Salam Sejahtera
OK, sesiapa saja yang nak menulis blog, nak lepas apa yang terasa di hati, silakan, create satu blog, lepas tu, hang tulislah apa pun, tetapi nampaknya kebebasan yang ada pada dunia tanpa sempadan sedikit demi sedikit akan diganggu gugat nampaknya.
Sebelum ini Perakexpress dengan hasil idea dari MSK dah menganjurkan satu seminar untuk penulis blog pro PR pada dua tiga bulan yang lepas di Kuala Kangsar, nanti PAS Pusat pulak akan mengadakan konvesyen blogger PAS pada 20 Dis 2009 pula, nampaknya semua kerja-kerja ini menambah baik untuk blogger-blogger yang gatai nak menulis blog termasuk aku.
Kini yang terbaharu sekali ni ha... hangpa baca Kod Etika nak memblog..
Penulis blog hendaklah:
• Jujur dan adil dalam mendapatkan, melaporkan dan menginterpretasikan maklumat
• Jangan sekali-sekali menciplak
• Mengenalpasti dan membuat pautan pada sumber apabila sesuai dan boleh dilaksanakan
• Jangan sekali-kali menyiarkan maklumat yang diketahui tidak tepat – dan jika menyiarkan maklumat yang boleh dipersoalkan, pastikan dijelaskan akan keraguan tentang maklumat tersebut
• Bezakan antara sokongan, komentar dan maklumat berdasarkan fakta
• Mengakui akan kesilapan dan membetulkannya dengan segera
• Perlihatkan cita rasa yang baik. Elakkan daripada memenuhi kehendak rasa ingin tahu yang mengerikan atau sensasi
• Jelaskan setiap misi blog dan alu-alukan dialog dengan khalayak ramai tentang kandungan dan cara pengendaliannya oleh penulis blog
• Mendedahkan pertentangan kepentingan, penggabungan, aktiviti dan agenda peribadi
• Mematuhi standard yang tinggi yang sama seperti mana yang mereka harapkan daripada pihak lain.
Semua Kod Etika yang tertera diatas tu aku rasakan cukup baik, tetapi sendiri aku tak tau atau tak pasti apakah etika ini akan diikuti, sebabnya yang mengeluarkan Kod Etika tu datang dari blog 1malaysia.
Kalau tanya kat aku, aku boleh ikut, TETAPI pertama sekali Etika itu wajib diguna pakai oleh semua Media Utama sama ada media elektronik ataupun media cetak dalam Negara, itu yang utama... kalau hak itu tak ikut Etika, hak penulis blog termasuk aku sendiri, sorry.. sebab aku menulis blog kerana aku rasa banyak lagi yang tak betui di media cetak dan elektronik arus perdana.
Oii... Kalau nak suruh rakyat buat sesuatu, hak yang diatas tu kena mula dulu, kena ambik balik slogan KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN, jangan tau nak cadang itu ini, sedang kan yang di atas sana masih melantung.....phoorah.