boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, August 31, 2010

Apa Kata UMNO??!! Merdeka....

Salam Sejahtera...

Hurggghh.. merdeka... merdeka sungguh siang tadi,, balik dari sembahyang subuh, belek pi belek mai cerita dari blog,,, tak ada yang menarik,,, last sekali cari bantai dumppp zzzzzz ket atas kerusi yang nak tercabut rasuk kaki kirinya...

Pukol sepuloh pagi jaga,,, tak puas atas kerusi, angkat bantai sambung atas tikar depan TV... zzzz lagi sampai pukul 1.00 ,, tu dia .. merdeka sungguh... itu yang kita maksugkan merdeka mengikut kamus kepala otak kita...



Kamus dewan lll mentafsirkan perkataan merdeka ialah :

" merdeka (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan disiplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik;"

Tetapi bagaimana yang dikatakan merdeka dalam kontek negara kita sekarang !! Merdeka yang aku nampak ialah hanya untuk pemimpin yang memerintah negara iaitu UMNO /BN sahaja..., mereka bebas untuk melakukan sesuatu tanpa perlu mengikut undang-undang yang sedia termaktub dalam undang-undang.. itu yang nyata tanpa perlu nak dipertikaikan lagi..
Merdeka dalam ertikata hanya untuk pemimpin UMNO Bn sahaja, untuk yang lain-lain !!! Mana hak kebabasan bersuara seorang Imam yang mendoakan kepada pemimpin bukan islam telah disalah ertikan..

Mana hak seorang pemimpin pembangkang yang dipilih oleh rakyat dalam proses kemerdekaan telah dilarang bertemu dengan rakyat dikawasannya....

Rakyat dalam negara diasak seluruh pemikiran bila tarikh merdeka menjelang tiba, jangan lupa .. kena kibar bendera,,, tak kibar awas tindakan akan diambil.... merdekakah kita menghadapi situasi sebegitu...


Anak-anak remaja diasuh bila tarikh merdeka,,, haaa inilah yang dikatakan merdeka,, pakat-pakat kibar bendera seronok suka, lupalah apa saja hal masaalah negara...

Malah malam tadi pun merdeka sungguh anak-anak remaja yang meningkat dewasa... apatak nya.. di ibukota sahaja yang tertangkap berpasang-pasangan sahaja 22 pasangan kekasih oleh JAIS, kalau dah JAIS yang tahan melayu Islam lah..., 22 yang tertangkap, yang terlepas, yang terbolos..., nak tau keputusannya tunggulah 9 bulan lagi, maka bersepahlah bayi-bayi yang akan dibuang...

Aku tak tahu dan tak faham,,, apakah ini yang dimaksudkan merdeka, dalam bulan pun mereka sanggup hanya sekadar datang bersuka-suka dapat kibar bendera,,, patriotik kah ini... belum tau lagi.. nak tau patriotik ka tidak, bila dah negara kita jadi seperti di Palestine, atau pun mengikut sejarah sewaktu tanah melayu diserang Jepaun,, waktu tu baru boleh tau patriotik yang sebenarnya..


Ini satu lagi aku tak faham,,, baguihlah... kalau sebelum ini bendera Malaysia di pijak, di bakar dan dilempar najis di negera jiran, tetapi di negara sendiri bendera negara di jadi untuk menutup tubuh yang seksi,,, baguihlah,,, apa kata nanti lepas ni ambik bendera tu buat bungkus babi... OK apa,, 1malaysia...


Apakah kita merdeka, bila sebentar tadi aku dengar dan terpandang di kaca TV KP Kementerian pengankutan Jalan mengumumkan saman ekor boleh dibayar ansur-ansuran... pulak dah,, kut mana pun kena bayar... jadi merdekakah kita kesalahan yang belum tentu lagi, tetapi kita dah dipaksa bayar!!!!


Alangkah indahnya kalau MB negeri aku begini, sanggup bertemu dengan rakyat negerinya memberi sedikit sebanyak pengertian merdeka...... jadilah... walaupun merdeka yang negeri Kelantan kecapi tak sepenuhnya...mereka merdeka dari penjajahan UMNO....

Monday, August 30, 2010

Apa Kata UMNO??!! Pengarah JAIS Bangang.

Oleh Rahim Othman

30 08 2010

Bangangkah Pengarah Jais ?

KEPADA JAIS, MAIS & MUFTI SELANGOR..


Tolong jawab soalan-soalan ini….

1. Berhubung isu bukan Islam masuk masjid.. Apa masaalah anda sebenarnya ?

2. Adakah anda berfikir, seorang bukan Muslim masuk surau sama tarafnya dengan seekor babi atau anjing?

3. Tidakkah anda berfikir secara positif ? bahawa kemasukan orang bukan muslim ke surau atau masjid merupakan perkara baik.. memberi ruang dan peluang mereka mendekati Islam ?

4. Hukum apa atau mazhab mana yang anda ikut ?

5. Nabi kita kata OK,, tak ada masaalah,,.. kenapa anda semua menentang?

6. Anda fikir anda lebih besar dari Nabi Muhammad saw?

7. Islam itu ADIL, tetapi kenapa anda selalu bersikap tidak adil?

8. Sultan kita sanjung dan hormati, tetapi kenapa anda perbodoh/ permainkan sultan?

9. Anda hasut Sultan supaya baginda murka, tapi tak kena tempat dan bercanggah

dengan Islam sebenar. Bukankah itu bermakna anda sudah memalukan Sultan?

10. Sampai bila anda mahu mengikut arahan atau telunjuk UMNO ?

11. Masihkah anda tak sedar bahawa UMNO adalah parti Asabbiah dan sekular?

12. Sedarkah anda bahawa UMNO tidak jujur terhadap bangsa Melayu?

13. Sedarkah anda bahawa UMNO sering menyeleweng dan membelakangkan agama?

14. Adakah anda sememangnya mahu bersekongkol dengan UMNO

15. Dalam kempen PRK Hulu Selangor, untuk memenangkan calun kafir, maka diadakan majlis “Solat Hajat, Bacaan Yassin dan Berdoa untuk Kamanathan” dimasjid Kuala Kubu Bharu, Kenapa anda semua diamkan diri ?!!! dalam isu itu?

Sultan kata jangan berpolitik dalam masjid.. Disini menunjukkan anda dan UMNO

telah ENGKAR perintah Sultan!!

Selangor negeri maju, semuanya maju,,..Jenayah nya maju,, keruntuhan moralnya maju,, Kes buang anak juga sangat maju.. Sepatutnya perkara-perkara besar begini yang harus anda perkata atau perdebatkan!!... bukan perkara- perkara remeh!! lagi BODOH!! seperti yang berlaku sekarang !!

Oleh : rahimothman

Apa Kata Umno ?!! - Ketegak sungguh dia ni..

Walaupun kes pertama yang heboh semalaysia,, murka raja belum selesai, tapi nampaknya tak mengendurkan tugasnya sebagai wakil rakyat...

Barvo Zulu YB... Well done... good job for the people....


Puteri UMNO tak rasa malu ka,,,, lihat wanita Cina bukan Islam boleh menghormati ugama Islam.... maluuu weiiih...

Malam ini malam 21 Ramadhan..

Salam sejahtera....

Hanya tinggal 10 hari kita madrasah ramdhan akan meninggalkan kita, besok 31 Ogos sempena hari kebangsaan adalah cuti umum, manakala dalam masa baki 10 hari inilah malam lailatulqadar yang kita tidak ketahui tarikh sebenarnya perlu direbut untuk mendapat iman yang nilainya menyamai 1000 bulan...


Disamping itu sama-samalah kita berdoa memohon kepada Allah S.W.T mengembalikan anugerahnya kepada yang berhak untuk mendapatkannya...

Moga-moga Allah mengembalikan hak rakyat Kelantan, Insyaallah.


Sunday, August 29, 2010

Apa Kata UMNO?!.. Keliru atau bodoh..


"isu seperti doa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dan majlis ‘tazkirah’ seorang wakil rakyat DAP di sebuah surau di Selangor menyebabkan banyak pihak marah kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan."..

baca seterusnya DI SINI..

Kenapakah seorang menteri yang juga bekas jeneral tentera Kor Agama boleh mengeluarkan kenyataan sebegini,,,apakah ia sengaja membangangkan dirinya sendiri atau pun pura-pura bangang yang memang pun dari dulu kini selamanya bangang...

Apa yang keliru,,,
Kalau rasa dah keliru, apalah salahnya bertanya, jangan nak memandai keluar kenyataan bangang sebegini tanpa hujah dan dalil yang bersandarkan kepada al-quran, hadis dan ijmak...

Inilah hebatnya UMNO memerintah, sudah lebih 50 rakyat melayu berugama Islam masih lagi keliru dengan hukum hakam dalam Islam, memang itu pun kehendak dan kemahuan pemimpin UMNO, biarlah rakyat bodoh dan keliru, nanti mudah nak ditipunya umat melayu,

Biarlah rakyat umat melayu miskin, nanti senang Najib dan kuncu-kuncu nak menabur bakti sehelai pelikat, sekampit beras yang kononnya mereka perihatin kepada rakyat...

Sampai bila rakyat nak jadi begini, bodoh, keliru dan tertipu.., selagi UMNO memerintah, .....Mamposss UMNO...

Apa Kata UMNO?!.. Keliru atau bodoh..

Apa Kata UMNO??!! YB UMNO/BN sahaja yang boleh masuk masjid..

Oleh Rahim Othman
29.08.2010

Mengikut kepala UMNO…

JADILAH AHLI UMNO BARU SEMUA OK


5 sebab kenapa wanita ini dianggap bersalah kerana masuk surau.
1. Kerana beliau bukan Islam. Bukan Islam Islam dilarang masuk surau.
(kata Umno, bukan kata Islam).
2 .Kerana beliau tak pakai tudung. (alasan Islam Mazhab UMNO)
3. Kerana beliau ahli DAP, bukan ahli UMNO (alasan yang paling tepat bagi UMNO)
4. Kerana beliau rakan PR, bukan rakan BN (alasan yang betul)
5. Kerana beliau Ahli Parleman Pembangkang, bukan BN (alasan yg sangat manasabah)

Ini pula pandangan penulis

Saya rasa wanita Ahli Parleman Serdang dari Pakatan Rakyat ini tak buat apa-apa kesalahan pun. Dia tak melanggar perintahSultan. Memang dia bukan seorang muslim,, tapi agama Islam tak melarang bukan muslim masuk kedalam masjid atau surau.(sila rujuk sejarah Nabi) Yang pasti beliau ini masuk surau dengan izin atau dijemput. Beliau bukan kafir yang memusuhi Islam. Beliau datang bukan dengan niat hendak memusuhi Islam. Sebaliknya datang dengan niat dan tujuan yang baik… Cuma orang-orang yang pro UMNO sengaja bersangka buruk. Mereka mahu mengambil kesempatan. Mereka mahu mengambil peluang ini untuk menghidupkan bara dan api perkauman, lalu mereka mengheret isu ini ke istana. Penyokong-penyokong tulin UMNO ini hendak mempersembahkan perkara gempar kepada Sultan…..

Polifiksyen Dailog dengan Sultan...

“Ampun Tuanku ! patik sekalian nak mengadu!... Rakyat nampaknya sudah tidak mahu ikut perintah Tuanku lagi, Ada rakyat tuanku sudah berani mencabar perintah tuanku. Menceroboh surau dan berpolitik dalam surau. Sekarang semua rakyat dah naik marah tuanku! Takkan Tuanku nak diamkan saja ! Sebelum negeri ini menjadi huru-hara lebih baik tuanku bertindak cepat!

“ Apa sebenar kisahnya? ” tanya tuanku Sultan

“Begini tuanku! YB kafir sorang ni dah berani masuk surau tanpa izin tuanku, habis tercemarlah agama suci kita tuanku! Rakyat dah mula marah, Rakyat akan mengamuk tuanku! ”

“Macam mana YB tu boleh masuk?”

“Entah lah! Tuanku!,, boleh jadi dia rasuah imam kut!”

“ Kalau begitu, tangkap imam tu dan campak kelaut!”

“Jangan begitu tuanku! Imam tu tak bersalah!”

“Kalau bukan imam tentu ini kerja bilal!... Tangkap bilal dan kenakan sepuluh kali sebatan”

“Eh! Bukan bilal tuanku !,,.. dia tak tau apa-apa”

“Kalau begitu mesti salah seorang AJK surau terlibat!

“Tak mungkin tuanku !”

“Habis! Kalau semuanya bukan, Siapa??…. Hemmm, Beta fikir, beta tahu siapa!

Dengan terketar-ketar pengadu bertanya.. “ Apa yang tuanku tahu?, kami tak tahu apa-apa pun, kami tak terlibat!”

“Memang beta belum tuduh kamu terlibat ! tapi mungkin yang sorang lagi ni kut! ”

“Siapa tuanku?”

“Siapa lagi kalau bukan Tok Siak surau”

Semua pengadu berasa lega sebentar,, tetapi selepas tu perasaan mereka menjadi bengang dan bengong!.. Mereka memandang sesama sendiri. Dalam hati masing-masing berkata,,..Kenapalah tuanku ni bodoh sangat !!

“Siak pun tak mungkin terlibat tuanku!.. Dia tak ada kuasa nak buat keputusan” jelas pengadu.

“Memang dia tak buat keputusan!, tapi kerja dia bukankah membuka pintu pagar dan pintu surau? Bila pintu dah dibuka sesiapa pun boleh masuk kan? Kan? Betul tak?”

Semua pengadu senyap !! mereka semakin jadi bodoh dan keliru!

“Kenapa tak jawab soalan beta tadi ?.. Betul tak ?” Sultan mula naik angin.

Dengan terketar-ketar mereka menjawab… “Be.. be..betul ! Betul tuanku! betul!”

“Apa yang betul?” Sergah tuanku lagi.

“Si..Si...Si…Siak!.. Siak terlibat tuanku !” jawab mereka dalam keadaan serba salah.

“Tangkap Siak !! bawa mengadap depan beta sekarang juga! Beta nak pancung dia !”

“Jangan tuanku! Jangan ! Membunuh tu berdosa besar tuanku !”

“Berdosa Besar??.. Membuat fitnah lagi berdosa besar. !! Faham?”

Pengadu-pengadu terkedu dan terpaku!. Mereka pada pada mulanya teringin nak pengsan kerana malu , tapi tak jadi. Dalam hati mereka berkata… Apa dah jadi tuanku ni!.. benda simple pun tak boleh fikir….

Yang kita mahu ialah ..…..Hukumlah Yang Berhormat tu !, sama ada penjara ke ! Sebat ke!.. Hukum gantung ke!... Gantung jawatan ke!... Pecat ke!..

Ini tidak!.. Lain yang yang kita cari , lain yang kita dapat!

Sebenarnya Tuanku memang nak menduga mereka. Baginda nak bagi tahu bahawa baginda bukan lah macam Sultan dulu-ulu…seperti yang pengadu-pengadu sangka..

(Semua ini hanya imiginasi penulis saja) –

oleh : rahimothman

Apa Kata UMNO??!! Nasihat dari Ibrahim Ali..

Oleh Rahim Othman
29 08 2010

Mari dengar nasihat Ibrahim !

ISU PERKAUMAN SEORANG PENGETUA


Oleh : rahimothman



Saturday, August 28, 2010

Apa Kata UMNO?! Sketsa Sebelum Sahur...

Salam Sejahtera...

Kerana berlainan politik dan kepentingan politik melayu rasuah, perkara yang sepatutnya kita lakukan kalau tak betul kita perbetul, tambahan lagi ada warga ugama asing yang cuba mendekati atau nak mengenali budaya ugama Islam...

Ini tidak, menteng-mentang hamba Allah tu bukan Islam, berlainan fahaman politik, maka dijadikan isu seolah-olah seumpama babi atau anjing yang masuk dalam masjid..


Apakah perkara sebegini menjadi satu kesalahan besar!!! Sebab tak tutup aurat dalam masjid,,, wanita melayu berapa yang masuk dalam masjid tak tutp dengan sepenuhnya,, tak percaya datang dan lawat masjid-masjid sewaktu cuti sekolah, dimana progran akad nikad dilakukan,, berapa ramai wanita yang tak tutup aurat, nak hebat lagi bila artis-artis yang akad nikah...

Walau apa pun aku puji kepada YB Teng ini, sedia mengaku kesalahan dan sanggup memohon maaf kepada pihak-pihak yang gilakan kuasa yang tak sewajarnya....

Ok perhatikan pulak gambar di bawah,,, bagaimana pulak.. apa pendapat anda...


Gambar yang atas tu Al-Quran sebagai hiasan sahaja, apa tujuan Quran diperlakukan sebegitu...tak biadap kah sebegitu.......

Gambar kedua puetri UMNo mengaji, perati kulit, kulit lengan naik kebahu kemudian ke telingan putih melepak terang benderang..,, ni hadis mana yang hangpa ikut, ustaz mana yang ajak baca Quran sebegini, kenapa tak bisisng pun...

Jadi yang mana lebih bangsat antara Wanita kafir Cina dengan Wanita UMNO Melayu dalam situasi sebegini... Yang Cina sudah tentulah dia tidak tahu hukum hakam Islam, tetapi yang yang melayu mengaku Islam tak nak ikut hukum yang termaktub dalam Al-Quran sendiri bagaimana.....

Updated " Seorang pengkomen minta aku siarkan satu lagi terbaharu... lagi power gila......


Tukang bagi tazkirah,,,, tukang dengar....oiiii.. orang UMNO habaq mai.... OK ka ni gambar ni... buat la laporan kat Sultan.....

Apa Kata UMNO? .. Ganasnya blogger pencacai UMNO...

Aku malas nak ulas macam-macam bab ni, tetapi kalau macam inilah punya cara, nampaknya berpanjanganlah masaalah perkauman.. Di mana pemikir-pemikir UMNO yang selama ini dok laungkan perpaduan kaum,.. geligeleman pun ada bila nak membaca....,



Baca seterusnya DI SINI

Apa Kata UMNO??!! I S A Senjata UMNO..

Oleh Rahim Othman
28.08.10

Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi menuduh Nurul Izzah sebagai penderhaka berikutan AP Lembah Pantai itu menerangkan kontroversi yang berlegar sekitar kapal selam Scorpene milik Tentera Laut Diraja Malaysia kepada majalah Indonesia.

Di awal pendedahan isu kapal selam ini,, parleman sudahpun dimaklumkan bahawa memang kapal tersebut tak boleh menyelam, kerana masalah teknikal . Jadi semua orang yang bercakap mengenainya adalah merupakan ungkapan ulangan. Perkara yang sudah terdedah bukanlah rahsia lagi. Begitu juga tatacara pembelian kapal ini. Ia menjadi tanda tanya dan amat meragukan seluruh rakyat, kerana disyaki telah memperkayakan kroni.

Menteri Agama Jamil Khir Baharom pula menganggap Izzah telah melakukan satu dosa. Huru hara akan berlaku jika keburukan Kerajaan Umno-BN dihebahkan, katanya. Padahal satu dunia dah tahu kelemahan dan keburukan kerajaan UMNO BN! . Wahai Jamil Khir, saya cabar saudara, sila tunjukkan bukti bagaimana dikatakan Nurul Izzah telah melakukan dosa? Tunjukkan hadis atau nasnya ! Apa bentuk huru-hara yang mungkin atau telah disebabkan olehnya ?. Dan cuba renung serta fikirkan kembali,, berapa banyak huru-hara sudah berlaku sebelum ini? Dan siapa puncanya? Kalau saya kata orang UMNO sering menjadi puncanya macamana?

Ayuh Nurul ! pedulikan celaan dan ugutan penyangak-penyangak UMNO itu !. Mereka sebenar jauh lebih teruk. Anda bukan penderhaka!.. Anda adalah srikandi, ..Anda adalah pembela dan pejuang rakyat. Itu beza antara pemimpin Pakaran Rakyat dengan pemimpin UMNO. Pemimpin PR berani dan berkata benar, ikhlas dan berterus terang. Berjuang hanya untuk membela rakyat.

Pemimpin UMNO? Ramai yang pengecut, tapi suka tunjuk lagak, berjuang untuk diri sendiri dan kroni. Prinsip perjuangan ? Hebat !... Taat setia membabi buta. Hidup mesti mengampu!.

Zahid kata Nurul Izzah penderhaka ! ya ke tidak ? Yang pasti,,,ia sangat jauh jauh dari kepastian.

Berapa banyak pula penderhakaan yang telah dilakukan oleh Zahid? Berapa banyak pula penderhakaan yang telah dilakukan oleh Pemimpin UMNO? sejak 50 tahun memerintah ?

Kalau nak tulis sepuluh mukasurat pun belum tentu cukup. Dah terlalu banyak dan kerap kali

perkara itu disiar dan diperkatakan.

Yang bulat tembam sorang ni ..Zahid Md.Arif ,cucu Ghafar Baba ,,Bekas Naib ketua Angkatan Muda Keadilan. Lagi hebat ! Dalam ucapannya satu ketika dulu beliau pernah mengutuk Nik Aziz dengan mengata Nik Aziz sebagai “Ulamak Pukimak!” Dalam isu terbaru melibatkan Izzah ini beliau dengan bangga berkata …. Tangkap Izzah! dan kenakan ISA!.. Huh! Mudah benar dia ni bercakap !. Belum apa-apa dah nak gunakan senjata keramat haram itu. Memang senjata terakhir UMNO itu pasti digunakan juga satu masa nanti, percaya lah. Itu sebab UMNO beria-ia pertahankan ISA supaya kekal.


Oleh : rahimothman

Apa Kata Umno ?!! - Nuzul Al Quran

Salam Sejahtera....

Semalam Jumaat bersamaan 17 Ramadhan adalah satu hari dalam sejarah Islam bermula turunnya ayat suci Al-Quran..



Perspektif di Malaysia,,

Orang Melayu membaca Al-Quran dengan penuh harapan untuk mendapat pahala dari Allah kerana mengikut pemahaman dari siri tazkirah yang disampaikan oleh kebanyakan Ustaz-ustaz bacalah Alquran walaupun satu huruf, nescaya ada ganjarannya....

Sedang isi kandung dalam Al-Quran seperti makna atau termajahan ayat-ayat yang dibaca tidak diambil peduli, apatah lagu hukum-hukum dalam ayat-ayat tersebut juga langsung tidak diamalkan,,, sedangkan Al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup...

Dimasjid-masjid sekarang didalam bulan puasa ini kebanyakannya didatangkan imam-imam yang hafiz al-quran, tujuannya untuk menyedapkan bacaan, makmum pun dapat kyusuk bersembahyang bila imam membaca dengan penuh tertil, malah ada masjid-masjid yang lebih hebat lagi mengimport imam-imam dari Masjid il Haram Mekah, Masjid Nabawi dan ada nya dari Mesir, tujuannya pun sama juga lebih kuran diatas.....

Tetapi masjid-masjid ini juga lah, bila ada kulian atau program-program pengisian majlis Ilmu seperti kelas tafsir atau pemahaman ayat-ayata Al-Quran maka AJK-AJK dan pengerusinya akan menghalang atau melarang program-program tersebut....

Kita selalu mengatakan kaum Kristian dan Yahudi telah mengubah isi kandungan kitab mereka seperti injil dan taurat, menyebabkan sudah tidak ada persamaan lagi keasliannya seperti Al-Quran.

Tetapi kita tidak sedar yang umat Melayu Malaysia ni walau tak ubah ayat-ayat Al-Quran, tetapi ingkar dan tidak mahu mengikut hukum dan arahan dari Ak-Quran..

Begitu juga kita cukup marah bila kita dapat tahu ada kumpulan-kumpulan negara barat yang nak bakar Al-Quran, menghina alquran dengan memijak, menjadikan helaian alquran sebagai kertas pencuci najis dan sebagainya lagi, sehinggakan kita sanggup membuat bantahan, demontrasi,,,

Tetapi kita diam sahaja bila pemimpin-pemimpin melayu mempertikaikan, mempersenda hukum-hukum yang ada dalam al-quran, malah satu ketika dahulu PM 1Malaysia sewaktu memegang Menteri Pelajaran pernah mengeluarkan kenyataan iaitu pelajar-pelajar melayu di IPTA yang suka melakukan qiammulail akan menjadi lemah dalam mengikuti pelajaran disebabkan mengantuk kerana bangun tengah malam, sedangkan ada surah dalam Al-Quran yang menyuruh kita bangun tengah malam...

Sampai bilakan keadaan sedemikian akan kita hadapi.... Selagi UMNO yang memerintah, selgi itulah budaya ini akan menimpa umat Islam Malaysia, kita hanya sekadar boleh membaca dan memperindah suara bacaan sahaja, kita hanya hebat untuk menjadi tuan rumah peringkat antarabawa dalam tilawah alquran, tetapi kita kecundang untuk melaksanakan hukum-hakam perintah yang ada dalam Al-Quran.

Friday, August 27, 2010

Apa Kata UMNO??!! Bubur Lambuk...

Salam sejahtera...

Nampaknya tahun ni bulan Ramadhan rakyat Malaysia terutama umat Islam puas menikmati bubur lambuk... Alhamdulillah...


Kalau dulu tradisi ni di ibu kota hanya masjid kampung Baru yang kita ketahui melakukan kerja-kerja amal tu, namun semenjak dua tiga tahun ni semakin popular...

Tetapi tahun ini lah aku dok nampak paling popular bubur lambuk, Puteri UMNO pun buat, Menteri, Timbalan Menteri malah Perdana Menteri pun bergambar pegang kayu sodet pengacau bubur lampok... punya perihatinnya kepada bubor lambuk..seolah-olah macam dah jadi satu kemestian atau dah serupa satu sunnah pulak...baguihlah buat kerja-kerja tu bukan tak baguih...

Bila PM pun dah popularkan bubur lambuk, syarikat swasta pun tumpang toi, hotel-hotel pun sama, malah kat Lumut Hotel Orient Star siap pasang khemah tepi jalan untuk edarkan bubur lambuk....

Tetapi perasan tak kita pada tahun ni,,, jarang-jarang keluar di akhbar atau kaca TV menteri-menteri, artis-artis, ahli koporat meraikan majlis berbuka puasa bersama fakir miskin, atau orang-orang tua rumah kebajikan dan anak-anak yatim di hotel-hotel mewah...

Kenapa ya... apakah kerana budjet kurang, jadi buatlah bubur lambuk, berapa sen sangat...disamping itu pulak hotel-hotel kan sekarang ni banyak yang tak halal, entah kenapa tahun ni baru tahu tak halal,, sebelum ni... dah belambak-lambak isi dalam perut.....

Apa Kata UMNO??!! Jika Lim Guan Eng Memeluk Islam..

Salam Sejahtera...

Sering aku terfikir masa depan politik di Malaysia apa akan terjadi jika sesuatu perkara diluar jangkaan yang bakal berlaku.... Tak ada siapa yang boleh menjangkakan kehendak Allah S.W.T yang maha pencipta..

Berbalik kepada isu doa dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang tempoh hari... apa kata !...


Katakan dengan keberkatan para makmum yang penuh keikhlasan mengangkat tangan mengaminkan doa tersebut lalu Allah S.W.T memakbul doa dan permintaan mereka dan Islamlah Lim Guan Eng menjadi saudara baru kepada kita...

Apa kata UMNO.... Aku boleh jangkakan pertama sekali UMNOngok akan terkejut beruk, satu pukulan maut buat UMNO... Itu pasal sekarang ni pun UMNO membuat cerita yang bukan-bukan supaya Kaum Cina termasuk Lim Guan Eng membenci orang melayu dan Islam utamanya...

Kita kena ingat kembali, sewaktu Lim Guan Eng dalam tahanan penjara selama 2 tahun, arwah Mantan presiden PAS selalu menziarahi dengan menghadiahkan buku-buku pejuangan pemimpin Islam, maka dengan itu Lim Guan telah pun mengenali mana satu Islam sebenar atau Islam jadi-jadian ala UMNO...

Apa yang aku dapat bayangkan jikalau Lim Guan Eng menjadi saudara baru, momokan pertama permimpin UMNO ialahtujuan utama Lim Guan Eng memeluk Islam adalah kerana kepentingan politik murahan...., Lim Guan Eng ingin memecah perpaduan kaum umat Melayu dan Islam di Malaysia....

UMNO sama sekali tidak akan mengalu-alukan keislamana Lim Guan Eng atau mengajak beliau sama-sama bekerjasama menaikkan syiar Islam di Malaysia.... Taik kucinglah kalau UMNO mahu melakukan sedemikian..., kalau dengan PAS pun masih dok ding dong. din dong Perpaduan Melayu, bukan atas nama Islam untuk menegak nama Allah...

Dan jikalau benarlah seperti jangkaan itu berlaku, besar kemungkinan pihak Yahudi sedunia akan mengeluarkan arahan Lim Guan Eng hendaklah di keluarkan nyawanya dari jasadnya.... kemudian dibuatlah berita-berita kenyataan akhbar dari pihak berkuasa yang melakukan pembunuhan tersebut ialah ahli-ahli DAP sendiri yang terdiri dari kaum bukan melayu tak puas hati atas tindakan beliau memeluk ugama Islam...

Dari sini mungkin akan timbul perpecahan sesama parti dalam Pakatan Rakyat dan sedikit sebanyak menguntungkan UMNO..Ingatlah dalam dunia politik yang gilakan kuasa dan menolak hukuman atau arahan Allah tak ada yang mustahil akan berlaku.....

Doa dan Khutbah..

Oleh rahim Othman
27/08/2010


Komen Manjungmari... UMNO buat isu ni seolah-olah umat Melayu ugama Islam jahil seperti ahli-ahli UMNO Totok...

Thursday, August 26, 2010

Apa Kata UMNO??!! Tmbalan Menteri Merapu..

Oleh Rahim Othman

Timbalan Menteri cakap merapu




Khas Buat Wanita...

Macam macam cara nak buat bisnes.....









Wanita Melayu tak faham bahasa melayu...

Pagi semalam, sewaktu aku dok menunggu YB Kula selesai perjumpaan dengan tuan DO, satu suasana dalam bulan ramadhan yang sepatutnya berlaku di hadapan pintu Pejabat Agana Daerah Manjung.... Biasalah camera sekarang ni tak pakai negative film lagi dah.... snap ajalah...








Anggapan masyarakat melayu sekarang, Pejabat Agama Islam sama saja macam nak pergi Pasar Ramadhan, Agaknya emak wanita ni agaknya nak masuk syurga sorang-sorang aja... sayang kat anak tak reti nak nasihat anaknya...,

Pendakwah Bebas.... atau songsang...

Kalau 10 tahun yang lalu, nama bekas penyanyi kumpulan D Ryad memang sinonim di pentas-pentas ceramah PAS...terngiang-ngian lagi ceramahnya yang diselang seli dengan lagu-lagu yang cukup lunak... tetapi itu dahulu.... belum popular....




Alhamdulillah kalau dilihat kepada isterinya, semakin ada peningkatan, sebelum ini beliau salah seorang artis yang bertuduung, ternyata bila kahwin, sanggup memakai purdah, sesuatu kekuatan yang tidak ada pada semua wanita... jarang..jarang...

Tetapi si suami, title masih pendakwah, pendakwahkah begitu..., kalau ketrampilan diri sebegitu... dan jadi ikutan kepada peminat dan pendengar..., apa akan jadi pemuda-pemuda Malaysia.... yang aku nampak kedai gunting rambut semakin susah nak cari makan... makin banyak kedai unissex....

Gambar sekitar pagi semalam di Pejabat Tanah Daerah Manjung

Salam Sejahtera....

Suasana pagi semalam bila aku melangkaui kawasan berhampiran keadaannya seperti biasa, tenang...
Double klik untuk gambar lebih jelas..
Rupanya di tiang rumah pengawal pintu masuk dah tertampal satu salinan surat dari Pegawai Daerah Manjung...


Hangpa baca sendiri, aku bukan nya faham sangat.... bila keluarnya surat ini perhimpuan untuk bantahan tersebut telah dibatalkan...

Namun pihak polis Siap sedia menunggu, bertempat di kawasan parking Pejabat Tanah...bukan di sini sahaja, sebelum ni di simpang masjid daerah ada, persimpangan lampu traffic dengan bangunan Toyota pun ada..... semuanya untuk keselamatan negara.....


Di luar pagar pejabat tanah, bertempat di bekas tapak pasar tani pun ada...

Anggota Polis berpakaian preman.....
























Pemberita dan jurugambar akhbar Tamil Makkal Osai...


Sahabat ni pun mai nak menyibuk juga......


Orang kuat PKR En Shanmuganatan sibuk memberi tahu kepada kaum India yang belum mendapat maklumat perhimpunan sudah dibatalkan... Ngeri aku tengok depa ni... 3 line tu kat dahi,, sure otai-otai belaka...

Ketibaan YB Kulasegaran ...perghh... mata kacang tu...,plet no pun cun woooo... serupa YB UMNO juga.....


YB Kula berbual dengan anggota-anggota polis yang berada di situ...


Berjalan menuju memasuki ke perkarangan pejabat tanah... di sebelah kiri YB Kula, lelaki tangan yang berikat tulah menjadi mangsa sewaktu kekecohan di Balai Polis Stiawan pada petang Ahad 22/8/10...

Memberi kenyataan selepas selesai bertemu Pegawai Daerah, kesimpulannya dari kenyataan YB Kula kes ini masih belum selesai sepenuhnya, masaalah ini dapat di kesan dan diketahui bila Pakatan Rakyat memerintah Perak selama 11 bulan dulu,,,



Ini wakil India petugas di Pejabat Tanah yang menyambut YB ketibaan YB Kula and the gang...


Pak Cik Ini ialah salah seorang pelajar dari GMS, Gandhi Memorial School, 60 tahun yang dulu, Pak Cik Wahab, menetap di Kampung DSK, menurut ceritanya gurunya sewaktu tu ialah benggali..... Pak Cik wahab ni turut serta kerana sayangkan bekas sekolahnya itu....


Menurut kenyataan saudara Sugu S/U kepada YB Kula, beliau di pukul oleh 5 orang anggota polis, beliau kenal ke5 anggota polis tersebut, 3 daripanya berbangsa India seorang darinya pegawai, merekalah yang memukulnya....., walaupun kes ini dinafikan oleh KP Perak, beliau bersedia bersemuka dengan KP Perak, namun tiada jawapan dari KP Perak...


Pak Cik Wahab, Sugu dan Pegawai Khas YB Dato Ngeh... saudara Jason, beliaulah yang sentisa menyalur atau memaklum program kepada aku...


Lagi satu sekatan Polis di jalan berhahadapan Pasaraya Billion......

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari