 -1985 membawa seribu kenangan dan pengalaman yang sukar nak dilupai.....
Diwaktu itu nilai matawang Malaysia (RM) dengan Singapura tidaklah seteruk sekarang, pada kadar RM100 => SD85.00 kekadang tu SD90.00... tidak lah seteruk sekarang ini...

Negara Singapura telah berzaman-zaman menjalankan sistem kerahan tenaga kepada semua rakyatnya yang genap berumur 18 tahun menjalani kursus tentera selama 2 tahun kalau tak silap aku,,, tak seperti Malaysia yang baru nak mula buat PLKN dalam masa 3 bulan....

Sekira rakyatnya yang dah selesai menjalani kerahan tenaga berminat dengan kerjaya tentera, maka bermacam-macam keistemewaan bakal mereka kecapi,, jauh berbeza dengan kita Malaysia.., bahkan elaun rekrut tenteranya lebih dari SD1000, berbanding dengan aku waktu tu prebet lapok, gajinya hanya RM485.00...

Jadi bbaca berita dibawah apa yang bakal pesara Tentera Singapura dapat memang tak menghairankan berbanding dengan pesara tentera Malaysia,,, hanya jawatan jaga yang paling banyak menunggu.... 12 jam kerja..








Pantun Seloka: Panglima Ludah Vs Mahasiswa

Seorang hamba Allah telah sudi menghantar 15 rangkap pantun 4 kerat untuk disiarkan.... Terima kasih buat paksaiko@yahoo.com..




Mahkamah dah sound Gerombolan durjana,

AUKU bercanggah Perlembagaan negara,

Pokjib dah gabra umum dipinda,

Mansuh sahaja… kan habis cerita


KL Sentral & PWTC medan ujian,

Minda merdeka dizahir perjuangan,

Ditangkap dihalau jadi cabaran,

Pantang undur mengalah jangan.


Beraninya Siswa bak Harimau muda,

Bendera diturun tanda protesnya,

Panglima marah meroyan gila,

Nak ludah tampar muka siswa,


Ludah & tampar ancaman Panglima,

Tidak bertamadun dangkal pula,

Diskusi ilmiah membuka minda,

Baru matang 1Malaysia.


Si kaki ludah membuka bicara,

Konco-konco dh siap siaga,

Senjatanya tangan bukan bicara,

Otaknya dilutut bukan dikepala


Panglima & konco berbaris sedia,

Nak masok Youtube hentam siswa,

Akhirnya diejek seantero maya,

Buat malu Pokjib 1Malaysia.


1Malaysia TV dilancar maya,

Nak lawan fitnah PR katanya,

Kalau berat sebelah macam TV3,

Jangan tengok… buang masa saja…


Adapun Pokjib tiada bicara,

Diam membisu komen tiada,

Bendera diturun dipasang semula,

Tak buleh dakwa jenayah tiada,


Adab sopan pekerti mulia,

Disanjung tinggi serata dunia,

Andai biadap perbuatan siswa,

Hadiah ‘Kek Tahi’ bagaimana pula?


Mual & loya video si polan,

Ludah & tampar jadi siulan,

Rantai dileher silau gemerlapan,

Mulut bertakbir menghalal perbuatan,


Mulanya serius dh jadi ceria,

Gelak ketawa memecah suasana,

Tak kering gusi lawak Panglima,

Calon ML Mega musim seterusnya.


Siswa pro-A pun nk demo sama,

Nak ucap sayang Pokjib 1Malaysia,

Belakang Pudin korang sound selamba,

Pudin nak jumpa korang enggan pula?


Ugutan bacul mainan Panglima,

Dijaja fitnah Utusex Meloya,

Kebebasan akademik intipati cerita,

Kenapa persepsi ‘biadap’ disensasi Media?


Siswa dikongkong berzaman lamanya,

Disekat suara dijumudkan minda,

Panglima machai tau angguk saja,

Macam lembu-lembu yg kak Jat bela,


Kuasa perubah ditangan Siswa,

Merubah landskap politik Malaysia,

Kuatkan tekad perjuanganmu anak muda,

Ayuh! PRU13 hancurkan Gerombolan durjana


Ptuih… ptuih… ptuih…

karya asli,

Pak Saiko Dec 2011



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari