boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label hacker. Show all posts
Showing posts with label hacker. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

Alhamdulillah, Blog Manjungmari dapat dihidupkan semula..

Alhamdulillah,

Pertama-tama sekali aku bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wataala kerana blog akan dapat semula di pulihkan setelah keluar paparan seperti di bawah...



Pagi tadi aku pergi ke kuliah perubatan Islam di Masjid Taman Samudera, penceramah yang tidak asing lagi dari TV# dan TV9 Ustaz Sharhan Shafiee,, dapat sedikit sebanyak ilmu tentang jin syaitan dan yang seumpamanya dengan..

Balik ke rumah petang tadi, letih tak terkata, apa tak nya, pagi sebelum pergi aku hanya minum segelas horlick dengan beberapa keping biskut kraker.. Sehingga ke jam 2 ptg perut tak isi apa-apa,, namun aaku buka semak blog aku masih lagi boleh, sempat aku linkkan UTube, selesai dari tu aku tidoq sekejap...

Bangun dah masuk waktu asar, tengok hp ada sms, sifu aku hantar tanya,, blog aku pasai apa tak buka,, kena hack,, arrh, kacau.. betui ka,, aku jawab balik,, sms.., kemudian keluar ke kedai beli makanan,, lapaq lagi bro....

Bila selesai makan,, aku pun seperti biasa ON, set broadband, klik google chrome... OK,, bila klik blog aku.... maka terpapar seperti diatas...

Panik seketika... Namun alhamdulillah, aku berblog nak buat kerja-kerja menentang UMNO, UMNO yang banyak membuat kemungkaran,,, secara tak disedari aku cuba nak buka email... pun tak boleh juga,,,, ia minta bermacam kata-kata,, sehingga dua tiga kali,, baru boleh dibuka semula...

Bila email dah boleh dibuka smeula,, aku cuba klik balik blog aku.... syukur..... boleh semula..... Alhamdulillah,,

Kepada sesiapa yang empunya kerja ni semua,, takziah aku ucapkan,,, ingatlah,, sesiapa yang berkenaan tu,, hangpa buat kerja kerana UMNO.... aku buat kerja nak menentang UMNO,, kenapa aku menentang UMNO,,, sebab UMNO menghalang kerja-kerja ISLAM,,

Kalau hangpa berjaya remove sekali pun, aku tak rugi apa-apa,, sebab blog aku tak ada apa-apa kepentingan, bukan blog ada iklan masuk duit setiap bulan,, tak ada,,,

Apa nak risau,, kalau tak boleh,,, aku create blog lagi berblog lagi,,, malulah oii, inilah sikap UMNO,, tak boleh nak berhujah,,, hack blog,, tak boleh nak jawab tangkap bawa mahkamah,, saman,, apa cerita oii....

Buat lah kalau hangpa nak buat apa punn, aku hanya mengadu dan berharap pada Allah , bukan kepada makluqq, Kalau dah ketetapan aku tak boleh berblog aku redha....

Insyaallah,, nampaknya nyawa UMNO dah tak lama dah.....

Mamposss UMNO.....




Wednesday, June 22, 2011

Penggodam Serang Akhbar Star Online...

Salam Sejahtera,


Secara purata jumlah polling pole dalam sehari yang mereka anjurkan, dalam anggaran 30,000 yang mengundi, tetapi entah kenapa bila tinjauan mengenai Bersih 2 polling yang mereka anjurkan meningkat sehingga 400,000...

Wakaka... ini mesti kerja penggodam yang datangnya dari Bersih.... nampaknya sangkaan jahat Rais anak Yatim dah melepasi sasaran....



Manipulation suspected in Bersih poll


PETALING JAYA: On Monday evening, The Star Online put up a poll on the proposed Bersih 2.0 rally on July 9.

The poll asked respondents for their opinion: should it be cancelled, or should it be allowed to go on.

In less than a day, it drew more than a million responses which caused the team to suspect that the results were being manipulated. The Star Online polls attract an average of not more than 30,000 responses over several days.

Furthermore, the total number of unique visitors to The Star Online is about 400,000 per day, lending further credence to our suspicion that there was manipulation afoot.

This could be done in several ways, for example through scripted routines or "bots" that come in to a site to perform the same task over multiple repetitions. Indeed, an initial examination of our site logs showed about one million submissions to the poll page from just one IP address.

Therefore, acting upon the belief that the poll results were tainted, we made the decision to take it offline just before noon Tuesday.

We regret that our effort to give the public a voice has been tainted by this act.

,

Friday, June 17, 2011

Tuduhan jahat dari Rais anak yatim....

Salam Sejahtera,

Apa yang aku dok faham, geng penggodam ni tak puas hati bila SKMM tutup laman-laman web yang mereka dok download game dan movie, itu pasal mereka mengamok,,,

Tup-tup ada kaitan dengan BERSIH...pulak dah... kalau betullah sangkaan dan tuduhan Rais tu, kira OK juga, anak-anak Malaysia yang bijak-bijak IT bersama-sama menuntut keadilan,,,

Lepas ni aku harap biar penggodam ni pakat pi honggak laman WEB SPR, cari berapa ramai pengundi hantu, pengengundi yang mengundi 2-3 kali dan macam-macam tipu daya mereka... dedahkan kepada masyarakat umum,,, baru ada akai...





Bahasa

Rais percaya serangan godam laman web kaitan Himpunan Bersih 2.0

June 17, 2011

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Datuk Seri Dr Rais Yatim percaya serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin ada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini, serta dilihat sebagai satu perbuatan tidak patriotik kepada negara.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan juga percaya tindakan itu bermotifkan politik dan bertujuan cuba melakukan sabotaj ke atas kerajaan.

Rais (gambar) juga memberi jaminan bahawa serangan siber itu hanya bersifat sementara dan ia tidak akan mengakibatkan kelumpuhan keseluruhan sistem laman web yang digoda.

Sebanyak 198 laman web rasmi kerajaan telah digodam sehingga kini dengan 90 peratus penggodamnya dari dalam negara, kata Rais.

Tambah beliau, serangan terhadap laman web kerajaan itu jelas membuktikan bahawa ia dilakukan semata-mata untuk menyusahkan rakyat dengan menyulitkan urusan harian rakyat dengan kerajaan, dan bukannya menyusahkan pihak kerajaan.

“Sebagai contoh, sekiranya laman web agensi kerajaan yang menguruskan urusan tanah digodam maka urusan tanah akan terbengkalai. Sama juga dalam urusan perbankan dan sebagainya, maka serangan siber yang aneh dan menyedihkan ini adalah bermotifkan politik,” katanya pada sidang berita di sini, hari ini.

Rais berkata kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas penggodam yang tidak bertanggungjawab itu, dan menyarankan mereka yang terbabit supaya mempunyai sikap sayang kepada negara dan jangan melakukannnya kerana “marahkan nyamuk, kelambu dibakar.”

Ketika ditanya sama ada serangan siber itu akan menjejaskan keselamatan negara, Rais berkata ia boleh berlaku jika dibiarkan.

Bagaimanapun, katanya, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan telah bersiap sedia dan sedang menyelesaikan masalah tersebut kerana ia adalah masalah yang serius.

Menyentuh mengenai mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini, Rais berkata jemaah menteri telah membincangkan pelbagai isu berkaitan keselamatan siber dan kes-kes yang dianggap sebagai berprofil tinggi seperti menghina agama Islam, hasutan terhadap kaum dan mencerca dan memperkecilkan Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan telah meminta Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan SKMM dan lain-lain agensi kerajaan untuk bergabung tenaga agar dapat mengumpulkan bukti menerusi pengumpulan data untuk melakukan pendakwaan kelak

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari