boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, December 12, 2011

Tan Sri Ghani Patail... Ada berani ka...

Sewaktu perhimpunan lembu-lembu yang berakhir 3 Dis 11 yang lalu, ketua segala lembu telah menghina mahkamah mengikut pada pengamatan orang yang faham undang-undang negara....

Sekarang terpulang kepada peguam negara.... berani ke tak nak ambik tindakan terhadap pelaku kesalahan menghina mahkamah tu.... Tobat lahum kata orang-orang Kdah,, kalau Ghani Patail berani nak ambik tindakan....


Bahasa

AGM Umno: Karpal gesa mahkamah tindak atas Najib

December 12, 2011
KUALA LUMPUR, 12 Dis — Karpal Singh menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikenakan tindakan berhubung kenyataan beliau mengenai kes liwat semasa perhimpunan agung Umno baru-baru ini kerana mempunyai unsur-unsur menghina mahkamah.

Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata, Najib telah mengkritik Ketua Umum PR itu berhubung keputusannya memberi keterangan dari kandang saksi.

“Kenyataan PM terkandung (unsur) jenayah menghina mahkamah yang memerlukan mahkamah ini bertindak secara ‘act suo moto’, mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada perdana menteri (Najib) mengapa tidak harus dirujuk (atas kesalahan) menghina mahkamah,” kata Karpal sambil menambah, sesiapa pun tidak harus bebas, tidak kira jawatan, daripada tindakan mahkamah.

Karpal (gambar) berkata demikian ketika membuat penggulungan hujah dalam kes liwat dihadapi Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

MENYUSUL LAGI





No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari