boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, November 12, 2013

Jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat, Umno akan selamat.

Patut sangat la, ada beberapa pimpinan yang nak sangat-sangat tahalluf siyasi Pas bersama PKR dan DAP dikaji semula,,, kononnya untuk tarik undi melayu undi Pas...



Jangan khianati pengundi kata Khalid Samad

Zefry Dahalan
 | November 11, 2013
Perbalahan dalaman menyebabkan kita (PAS) kalah lima kerusi parlimen di Kedah.




SEREMBAN: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menasihatkan kepimpinan PAS dalam apa jua peringkat agar tidak mengkhianati pengundi dan jangan lupa amanah rakyat yang menyokong mereka.
Merujuk kepada kemenangan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Kedah, Khalid dalam sebuah program ceramah Anjuran PAS Seremban malam kelmarin berkata masalah dalaman PAS di Kedah menyebabkan PAS kalah banyak kerusi di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang lepas.
“Di negeri lain PAS gaduh (lawan) dengan Umno. Tetapi di Kedah, PAS gaduh dengan PAS.
“Perbalahan dalaman menyebabkan kita (PAS) kalah lima kerusi parlimen di Kedah.
“Walaubagaimanapun PAS mengambil iktibar dan belajar daripada pengalaman kekalahan di Kedah (kehilangan negeri Kedah kepada Barisan
Nasional pada PRU-13) itu dan faktor utama kemenangan PAS di Sungai Limau ialah apabila kepimpinan dan ahli PAS di semua peringkat bekerja bertungkus lumus untuk membuktikan bahawa masalah dalaman sudah selesai dan PAS tetap kuat.
“Apa jua masalah, jangan khianati pengundi, jangan lupa amanah rakyat.” kata Khalid.
Khalid juga berkongsi maklumat yang beliau terima daripada adik lelaki beliau yang sebelum itu mendapat maklumat itu daripada abang beliau Tan Sri Shahrir Samad yang merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru (Barisan Nasional).
Usaha bawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat
“Pada Hari Raya pertama abang saya Shahrir balik beraya ke rumah emak saya. Salah seorang adik lelaki saya bertanya kepada Shahrir bagaimana lanskap politik pada PRU-14 nanti.
“Shahrir memberitahu adik saya bahawa pada PRU-14, semuanya bergantung pada PAS.
“Shahrir berkata ada golongan dalam PAS nak bawa keluar PAS dari Pakatan Rakyat,” ujar Khalid.
Khalid berkata jika PAS keluar dari Pakatan Rakyat, Umno akan selamat.
“Kalau kita perhatikan sekarang PAS dan DAP sering dilaga-lagakan. Kenyataan media sering diputarbelit.
“Sebenarnya Umno gelisah apabila formula beberapa parti bersatu dalam satu gabungan bukan milik Barisan Nasional sahaja.
“Kita berjaya membentuk satu gabungan dan memerintah bersama. Negeri Selangor merupakan model kerajaan Pakatan Rakyat kerana ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang seimbang.
“Pada PRU-12 tahun 2008, PAS memenangi lapan kerusi DUN, DAP 13 dan PKR 15.
“Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat boleh mentadbir kerajaan negeri Selangor dengan cemerlang.
“Maka kali ini rakyat Selangor memberi sokongan yang lebih jitu kepada Pakatan Rakyat dan hasilnya kali ini (PRU-13), PAS menambah dari lapan kerusi DUN kepada 15 kerusi, DAP 15 kerusi dan PKR 14 kerusi.
“Keadaan inilah yang membuatkan Umno runsing sekarang.
“Jika PAS keluar Pakatan Rakyat, ia tidak akan beri kesan di Kelantan kerana di Kelantan ianya boleh dikatakan kerajaan negeri PAS. Begitu juga di Terengganu jika PAS berjaya bentuk kerajaan negeri.
“Tetapi di semua negeri lain di Malaysia, seandainya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, maka Pakatan Rakyat akan kalah pada PRU-14.
“PAS, DAP dan PKR saling memerlukan antara satu sama lain untuk membentuk kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat pada PRU-14 nanti.,” jelas Khalid.

Komen aku, buat perwakilan pada muktamar nanti, perlu mempertahankan kepimpinan yang sedia ada,,, team saf kepimpinan yang ada sekarang ni dah cukup cantik dah... agenda utama kita jatuhkan rejim umno dahulu,,, lepas tu kalau pimpinan bertaraf ulama-ulama faqih nak ambik tampok kepimpinan Timbalan Presiden, Naib Presiden, AJK Pusat, untuk nak memerintah silakan...



7 comments:

  1. Hahaha...itu klu pr menang...klu tak menang2 juga...bhai mm apa kata kita buang dan cantas terus ulama2 yg fakih ke tak fakih ke..dan kita naikkn syeikh mat syabu sbgi presiden terus..pastu timb.pre kita lantik pak mus...

    Yg kuat kn pas ni syeikh mat syabu je..yg ustaz ke, ulama ke waima ahli agama tu buat mnyemak dlm pas...yg penting utk pas skrg ialah umno jatuh...pr naik dan semestinya anwar jd pm dan mnteri kanan yg lain kita bg kt dap sbb depa pandai... yg jawatan kurang brfikir pas ambik sbb yg pnting tamat pmr pun ttp dianggap golongan professional asalkn tak mngaji...

    Apapun bhai mm 'kita' kena tingkatkn lg kempen utk syeikh mat syabu utk beliau dipilih sbgi tim.pre pas secara total...maka mudah lh utk lu sngkirkn segala ahli agama lps ni dan 'kita' kempen syeikh mat syabu sbgi next presiden pas....hidup DR mat syabu (baru nmpk pro)...takbir!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua sokong bagi kat dap daripada bagi kat umno bodoh.tipu melayu.sial haram j.....

      Delete
    2. Alahai bhai...bkn lu sorang jew yg jd barua cina...lu nk jilat cina pun nk buat camana...faktor keturunan kot...

      Delete
  2. betul tu mm...kalah kan umno dulu dah menang baru bertelagah...buat mcm umno...kalahkan PAS dulu dah menang baru tikam kiri dan kanan...kahkahkah

    ternyata PAS masih mentah dalam berpolitik...

    ReplyDelete
  3. Walau siapa pun yg terpilih disaf pimpinan tertinggi PAS tidak boleh tinggalkan PR. Komen Juragan amat bernas serta matang macam budak tadika kemas yg belum mumaiyis tak pandai beristinjak.

    ReplyDelete
  4. Jika Pas kluar daripada Pakatan.. UMNO akan dpt balik Selangor kot..? UMNO memang trliur sangat dh.. Pas nmpaknya dh keliru serta dikelirukan oleh syaiton di kalangan manusia.. dh di persimpangan dilemma..

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari