boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Kabinet Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Kabinet Rakyat. Show all posts

Friday, October 21, 2011

Rakyat kecewa keputusan Pas

Tak dapat aku nak berfikir bila terbaca dengan tajuk diatas tu...

Rakyat kecewa........ sebab keputusan PAS... seolah-olah PAS ni sebagai pemerintah dalam negara.... sebabnya yang kecewa tu rakyat... kalau sekadar dalam parti tentulah ahli atau penyokong.....

Tetapi itulah realitinyanya berita yang dikeluarkan oleh akhbar yang dah mula nyanyok tunggu masa nak mamposs....

Tak cukup pada itu rakyat-rakyat yang kecewa ni dalam berita ini diketuai oleh dek nak Geng Three stooges, Rahim Tambi Chik tokey video sex... ni apa ke bana punya cerita ni.... pening aku... tetapi baguih juga..... depa dah mula nampak pada PAS.... sebab PAS akan ganti UMNO .. Insyaallah..

POLITIK

Rakyat kecewa keputusan Pas

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Rakyat Malaysia yang beragama Islam khususnya penyokong kuat Pas kecewa apabila parti itu membuat keputusan untuk tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Shah Alam Sabtu ini.

Presiden Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Thamby Chik berkata, keputusan Pas kelmarin amat memeranjatkan semua lapisan masyarakat terutamanya penduduk kampung dan luar bandar yang selama ini melihat parti itu antara pelindung agama Islam.

"Keputusan yang mengecewakan rakyat itu konsisten dengan dasar bercelaru dan membingungkan oleh Pas sejak akhir-akhir ini, daripada negara Islam kepada negara kebajikan, komunis hero kemerdekaan dan kini keputusan tidak menyertai perhimpunan demi menyelamatkan akidah umat Islam.

"Saya bukan ahli Pas tetapi saya juga dapat merasakan denyut nadi umat Islam di negara ini yang melihat keputusan itu lebih berbaur politik daripada perjuangan agama. Mungkin kerana mereka telah diberi amaran dan takut kepada DAP," katanya.

Beliau mengulas keputusan Pas Pusat untuk tidak menyertai Himpun yang dianjurkan oleh lebih 48 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana majlis tersebut tidak melibatkan parti-parti politik.

Namun, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dilapor menyokong penganjuran acara berkenaan tetapi bukan atas dasar parti politik di samping mengajak semua umat Islam menyokong usaha murni itu.

Rahim dalam pada itu menjangka antara alasan yang akan digunakan oleh sebilangan pemimpin Pas yang tidak menyokong Himpun dalam ceramah mereka kelak adalah dengan menuduh perhimpunan itu ditaja UMNO.

"Tiada alasan kukuh kerana nyata sekali perhimpunan itu ditaja oleh NGO Islam. Tambahan pula, soal agama tidak boleh dipolitikkan tanpa mengira ideologi, fahaman, kedudukan individu atau kumpulan tertentu.

"Tindakan Pas tidak menyokong Himpun akan menjadikan parti itu tidak relevan lagi kepada perjuangan Islam. Saya berharap pemimpin Pas jangan menjadi fanatik, kita perlu rasional dan menggunakan akal yang diberikan Allah dengan sebaik-baiknya," ujarnya.

Sementara itu, Rahim berpendapat, kini sudah jelas terdapat usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak tertentu di Selangor dan rakyat berharap Pas yang berada dalam kerajaan negeri tampil menyekat usaha tersebut.

"Saya difahamkan 37 orang Islam telah dimurtadkan dan kini di bawah kaunseling JAIS tetapi mungkin lebih ramai golongan murtad yang belum dikenal pasti.

"Ramai pemimpin agama menyarankan Pas menggubal sebuah enakmen anti murtad di Selangor sebagai langkah awal agar tindakan berkesan dapat diambil terhadap mereka yang cuba memurtadkan orang Islam. Jika enakmen pun tidak mampu, bagaimana mereka mahu melaksanakan hudud?" katanya.


Kaitan Berita utusan.



Friday, December 10, 2010

Kota London...VS Kuala Lumpur

Kota London, kota metropolitan, ibu negara Inggeris United Kingdom, negara penjajah yang pernah menjajah negara kita Malaysia dan beratus negara-negara lain di dunia ini, yang mana lahirlah nama negara-negara Commonwealth.

Pemimpin UMNO telah menjadi Kota London sebagai pusat rujukkan untuk negara kita, terutama sekali undang-undang yang juga disebut Common Law, sebagai contoh krisis negeri Perak 2009 dalam isu Speaker menggangtung MB dan Exco BN,...disebab London sebagai negara maju, dan kehadapan dalam apa segala bidang pun...,

Namun walaupun seribu kali kemajuan yang ada dalam negara itu, kezaliman terhadap rakyat tetap berlaku, kenapa perkara ini berlaku, pertama sekali mereka tidak mengambil Islam yang paling adil sebagai panduan kehidupan untuk semua umat, maka berlakulah kejadian.... DI SINI.

Jadi....Ingatlah wahai pemimpin UMNO... Jika kezaliman yang berterusan dalam negara Malaysia ini tiada penghujungnya, maka tunggu sajalah, apa yang berlaku di Kota London itu tidak mustahil akan berlaku di negara Malaysia, Pemimpin-pemimpin tak kira politik atau pun dari istana indah hidup dengan senang lenang, umpama didalam syurga, rakyat di luar sana penuh dengan kedaifan dan penindasan yang berleluasa,, maka tunggu sajalah..

Kesabaran yang sudah hilang tidak mengenali lagi budaya sesuatu bangsa mau pun bangsa melayu yang diagung-agung selama ini, rakyat menjadi diam kerana masih menghormati pemimpin-pemimpin yang mereka hormati dan sayangi,,, apa kata jika pemimpin yang mereka sayangi dan hormati itu sama-sama turun padang menentang kezaliman... bayangkanlah ketika itu apa yang akan berlaku...

Sunday, April 12, 2009

Harap-harap jadi kenyataan !...Rangkuman Berita



Banyak perkara-perkara yang bakal akan terjadi dalam masa yang akan datang ni...

Pertama bab MIC tak puas hati kat Kabinet Rakyat.. depa bercadang nak keluar kabinet.. cerita selanjutnya ada kat sini. Aku takut depa ni acah aja.. bukan tak tau perangai India.. lebih kurang melayu mim mati juga.. dia gempak lebih .. tak jadi menteri pun dapat jadi pengerusi sesuatu agensi Kerajaan pun dah kira OK.. kensel acah tu...

Kedua mengenai UMNO Terengganu... kalau tak betui tak kan boleh keluar cerita.. harap-harap jadi betui.. sebab geng yang nak usul undi tak percaya kat MB Mat Said geng "kami nak deris natang"... cerita penuh ada di sini. Kita tunggu apa cerita selanjutnya.. PAS Terengganu pun kira OK juga main peranan kasi goncang lagi kerajaan Mat Said.. memang jadi lah ni agak nya..cerita seterusnya di sini.

Ketiga.. mengenai kerajaan Bayangan Pakatan Rakyat.. Tim Perdana Menteri dah risau.. apakah ini pun akan terjadi selepas 16 Sep lalu tak kesampaian..ada kat sini. Yang ini aku memang harap-harap terjadi.. bilalah nak berlaku...

Yang Keempat ni pun lebih kurang sama cerita dengan yang pertama.. Ahli Parlimen Terengganu nak letak jawatan.. kemudian bakal diikuti oleh ramai lagi.. adakah depa tak puas hati tak dapat jadi menteri... memang kabinet rakyat... bagi rakya huru hara kalau betui.. tapi apa pun semua ni gempak hindu belaka.. dah dapat habuan diamlah masing-masing.. senarai penuh Ahli-ahli yang bercadang nak keluar ada Di SINI.

Bagi aku salah satu daripada 4 perkara di atas betul-betul terjadi pun kira cantik juga.. kurang-kurang dari awal lagi Kabonet Rakyat dah mula calar balar... mampus UMNO.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari