boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Nasarudin Tantawi. Show all posts
Showing posts with label Nasarudin Tantawi. Show all posts

Friday, December 16, 2011

Nasharudin tidak pernah hadir mesyuarat, Hasan Ali hanya sekali..i


Sudah menjadi resam atau adat umat melayu, umat bangsa lain dari Melayu aku tak pasti,, bila dah mula retak,, maka erkeluarlah segala cerita-cerita sama ada yang sedap atau yang pedih untuk didengar....



Nasharudin lansung tak pernah hadir mesyuarat PAS Pusat, manakala Hasan Ali hanya sekali, namun mesyuarat PAS Negeri Selangor langsung tak hadir... Baca di nasharudin-tidak-pernah-hadir-mesyuarat-

Aku jadi sedikit keliru,,, bukan baru dah lama dah.... dan aku dok ikut perkembangannya..... kenapa boleh berlaku sedemikian,,,,

Apakah beliau pun ingin ikut serta......... sama-sama berjuang dengan golongan ulama muda UMNO.....





Monday, August 15, 2011

Ketua Pemuda PAS melakukan kesilapan dengan melepaskan peluang......

Salam Sejahtera,

Tak pasti sama ada berita muka hadapan ni betul atau rekaan semata-mata....
,

Tetapi kalaulah betul seperti yang dilaporkan, Nasaruddin Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Pusat telah melakukan sedikit kesilapan dengan melepaskan peluang yang terbuka luas...

Apa yang PAS boleh buat dengan isu Gereja dengan JAIS tu, hanya sekadar mendapatkan penjelasan dari Gereja dan JAIS, ictu pun kalau JAIS nak kerjasama, kalau tidak apa yang PAS boleh buat,, selepas itu PAS keluarkan kenyataan itu sahaja...

SEPATUTNYA MASA INILAH NASARUDIN MENGAMBIL PELUANG, MENGAJAK PEMUDA UMNO, PEMUDA PERKASA, DAN SEMUA NGO ISLAM BERSATU MENDESAK KERAJAAN YANG SEDIA MENGGUBAL AKTA MURTAD DI PARLIMEN....

Bukan hanya sekadar nak desak PAS beri pendirian Rasmi... Kenapalah mudah sangat terpedaya dengan permainan UMNo ni............



.


Wednesday, August 10, 2011

Dapat dapat gelaran ayam jantan - kena berkokok...

Salam sejahtera,



Perkataan berkokok ni sinonim dengan ayam jantan, bila dan ketika ayam

jantan berkokok, kalau dikampong-kampong mungkin kedengaran bila masuk

waktu nak mula subuh,,,


kalau di siang hari ayam jantan berkokok ada banyak sebab, kalau lepas

menang bergaduh berebut ayam betina pun pakat berkokok menandakan dia

lah jantan hero,,,


Tetapi kawan kita seorang ni dah kena tohmahan dengan Ibrahim Ali Presiden

Perkasa, " “Saya juga dikecam bila sebut jihad fisabililah. Saudara Nasrudin jangan berkokok saja,” Baca DI SINI


apa maksud berkokok tu aku pun tak tak pasti,,, itulah,, nak sangat jadi ayam

jantan, nasib baik tak kena sembelih......





.

Monday, May 30, 2011

Kesian Ketua Pemuda PAS .....

Salam Sejahtera,

Semalam bukan main hebat dapat liputan sepenuh muka akhbar MM, hari ini lain pulak cerita, sesama geng perpaduang bantai dia balik, apakah ini betul-betul bukan lakonan atau sebaliknya...

Apa pun bila dah dok minat dengan UMNO, sedikikit sebanyak perangai yang dok ada dalam UMNO dah berjangkit nampaknya...
.

POLITIK

Pengacau: Mustafa sanggah kenyataan Nasruddin

KUALA LUMPUR 29 Mei - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyanggah kenyataan Ketua Dewan Pemudanya, Nasruddin Hassan yang mendakwa terdapat 'pengacau' yang mahu menganggu proses pemilihan parti itu minggu depan.

Menurut Mustafa, beliau tidak mengetahui tentang dakwaan itu kerana proses pemilihan serta muktamar parti yang bermula sejak beberapa minggu lalu kini berjalan lancar seperti dirancang.

"Semuanya berjalan seperti biasa kerana saya tidak nampak wujud golongan pengacau seperti didakwa berdasarkan tiada sebarang laporan yang diterima pihak saya sehingga kini.

"Malah, kempen pemimpin yang bertanding berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kerana semua pihak menghormati di antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan Nasruddin tentang wujudnya golongan 'pengacau' dalam pemilihan Pas kali ini yang berhasrat merosakkan parti berkenaan.

Dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, kata Nasruddin, gelaran 'puak Erdogan' serta 'golongan ulama' sebenarnya diwujudkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mengeruhkan keadaan dan mengambil kesempatan mencetuskan polemik dalam parti.

Mustafa menambah, pihaknya tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh terdapat golongan pengacau dalam Pas pada musim pemilihan kali ini selagi ia tidak dilaporkan dengan disertakan bukti kukuh.

"Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa jawatankuasa pemilihan Pas dan pejabat saya tidak ada menerima sebarang aduan mengenai 'pengacau' dimaksudkan," ujarnya.


Sunday, May 29, 2011

Apa dah jadi dengan Ketua Pemuda PAS ni,,,,

Salam Sejahtera,

Kalau nak tunggu blogger UMNO yang bawa isu ni, aku rasa sampai PRU15 pun depa tak kan usik, jadi nak tak nak, walaupun sakit aku terpaksa tulis juga, kalau ada sesiapa penyokong yang taat setia kepada Pak Sheikh ni yang nak maki hamun kat aku sila kan,, aku terima, selagi aku rasa tak puas hati selagi itu aku akan tulis...,



Terkejut beruk aku pagi ni,.. kenapa boleh jadi macam ni, bukan sekadar ruangan berita kaki, tetapi hampir satu muka penuh, kenapa begitu baik sekali Utusan Malaysia yang dah nak pupus pengeluarannya memberi ruangan satu muka penuh,

Agak-agak hangpa semualah, rasa-saranya semenjak muktamar pemilihan pimpinan parti PAS sejak 2009 yang lalu, adatak Utusan memberi ruangan yang sama sebegini kepada Husam, Mat Sabu atau senang cerita kepada golongan Erdogan... ada tak....

Yang aku tak puas hati, cukup tak puas hati.... pimpinan tertinggi mengarahkan ahli-ahli bawahan macam aku ni, boikot dengan Utusan, tup-tup Ketua Pemuda PAS yang sama taraf dengan ulama boleh buat pusingan U 360 juga, cukuplah Dato Tuan Ibrahim seorang buat pusingan U,... dah lah tu, pi dok cerita hai masaalah parti kepada surat khabar musuh,, cantik sungguh, pandai... beginikah rupanya nak jadi pimpinan parti PAS yang nak menghadapi UMNO,,,

Lu orang fikirlah,,, perwakilan muktamar, fikir-fikirlah, kuasa ditangan anda semua untuk kebaikan parti PAS masa depan, jika anda silap PAS akan disembelih oleh UMNO, tak kan tak kenal hati budi UMNO yang dididik dan asuk oleh APCO yahudi...... Musuh Islam UMNO dan APCO tak kenal siapa saja...selagi kita yang perjuang Islam beerti musuh mereka, tak itu pun tak faham kut....

,


Friday, November 12, 2010

Aku setuju...Aku sokong..tapi..

Ketua pemuda PAS dah bersuara tentang kerusi-kerusi DUN dan Parlimen yang bakal akan dipertandingan pada PRU13 nanti...

Baca seterusnya DI SINI.

Bagi aku, pimpinan PAS kena ambik kira serba serbi yang asas untuk calon faktor, terutama sekali kerusi DUN, pilihlah penduduk tempatan, dah ramai yang berkelayakan, ada sesetengah tu dah berapa penggal jadi YDP, dah ada ijazah, dah pun macam ustaz, malah lebih baik dari Ustaz, dah pun boleh pencen dari jawatan kerajaan,....memang sesuai sangat jadi calon...,

Seorang calon pegang satu kerusi,, jangan DUN pun pegang, Parlimen pun nak pegang juga, akan datang susah,, susah buat pengundi dan rakyat.pakat-pakat rasa sesama la...PAS dan ramai dah ahli-ahli yang berkaliber......

Kalau kat Parlimen, pilihlah calon-calon yang boleh berbahas, contoh seperti YB Khalid Samad, Dr Zulkefli, Dr Hatta, Dato Mahfus, YB Salehuddin, mereka boleh berbahas, menyanggah ucapan pimpinan UMNO, bukan setakat berucap memberi cadangan dan mengemukakan soalan sahaja..

Bab pemimpin yang lanjut usia ni kena tengok dulu, jangan nak pukul rata,,, Mursyidul Am PAS hangpa jangan dok gatai-gatai pulak, Tok Guru mesti dikekalkan... Setiausaha Agung OK... yang itu patut sekali dilucutkan.... Cukuplah... itu dah terlalu lama date duenya....

Lagi satu,,, aku paling tak berkenan dengan pimpinan PAS yang berminat dengan kerajaan perpaduang... tolonglah...faham....

Saturday, November 28, 2009

PAS - Semakin Panas.

Salam Sejahtera...

Peluang yang ada tidak dilepaskan oleh musuh tradisi PAS, hari ini muka depan surat khabar UM terus menghentam PAS dengan bola tanggung yang didapati dari KPP.

Luahan perasaan KPP mengenai tahap thiqah (kepercayaan) kepada pemimpin semakin berkurang, aku bersetuju sangat, nak buat macam mana, segelintir pemimpin parti PAS pun dah lebih kurang sama dengan pemimpin parti utama orang melayu,

Mana post-mortem PRK Bagan Pinang?, Bagaimana dengan keputusan siasatan PAS Selangor, senyap aja..., apa tindakan bila Hassan Ali tan Nasha memklumkan bab baiah talak 3 kepada blogger UMNO yang menjadi isu besar...

Aku tak mau komen yang lain-lain....
Apa pun tahniah kepada KPP yang berani menyentuh isu-isu terkini.. Selamat meneruskan perjuangan.

Berita berkaitan:

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari