Salam sejahtera...
Nampaknya tahun ni bulan Ramadhan rakyat Malaysia terutama umat Islam puas menikmati bubur lambuk... Alhamdulillah...
Kalau dulu tradisi ni di ibu kota hanya masjid kampung Baru yang kita ketahui melakukan kerja-kerja amal tu, namun semenjak dua tiga tahun ni semakin popular...
Tetapi tahun ini lah aku dok nampak paling popular bubur lambuk, Puteri UMNO pun buat, Menteri, Timbalan Menteri malah Perdana Menteri pun bergambar pegang kayu sodet pengacau bubur lampok... punya perihatinnya kepada bubor lambuk..seolah-olah macam dah jadi satu kemestian atau dah serupa satu sunnah pulak...baguihlah buat kerja-kerja tu bukan tak baguih...
Bila PM pun dah popularkan bubur lambuk, syarikat swasta pun tumpang toi, hotel-hotel pun sama, malah kat Lumut Hotel Orient Star siap pasang khemah tepi jalan untuk edarkan bubur lambuk....
Tetapi perasan tak kita pada tahun ni,,, jarang-jarang keluar di akhbar atau kaca TV menteri-menteri, artis-artis, ahli koporat meraikan majlis berbuka puasa bersama fakir miskin, atau orang-orang tua rumah kebajikan dan anak-anak yatim di hotel-hotel mewah...
Kenapa ya... apakah kerana budjet kurang, jadi buatlah bubur lambuk, berapa sen sangat...disamping itu pulak hotel-hotel kan sekarang ni banyak yang tak halal, entah kenapa tahun ni baru tahu tak halal,, sebelum ni... dah belambak-lambak isi dalam perut.....