boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, November 19, 2009

Rentetan Kes PMBK.

Salam Sejahtera..

Aku mula membuat posting bab ini pada 8 Nov lalu di DI SINI. Bermula dari sini terus aku mendapat komen-komen yang agak mengelirukan, mula-mula larang aku, kemudian bagi amaran seolah-olah ada yang tak betul berlaku.

Aku jadi confius sedikit, lalu aku hubungi blogger SayToNoMunafiqen (SNTM) dan pemberi sumber kat aku, mohon kepastian, lalu aku mendapat kepastian yang meyakinkan diri aku. Demi Allah apa yang aku tulis ini tiada apa-apa kepentingan peribadi, melainkan aku sayang kepada kerajaan PAS Kelantan, Aku sayang kat Tok Guru, itu saja.

Aku cuma membantu dari jauh, kejadian di Kelantan, dan aku di Manjung sahabat aku SNTM pula di KL, tetapi beliau sanggup buang masa dan wang ringgit turun ke Kota Bharu, menyaksikan sendiri TGNA menangis kesedihan sewaktu dalam kuliah Jumaat minggu lalu ketika mengumumkan pembatalnya ke Mekah.

Sungguh pun aku hanya sesekali sahaja menulis bab kes PMBK itu, namun komen kemarahan orang tertentu tak kunjung padam, yang paling marah tak puas hati salah sorangnya dengan mengenalkan dirinya dengan nama Kuntau, email aku juga ada seorang dua yang dok tanya tak puas hati apa yang aku tulis.

Terpulanglah, aku menulis apa yang aku dapat kepastian, dan aku pun tak sanggup nak dapat dosa free, yang dok lama tu pun tak tertannggung. Akibat daripada permainan Kickdefella, SNTM hampir bertelagah dengan blogger Cikgu AlHussein, namun Alhamdulillah, sekarang dah settle, kemudian ada pulak komen tanpa nama dalam diam cuba nak melaga-lagakan aku dalam blog SNTM DI SINI. Kenapa jadi demikian, Wallahuaklam

Dalam pada itu dalam blog aku sendiri DI SINI, macam-macam komen yang aku dapat, yang popular depa suruh aku siasat title IR Ariffahmi betui ke tidak, oii aku bukan private investigator, aku blogger cikai aja...dan satu lagi yang aku agak terkejut satu komen dari penama Ikan yang mengenali aku, memberi kata nasihat kat aku, kenapa aku dok pi sembahyang kat Madah, pasai apa tak pi Masjid, sampai ke situ depa ungkit kat aku, mak oii...aku malas nak komen balik bab ni, kang ada pulak yang lebih sensitif... mengenai bab Kickdeffella yang aku tuduh tu, aku nak bagi tau kat hangpa, sebab itulah permohonannya untuk menjadi CEO Darul Digital anak syarikat PMBK ditolak setelah keputusan mesyuarat EXCO Kelantan menyiasat latar belakang tertuduh.

Apakah yang akan berlaku lagi seterusnya selepas ini, ada lagi, tunggu.. yang pasti ada lagi komen yang hentam aku, hentam sajalah labu... gatai lagi nak jadi blogger, padan muka aku...

5 comments:

  1. saudara manjong mari,

    sejak meletus krisis menantu di kelantan, saya nampak anda semakin galak, hebat caci maki hina sesama manusia khasnya kickdefella dan husam.apa salah mereka kepada anda? ada mereka maki hamun, caci maki anda? ada mereka picit texxloq anda?

    buanglah kopiah anda tu saudara manjong mari,bukan apa takut kopiah tu turut sama tanggung azab bila dibakar api neraka.

    manjongmari, saya lihat anda terpengaruh dengan say to munifiqeen dan pink turtle (ustaz man yang dipecat dari MAIK -), mereka ini disahkan kuda tunggangan arif fahmi.

    buat malu jaaaa manjongmari, hang ni orang PAS, perangai camni,
    tua tapi hampehhhhhh

    - harap siarkan,.

    ReplyDelete
  2. tuan tq sbb siarkan komen sy. tak terniat nak tegur tuan tak kisahlah tuan nak solat kat mana yg penting solat je, cumanya walau teruk mana pun manusia jangan dimaki hamun kalau betul pun mesyuarat exco tu yg kate begitu sape yg bocorkan pernah ke tuan lihat minit mesyuaratnya jangan tuduh sebarangan bak kata bagan pinang masa pi xpdc di cakerawala tu ada tak dia solat try tanya sape yg join dan sahkan sebelum keluarkan statement.
    kalau ye pun nak sokong si AF cuba bandingkan dgn pak mertuanya rumah dia lama tapi menantu bak mahligai, layak ke umur 36 th jadi ceo apa pengalaman dan pencapaian terhebat beliau, kalaun bukan asbab menantu kenapa pengambilan ceo dibuat secara terus bukan melalui spa negeri adakah pmbk tu syarikat persendirian? utk hilangkan persepsi kronisme sila nasihat AF letak jawatan cari kerja lain kat KL sbb urusan keluarga kata SNTM di KL. tolonglah selamatkan imej tuan guru. dulu kita dok asyik tuduh pak lah skang kena batang hidung guna kaedah wala. apa ni... tuan sy ingat sesekali ramai-ramai pi la solat kat masjid sbb pahala iktikaf kat situ pun ada mengaji jgn cari guru yg sealiran saje sesekali cari yg neutral kalau x puas hati tanya tok guru. jangan tuduh org kalau x nampak dgn mata sendiri sbb mendengar kata org boleh menyebabkan mengumpat. ingat tuan si barsisah tu....

    ReplyDelete
  3. Ikan...
    Bab Solat ni tanggungjawab kita dgn Allah, tak kiralah kat mana mana pun, cuma saya nak tanya balik, apakah keputusan EXCO itu silap, saya hanya menyampaikan apa yang saya dapat tahu..dan kalau cara saya menyampaikan dikatakan maki hamun, terpulang... saya terima.

    Mengenai kata saya berpihak kepada AF, minta maaf, tidak, kan sebelum ini saya dah kata.. SPRM Siasat, kita tunggulah keputusannya, kalau salah siap sedia dia, macam Husam, dulu saya sokong dia, walaupun ada sahabat menasihati saya, dan saya mengaku saya silap dalam hal ni, benar kata sahabat saya itu...

    Terimakasihlah diatas ajakan tuan kpd saya pergi ke masjid, saya masih berpegang kata-kata arwah guru saya, kalau nak belajar agama, cari guru yang ikhlas dalam hal segala hal, kalau haram cakap haram, jangan dok main pendapat dan sebagainya...
    Saya pergi ke masjid kalau ada guru yang mengajar tu ikhlas,,,sebelum ini pun saya ke Masjid Setiawan, KDSK semua saya pergi,

    Lagi satu bab menuntut ilmu ni, kalau kita rujuk dalam kitab ehya ulumuddin Karya Imam Alghazaly, antara guru dgn murid mesti ada sikap kasih sayang, baru ada ruh dalm ilmu tersebut..
    Jadi kalau Tok Guru neutral tu nak dapat apa...dapat mengantuk ajalahh...wallahuaklam.. maafkan saya kalau terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  4. bro mm,

    jaga2 SB banyak berkeliaran...heheehe..paham la kot..

    ReplyDelete
  5. Aku masih tak paham. Apa yang silapnya hang sokong Husam dulu? TG pun recognised peranan Husam. Hang kena paham politik Kelantan dulu sebelum komen. Kalau setakat maklumat atas angin tu, aku rasa baik tak payah tulis.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari