boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 15, 2011

Silalah membacanya... Khas buat ahli dan penyokong UMNO!..

Bagaimana kerajaan BN membelanjakan wang kita?

15 June 2011

Komentar Roketkini

15 JUN – Subsidi petrol, diesel dan gas serta gula telah dikurangkan. Kadar tariff elektrik dinaikkan. Cukai GST sedang dipertimbang untuk dilaksanakan. Semuanya kerana kerajaan mendakwa kononnya mahu menjimatkan perbelanjaan.

Tetapi mengapa ini pula yang dilakukan?

  • Satu laman rangkaian sosial Facebook untuk Kementerian Pelancongan dibina dan diselenggara dengan belanja RM1.8 juta;
  • Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta; dan
  • Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.

Tidak diketahui pula bagaimana kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain membelanjakan wang hasil sumber negara dan wang pembayar cukai negara untuk laman-laman internet yang amat murah penyelenggaraannya.

Rakyat mengharapkan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta kerajaan menjelaskan dengan terperinci perbelanjaan masing-masing dalam usaha mereka menyertai perlumbaan membina dan menyelenggara laman-laman web dan rangkaian sosial.

Semalam, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke merangkap Ahli Parlimen Rasah telah mempertikaikan langkah Kementerian Pelancongan yang membazirkan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebook kementerian tersebut.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian.

“Secara bandingan laman Facebook ‘Visit Penang’, yang mana kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” katanya dalam siding Dewan Rakyat.

Beliau berkata tidak munasabah jika tidak ada seorang pun di kementerian itu yang mampu mengemas kini akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberi kontrak kepada pihak ketiga.

Dalam jawapan kepada persoalan itu, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit hanya menjelaskan bahawa kontrak RM1.8 juta itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Awal bulan Jun ini, portal 1pengguna milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dikatakan kena godam.

Mudah sekali digodam laman itu yang bernilai RM1.4 juta yang bertujuan mempamer maklumat harga barangan pengguna.

Pada April lalu pula, kerajaan mempromosikan e-mel 1Malaysia yang dikatakan milik swasta Tricubes Bhd yang mengendalikannya dengan kos RM50 juta bagi perkhidmatan selama 10 tahun.

Walau pun ia dikatakan perkhidmatan percuma, sama seperti e-mel Yahoo atau Google, jabatan atau agensi kerajaan yang menggunakan khidmat itu perlu membayar 50 sen bagi setiap e-mel yang dihantar.

Bayangkan berapa ribu e-mel dihantar oleh jabatan dan agensi kerajaan setiap hari?

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara telah mengkritik projek itu yang akan merugikan rakyat melalui perbelanjaan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan e-mel berkenaan.

Tentunya rakyat ingin tahu dengan jelas dan telus belanja setiap jabatan dan agensi kerajaan yang membina dan menyelenggara laman-laman internet mereka.

Ini hanya belanja kerja-kerja internet. Berapa banyak pula pembaziran dan ketirisan pentadbiran kewangan dalam hal-hal “pembangunan”, “projek” dan banyak lagi program-program yang tidak menjadi keperluan atau keutamaan rakyat. – Roketkini.com

Sumber - roketkini.

6 comments:

  1. yang anuar ibrahim p tunduk kepala kat mayat teoh cam mana pulak?????
    tolong jawap apa hukumnya???

    ReplyDelete
  2. Anony 10:44..jawapan hang memang bingai...nie pasal belanja,pasal duit...awat bangang sangat...lain kali belajar sampai habis kat tadika emas...hatap pemikiran air longkang la lu

    ReplyDelete
  3. Utk Anon 10:44 yang bingai tahap pandy kutty haram jadah: Jawaban bagi soalan nko yg lari tajuk dari posting (ini memang stendet barua2 UMNGOK, selalu lari tajuk) -- ini jawaban nya: tunduk kepala tu tandanya hormat pada si mati dan pada keluarga si mati. Tak kan nak angkat kepada dan jelir lidah pulak. Apa ke bodo mak bapak nko besarkan nko? Ini beza jauh sekali dgn Mat Monggol Guru Jeep nko tu! Tunduk hormat kat patung tugu negara walaupun mufti dh keluarkan fatwa haram! Belum lagi cerita Mat Monggol dan Mat Bisul Zul Nordin yg pi melawat menyembah kubur Kamal Artatuk yg satu dunia Islam tahu dia punya zalim macam sial pada umat Islam kat negara dia sendiri. Haih .. kalo aku nak cerita panjang lebar kat barua low stendet mcm nko ni aku rasa mcm membuang masa aku jer ... Dah! Pegi duduk bawah tetek mak nko laa ..

    ReplyDelete
  4. hahahaha nah amik hg anon 10:44. baghu ada akai. kecik2 patut mampuih bila besaq bodo tahap cipan. dah pi minum tetek mak hg...cipan anon 10:44

    ReplyDelete
  5. sumber: roketkini

    ReplyDelete
  6. Jangan lah marah dia teruk sangat....dia kan memang bodoh...tolor...dan yang penting sekali dia tu orang penyokong kuat umnoporn... hu hu hu...

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari