boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, August 11, 2013

Berita sedih buat para suami-suami di bulan syawal....

Dah masuk hari raya keempat hari ini,, hi hi hi,, aku duk ngat nak relax,,lagi,, malas nak update blog,,,, ingatkut besuk Isnin baru nak mula balik... 

Tetapi bila baca berita ni,, adui... tercabar beb.... 



NEGARA

Trend keganasan terhadap suami


ROHANI bersalam dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di Kuching semalam.


KUCHING - Kes-kes keganasan rumah tangga yang dialami oleh suami menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 3,616 aduan mengenai kejadian itu diterima dalam tempoh lima tahun lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, peningkatan kes keganasan ke atas lelaki agak membimbangkan kerana jenayah tersebut dilihat seolah-olah menjadi trend sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun, menurut beliau, mengikut statistik Polis Diraja Malaysia bagi tempoh sama antara 2008 hingga 2012 itu, kes-kes keganasan yang dialami lelaki masih rendah berbanding kes keganasan membabitkan kaum wanita yang mencatatkan angka sebanyak 13,083 kes.
"Kes keganasan rumah tangga sama ada membabitkan wanita atau isteri semakin meningkat walaupun wujud undang-undang dan pelaksanaan pelbagai program kesedaran bagi membendung gejala tersebut," kata beliau.
Rohani berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Aku duk terfikir,,,, apakah kejadian berita diatas tu ada kaitan yang public duk sok sek sok sek bercerita?... cerita apa ni,,, ceritanya lebih kurang macam kat Klik Sini









No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari