boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, April 11, 2011

Cikgu!...Tolong....Cikgu!...Tolooongg....

Salam Sejahtera..

Ha ha ha... baru ada akai... baru teringat balik kepada generasi yang dilupakan sebelum ini...

Ada siapa yang ambik tahu masaalah mereka, ketika warga kerajaan lain bercuti di hari sabtu, mereka dengan terhegeh-hegeh terpaksa kesekolah kerana mengikut arahan, akujanji dan sebagainya,,, tak cukup dengan itu, beban kerja yang tak habis di sekolah terpaksa di bawa pulang ke rumah untuk dilangsaikan...

Bila pengiktirafan dan sebagainya, hanya mereka-mereka yang menjadi ahli UMNO dan penyokong setia UMNO yang diberikan keutamaan,, yang bukan dari golongan tersebut nasib-nasib kalau nak dapat pengiktirafan atau anugerah seperti yang dijalankan di Melaka sama waktu dengan kempen PRK Merlimau...

Wahai warga guru sekelian,,, manifesto dalam buku jingga ada menawarkan sesuatu yang agak bernilai buat anda jika PR dapat memerintah negara... jadi biarkanlah rayuan Menteri Pelajaran itu... abaikan... apa yang dia boleh buat jika anda semua tidak mengundi calon BN... Biarlah BN lupus di Malaysia.... anda akan bahagia...

TPM minta 'jasa baik' guru di S'wak sokong BN
Regina Lee
Apr 11, 11
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta 'jasa baik' para guru di Sarawak supaya menyokong BN dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan.

Beliau yang juga timbalan perdana menteri menggesa mereka membantu BN menang besar, dengan memangkah calon-calonnya dalam pilihan raya negeri Sabtu depan.

NONEMuhyiddn yang juga timbalan pengerusi BN berucap kepada kira-kira 400 guru yang mengikuti satu program untuk pendidik di Sibu petang ini.

Selepas ini, kata Muhyiddin, pembangkang akan mendakwa BN berkempen melalui guru-guru, tetapi tegasnya, ianya bukan hanya satu peringatan lembut, tetapi juga peringatan yang penting.

Sambil mengkritik kempen Pakatan Rakyat untuk membawa perubahan, Muhyiddin berkata, rancangan pembangunan mungkin terjejas jika berlaku perubahan tersebut.

Menurutnya, rancangan pembangunan akan terjejas jika berlaku gangguan atau perubahan mengikut cara pembangkang.

Beliau mengumpamakan kempen pembangkang untuk perubahan itu umpama 'tikus membaiki labu' - satu pepatah Melayu yang bermaksud tindakan yang akan memburukkan lagi keadaan.

[Baca berita penuh]


3 comments:

  1. Tahniah dan Tima Kasih pada sumer Cikgu2... Buat lah pilihan yg terbaik demi Agama ,Bangsa dan Negara......
    Semoga yg tercatat pada Buku Jingga dpt direalisasikan jika PR berjaya.. sumbangan Cikgu2 pada negara teramat bernilai..
    (kenapa laa x masukkan PTPTN dimansuhkan dalam BUKU JINGGA)huhuhuh..

    ReplyDelete
  2. AGAKNYA BEGITULAH JERITAN BUDAK 7 TAHUN YANG MATI DIBUNUH OLEH CIKGU PAS DI SEKOLAH PAS TU YER...

    ReplyDelete
  3. a ah..setelah d bantu oleh media utusan meloya n berita hairan....mcm teruk ja budak tu kena belasah... crita sebenar haram tak bagtahu..... d guna utk kepentingan politik plak tu..... konon2 ustz sekolah pas ni teruk.....wahai luncai ... selidik n siasat dulu sebelum buat andaian... jgn jadi pak turut

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari