boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, September 23, 2013

Hebat !... Semalam dalam Utuan, Hari dalam TV3 pulak?...

Tak reti nak kata apa lagi,,,




Hentam sajalah labu woi.......

Satu komen yang aku dapati dalam FB....

Kaji Semula Ustaz Din dalam Majlis Syura

Sebelum PRU kita sentiasa diingat tv3 dan Utusan adalah agen rasmi UMNO. Tetapi kenapa kini ada juga ahli Pas yang menggunakan Tv3 atau Utusan Malaysia sebagai rujukan.

Yang lebih parah apabila ada juga pimpin
an Pas diberi ruang mengunakan medium rasmi UMNO ini. Adakah para penyokong atau ahli Pas kini sudah boleh mempercayai berita-berita yang disiarkan dimedia rasmi UMNO ini. Adakah Hassan Ali 2.0 kini dalam pembikinan?

Hari ini seorang ahli Majlis Syura telah dihubungi TV3 dan memberi komen mengenai hubungan Pas dan pakatan rakyat. Tidak tahu bagaimana TV3 dapat menghubungi beliau. Tetapi sehingga kini beliau tidak menyatakan samaada TV3 memutar belit kenyataan tersebut atau memang itu kenyataan rasmi Ustaz Din.

Ustaz Din kononnya telah diangkat sebagai anggota Majlis Syura Ulama dimana dilantik oleh Dr. Harun Din disebabkan kertas kerja beliau. Maka aku berharap satu kerja khas diadakan untuk mengkaji semula kedudukan beliau sebagai ahli Majlis Syura.

Ustaz Din sebelum ini terkenal kerana secara jelas menghentam Dr Zul dan Yb Khalid Samad. Dr Zul dan YB Zul diantara "orang lama" dalam Pas tetapi atas kapasisti beliau sebagai ahli Majlis Syura secara terbuka menyerang pimpinan Pas yang banyak berjasa kepada Pas.

Hari ini beliau sekali lagi dilihat seolah-olah "lebih kuah dari sudu" apabila memberi komen melalui telefon kepada Tv3. Walau sebelum ini Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan keputusan hubungan dengan Pakatan Rakyat tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Kenapa masih timbul kenyataan seperti ini, dan yang lebih parah apabila menggunakan media Umno. Jika kenyataan ini dieksploitasi, maka Ustaz Din harus membetulkan kenyataan tersebut.

Namun jika ini memang kenyataan dari Ustaz Din, Pas harus membuka kertas kajian khas untuk mengkaji semula kedudukan Ustaz Din dalam majlis syura. Adakah kedudukan beliau dalam majlis syura itu menguntungkan atau memberi kerugian lebih besar. Jika ia merugikan Pas dan Pakatan Rakyat, Ustaz Din sendiri harus meletak jawatan dalam majlis Syur atau Pas sendiri yang mengambil satu keputusan yang tepat. Jangan hanya kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jeming Hassan







7 comments:

  1. Ntah lh bhai aku pun tak tau nk ckp apa lagi...melainkn tahniah atas luahan yg berani dari ahli majlis syura pas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lama lagi kena tendang keluar pintu la. Macam ustaz naza.
      Pas lebih takut ngan nuar dan guan eng. Tak caya?. Kita sama sama tengok.

      Delete
  2. jangan berkawan dengan umnu sudah lah,mereka sepupu yahudi dan penganut mahzab baru mahzab al umnu wal haramjadah....jijik aku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ramai yg tertekan sndiri, jgn smpi jalan gostan udah le...hahaha

      Delete
  3. itu melayu dalam ketakutan ...dan tak yakin dah dengan Kebesaran Allah SWT...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas mana takut. Macam MM kata suatu ketika dahulu. Fatwa boleh berubah ikut keadaan.Macam chameleon?
      Boleh ingat lagi MM?

      Delete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari