boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

Selamat Menjalankan Ibadat Puasa Ramadhan AlMubarak..

Dah lama blog ni tak dipedulikan,, banyak isu-isu yang nak disampaikan,, tapi sayang tak kesampaian... 

Apa pun, esok kita mula nak menjalankan ibadat berpuasa,, di sini aku ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadat berpuasa , moga-moga mendapat keredhaan Allah.


Friday, August 2, 2013

Thursday, August 1, 2013

Tuesday, July 30, 2013

Bulan Ramadhan beribadat , solat tasbih,, Bila bulan Syawal ?...

Apakah mereka-mereka ini mengambil kira fatwa melayu minya dengan ayak tak bercampor,,, bukan aku nak memandai kata,,, tetapi itulah yang berlaku setiap kali Ramadhan....


Monday, August 6, 2012

Gambar Nik Aziz berbuka puasa dengan Lim Kit Siang..

Tahun lepas, Ramadhan Di negeri Selangor heboh orang kafir masuk dalam masjid, riuh satu Malaysia..... 
Tahun ini di Selangor dah tak berlaku lagi,,, tetapi berlaku di Johor pula... lihat sendiri... 


Saturday, August 4, 2012

Derma dan sumbangan Ramadhan.. Kesian sebuah Sekolah Kebangsaan di DUN Zambry.

Seperti biasa tengahari semalam, aku menunaikan solat fardu jumaat dimasjid biasa,, sebelum nak masuk waktu zohor, jurucakap masjid bangun mengumumkan apa-apa maklumat untuk pengetahuan jemaah dalam masjid... 



Friday, July 20, 2012

Ucapan Selamat menyambut Ramadhan dari Mantan MB Perak.







Buat semua pembaca blog Manjungmari,, selamat menjalani ibadah berpuasa,,, apa pun dengan UMNO lawan tetap lawan... 







Saturday, August 27, 2011

Tahniah buat Jamal Abdillah....

Salam Sejahtera....

Penyanyi terkenal Jamal Abdillah ada cerita sendiri, sewaktu ia dok belajar di Sekolah Institiut Harapan Taiping, pada penghujung tahun 70 han dulu,, bercinta dengan dengan budak perempuan sebelah kampong aku, budak Kampong Dew, sama-sama belajar,, namun jodoh mereka tidak kesampaian,,,, budak perempuan tersebut telah dikahwinkan dengan anak pemimpin UMNO di sebelah Simpang Empat Semanggol, semenjak dari itu perhatikan lagu-lagu Jamal,, semuanya lagu-lagu yang berunsur frust bercinta... biasalah cinta pertama tak kesampaian,, namun ada hikmahnya...

Apakah bulan Ramdahan ini membawa suatu perubahan besar terhadap Jamal... Moga-moga Jamal mengikut jejak-jejak artis seperti Bob Lokman, Azmil Mustaffa, Akil Hai dan ramai lagi artis yang dah berhijrah...

Aku yakin segala kerja-kerja amal ini tidak seperti kerja-kerja pemimpin UMNO yang bersedekah,, ada tujuan tertentu,, berbeza dengan Jamal,, ia berniat menyedekahkan pahala sedekahnya itu kepada arwah ibu dan bapanya,,, moga-moga Allah menerima segala kerja amalnya itu.. Insyaallah...




Wednesday, August 10, 2011

Majlis Berbuka di Seri Perdana, 1200 tetamu hadir... tengok kasut !!!

Salam sejahtera,

Agendadaily cuba nak mempertahankan apa yang berlaku dalam UMNO tidak benar, seolah-olah ahli tidak memboikot Najib,,, kalau tidak masakan tetamu yang hadir sampai 1200 orang lebih,,,,

Baguihlah,, kalau PM jemput aku pi makan berbuka posa di Sri Perdana aku pun pegi,, bab makan.. kat Seri Perdana pulak tu…… tambahlah lagi orang UMNO sendiri…. Bab makan lain,, sokong lain….


alt

Kalau tengok ke kasut tetamu dalam gambar tu, tak payah bilang sepasang, bilang sebelah-sebelah pun tak berapa yang ada,, tak tau lah kut-kut ada pintu masuk kut lagi….


Sumber : Inikah-suasananya-kalau-ada-pemberontakan-dalam-umno. .




Tuesday, August 2, 2011

Waktu ini jangan tengok gambar ni....

Salam sejahtera, a


Mula-mula ajarlah ia erti nikmat berbuka puasa, selepas tu ajarlah ia berpuasa......


Insyaallah...


Sumber gambar : facebook.

Monday, September 6, 2010

Sembelihan Lim Guan Eng, Orang Islam boleh makan...

Alhamdulillah, hari ini dah masuk 27 hari kita berpuasa, malam tadi kalau ikut tradisi Melayu, hadis dari kitab matan UMNO, ialah malam 7 likor, kena pasang lampu panjut,, inilah budaya melayu yang UMNO maih nak kekalkan.. masih ditakuk lama tahab bangang no 1...

Puasa tahun ini Allah S.W.T telah memaparkan kepada kita secara tidak langsung betapa munafiknya manusia-masnua bermazhab UMNO, moga-moga dengan apa yang UMNO lakukan terhadap umat Islam akan mendapat pembalasan dari Allah dengan sewajarnya.

Mula-mula umat Islam dikejutkan dengan isu doa oleh Ustaz Zakaria Ahmad supaya Lim Guan Eng memelok ugama Islam, pakat melompat habis.., dengan kerja sama media terutama Utusan melayau heboh seluruh dunia,,, tup-tup Allah nak tunjuk, ada hamba Allah yang ingatkan balik isu majlis bacaan Yasin dan sembahyang anjuran UMNO untuk Kamalnathan di sebuah Masjid di Kuala Kubu semasa PRK Hulu Selangor yang lepas, isu bab doa kepada bukan Islam supaya memasuki Islam diharuskan dalam Islam, tetapi isu bacaan Yasin dan sembahyang hajat untuk memenangkan calon bukan Islam sedangkan ada calon sudah tentu comform bersalahan dari segi hukum dalam Islam,, jadi siapakah yang munafiq...

Tak sempat selesai isu bab doa, UMNO dapat lagi modal haram untu mengenakan Pakatan Rakyat dalam isu YB teo MP Serdang (amoi ooo... Serdang mali tatak sombong punya) memasuki surau menyampaikan bantuan kerajaan negeri Selanor, tetapi UMNO buat cerita YB Teo memberi tazkirah..., UMNO ni faham ka apa itu tazkirah,,,, itu satu isu, kemudian mereka mengatakan YB Teo tak tutup aurat,,, aduhai... itulah yang dikatakan UMNO ni,,, oii dia tu non muslim, dia pakai secara bersofan dah Ok dah lah tu, tapi apa pun Allah maha kaya, ada pula gambar-gambar Rosmah MA sedangkan menyampai ceramah dalam masjid dengan jambul tersembul, ada yang dogol langsung tak bertudung..., ambik kau..., kemudian keluar lagi gambar Video clip youtube majsli anjuran UMNO Juara rakyat... tu dia..UMNO.

Sibuk pi sibuk mai, terjumpa pula fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bukan Islam diharuskan memasuki masjid..., nampaktak... dalam dua tiga perkara ni, UMNO tanpa siasatan, tanpa rujuk kepada yang ahli, dengan kuasa yang ada kepada mereka selaku menteri-menteri terus menjatuhkan hukum... seolah-olah masjid dan surau tu hanyalah exclusive untuk orang islam sahaja, orang bukan Islam tak boleh... tapi kalau sekutu mereka dalam BN boleh pulak..., tak munafiq lagi kah UMNO dengan sikap mereka yang sedemikian...

Malam tadi aku beruntung betul, dapat dua tazkirah ramadhan, pertama di surau, takzikarh selepas tarawih, balik sampai rumah jam 10.30 mlm lebih, Dr Wahab telefon aku, awal mula dia tanya aku dah tidur ka belum..., $!@#$&*&(*(..., lepas tu dia tanya aku apa ugama Lim Guan Eng, aku jawab Kristian, tetapi aku belum pasti sepenuhnya... Dr Wahab jawab balik, kalau Kristian isu sembelihan yang di heboh-hebohkan tu beerti orang Islam bolehlah makan...Tu dia.. ambik kau UMNO kena lagi..


Kemudian Dr Wahab memberikan ayat Al Quran DI SINI. aku terasa sedikit kegusaran, kerana apa yang aku faham ahli kitab ialah orang-orang Kristian dan Yahudi yang ada kat tanah Arab, setelah mendapat penjalasan yang panjang lebar..., aku tak pasti.. silap-silap kredit telepon Dr Wahab habis kerana bagi tazkirah kat aku malam tadi, dan barulah aku faham.. Selepas tu dia nak bagi aku puas hati beberapa kali lagi dia dok SMS meminta aku semak ayat surah At-Taubah ayat 30 dan Al Maidah ayat 72 dan 73.. ayat yang bersangkutan dengan apa yang tazkirah kat aku..

Jadi ini adalah pendapat Dr Wahab dengan aku, aku nak tengok apa kata UMNO, mereka cipta isu ni, apa jawapan mereka bab sembelihan ni..mungkin ada pendapat yang lebih muktabar lepas ni, sama-sama kita mendapat ilmu pengetahuan dengan isu-isu yang di timbulkan oleh UMNO tu...

Tetapi apa pun nampak sangat kebodohan UMNO ni, kita sendiri termasuk aku, pun tak berani nak pegang parang pi sembelih lembu, kalau setakat semebelih ayam tu beranilah lagi, lembu ni kena fikir banyak kali, kalau dah terdesak nak makan dan nak sembelih tak ada orang tu lain ceritalah...begitulah lojiknya pada akal, tak kan lah Lim Guan Eng tu bangang macam UMNO,, semua perkara nak buat walaupun ia tahu ia tak layak., sedangkan sekelilingnya masih ramai orang Islam,, UMNO-UMNO nak menipu pun tak fikiak habis-habis......

Dah selesai kes sembelihan, aku gatai mulut, pi tanya lagi kat Dr Wahab bab raya hari Khamis.., aku ingat cukuplah dulu, apa pun kesimpulan bab raya ni cuma aku teringat, pada tahun ni negara kita Malaysia sambut 1 Ramdhan hari Rabu sama dengan negera-negara Arab termasuk Arab Saudi... jadi kita tunggu Arab Saudi nanti 1 Syawal hari apa, Khamis atau Jumaat!????

Terima Kasih Dr... insyaallah Hari Isnin 13 Sep nanti kalau panjang umur ada rezeki aku balik dari Johor nanti akan singgah kat rumah Dr di Kapar, boleh kita beraya dan sembang panjang-panjang sikit,, aku nak minta petua-petua yang ada pada Dr tu...


Monday, August 16, 2010

Apa Kata UMNO ?!! Islam ala UMNO...

Salam Sejahtera...

Bulan puasa tak boleh mengumpat.., nanti kurang pahala puasa..., tetapi kalau seperti ni macam mana cerita,,, hukum hak wajib secara terang-terangan depa engkar...,

Hak yang haram secara terang-terangan berlaku.... tak tahulah pulak, yang betina tu anak kepada menteri UMNO tu....

Tuesday, August 10, 2010

Awas Pejuang Islam Malaysia.

Salam Sejahtera...

Petunjuk sekarang dah nampak jelas berlaku di negara seberang, negara yang majoriti umat Islam. Tak mustahil perkara sebegini dalam negara Malaysia yang mana dalam nak menghadapi kejatuhan UMNO akan berlaku perkara-perkara diluar dugaan dalam negara kita...


Kalau di negara Pakistan, sebahagia saudara-saudara kita menhdapi suasana musibah banjir, tetapi buat saudara kita di Indonesia inilah yang mereka hadapi, Ulama kesayangan Umat Islam di tahan sesuka hati oleh pemerintah mereka.2 x 5, 5 x 2...

Selamat Mengerjakan Ibadah Berpuasa

Ramadhan Al-Mubaraq..

Friday, August 6, 2010

Renungan pagi Jumaat..

Salam Sejahtera...

Insyaallah, jika diizinkan Allah S.W.T hari Selasa ini 10 Ogos, malam akan diumumkan bila kita akan mula berpuasa Ramadhan Almubarak yang penuh keberkatan.

Seperti biasa di negara umat Melayu Malaysia ini aktiviti berpuasa menjadi salah satu perkara penting dalam kehidupan mereka yang kemudian akan diikuti pula sebulan berhari raya dalam bulan syawal, itulah hebatnya Malaysia..

Didalam bulan puasa inilah masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi pada sebelah malam dengan aktiviti sembahyang terawih, maka keluarlah fatwa-fatwa songsang dari pihak berkuasa yang jumud melalui Majlis Agama memberi arahan hanya sembahyang terawih sahaja yang dibenarkan, tiada program tazkirah, kerana ini akan menggangu jemaah nak beribadat di dalam bulan yang penuh berkat...

Cuba kita perhatikan, betapa bodoh dan jahatnya UMNO yang memegang kuasa pemerintah yang cuba nak menghalang program-program tazkirah sebagai peringatan dan panduan untuk umat Islam, kita umat melayu Islam masih dikelirukan yang mana lebih aula, yang mana fardhu Ain dan yang mana sunat...

Di bulan ramadhan ini jugalah semacam satu pesta pada sebelah petangnya, apa tidaknya Pasar Ramadhan akan tumbuh di merata ceruk, masa inilah buat yang ada bakat meniaga akan pasang meja buka perniagaan, dan masa inilah serba serbi jenis makanan akan diperniagakan, dan masa inilah timbul keinginan bagi kita nak makan apa yang diidamkan, maka bertembungan diantara yang harus dengan haram di pasar ramadhan, maka sia-sialah puasa kita hari tersebut melainkan mendapat lapar dan dahaga..

Satu lagi budaya orang Melayu, yang ini termasuk dengan aku sekali,,, kita yang mempunyai anak-anak kecil sekitar 5 - 7 tahun selalunya anak-anak ini akan diajar bersama-sama berpuasa, bukan aku nak kata salah, itu satu perkara yang baik untuk melatih anak-anak mengenali puasa, tetapi bila anak-anak kita tak dapat menahan lapar, selalunya anak-anak kita mereka dahaga kerana banyak bermain, di masa ini kita akan menahan mereka dari berbuka, kita cuba memujuk mereka supaya menahan dahaga tersebut, dengan mengatakan sekejap aja lagi, sedangkan masa nak berbuka masih lagi lama, tidakkah dengan itu kita secara tidak sedari dah menyiksa anak kita sendiri, sedangkan Islam tidak menyuruh kita berbuat sedemikian,,,

Rasullullah mengajar kita bila anak-anak kecil berumur 7 tahun hendaklah mereka disuruh solat, jika mereka berumur 10 tahun jika engkar hendak dirotan, tetapi kita umat melayu, ada suruh anak-anak kita bersolat, kalau mak dan ayah pun ramai lagi yang tak bersolat, bagaimana nak suruh anak-anak nak bersolat.

Tahniah buat pengurusan SK Dato Ishak Lumut yang ada inisiatif untuk para pelajarnya..


Hairan juga aku, kenapa bila umat Islam tak berpuasa, ada badan pennguatkuasa yang akan mengambil tindakan dengan menahan sesiapa yang tak berpuasa, kerajaan sanggup mengeluarkan iklan-iklan meminta umat Islam membayar Zakat kepada amil-amil yang dilantik atau yang ada tauliah dari kerajaan... tetapi bab solat ada pemerintah ambik peduli, dalam negeri Perak cuma sewaktu Nizar dan PR selama 11 bulan dahulu, ada dianjurkan bulan solat, mengajak rakyat Perak yang berugama Islam bersolat, bila rampasan kuasa berlaku dah tak ada lagi, yang ada pun program solat hajat di rumah MB untuk sebagai harapan dan kepura-puraan Zambri untuk memohon kemenangannya dalam keputusan siapa MB Perak.

Kenapa boleh jadi begini, apakah pemimpin-pemimpin UMNO jarang bersolat? Entahlah hak ini aku tak boleh membuat tuduhan, tetapi yang nyatanya bila PM membentang budget di Parlimen selalunya solat asar dah tentu terlepas.

kalau pemimpin sendiri tak bersolat, bagaimana mereka nak menyuruh atau mengajak rakyat bersolat, dan begitulah kalau ayah dan ibu tak bersolat, bagaimana mereka nak suruh anak-anak mereka bersolat, jadi bila dah tak bersolat maka lahirlah bermacam-macam gejala buruk, sehinggalah gejala yang terbaharu ialah gejala bunuh diri, bila dah pemimpin-pemimpun memulakan gejala itu, tak mustahil pada masa akan datang akan menjadi ikutkan pula pada umat-umat melayu....

Itulah faedahnya umat-umat melayu yang mereka dapat bila menyokong UMNO......

Thursday, August 20, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Selamat Berpuasa....

Salam Sejahtera...

Kurang dari 48 jam lagi Insyaallah kita umat Islam akan menyambut Ramadhan Al Mubarak, harapan ku agar Allah memanjangkan umur ku sehingga selesai Ramadhan buat tahun ini, dan aku ingin mengambil kesempatan kepada semua pengunjung blog MM ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, Ahlan Wah Sah lan...aku mohon maaf jika ada tulisan-tulisan aku selama ini ada yang menyakiti hati dan perasaan kalian, sama-samalah kita mengambil peluang yang Allah kurniakan kepada kita dalam bulan Ramadhan ini.

Di sini aku terbaca satu artikel yang agak sesuai sebagai tazkirah untuk kita nak menyambut Ramadhan.. aku copy dan buat sedikit edit.....

UNSUR MADANI DALAM RAMADAN

Oleh
A. Rahman Basrun

LUSA bermula Ramadan - sudahkah anda buat persiapan? Maksud saya bukan hanya soal makanan. Tak saran pun, saya pasti peti sejuk dan almari sudah sarat kita isikan untuk bekalan sebulan.

Malah, sesetengah kita sejak Syaaban lagi sudah mula 'isi tangki' dengan ingatan boleh kuruskan badan bulan puasa nanti.

Tahun-tahun kebelakangan ini, trend buat persiapan untuk Raya sebelum muncul Ramadan pun kian menjadi. Logiknya, supaya ibadat puasa kelak tidak terganggu, lebih syahdu, santai dan tertumpu.

Tempah baju Raya? Cek! Langsir? Cek! Kuih Raya? Cek? Permaidani? Cek! Cat rumah? Cek! Van/kereta/bas sewa? Perabot baru? TV 100 inci? Cek, cek, cek! Cek punya cek, yang tersenyum cik adik, yang termenung cik abang kerana tak habis-habis tulis cek (sampaikan ada cek tendang...)

Tengok saja peniaga musiman orang kita. Awal-awal lagi sudah 'recce' lokasi gerai di bazar, buat tempahan.

Bagus wawasan sebegitu. Ia tanda orang kita semakin celik dan cerdik tentang perancangan.

Bak sabda Nabi saw dulu, nak buat baik pun kena rancang, kerana jika tidak, silap-silap keburukan yang lebih terancang yang menang.

Lantaran itu, besar harapan saya kepandaian orang kita merancang untuk bulan puasa dan Raya melimpah ke lain-lain bidang.

Misalnya, Ramadan nanti ramai anak kita yang duduk periksa, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah UPSR dan selepas itu Pengajian Menengah Rendah (PMR) dan awal November Sijil Pelajaran Malaysia.

Sudahkah ibu bapa yang terlibat membuat perancangan sewajarnya - sehebat persiapan bagi puasa dan Raya?

Apakah belanja bagi kuih Raya, langsir, baju kurung dan seumpamanya setara belanja untuk pendidikan anak kita?

Padahal langsir dan baju kurung kian hari jatuh harga, sedangkan ilmu yang diraih tidak pernah lusuh nilainya.

Kita umat Melayu Islam harus tanamkan sikap menabung untuk masa depan anak-anak, orang kita harus menabung untuk persekolahan anak. Kalau tidak mampu, simpan dulu dompet dalam saku.

Sekilas lagi pesanan sempena Ramadan:

Kelak bulan Ramadan, BUKAN bulan Ramakan.

Memanglah berbuka satu nikmat, tetapi berbuka pun bukan maraton atau peraduan makan.

Kasihan orang di sebelah kita semasa tarawih nanti, kerana terpaksa layan sendawa kita setiap kali bangun dari rukuk dan sujud.

Baik sekiranya kita amalkan makan seolah-olah kita di restoran mahal - perlahan-lahan kunyah dan hayati setiap suapan. Nabi sendiri kunyah sekurang-kurangnya 40 kali.

Pada akhirnya, bagi seseorang yang sudah berpuasa sehari suntuk, sekeping roti bersapukan mentega dan gula diiring segelas air madu pun akan terasa seperti masakan cef handalan.

Memang ada bufet dalam Ramadan - tetapi BUKAN bufet restoran.

Sebaliknya, bufet amalan - tahajud, baca Al-Quran, zikir dan seterusnya - bagi kita pilih-pilih, rasa-rasa dan cuba-cuba dan kemudian teruskan melewati Ramadan.

Berpuasa ibarat masuk program spa, BUKAN penjara atau pusat pemulihan.

Bagi sesetengah kita, puasa ibarat 'seksaan' hinggakan timbul gastrik dan perasaan seolah-olah kita banduan. Padahal, yang terbelenggu syaitan agar kita bebas menjalankan segala tuntutan berpuasa.

Kalau dulu nak baca Al-Quran ada 'bisikan' tonton sinetron dulu, dalam Ramadan tak ada alasan untuk ini.

Kalau dulu nak ke masjid, ada 'hasutan' tukar haluan ke kedai kopi, mulai lusa tak boleh salahkan syaitan dan iblis lagi.

Kerana itu berpuasa sebenarnya macam pergi spa, kerana di akhir program sebulan nanti terjamin kita jadi lebih langsing, sihat, segar dan tenang. Itu pun kalau kita patuhi segala pantang larang.

Bulan puasa BUKAN bulan kemas rumah. Ia bulan kita renungi dan perkemas diri.

Ramadan beri kita peluang meninjau dan mengemas kini amalan harian diri kita dan keluarga - mana yang buruk kita buang, mana yang baik kita kekal dan pertingkatkan.

Tiada ertinya rumah kemas, tetapi keluarga tunggang-langgang - ibu bapa ke mana, anak ke mana.

Bulan puasa bulan ujian, tetapi bagi iman.

Ia BUKAN bulan uji kemahiran kita buat kek kukus, masak rendang atau anyam ketupat.

Ia bukan ujian cari kuih Raya paling unik.

Ia bukan ujian kecerdikan kita cari diskaun terbesar di bazar.

Akhir kalam, sayang sekiranya orang Islam tidak hargai ibadat puasa Ramadan yang tiada tandingannya sezaman.

Memanglah agama lain pun ada anjuran puasa, tetapi tidak selama dan seberat puasa Ramadan. Pun puasa mereka kebanyakannya membolehkan alas perut dengan makanan ringan atau minuman.

Puasa Ramadan pun tidak seberat santhara - di mana penganut Jain dibolehkan berpuasa hingga sampai ajal seperti yang dilakukan Cik Keila Devi Hirawat di India pada 2006.

Kemampuan orang kita menahan diri waktu siang selama 30 hari tanpa makan dan minum (dan rokok) adalah sesuatu yang disegani dan patut dimanfaatkan.

Hakikatnya, dalam Ramadanlah kita berupaya menunjukkan kemurnian peribadi selaku individu dan kesepaduan hati selaku umat.

Bayangkan betapa mengagumkan sebuah masyarakat yang setiap daripada ratusan ribu anggotanya menjauhi kejahatan dan menceburi kebaikan.

Itulah potensi Ramadan - sebagai pameran tamadun umat Islam, lebih gah dan menyentuh hati daripada sebarang acara lain.

Anda dipersila turut jadi peserta lusa nanti.

Komen: Sama-samalah kita perhati balik, apakah perkara seperti di atas ada pada kita, jadi perbetulkanlah balik… buat diri aku memang ada juga tu….

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari