boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, August 26, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Mana boleh... aku pun nak tumpang sibuk juga...

Heboh. riuh satu Malaysia... isu Kartika sari...kena hukum rotan tapi kena tangguh... tukang sebat skill Islam belum ada... pulak dah... semua orang pakat komen.. start dari PM laki bini, Ketua Wanita Umno, Hishamudin, SIS, oiii ramai.. tak larat nak senaraikan, aku pun nak bersuara juga... mana boleh wanita yang kena sebat adalah dari negeri aku, kalau sebelum ini Isu Nizar derhaka aku komen, Nga Kor Meng baca Quran media tanya aku, aku pun komen, bab mogok lapar negeri perak, kat Mekah aku komen, bab Nizar pegang Lilin kes TBH aku komen, bab orang UMNO tak boleh masuk syurga aku komen,, oii mana boleh tak komen, kang dengan aku sekali sangkut.. naya....semua tu aku kena komen.. tanggungjawab aku..., jadi bila bab kartika sari ni pun aku kena komen, hangpa nak baca komen aku kat SINI:

Kali ini komen aku bertepatanlah dengan hukuman Islam... tak memihak mana-mana... betuikan... kalau dulu aku berpihak pada UMNO.....tapi pasai apa ya aku lupa nak komen masa kekecohan jualan arak di negeri Selangor dulu.. pasai aku tak dapat maklumat ka.. atau wartawan tak mai tanya....!!!!

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - PM 1Malaysia akan kaji punca kekalahan di PP..

Ha ha ha......

PM kerajaan laki bini berkata BN akan kaji punca kekalahan Mat Pekung di Permatang Pasir..., baca DI SINI.

Yang kelakarnya ada sedikit ...

"(BN) telah mencuba yang terbaik pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir tetapi ada faktor tertentu yang menyebabkan kekalahan itu. Najib berkata, beliau tahu faktor yang menyebabkan kekalahan itu tetapi enggan mendedahkannya."

Komen: Aku pun tahu faktor tu, tapi aku dah siar pun dua tiga kali sebelum ini....

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Wahai Ahli UMNO!! Contohilah Rakan kamu MCA.....



Surat Khabar Sinar Edisi Perak... Muka depan... Enam bahagian MCA mahukan presiden mereka sendiri di gantung jawatan... Aku setuju tindakan mereka.... bab ni la..... ada sedikit ketelusan dan intergriti....

Kena kat Taiko MCA iaitu UMNOngok apa macam... boleh ikut macam tu buat Presiden UMNO... oiii dah heboh satu dunia.. masaalah Presiden UMNO... sampai dah jadi bahan kartun Zunar dah.... tak malu ka orang UMNO... mana hangpa punya intergriti...bukan malu kat aku... malu kat MCA tu... rakan kongsi mana boleh itu macam....

OK aaa. boleh ikut contoh mCA tu.. ada berani ka.... ptuiih.. hangpa mana ada berani nak buat macam tu tambah pula kat Presiden... kalau pakat nak pi jilat, cium juboq Presiden memang hangpalah nombor satu dalam dunia....Steadylah sikit oiiii... kata Parti Melayu terbesar di dunia... besaq sungguh.....ish-ish-ish......


Pergi Jahanam Lah UMNO.. Catatan santai 25/08/08 - Kartika Sari..

Salam Sejahtera...

Seperti biasa dalam bulan puasa ni, penyakit lama aku mudah menyerang kembali, oii hangpa tentu sangka aku kena gastrik... takk bukan penyakit tu.. alhamdulillah bab tu aku sehat wal afiat, masaalahnya aku tak boleh kurang minum air kosong, bila kurang air selalunya kaki aku mudah kena serangan gout, nasib tak baik batu karang... biasa aku terpaksa berbuka puasa sekali tu kena batu karang.

Semalam 25/08/09, buku lali kaki kiri aku masih terasa kesan sakit gout yang aku kena pada Ahad lepas, seperti biasa pegi ke klinik kat tempat kerja, bila ketuk pintu masuk jumpa doktor, doktor dah senyum macam biasa, tetapi kali ni ia siap panggil aku "Manjungmari".. fuiyo doktor ni dah baca blog aku juga.,. apa sakit dia tak ambik kisah sangat.. ia lebih suka tanya hal politik kat aku.. tanya Permatang Pasir, tanya sapa bayar duit kat aku untuk berblog.. tu dia.. semua ni nak tau... doktor ni juga adalah seorang peminat kepada DS IR Nizar, cerita punya cerita seperti biasa aku buka mulut, doktor saya nak rehat hari ini, dia pun OK... ambik ubat ni, aku bagi tau satu lagi penyakit baru yang aku hadapi... terpaksa bagi tau.. doktor tulis satu nota nama ubat suruh aku ambik kat kliniknya di Manjung.

Dah dapat MC, apa tunggu lagi balik rumah la..., anak yang no 3 sibuk nak cari buku yang susah nak dapat, sebelum tu sibuk dok cari penjamin kedua yang diperlukan untuk dia belajar dah settle, buku dengan laptop belum selesai lagi, aduhai.. start kereta ajak kedua anak-anak aku pi ke Ipoh, sampai Ipoh aku terus tuju pi ke Plaza Yik Foong, masuk parking sebelah luarnya tu, RM3.50 sekali masuk...sebab kat situ ada kedai buku second hand Novelhut, kemudian cadang tu nak survey laptop sekali.. Aduhai rupanya kedai buku Novelhut kat Yik Foong tu dah tak ada lagi dah... cuma ada kat Ipoh Parade aja lagi..., tak apalah survey Laptop dulu,, oii banyak pilihan nak beli kat sini... bila anak aku dah setuju, sementara nak tunggu Intalling programe, aku pi pulak ke Ipoh Parade...

Nak ke Ipoh Parade, jalan kaki jauh Yob,... jangan buat pasai bulan puasa, tengahari rembang.. pans lit-lit... kereta dah masuk parking... pilihan terakhir naik teksi, bellum naik lagi driver teksi Cina dak bagi tau RM6.00.. jalan, dalam perjalanan driver ni rajin juga bersembang, saja aku cuba bawa isu politik, nampaknya dia suka pada PR... lepas tu driver ni buka isu pasai Kartika sari kena rotan pasai minum arak... aduhai... macamana aku nak explain kat dia ni.. aku pun cakap.. itu rotan bukan mau kasi mati punya, rotan ini serupa kita rotan anak, kasi ajar lain kali jangan minum lagi... rotan dalam Islam kalu sikit juga, bukan kuat-kuat serupa itu dalan jel.. kulit bontot pun keluar, anak aku yang bongsu pun turut tambah, tukang rotan kena kepit buku dulu kat celah ketiak waktu nak rotan, jangan bagi jatuh buku tu.. tudia.. masing-masing pakat dok explain kat driver tu... OOOO itu macam ka...saya mana tau...,,,, haaa. aku tambah lagi.. lu tak boleh iku itu paper punya cerita..., dalam pada tu aku pun sampai kat Ipoh parade.. habis cerita bab isu kartika kena rotan...

Setelah selesai beli buku kat kedai Novelhut S03 tkt 3, salesman kedai komputer kat Yik Foong call aku, katanya dah siap, boleh mai ambik.. dah nak kena balik semual ke Yik Foong, teksi lagi... tengok driver teksi tu tengah sek fan... (cak poi), aku suruh dia makan dulu, tapi oleh kerana custimer first, driver ni berenti makan, ia buka bonet simpan nasi bekai dia.. kesian aku tengok.. makan tak sempat habis...driver yang ini muda sikit, waktu ia nak keluar dari Ipoh Parade ia lalu ikut belakang rumah MB Perak, teringat kembali bila aku dok mai berkampung di sini dulu... sempat aku bersuara buat-buat tanya kat driver teksi ni, ini rumah MB ka... ia pun jawab iya...sebelum tu driver ni buka cerita.. bulan posa orang banyak kurang... susah mau dapat passenger... aku pun buka balik isu MB.. isu politik.. oiii kali ini aku salah orang... hangpa nak tau apa driver teksi ni kata... itu Nizar banyak bagus punya orang... tapi ia kena ikut itu dua beradik punya cakap.. itu tarak baik oooo... terkejut aku....ada juga jenis Cina macam ni... ini mesti penyokong kuat MCA ni... sebab maksudnya itu Nga Kor Meng dengan Ngeh laa....yang kontrol Nizar jadi MB..., aku perbetui balik.. mula-mula dulu betui aku kata, tapi sekarang bila sudah lepas ini cerita semua itu Ngeh sudah tau itu Nizar betui baguih punya orang, dia pun sudah mula respek sama NIzar.. Driver tu mengiakan aja.. munkin dia dah mula malas nak layan aku kut....

Rupanya tidak... lain... pulak... dia pun nak buka cerita bab isu Kartika juga.... dia pun sebut, itu perempuan minum punya banyak kesian ooo kena rotan apa pasai jantan punya orang ramai minum tarak kena... pulak dah... soalan cepumas lagi, terpaksalah aku jawab lebih kurang macam aku jawab kat driver teksi yang mula-mula tadi.. dan nampaknya mereka boleh terima, tapi sayang nak cerita banyak dah sampai ke Yik Foong balik, tanya berapa tambang, mula-mula sebut 5 lepas tu 6 rinngit, betul la tu aku mai naik mula tadi pun 6 rinngit, tapi disebabkan dia berenti jauh sikit dari Yik Fonng kerana ada passenger lain tahan, aku kowtim minta 5 ringgit, dia pun... OKlah.. Cincai-cincai.....,

Kesimpulan nya dari apa yang aku alami semalam, nampaknya hukuman rotan yang Kartika Sari itu telah dimanipulasi oleh pihak lain, sudahlah si Kartika dengan bapanya satu hal, bermacam kerenah.. harapan aku biarlah tanggapan dari hati kecil aku terhadap Kartika sari dan bapanya tu tak benar... manakala pihak-pihak lain bemacam-macam kerenah dan hal yang berlaku, JAIPP lain cerita, Penjara Sg Buloh lain, Peguam Negara lain..SIS komen, Shahrizat Jalil minta lain, manakala PM 1malaysia pun suruh adjust timbang balik,,, macam-macam,,,, dan kesannya imej Islam dipandang serong oleh umat manusia....

Kenapakah boleh jadi jadi begini,, mungkin juga hukuman ini bukan hukuman yang bercirikan hukuman Islam (hudud) sebabnya kalau hukuman Islam 60-80 rotan... Ini 6 rotan sahaja... jadi bagi aku ini hukuman dari Hakim Jaipp.. bukan hukuman mengikut syariah...Jadi memang betul lah apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am PAS, Islamnya UMNO adalah islam plastic.......

Tuesday, August 25, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tahniah YB Baru Salleh bin Man..

Alhamdulillah...

Dalam suasana umat Islam sedang berpuasa, tiba-tiba dengan keizinan Allah S.W.T masih lagi memberi kekuatan kepada Parti Islam Semalaysia dan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kerusi N11 DUN Permatang Pasir..

Walaupun ada suara mengatakan majoriti menurun sebanyak 881, bab tu tak boleh nak dijadikan suatu sebab yang mengatakan PAS kehilangan sokongan, ini disebabkan permainan bangsat SPR yang menjadi tunggangan UMNO yang menentukan tarikh hari mengundi... mengapa diberikan tarikh hari bekerja,,, sedangkan hari kelepasan umum Ahad dan sabtu ada...itu yang menjadi persoalan...

Bab kenyataan TGNA mengatakan penyokong UMNo tak boleh masuk syurga, dijadikan isu satu Malaysia, habis segala mufti, majlis fatwa, ahli akedemik agama semua pakat menghengtam TGNA, sehingga Mat Sembab suruh TGNA bertaubat... tapi sayang UMNO salah orang nak ajak TGNA suruh masuk perangkap... aku boleh bayangkan isu bab syurga ni selepas ni akan padam... oii rakyat dah cerdik... melainkan penyokong UMNO masih lagi tahap bangang.

Bagi aku kemenangan kali ini adalah doa-doa dari seluruh umat Islam yang mahukan kemenangan berpihak kepada PAS selain dari kerja keras petugas-petugas pilihanraya Permatang Pasir... tahniah terhadap kalian semua... Tahniah buat pengundi-pengundi yang mengundi PAS....Tahniah buat blogger-blogger yang berada di PP sanggup melaporkan suasana di sana...moga-moga Allah jua membalas tugas yang anda lakukan demi kemenangan Islam. Aku hanya tumpang gembira diatas kerja kuat kalian semua....
Allah hu akbar...


Pergi Jahanam Lah UMNO.. Oiiiii!!! SPRM Tak Terlibat..

Oiii ... Hangpa tengok tu... Muka depan.. SPRM tak terlibat... Hangpa faham ka tak .. SPRM Tak terlibat... walaupun TBH meninggal dunia di bangunan SPRM, walaupun dia dalam siasatan oleh pegawai-pegawai SPRM.

Jadi siapakah yang terlibat.... atas kematian TBH... Gangster?... kongsi gelap?... Abu Bakar Bashir?... Nordin Mat Top?... Al Maunah?... KMM? Jemaah Islamiah?....

Siapakah yang terlibat... Oiii Jangan babitkan SPRM... SPRM tak terlibat.. dia cuma jalankan tugas dia sahaja... dia cuma jalankan arahan TP Hishammudian, TP menjalankan ikut arahan Ahmad Said... Ahmad Said jalankan arahan dari !!!... aiiii jangan nak menuduh.......

Yang terlibat atas kematian TBH siapa ya.... Jangan nak buat tuduhan melulu bulan puasa ni... kan aku dah kata SPRM tak terlibat.... habis tu siapa yang terlibat... laaa itu pun hangpa tau... TBH mati disebabkan nyawanya diambil oleh malaikat Izrael.....
Kalau hangpa nak tau siapa yang terlibat mengeni kematian TBH, Altantnya, Kugan, skandal PKFZ, Perwaja dan macam-macam lagi siapakah yang terlibat mudah aja....
JANGAN UNDI BN... JANGAN SOKONG UMNO... PRU13 NANTI KALAHKAN BN, BAGI PELUANG KEPADA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH NEGARA... DARI SINI KITA AKAN DAPAT TAHU SIAPAKAN YANG TERLIBAT.

Monday, August 24, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Janji calon BN..

Berita jam 8.00 malam tadi aku sempat dok tunggu sekejap tengok apa yang nak ditemberang oleh puak UMNO laknatullah buat malam terakhir sementara nak tunggu hari sebenar esok PRK N11 Permatanag Pasir.

Sempat TV tunjuk kempen calon BN.. ni pun kalau kira dah salah guna kuasa hak kerajaan untuk kepentingan parti, dalam pada tu berkata calon BN ni Mat Pekung.. bukan aku kata aaaa, sungguh aku cuma tolong sebutkan setelah Mahathir yang kata UMNO letak calon yang ada pekung... jadi aku gunakanlah..

Mat Pekung ni kata DUN Permatang Pasir ni terlalu teruk, tiada perhatian buat rakyat dan pengundi di DUN tersebut, jadi jadi si Mat Pekung ni kalau dia menang dia akan tubuhkan tiga (3) buah pejabat khidmat DUN di Permatang Pasir, untuk kemudahan pengundi Permatang Pasir.

Hangpa tengok.. hebat janjinya tu, cuma aku bukan apa... aku teringat balik lagu Tan Sri P. Ramlee dalam Madu 3... Mesti Pandai Pembohong,.... Mesti Pandai temberang..... yang lebih tu hangpa sambung sendiri.. aku pun tak ingat semuanya senikata tu... cuma lengkap lah Mat Pekung ni... kalau bernikah dua pun tak mau mengaku sampai ke sudah... aku rasa lebih teruk lagi dari apa yang Tan Sri P Ramlee buat senikata lagu....orang macam ni ka hangpa nak calon... khawk phtuiihhh...

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PKFZ - Tiong VS Ong... Duit Rakyat Tetap Lesap...

Minggu lepas mangkok hayun Tiong saman mangkok hayun Ong... konon banyak sebab-sebab yang tindakan dari mangkok hayun Ong, boleh baca Di SINI.

Kemudian hari ini pula si mangkok hayun Ong pulak saman balas balik mangkok hayun Tiong sebanyak RM500 juta. DI SINI

Oii... Lu 2 orang jangan bikin howsiowlah.... banyak pandai main wayang. Ong kata Tiong, lepas tu Tioang pula kata Ong, Duit rakyat bilion-bilion sudah habis lu orang gasak..... sekarang ni apa cerita...

Panggil PAC siasat, chairman PAC cakap pun serupa tak mau cakap... ni apa cerita semua ni... itu Mat Sembab cakap ini kes boleh cemar imej goverment.... bukan cemar lagi ini macam... SPRM apa pasal diam-diam juga,,, tak teringin pula nak siasat.... oiii tak boleh.. sebab dah jadi kes mahkamah... nanti ganggu urusan mahkamah.... nampaknya 2-3 bulan nanti senyap gitulah PKFZ.. Lim Kit Siang sudah tak boleh bising lagi,, nanti hina mahkamah....

Apa pun kita rakyat asyik kena tipu dengan politik UMNO dan kuncu-kuncunya dalam BN.. Hang satu, aku satu, aku dua hang pun dua... rakyat ngangaaaaa........


Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Sah.. Memang Betul UMNO Islam Pelastik....

Salam sejahtera...
Hari ini dah masuk hari ketiga kita umat Islam berpuasa... Dalam pada suasana bulan yang penuh mendapat barakah jika kita sebagai Umat Islam yang bertakwa masih terdapat umat-umat Melayu ahli yang yang mengaku Islam bernama Melayu masih tak perihatin akan arahan dan larangan dari Allah. Ini bukan fitnah atau sebagainya.. Inilah contoh seperti gambar dibawah.. sorang saja Puteri UMNo yang bertudung, dua orang lagi mana pi... aku ingat MIC putri india, check balik nama melayu..........gambar ni bertarikh semalam dari BH Online...

JENTERA Puteri Umno Lili Ali (kanan), menyerahkan 'Hand Bill' kepada warga emas Aishah Ahmad 87 dan Puteh Abdullah 81, (kiri) sambil diperhatikan Shafilda Yusuff dan Siti Azmeera Mohd Azmi (belakang kanan) ketika program berkunjung dari rumah ke rumah di Kampung Pengkalan Tambang, Permatang Pasir, tengahari ini. - Foto Rosdan Wahid
Aug 23, 2009 1:40 pm

Inilah yang dikatakan Kepimpinan melalui Tauladan, betul dan tepat sekali, kalau dah bini Presiden Orang No 1 pun dogol tak bertudung, manalah ahli-ahli nak ikut..... Itu pun marah bila dikatakan Islam Plastic....Oiii dah 50 tahun dah... tak kan tak faham Islam lagi... dah tak ada masa nak ajak cara pujuk rayu ikut Islam,,, muka macam hangpa ni patutnyanya kena buat stail Anggota Jemaah Taleban menguatkuasakan hukum Islam di Afghannistan satu ketika dulu, cara tu saja yang hangpa boleh ikut......

Sunday, August 23, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Kempen UMNO tak kira halal haram..

Calon BN bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman menyampaikan jadual berbuka puasa kepada Asiah Ismail ketika berkempen di Kampung Permatang Rawa, Bukit Mertajam, Pulau Pinang hari ini. Pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 25 Ogos ini. - UTUSAN/ASMARUDDIN JAMALUDDIN

Gambar ni aku cilok dari Utusan Melayau Online.... Dalam suasana bulan puasa, beginikah caranya...sebagai seorang Islam... apakah Puan Asiah Ismail tu muhrimnya OKlah... kalau bukan Muhrim, dia bukan kira tua atau muda... haram tetap haram... tetapi kalau tengok dari riak gambar tu... Orang tua mengendeng ke belakang nak mengelak agaknya... simangkok Mat Pekung yang beriya-iya sangat... Padanlah sanggup berbini dua... macam tu perangai dia... Oii macam ni punya gaya tak layak jadi wakil rakyat....

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Tazkirah Ramadhan - Ustaz Sidik Nor..

Salam Sejahtera...

Semalam hari pertama puasa, seperti biasa aku lepas berbuka, minum air terus pi surau, solat magrib, lepas tu makan berbuka sesama jemaah surau, wooi seronok, makan sedulang 4 orang. lauk-lauk macam... sebelum makan aku gatai pi ambik sebiji khurma, makan khurma dulu.. memang aku dah agak.. malam tadi sebelum nak tidur, kaki aku dah mula sakit, perut kosong terus makan, khurma, memang aku tak tahan.. mungkin proten yang ada dalam kandungan khurma tu ngam dengan asid urik dalam tubuhku menyebabkan gout menyerang aku.. sebuh tadi terpaksa telah ubat yang memang sentiasa aku simpan.. alhamdulillah, tengahari tadi dah ira sehat sikit, boleh berjalan bali, walau pun hencot sikit.

Selepas isya semalam, biasa jemaah surau Madah mengadakan siri Tazkirakh selepas 4 rakaat solat tarawik, oleh kerana tarikh tersebut menang jadual Ust Sidik Nur, maka belia diberi penghurmatan menyampaikan Tazkirah.. Sapa yang tak kenal Ust Sidik Nur, habak mai kat aku.. memang ghapla la.. kalau orang Perak tak kenai tentu cheroooi...

Tazkirah dimulakan semalam USN menreangkan betapa tingginya pahala menuntut ilmu dalam bulan ramdhan, dapat lingungan dari para malaikat..kemudian beliau membaca ayat Albaqarah 183, yang menyuruh umat Islam berpuasa, kemudian beliau mengulas sebab ayat itu ditujukan hanya kepada orang beriman sahaja (Ya ai yuhal lazi na amanu...)... itu menandakan Allah amat menyayangi umat Islam...

Kemudian beliau menyentuh pula bagaimana apa yang dikatakan taqwa, seperti mana dalam kuliahnya melalui kita Min Haj Abidin, kitab Tasaauf, diulangnya balik.. beliau turut menerangkan bagaimana kewibawaan Imam Ahmad bin Hambal yang dipenjara kemudian dihukum dijatuhkan hukuman bunuh kerana enggan mengatakan Al-Quran itu mahluk kepada khalifah waktu itu, beliau rela dihukum bunuh dari mengaku kepada khalifah menyebabkan rakyat umumnya keliru dengan hukum yang sebenar... Tetapi Allah maha kuasa, malam sebelum dari tarikh dihukum bunuh, Allah telah mengambil dulu nyawa khalifah, menyebabkan Imam Ahmad di bebaskan.

Kemudian USN turut menyentuh wak tu dahulu kat Malaysia negeri Perak ini pun mempunyai Ulama yang berani seumpama Imam Ahmad, iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Nawawi Janggut Merah dari Batu 8 Changkat Jering Perak, yang mana waktu itu bertugas sebagai penasihat kepada Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar... Menurut USN, Sultan Alang Iskandar adalah satu-satunya Sultan Perak yang cukup warak, sampai boleh mengarang sebuah Kitab taauhid..., (aku tak berapa dengar nama kitab tersebut semalam).

Kemudian pada satu hari dalam bulan Ramadan, Sultan Iskandar telah menjemput semua alim ulamak dan guru-guru agama dalam negeri Perak datang ke Istananya pada siang hari, setelah berkumpul semuanya maka dihidangkan makanan yang sedap-sedap belaka, seumpama jamuan diraja kepada rakyatnya... lalu diperintah semua alim ulama yang berada di situ untuk makan, lalu pakat diam semua yang hadir, menyebabkan sultan naik berang, lalu meninggikan suara dan memerintah untuk makan, semua tok alim dah panik lalu masing-masing nak ikut arahan Sultan untk makan tengahhari, maka pada ketika itu bangunlah Allahyarham TG Haji Nawawi mertemu muka dengan Sultan, lalu bersuaralah TG Haji Nawawi lebih kurang macam ini, "kalau hang nak masuk neraka, hang masuk sorang hang, jangan nak paska kami semua..." begitulah lebih kurang bahasanya... Maka lepas itu menangislah Paduka Sultan sampai basah pipinya bergenang air mata... kerana terlalu sedih dan gembira.. Kerana ada lagi Ulamak yang berani menyatakan kebenaran.... Itulah Ulama TG Haji Nawawi...

Cerita ini dah banyak kali diceritakan oleh USN..., bila ia bercerita kisah ini, aku cukup berbangga, kerana TG Haji Nawawi ini aku ingat-ingat lupa, waktu tu aku kecik lagi, baru lebih kurang 5 tahun lebih, arwah ibu aku ada lagi, TG Haji Nawawi ni datang mengajar di Masjid Kampung aku di Air Putih, Simpang Taiping, waktu itu arwah bapa aku telah menjadikan TG Haji Nawawi ini sebagai ayah angkat aku bersempena mengikat tangan aku waktu tu, cuma sampai sekarang aku terasa terngiang-ngiag arwah beliau memanggil nama aku untuk mengambil baju blazzernya, apabila beliau dah nak balik setelah selesai dari makan yang disediakan oleh arwah bapa ku selepas mengajar... aku pun berlari pegi mengambil bajunya itu dengan berbesar hati.. Bila aku dah mula bersekolah arwah pun dah pergi, aku tak sempat nak mengenali beliau dengan lebih lama.... cuma aku terbayang apabila arwah selesai makan, habis sisa kuah makanan dipinggan disapu hingga bersih, dijilatnya jari-jari semuanya.. itu aku masih ingat.

Tuan Guru Haji Nawawi dan seorang lagi Tuan Guru Haji Mat Saman Kati, kedua-dua ini memang arwah bapa ku cukup menghormatinya, sehingga arwah bapaku nak habis umurnya tu pun selalu disebut nama kedua-dua ulamak tersebut......

Anak kepada TG Haji Nawawi sekarang ini masih ada lagi, seorang Ustaz juga iaitu Ustas Mad Rejab, 2 minggu sudah aku sempat bertanya dan berbual dengan beliau, beliau tinggal di Sungai Batu Pantai Remis, bapa saudara kepada blogger Ciberboron rupanya.

Cuma waktu USN menceritakan kewibawaan TG Haji Nawawi itu, aku teringat alangkah indahnya bumi Perak ini kalau ada ulama yang berani seperti beliau diketika ini, maka tak terjadilah apa yang berlaku sekarang ini kepada kita umat Islam, malangnya kita mendapat ulamak yang ada sekarang ini yang bertanggung jawab dengan pihak Istana dan kerajaan... cuma didalam bulan penuh barakah ini sama-samalah kita berdoa agar Allah menghadiahkan kepada kita Ulama yang berani seperti TG Haji Nawawi janggut Merah untuk menentang kemungkaran.......Amin..

Saturday, August 22, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Email KPP Ust Nasruddin.

Salam...

Aku terbaca emain ini dlm blog MSO.. Memang ramai yang hentam KPP bila ia buka kes tambahan calon UMNO Mat Pekung di Permatang Pasir... Terutama sekali DI SINI. Tak dapat aku nak tolong backup KPP ni, sebab hujah Aduka Teruna tu pun ada betulnya... tu baguihnya kita berblog, banyak buah fikiran yang kita dapat dari kekawan ...

Cuma di sini aku cuma boleh tolong siarkan sama email KPP Ust Nasarudin... moga-moga penyokong PR faham akan niat dan maksudnya....

Assalamualaikum... Teruk juga Abg Sayuthi belasah saya . Tidak mengapalah, tapi haraplah kiranya Abg Sayuthi dapat siarkan artikel saya berkait isu ini dari blog saya untuk tatapan umum. Saya dedah yang kasar kasar sahaja. Tidak tergamak nak dedah semua kalau keadaan tidak memaksa. Saya hanya dedah setakat yang diizinkan oleh isterinya.

Tujuan saya supaya Rohaizat kembali kepada isterinya dan berlaku adil. Kalau dia tidak boleh berlaku adil hanya kepada 2 org isteri, persoalannya bagaimana dia nak berlaku adil terhadap lebih 20 ribu pengundi di Permatang Pasir kelak. Ini bukan soal peribadi. Kalau dia hanya nama Rohaizat semata - mata. Tetapi kini ia Rohaizat yang menawar diri nak jadi pemimpin.

Peribadi pemimpin mesti baik , bertanggungjawab dan berlaku adil..Dia nak kahwin 2 atau 3 bukan persoalan saya, tetapi jgn zalimi isteri. Bagi saya , zalim pada seorang isteri oleh sang suami samalah dosanya zalim kerajaan pada seorang tahanan bawah ISA yang ditahan tanpa bicara, yang kita bantah ramai - ramai hari tu.

Saya bukan nak berhujjah dengan Abg Sayuthi ni tetapi sekadar nak maklumkan maksud saya . Pun begitu, benarlah saya masih muda dalam politik dan saya perlu tunjuk ajar.Tapi dalam mengenal kezaliman untuk di tentang, rasanya saya sudah cukup ajar Insyallah.Selamat berpuasa bang ! tolong siar deh artikel ambo tuh.

Komen: Ustaz... Teguran dari kami blogger-blogger cikai ni ialah untuk menambak baik pimpinan yang ada.. cuma gaya penyampaian masing-masing tu kekadang tu ada yang terlebih sedikit.. nak buat macam mana... marah kat UMNO tu dah unlimited...

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Bodoh tak boleh Nak Diajar, Cerdik Pula tak boleh nak ikut...

Salam Sejahtera...

Macam mana aku tak kata puak-puak UMNO ni bodoh, memang bodoh sesungguhnya... tetapi itulah bodoh tu kena kat depa, memang dia buat bodoh untuk boleh untung kat depa...,

Cuba bayangkan... depa dok kutuk seranah kat TGNA boleh, hari-hari 24 jam semua media dok sebut bab TGNA kata depa tak boleh nak masuk syurga, dah depa perkuda Majlis Fatwa, buat kenyataan, TGNA nak jawab balik depa tak bagi, jangan buat kenyataan akhbar, kalau tak puas hati terus buat bantahan kat Majlis Fatwa.... DI SINI. Oii Mat Sembab, hang sapa tak bagi dan larang TGNA debat keputusan Majlis Fatwa... apa takut.... takut apa, jangan risau... apa takut tak dapat masuk syurga ka... he he Syurga Allah ada hati nak masuk, PAS nak buat hukum Islam kelam kelibut hangpa tentang... phoorah....Hukum ISA hangpa kata sesuai dengan Islam,,,, pandai-pandai buat fatwa..... bila TGNA sebut tak ada peluang nak masuk syurga marah pulakkk... melompat masing-masing....

Ni keluar lagi satu fatwa baru dari Mujahid Islam Melayu Nusantara... hangpa baca Kat SINI. Satu lagi fatwa songsang dalam suasana UMNO yang dah nak putus nyawa... Melayu itu Islam... pulak dah... Seseorang itu tidak melayu kalau tidaj Islam... Oiii itu macam ka... Lina Joi kira sekarang bukan melayu lagi la.... nak letak bangsa apa.. tu... Oiii bulan puasa ni jangan la dok merapu tahap gaban ..... Dah lah tu, keluar lagi fatwa dan hadis dari Hang Tuah pulak... memang UMNO apa yang aku nampak semakin hari semakin nyanyok... nampaknya tak lama lagi memang jahanamlah UMNO... Sama-sama lah kita berdoa didalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini mohon dipercepatkan mamposnya UMNO...jahanamnya UMNO.. Amin.

P/s... Aku dok tunggu aja... tapi tak muncul-muncul apa teguran dari Mujahid Muda kita Dr Asri, bekas Mufti Perlis, selalunya kalau ada sesuatu isu yang agak panas beliau selalu menegur dengan begitu berhemah sekali, tak macam Tan Sri Datuk Seri Dr SS ...........! Kenapa diam Dr Asri... Berilah sedikit pandangan dengan ikhlas, anta banyak ilmu..... kami sedia mendengarnya....walaupun pahit... Tegurlah kalau ada yang tak kena....

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11- N11..Khas Buat Khairy- Sila Jawab 2 soalan dari saya...

Salam Sejahtera...
Selamat Berpuasa.... Alhamdullilah, Hari ini kita sama-sama menyambut puasa, kalau boleh aku nak puasa betui punya puasa, tak mau nak kutuk sangat puak-puak yang nak masuk syurga sesangat........

Lepas makan sahur tadi sementara nak masuk subuh, gatai pi on komputer, ni masaalahnya bila dah memblog, patut buka Al-Quran, ni pi merayau tengok apa cerita... aduhai...apa nak jadi... termasuk dalam Mkini, terbaca satu artikel panas, huh!!! mana boleh tahan YOB... Puasa-puasa juga... orang dok pedajai parti aku, tak kan aku nak biaq... mana esaiiii... baca DI SINI. (Klik 2x pada gambar untuk lebih jelas)

Sedap mulut menantu Pak Lah menyoal kita, cuma aku anggap soalan dia ni umpama periuk kata kuali hitam, dia tak sedaq juboq dia pun hitam melegam juga....

OK Khairy soalan pertama aku... Hang menang Ketua Pemuda, pasai apa tak di lantik jati Menteri, Ok ni vacancy, Timbalan Menteri.. No vacancy....., Pembohong.... pasai apa PM laki bini boleh lantik beberapa banyak senatorr untu jadi menteri, Jamil Khair, Shahrizat Jalil, Raja Nong Chik, Koh ksu Koon, Masitah... semua dilantik jadi menteri... sedangkan hang Ahli Parlimen, mennag Ketua Pemuda... pasai apa tak ada jawatan.....oiii malu la sikit, Naib Ketua Pemuda Razali Ibrahim pun dapat jadi Timbalan Menteri Belia,,, yang lagi sedih calon yang bertanding dengan hang, Mukris yang bercakap pun dok tergagap-gapap, kalah dengan hang pun dilantik menjadi Timbalan Menteri jaga AP kereta.... Hang... nak kata tak ada kelayakan,,, ooiii sorry man... OXFORD yoooo.... bukan level SPM tamat Tkt 5 macam aku ni......

Soalan Kedua aku....
Aku nak tanya kenapa kumpulan blog pencacai UMNO sanggup buat tohmahan dan tuduhan kat hang, ada ka SINI . Blogger yang tukang buatnya adalah sama dengan bloger parpukari.
Kenapa boleh jadi begitu... Bukan apa.. aku kesian kat hang,, sebelum ni hang kerja setengah nyawa, mula-mula hang kata pengundi hantu Pembangkang punya, oiii hebatlah pembangkang boleh kerjasama dengan SPR....... kemudian hang kata lagi pemuda pembangkan nak undi UMNO,,, oiii hebat hang... aku ingat hang lagi hebat kalau hang duduk dalam PAS... sure lagi hebat, hang berani, hang ada kelayakan tinggi, silalah masuk PAS sempena bulan Ramadhan... sama-ssma kita berganding bahu untuk meningkatkan taraf orang melayu dan Islam di Malaysia..Sebelum ini hang beriya sangat nakkan perpaduan Melayu.... Silalah Wahai Khairy... marilah sama-sama kita berjuang dalam Islam.... Ajak-ajak pengikut dan penyokong-penyokong me bersama-sama tinggalkan UMNO... UMNO dah tak mau kat hang.....Tinggalkan UMNO... UMNO dah nak jahanam.........

Friday, August 21, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Pelajar Tadika & Wanita!!!...

Layan ajalah... Apakah tujuannya yang sebenar..... Ataupun sekadar lakonan....

Yang penting tetap kempen...kalau tak berkempen kang jadi lain cerita pulak.. aku rasa tanggapan aku mungkin betul sebab bila Mat Sembab keluar kenyataan di akhbar DI SINI.

Nampaknya Mat Pekong ni sama leboh kurang Wan Ahmad Farid sewaktu PRK Parlimen Kuala Terengganu, waktu tu Najib jadi Pengarah Pilihan raya... tetapi kali ini nampaknya Mat Sembab punya giliran pula... apakah Mat Sembab nak kenakan Najib!!!!

Tidak bagi aku tetap ini adalah strategi Najib yang dah tahu akan kekalahan di PP... jadi nak elak malu besar letakkan calon masaalah, nanti kalau kalah calon punya hal.. Najib masih lagi boleh pi bercuti, pi diam-diam balik baru bagi tau... selap-silap bawa penyakit apa pulak kepada rakyat Malaysia....

Pergi Jahanam Lah UMNO... Salam Dari Mekah.....!!

Orang Lemas Mencari Tempat BerpautPDFPrintE-mail
Friday, 21 August 2009 12:23

khir

Oleh Dr. Mohamad Khir Toyo

Saya tidak akan membincangkan apa-apa isu dalam tulisan ini kecuali untuk menafikan tuduhan dan dakwaan kandungan surat layang yang didakwa dibuat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Surat tersebut yang menjadi isu dalam inkues dan juga telah diterbitkan semula oleh semua laman web khabarnya menyatakan saya terbabit berkomplot dengan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini. Saya ingin menyatakan semua tuduhan dalam surat tersebut yang membabitkan saya merupakan satu fitnah dan tohmahan semata-mata.

Kebanyakan siasatan Badan Pencegah Rasuah dan SPRM ke atas saya, termasuk isu banglo di Seksyen 7 dibuat oleh para pegawai daripada Ibu Pejabat di Putrajaya. Justeru sangat mengelirukan bagaimana Timbalan Pengarah SPRM Selangor dituduh melindungi saya.

Berikut beberapa pandangan saya mengenai surat tersebut:

1. Adalah tidak benar wujud sebarang komplot untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor hari ini membabitkan saya. Malahan dakwaan komplot antara saya dengan SPRM ini sungguh melucukan kerana yang membuat laporan-laporan pencegahan rasuah ke atas pemimpin Pakatan ialah ahli parti mereka sendiri dan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang banyak membantu Pakatan semasa sebelum pilihan raya lalu.

2. Saya tidak nampak bagaimana siasatan SPRM ke atas pemimpin Pakatan akan menjatuhkan kerajaan Selangor. Ini kerana proses siasatan, perbicaraan dan menjatuhkan hukuman termasuk proses rayuan boleh memakan masa sehingga 3-4 tahun. Dalam tempoh tersebut sudah tiada lagi pilihan raya kecil. Malah mungkin pilihan raya umum telah dilaksanakan. Justeru jika saya mahu menjatuhkan kerajaan Selangor hari ini, cara ini bukan sahaja tidak bijak malah hanya membuang masa dan tenaga. Jika benar ada rancangan menjatuhkan kerajaan Selangor dengan cara ini saya anggap ia kerja bodoh dan tidak cerdik.

3. Tiada gunanya saya merencanakan kejatuhan kerajaan Pakata selangor hari ini kerana mereka sendiri tidak lebih the shinking ship. Bagi saya lebih baik kerajaan ini terus memerintah sehingga pilihan raya akan datang agar rakyat dapat menilai baik buruknya BN dahulu dengan Pakatan hari ini.

4. Surat layang seperti ini bukanlah aneh dalam cara hidup Pakatan. Jika kita masih ingat pada 1998 dan 1999 banyak surat-surat menggunakan kepala surat (letterhead) Jabatan Perdana Menteri disebarkan di dalam web mahazalim untuk memburukkan kerajaan ketika itu. 10 tahun selepasnya, modus operandi masih sama rupanya.

5. Bagi saya ini merupakan taktik-taktik orang yang kelemasan dan sedang dihanyutkan arus deras mencari tempat berpaut menyelamatkan diri. Kerana saya dilihat terkehadapan dalam memantau dan menegur perjalanan kerajaan negeri maka saya dijadikan sasaran mereka.

6. Saya berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa mengenai surat layang ini. Insyallah saya juga akan membuat laporan Polis dalam sedikit masa lagi sama ada selepas saya pulang dari Umrah atau meminta pegawai saya membuatnya dalam minggu ini.

Salam dari Mekah. - drkhir.com (LINK)


Komen: Abu Jahal dan Abu Lahab Bapa saudara Nabi pun penduduk Tetap Mekah, malah mati pun di Mekah....

Pergi Jahanam Lah UMNO..PRK N11 PP - Berita Yang Sukar Nak Percaya..

Salam Sejahtera...

Satu berita terbaharu pagi tadi, apakah ia benar... Aku tak pasti... Tetapi inilah standard UMNO.. membuat cerita-cerita yang tak sepatutnya boleh berlaku, tempohari ia buat heboh dengan pengundi hantu, tetapi mengikut berita terbaharu ceritanya lagi kecoh.... Tak mungkin..Apakah dengan cerita sebegini BN akan Menang.. . Janganlah nak klentong pada pembaca... Mengapa Tak Percaya ka!!!!!!! ....Baca DI SINI.

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Munculnya Aminah.....

Salam Sejahtera...

Kali ini bila hangpa baca tajuk kat atas tu mungkin hangpa dok ingat aku mesti nat merepek lagi mengenai PRK Permatang Pasir, mungkin Aminah atau Kak Min yang dimaksudkan...

Bukan!!! Cukuplah.. Hari ini hari Jumaat, sesekali aku nak bawa topik lain sikit, bila aku terbaca satu kisah ni timbul rasa kesian pulak... tapi apa kan daya aku tak mampu nak membantu dalam hal tersebut walaupun masih dibolehkan lagi... Mungkin sesiapa ada ke kawan aku (lelaki sahaja....) dapat membantunya... Kesian ooooo....

Otai Manjung ada juga kekawannya yang 3 orang lagi tu masih belum ....... mungkin boleh bantu.. Ini kerja baik.....betullll.... sesiapa yang berkemampuan segala-galanya boleh lah membantu dalam hal ini... Lelaki sahaja tau.....

Tak kira sesiapa,, Pak Karamu, Dr Wahab Arbain boleh, MSK pun boleh, Mamamat pun juga boleh bantu, Sesiapa yang berhajat silalah lihat profile dan maklumat lanjut DI SINI. Moga-moga berjaya.....

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Mahathir Membela Kasitah Gaddam..

Mantan PM Chet Det dalam blognya yang terbaharu cuba nak membela Bekas Menteri didalam kabinetnya cuba nak membela Kasitah Gaddam kononnya tak bersalah, kononnya Kasitah dibawakan kes ke mahkamah diatas perkara tersirat keatasnya..... kisahnya DI SINI.

Di sini aku nak quote satu daripada tulisannya yang aku rasa paling gampang dan bangsat.....

"10. Alhamdulillah. Tetapi fikirkan kerugian dan keseksaan yang dipikul oleh yang dituduh selama lima tahun."

Hangpa baca dan cuba hangpa faham.... Kenapa bila terkena ke atas kaum kerabat sepupu sepapat dalam UMNO yang kena maka disuruh pembaca berfikir masaalah kerugian dan keseksaan yang di tanggung oleh tertuduh.

Jadi bagaimana pula dengan hukuman ISA tanpa bicara, yang tidak tahu samada ada OKT itu bersalah atau tidak, sedangkan mangsa ISA lagi hebat teraniya, terpaksa merengkok dalam penjara.....terpisah dari dari anak isteri, hilang kasih sayang, hilangnya nafkah zahir dan batin, oiii banyak lagi nak kira kalau nak dibandingkan dengan apa yang berlaku kat Kasitah Gaddam.

Apa pun di sini, aku rasa bila kena kat batang hidung hangpa sendiri barulah kata penyiasatan buat tak habislah, tak ada keadilan, bagaimana pulak dengan siasatan SPRM, laporan yang kabor pun terus siasat sampai nyawa TBH melayang, buat siasatan pun sambil lewa... cuba nak memperbetulkan yang salah menjadi betul.....

Jadi jikalau kita semua mahukan keadilan sejagat tertegak dimuka bumi Malaysia, PRU13 nanti UMNO perlu ditumbangkan, Kem Tahanan Kemunting kita kekalkan, disitu nanti seharusnya kita letakkan pula Hisyammudin selaku menteri KDN, Khir Toyo, Ghani Patail, Zambri 786, Musa Hasan, Ahmad Said, dan ramai lagi yang tak mampu nak disebutkan, ini bukan dendam kesumat, ini sebagai pengajaran bagi mereka yang selama ini dok mempertahankan ISA dan menyalah guna kuasa... bagi mereka rasa dulu dalam 2 tahun... tengok ... apa depa nak kata pulakk.. baru ada akaiii.

Thursday, August 20, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Surat Terbuka Buat Speaker DUN Kedah.

Assalammualaikum...

Buat Yang Berhormat,

Datuk Dr Abdul Isa Ismail,
Speaker,
Dewan Uundangan Negeri Kedah.

Rujuk:DI SINI

Datuk,

Pertama sekali saya ucapkan tahniah di atas keprihatinan Datuk melaksanakan tugas sebagai Speaker Dewan yang mulia.

Saya rasa amat berbanggsa dengan tindakan Datuk terhadap ADUN Kota Seputih yang telah gagal menghadiri mesyuarat Dewan tanpa sebab.

Datuk,
Apa yang saya rasai dari kejadian Negeri Perak yang lepas, saya dapat bayangkan apakah tindakan SPR yang dibayangi oleh UMNO dibelakangnya.

Cuma harapan saya kepada Datuk, teruskan lah tindakan sebelum ini hingga ke seterusnya.. apa yang saya harapkan, KALAULAH tiada tindakan yang positif dari SPR, maka eloklah Datuk ambil tindakan yang sewajarnya terhadap ADUN Kota Seputih itu, lakukankan lan tindakan yang selaras dengan undang-undang Dewan Undangan Negeri Kedah.

Ketegasan amat-amatlah diperlukan dari Datuk dalam melaksanakan tugas sebagai Speaker. Saya dan kekawan bloger-bloger Pakatan Rakyat akan menyokong apa saja tindakan yang Datuk lakukan.

Datuk,
Teruskan tindakan Datuk. Ambillah tindakan yang sewajarnya ke atas ADUN tersebut jika SPR tiada membuat PRK.

Kami akan membantu Datuk. Sekian Terima Kasih.

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Majlis Fatwa..Sambutlah Permintaan TGNA...

Salam Sejahtera...

Mursyidul Am PAS TGNA bersedia bersemuka dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menerangkan perkara sebenar yang menjadi isu hangat oleh UMNO..... Baca DI SINI.

Aku harap Pengerusi Majlis Fatwa aturlah pertemuan bila-bila masa yang lapang, berjumpalah... kalau boleh ajak sekali wartawan akhbar yang melaporkan tu... biar jelas... jangan main sedap mulut kata menyelewenglah apa... Cukuplah Tan Sri Dato Sri DR Mufti Perak saja yang dok melalut.......Majlis Fatwa buatlah cara profesional sikit, jangan bagi aku dok kutuk hangpa sama...

Yang menyeleweng tu UMNO... hangpa semak balik.. betui dak apa yang aku kata... UMNO yang menyeleweng.. dari dulu kini dan selamanya.. memang UMNO menyeleweng.. macam-macam perkara... UMNOlah buat Islam Hadhari.. tak menyeleweng ka tu... UMNO tolak dan halang hukum hudud yang kelantan bercadang nak laksanakan... aoa hukumnyatu.... UMNO tak ambik kisah orang Islam bangsa Melayu murtad... menyeleweng lagi... malan Presiden UMNO sendiri bininya tu pun tak boleh nak ikut arahan hukum Islam.. kenapa depan Kaabah saja boleh bertudung Kepala, balik mai Malaysia bongkang.....

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Dulu Surat Ugutan,.. Hari ini Molotov Cocktail

Sebelum ini kecoh bab Mad Said KP SPRM yang juga bapa kepada penyeludup VCD Lucah Bawah umur yang ditangkap di Australia beberapa bulan yang lalu tealh mendapat surat ugutan bunuh yang ditulis tangan kononnya... kemudian di pos ke Ibu Pejabat SPRM Selangor... Hebat kan Gangster kat Selangor berani brutal gila semacam...!! Ataupun adakah ini sekadar wayang Cina!! Hangpa sendiri fikirlah..

Kemudian hari ini heboh kenderaan SPRM yang terbakar di baling oleh molokov coctail pulak, kat botol arak yang digunakan itu siap ada tanda cop kedai... lagi hebat... semakin nak habis proses prosiding inkues TBH semakin hebat... Hebat wayang Cina depa.....

Cuma aku heran, kena bab surat misteri yang dihantar oleh seseorang staff SPRM kepada badan penyiasat Inkues tidak disebutkan oleh pihak media kerajaan... Pasai ada tak ada sebut langsung... apakah sebab ada disebut ada nama TP SPRM dan juga Khir Toyo terlibat sekali... Kenapa tak disiarkan di media.... Aku ulang lagi sekali... KENAPA TAK DI SIAR DI MEDIA PRO KERAJAAN... KENAPA TAK SIAR DI MEDIA... .... Surat tu hangpa boleh baca di DI SINI.

Kalau kita baca di surat tu ada menyebutkan yang TBH ditarik melalui tali pinggangnya menyebabkan jatuh, kalau hangpa perati balik macam itu jugalah yang berlaku dalam kes YB Gobala di gerutu oleh Polis pada hari penamaan calon Isnin lalu... Itulah kerja mereka SPRM itu pun adalah bekas PDRM, jadi perangai dan perbuatan menyeksa orang tahanan kira standardnya samalah.... Moga-moga Allah akan memberi petunjuk mana yang Haq mana yang batil... Penduduk Permatang Pasir ingatlah... UMNOlah pengkianat kepada Melayu dan pengkianat kepada Agama Islam. JANGAN UNDI BN... JANGAN UNDI CALON UMNO...

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Ong Tee Kiat dah buka langkah...

Sekejap tadi berita NTV7 jam 7.00 menyiarkan kenyataan Presiden MCA yang Menteri Pengankutan Ong Tee Kiat yang sebelum ini memberi tempoh seminggu kepada CEO KDSB Yang Juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Tiong King Sing, telah mengemukan samannya untuk mendapat pengadilan di mahkamah.

Menjawab soalan wartawan mengenai nasihat Mat Sembab supaya tak perlu diperbesarkan kes tersebut kerana mencemar imej kerajaan laki bini, Ong Tee Kiat berkata ini bukan soal peribadi, PKFZ pulak bukan hak peribadi...

Aku bukan nak menyibuk hal orang lain... cuma tadi aku terbaca kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz yang juga membuat kenyataan supaya PM Laki Bini perlu membersihkan diri dengan menyaman akhbar yang membuat cerita tentang kes Altantunya yang kononnya PM Laki bini terlibat sama.

Jadi kalau kita perati tengok, Presiden MCA lebih berani, lebih gentleman untuk membersih diri, ia tak peduli imej BN tercalar atau tidak, yang penting tuduhan tersebut perlu dibersihkan, tu baru betui jadi Presiden, bukan macam Presiden UMNO, pengecut piang, harap berani guna Polis aja suruh pi tangkap anggota pembangkang bila bawa gambar Altantunya.. Aapa barang macam tu.........mana ada class...

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Fatwa Baru dari Mat Sembab...

Nampaknya setelah Pengerusi Majlis Fatwa mengatakan Mursyidul Am Pas TGNA menyeleweng semalam, maka hari ini berfatwalah pulak Almalikul Mat Sembab (pinjam Panggilan Tukar Tiub) tanpa berbuang masa terus mengeluarkan fatwanya pula...

Dia mahu Nik Aziz mengakui kesilapannya dan bertaubat....baca kisah sebenarnya DI SINI.

Oii Gampang... aku nak bagi tau ,... TGNA, pimpinan PAS dan kami ahli-ahli PAS sentiasa beristigfar paling koman pun selepas sembahyang, bertaubatlah tu.. hang tak payah nak ajar.. kami tau sebagai hamba kepada Allah kami sentiasa melakukan kesalahan, oleh itu kami sentiasa bertaubat.....

Tapi kalau bab cerita UMNO tak masuk syurga ni, tak payah bincanglah... budak-budak Tadika PASTI pun boleh tolong jawab......ada faham ka.....janganlah jadi tengik..........

Pergi Jahanam Lah UMNO.. PRK N11 PP - Parpu Kari Sila Sahut Cabaran YB Dr Mujahid..

Salam Sejahtera...

Hari ini YB Dr Mujahid AP Parit Buntar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang mencabar blogger-blogger kumpulan yang tolak Islam tapi nak masuk syurga, cerita penuhnya DI SINI.

Blogger yang dimaksud DI SINI adalah spesis sama dengan Mahathir yang mengaku Melayu,, sama juga MB 786.. he he.. sekarang blogger ni juga tengah dok hentam Ketua Pemudanya sendiri Khairy Jamaludin dalam blog mayakhairy, sebabnya ia dah makan upah dengan Mukhris yang kalah dengan Khairy dalam jawatan Ketua Pemuda... Itulah rupanya bloger yang YB Dr Mujahid maksudkan, duduk sebelah Dr Mahathir, harap badan aja besaq, tapi penakut....piang......

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari