boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label Wang Ehsan. Show all posts
Showing posts with label Wang Ehsan. Show all posts

Monday, September 9, 2013

KWSP - kenapalah susah-susah sangat nak bantu pencarum.?

Setiap tahun laporan penyata keuntungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF) untung berbillion-billion,,, tapi bila baca masaalah yang dilaporkankan macam hampeh..


Thursday, March 11, 2010

Royalti Minyak Kelantan - UMNO guna helah baru..


Salam Sejahtera...

UMNOngok telah menggunakna helah baru,, berita yang disiarkan oleh Berita Harian Online menyatakan... "Kelantan tidak layak dalam tuntutan royalti minyak di luar perairan negeri itu kerana Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 masih berkuatkuasa, kata seorang pengamal undang-undang.
Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, peruntukan No 7 Ordinan itu menetapkan sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri itu sejauh tiga batu nautika yang diukur dari paras air surut.
Namun dua telaga minyak dipertikai Kelantan terletak di luar "kawasan" itu
. Baca Seterusnya

Hangpa perasan tak siapa mangkok Datuk Hafarizam Harun tu... itulah peguam Penasihat Undang-undang UMNO... Apa pasal Berita Harian tak sebut mangkok tu lawyer UMNO,, senang cerita.... takut orang tak nak bacalah kenyataannya....nampaknya ia lebih lebih hebat dari penggubal dasar Petronas Ku LI..
Belum pergi mahkamah dah cuba macam-macam helah dan daleh.... makanlah duit ringgit hak rakyat Kelantan, moga-moga pakat pecah perut lepas ni sapa yang terlibat..,.

Monday, March 1, 2010

Tiga lagi pemimpin UMNO Kelantan mengikuti Jejak Ku Li..

Salam Sejahtera...

Ketua Pembangkang dari Umno/BN, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN–Kuala Balah). Mohd Alwi adalah ADUN Kok Lanas.

Manakala 3 lagi ADUN Umno tiada di dewan ketika pengundia dijalankan..,

Apakata Timbalan Menteri Pendidikan, Dr Fuad Zakarshi, apakah tindakan akan diambil keatas ketiga-tiga ADUN UMNO tersebut saam seperti cadangannya terhadap Ku Li...

Berita Berkaitan .malaysiakin

Sunday, February 21, 2010

Iklan Jawapan UMNONgok Wang Ehsan Kelantan..

Salam Sejahtera,,,

Seperti yang diumumkan semalam oleh Stopa Mohamad, mengenai royalti minyak, maka pagi tadi aku terpaksa terbangkan RM2 beli suratkhabar, nak tengok apa yang UMNONgok jawab, he he rupa ini jawapan daripada UMNONgok... OK Kita kongsi bersama, Hangpa boleh double klik pada imej(gambar untuk paparan lebih jelas)...








He he betul jangkaan aku semalam, ini semua kerja-kerja Kementerian Menteri Penerangan Anak Lelaki kepada Yatim...

OK apa pun kita baca balik yang aku fikir semacam jawapan daripada Datuk Zaid Ibrahim yang awal sehari dari UMNONgok....

Tok Pa


Semasa saya dalam Kabinet dulu, Mustapa Mohamad adalah antara tiga atau empat orang Menteri yang saya hormati kerana kerajinan dan kecekapan pemikiran mereka. Lagi pun semasa saya menjadi timbalan beliau dalam Badan Perhubungan UMNO Kelantan dulu, saya tahu secara lebih dekat sikap dan sifatnya. Jadi saya amat duka cita melihat beliau yang sudah begitu terpesong dalam soal wang tuntutan negeri Kelantan mengenai hasil minyak. Seolah-olah dia tahu perkara sebenar tetapi bersungguh-sungguh benar mempertahankan dasar Kerajaan Pusat dalam hal ini.

Pertama, Mustapa kata Kelantan tidak berhak kepada royalti minyak dan cuma layak menerima “cash payment” atau bayaran tunai sebanyak 5%. Itu memang betul kerana perjanjian 1975 di antara PETRONAS dan Kelantan( dan negeri lain) menggunakan perkataan “cash payment”. Kerajaan Kelantan pun tak ada masalah dalam hal itu. Panggillah apa yang kamu suka, royalti atau “cash payment”, tapi bayarlah. Yang dikatakn wang ehsan itu pula, ia sesuatu yang lain kerana ehsan bererti kita beri atas sebab kasihan atau sebab politik.

Kedua, Mustapa kata perjanjian 1975 itu tak sah kerana sebab-sebab tertentu. Tidak pula jelas mengapa ia tidak sah. Kalau tak sah, mengapa Sabah dan Sarawak terus dibayar kerana mereka juga menandatangani perjanjian yang sama. Mengapa Terengganu dibayar semasa Barisan Nasional memerintah selama 19 tahun? Itu juga hasil perjanjian yang sama. Tok Pa kena jawab kepada rakyat soalan ini. Jangan buta-tuli ikut skrip saja.

Ketiga, Mustapa kata kawasan yang diiktiraf sebagai “territorial waters” atau kawasan perairan hanyalah 3 batu dari pantai. Apa alasan Tok Pa? Dia gunakan Akta Darurat 1969 yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Yang wajib digunakan ialah undang-undang maritim antarabangsa yang dipersetujui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan yang telah diterima oleh Malaysia, iaitu 12 batu.

Dia kata lagi, negeri-negeri tidak berhak kepada hasil gas dan minyak dalam kawasan “Exclusive Economic Zone” (EEZ), iaitu 200 batu dari pantai, hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada hasil dalam EEZ. Itu pun tak betul juga.

Hasil minyak dan gas ini selalunya didapati tak kurang dari 12 batu dari pantai. Kalaulah ini batasan kepada hak negeri, maka tak ada negeri dalam Malaysia yang berhak kepada hasil minyak. Sebahagian besar hasil yang ada sekarang ada dalam EEZ. Tidak ada undang-undang dalam dunia ini yang mengatakan hak kepada hasil minyak dari EEZ itu tidak boleh dituntut oleh sesebuah negeri. Hak negeri bergantung kepada perjanjian negeri-negeri dengan Kerajaan Persekutuan. Misalnya, hak negeri Texas dan California kepada hasil minyak dalam EEZ bergantung kepada perjanjian negeri-negeri itu dengan Persekutuan Amerika Syarikat. Samalah juga dengan kita di Malaysia.

Adalah salah bagi UMNO memesong rakyat dengan mengatakan hanya Persekutuan Malaysia saja yang berhak kepada minyak dalam EEZ dan negeri-negeri tidak ada hak. Hasil yang dibayar kepada Sabah dan Sarawak juga meiputi kawasan lebih dari 12 batu dari pantai. Mengapa terus bayar jika kata tak berhak?

Sebenarnya negeri-negeri di Malaysia telah pun dengan ikhlas dan penuh kepercayaan kapada Tun Razak menyerahkan hak mereka, sama ada dalam kawasan perairan atau dalam EEZ kepada PETRONAS dalam tahun 1975 melalui “The Vesting Deed”. Sebagai balasan, PETRONAS bersetuju membayar wang tunai 2 kali setahun 5% dari hasil tersebut.
Pokoknya apa yang dipersetujui ialah, bagi setiap hasil bernilai RM100 yang PETRONAS dapat, maka RM5 perlu dibayar kepada negeri yang terlibat. Tak kiralah hasil itu datang dari telaga minyak 20 batu atau 200 batu dari persisiran pantai. Perjanjian 1975 itu tidak menyebut jarak kawasan. Itulah niat dan tujuan masa itu. Konsep seperti EEZ atau jarak kawasan perairan belum pun timbul pad masa itu kerana undang-undang antarabangsa hanya mula dipersetujui pada tahun 1982. Sebab itu perjanjian ringkas tahun 1975 menggunakan perkataan “offshore” atau persisiran pantai.

Makna dan niatnya ialah apa-apa yang PETRONAS dapat, ia kena bagi 5% kepada negeri. Tak disebut EEZ, tak sebut berapa batu, tak sebut kawasan perairan dan sebagai. Maka kerana itulah negeriu-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak dengan penuh ikhlas telah “surrender” atau menyerah hak mereka segala-galanya kepada PETRONAS. Mereka yakin Kerajaan Pusat akan bertindak adil dan saksama dengan penuh jujur dan suci hati.

Hari ini sudah jadi lain cerita. UMNO mencari helah itu dan ini untuk tidak mahu bayar kepada negeri Kelantan. Kalaulah BN yang memerintah Kelantan, sudah tentu mereka akan mencari hujah lain. Tapi itu tak semestinya dibayar terus. Kita sudah tahu permainan politik ini. Politik macam inilah yang mengecewakan rakyat.

Saya harap Tok Pa renung seketika persoalan isu bayaran minyak ini. Usahlah mempertahankan penipuan ini. Pertahankan prinsip kerana kebenaran. Kalau Menteri lain tak mahu faham saya harap Pa boleh faham. Semua iklan untok cuba meyakinkan rakyat sebaliknya dalam hal ini akan gagal. Rakyat sudah faham , UMNO belum

Explore posts in the same categories: 1

One Comment on “Tok Pa”

  1. zeqzeq Says:

    as-salammmmmm

    berat juga ko nak berkata benar pahit lepem?

Saturday, February 20, 2010

UMNO Kelantan Yang Kepanasan Juboq..

Salam Sejahtera..

Nampakya UMNO Kelantan sudah kepanasan dalam Isu-siu royalti minyak, Ketua Perhubungannya Stopa Muhamad berkata Kerajaan Pusat akan menyiarkan iklan satu muka surat penuh di semua akhbar perdana berbahasa Melayu esok mengenai isu royalti minyak di Kelantan bagi memberikan fakta sebenar kepada seluruh rakyat negara ini. Baca DI SINI.

He he.. buat ceramah malam tadi pun kalau ikut perawi Berita harian ada 5 ribu orang, tetapi masa disiarkan kat berita TV3 1.30 tgh tadi entahlah, kalau dikira dengan bayang-bayang dari sinar lampu malam tadi jenuh nak dapat angka tersebut.

Kerajaan Pusat yang akan menerangkan isu tersebut tu siapalah ya.., sedangkan mereka-mereka yang terlibat dengan perangkaan royalti tu seperti Tengku Razaleigh dan Tun Salleh Abas, semuanya masih hidup, merekalah saksi sebenar, mereka mengetahui kedudukannya yang sebenar, tetapi segala keterangan mereka UMNO tolak tepi,..

Sebelum ini ada desas desus mulut capoi dari menteri dan Berahim alkataki membawa kes tersebut ke mahkamah..., bagi aku kalau kat Mahkamah dalam Malaysia tak payahlah, petunjuk dah jelas, bagaimana keputusan kes Mahkamah Persekutuan dan Rayuan yang agak macam cerita kartun, contoh terbaharu bagaimana kes MB Perak, bagaimana kes liwat DSAI. Jadi kalau kat mahkamah sivil baik tak payah, lainlah kalau kes ini boleh dibawa ke mahakmah Thailand atau mahkamah antarabangsa The Hauge Belanda..

Jadi besok kita tunggu, apakah keterangan esok hari akan dilaksanakan oleh Menteri Penerangan, seorang pakar undang-undang bakar jambatan..apakah daleh, apakah helah yang akan mereka cuba bohongi orang melayu,.., seolah-olah bagi mereka orang melayu semuanya bodoh macam ahli parti UMNO itu sendiri.

Monday, December 21, 2009

Lompat Katak Lompat Tinggi, Mulut katak dah mula berbunyi..


Salam Sejahtera...

Sekarang dalam agenda politik nun sebelah sana nu.. masing-masing nak menunjukkan KPI atau NKRA pulak kot, istilah baru..., Zahid Hamidi dah pun menunjukkan sesuatu yang cukup baik untuk peluang cari makan masa depan...

Cuma seorang lagi tu, dapat nyawa politik melalui belas ihsan TGNA dan PAS Kelantan, tetapi memang dah spesis kata suka melompat, jadi terpaksa rakyat Kelantan terima hakikat yang manusia jenis ini tidak boleh dibuat kawan..


Sikatak ni pun nak jaga prestasi juga, walaupun ia istihar ahli Parlimen bebas, jadi kita tak boleh nak buat apa-apa terhadap beliau, sebab beliau bebas pada fikirannya..

Kenapa sikatak sibuk sangat, tak cukup-cukup lagi nak ambik hati bini rosmah, sanggup menyarankan Tengku Razaleih pergi berjumpa bini rosmah, Kenapa...ya...

Pimpinan UMNO Pusat termasuk Kelantan, tak sibuk, yang si Katak Bebas pulak yang sibuk....

Isk, Isk.. kesian kat dia,, bekerja keras sungguh...pujuk rayuan dah berbuih dah, orang belah sana nampaknya buar derkk juga, layan pun tidak....tak juga dok lawa.... perasan sendirilah gamaknya...

Berita Berkaitan : Sumber




Monday, December 7, 2009

Jurucakap Baru Istana Kelantan.

Sepatutnya mamat sebelah inilah bakal menjadi MB dan mentadbir Kelantan, signboard, papantanda besar dah pun terpasang sebelum PRU12 lalu, kad jemputan pun dah siap bercetak, namun sayang sekali pengundi di DUN Perupok menolak mamat ni untuk memenangi kerusi DUN, dan lagi memedihkan perasaan, kerusi Parlimen Bacuk pun tewas jua...

Yang tinggal padanya hanyalah curut-curut dari Havana yang tak mampu dibeli oleh rakyat Kelantan walaupun wang ehsan sudah ada di tangan. Dengan ehsan Najib mamat ni dilantik Senator maka dapatlah menjadi Timbalan menteri Kewangan. Demi nak membalas budi Najib, maka menyalak lah ia mencari isu untuk menghentam TGNA.

Isu PMBK dah selesai, tekanan meminta TGNA letak jawatan tak dilayan, isu doa hingga pecah perut Dr Asri dah tolong jawabkan, nampaknya yang ada hanyalah istana, UMNO cuba nak mempergunakan Istana pula. Awang Adek cuba nak buat isu yang kononnya TGNA melapor kepada akhbar mengenai keputusan mesyuarat EXCO Kelantan merayu Sultan Kelantan dibawa pulang dari Hospital di Singapura dan berubat dalam negara.

Bagi aku, betullah tu, apa yang TGNA buat, biar rakyat jalata tahu apa yang kerajaan negeri lakukan yang terbaik demi rakyat, perlu diingatkan tiada rakyat maka tak beerti adanya raja... maka jadilah raja di negeri Pasir Sebutir dalam cerita Laksamana Doremi...

Berita Berkaitan: Media



Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari