boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, March 12, 2011

Alhamdulillah..dah lega sedikit....

Salam Sejahtera,

Dua minggu berlalu,, 01 hb Mac aku MC sehari,, kemudian dalam tak berapa nak sehat,, malam jumaat 04 Mac aku tak boleh tidur,, sakit perut lagi.., pi klinik tengah malam kena 1 injection baru lega , hari Jumaat aku Mc lagi...

Namun sakit batu karang tak mahu berkurang, mula-mula aku silap makan, sakit perut..., sehinggalah aku tak makan nasi, hanya makan lempeng tepung kosong cicak gula,, pun sakit juga...malam rabu 9 Mac aku pi lagi klinik, mengadu pada doktor, sakit perut.., doktor periksa, memang betul ada batu karang, ambik air kencing, test OK....

Doktor membuat kepastian batu karang yang aku hadapi kecil, angin yang ada dalam badan aku dok kacau batu tersebut membuat aku sering kesakitan.. Bila doktor memberi penerangan sedekiam aku ada sedikit kepercayaan dan timbul rasa lega, membuat kekurtangan sedikit rasa kesakitan. Doktor memberi ubat angin disamping memakan chestone dengan meminum air yang banyak,, ada sedikit kekurangan,

Malam Jumaat semalam kawasan perut yang sakit berubah tempat, ku sangkakan batu mungkin dah nak keluar, sebab malam tu setiap jam aku bangun kencing, membuat hari jumaat aku rasa ringan melayang sebab tak cukup tidur...

Siang hari ini pun, rasa dalam perut masih tak berapa nak sedap, walaupun kesakitan dua tiga hari sebelum tu lebih penyakitkan, dengan menelan pil paint killer sahaja dapat mengurangkan kesakitan, jemputan kenduri kahwin hari ini ada dua jemputan, terpaksa juga pergi, jamah sedikit nasi putih dan lauk yang tanpa kuah untuk mengelak pedas, nasi minyak memang aku tak berani dah, tak sanggup lagi...namun perut ku masih tak selesa...

Sehinggalah petang tadi, aku mencuba ambik daun mengkudu, lalu aku tekapkan kepada cerek panas, aku tuam kat perut yang kesakitan,, namun tak ada apa-apa kesan...bila aku melakukan kerja tersebut, menjadi perhatian anak bongsu aku yang baru balik rumah malam tadi bercuti secara tiba-tiba sahaja ketuk pintu rumah dah sampai..

Dengan kepakaran boleh mengurut, anak aku cuba mengurut sedikit demi sedikit perut aku lalu turun ke bawah menuju ke kaki kiri,, masyallah sakitnya umpama dihiris-hiris urat yang kena urut,, terasa sedikit kesegaran...

Selepas tu diurutnya pula kaki kanan sehingga ke tapak kaki seperti urutan refleksologi,, aduhh lagi sakit tak tau nak cerita, disini lah aku mula sendawa, sendawa hampir nak muntah mengeluarkan angin dalam perut aku tu... kemudian diurut pula urat belikat belakang, lagi rasa nak muntah... alhamdulillah, barulah rasa kelegaan sedikit, sebelum ini aku memang tak suka berurut, sebabnya geli..., tak tahan sungguh, tetapi hari ini terpaksa tahan geli,,, dan tahan sakit..

Alhamdulillah, baru ada sedikit kelegaan,, nak menulis pun ada rasa kekuatan, Insyallah, besok akan ku ulangi urutan petang tadi,,, tumpang anak aku bercuti ada kat rumah.....

9 comments:

  1. semoga cepat sembuh...
    sakit tu untuk menebus dosa2 tuan...
    lenkali berentilah fitnah ulama..
    semoga sakit ni jadi inngatan...
    itu pon kalu tuan bole berfikir dgn waras..

    ReplyDelete
  2. jangan nak buat fitnah..

    kan lebih tuan2 pegi jumpe dan bertanya sendiri dgn ustaz kazim...

    itu lebih baik daripada membuat andaian sendiri...

    takut jadi fitnah, besar dosanya...

    saya pon orang PAS...

    susah kalau ada pemikiran mcm tuan2 ni..bila gi ceramah kt orang/kawasan PAS, dikatakan ustaz tu masuk PAS..

    bila pegi ceramah kat orang/kawasan UMNO, dikata pulak ustaz tu sokong UMNO...

    eh kamonlah...jgn bebal sangat..

    kita semua tau UMNO tidak mahu kepada Islam...

    tapi ada tak ustaz2 PAS yang pegi bagi ceramah, kuliah pada puak2 tu???

    bila bagi ceramah, pandai pulak minta ustaz hentam puak UMNO..

    adakah Nabi Muhammad saw berdakwah sebegitu???

    ada satu kisah saya ingat ustaz kazim pernah cerita..pernah disebut dlm ceramahnya..

    beliau pernah dapat tawaran untuk memberi ceramah di hadapan Menteri2 UMNO..

    jadi beliau kata itu adalah peluang baik untuk beliau memberi teguran kepada UMNO...
    tapi malangnya ada puak-puak dlm PAS yang bebal terus boikot dan fitnah ustaz masuk UMNO...
    terus ustaz kazim tak jadi bagi ceramah dan memberi ceramah di tempat lain yg mana hadirinnya di jabatan kerajaan yang tak ramai..

    betapa ruginya..sedangkan itulah peluang terbaik untuk tegur puak2 UMNO ni..

    ReplyDelete
  3. Salam bro..

    Dengarnya amalkan minum misai kucing boleh membantu..

    wallahualam

    ReplyDelete
  4. bang, kalau mati pun tak pe abang kopom masuk surga punya. sebb abangkan penyokong parti islam.

    ReplyDelete
  5. Salam Manjung Mari....
    Hang buangle gambak mamak Zambryni.... Meluat aku tengok....

    ReplyDelete
  6. Mibu bulan....

    Gambar menunjukkna seribu makna... moga-moga rakyat Perak yang berugama islam tahu Zambri melakukan kerja-kerja syirik....

    ReplyDelete
  7. Sapa la Anon bodoh yg buat main2 hal Syurga Neraka ni..
    Klu taat kt perintah Allah,tinggalkan larangannya,rajin ibadah,rajin sedekah,bc Al-Quran,x naya dan sakiti org,amanah dan taqwa,dpt la masuk Syurga..
    Tp klu Rasuah,judi mcm mana nk masuk Syurga?
    Lu pikir la sendiri!!!

    ReplyDelete
  8. umno x bayar yuran oiiiiii, aku nak nasihat pada abang mm kau ni, cuba kau nilai dalam konteks islam. bukan dalam konteks pas. inikah cara orang yang mengaku islam berkata kata dalam blog beliau, walaupun blog beliau adalah hak peribadi.

    ReplyDelete
  9. salam UMNOx bayr yuran.....
    abih....mende yg PAS dok laung "UNDI PAS MASUK SYURGA?"
    sila jawab
    ade org bukan PAS...dia pun smbahyang jgak,at d same time dia x rasuah n x buat bnda2 maksiat just that dia x undi PAS snce dia ngaji kat Morocco,,,,,,ingat PAS aje ke yg islam?jgn prejudis la......kita manusia biasa bukannya maksum

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari