boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, March 31, 2009

PRK P059 - Buat Semua Penulis Blog dan Petugas-petugas Jamaah Islam....



Buat semua kekawan rakan seperjuangan penulis blog sekelian... Pertama sekali aku memohon maaf jika tulisan ini menyentuh perasaan kalian.. Memang kita semua mahukan kemenangan di pihak kita di Bukit Gantang.. Itulah yang ada dalam semua naluri kita.. Kita mahukan kemenangan.
Aku di sini cuma nak menyampaikan pesanan Sifu aku, supaya kita penulis-penulis blog semua janganlah terlalu ghairah dalam suasana keadaan yang ada sekarang sejak bermula dari hari penamaan calon lagi, seolah-olah kita dah menghampiri detik kemenangan disebabkan suasana kelebihan pengundi-pengundi seolah-olah di sebelah kita. Satu lagi kita semua terlalu ghairah dengan kehadiran penyokong kita yang terlalu ramai pada hari penamaan calon. 
Sahabat sekalian.. kita kena berbalik kepada peringatan Allah yang telah siap sedia ada di dalam sumber rujukan kita iaitu Al-Quran. Sila rujuk dan fahami makna ayat di bawah dari Surah At-Taubah ayat 25.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ ۙ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ ۙ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنْكُمْ شَيْئًا وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُمْ مُدْبِرِينَ

Maksud Ayat: Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.


Sahabat sekelian, dari itu kita janganlah sesekali  merasakan kemenangan sudah berada di pihak kita, pihak musuh UMNO/BN setiap saat setiap detik sentiasa mencari helah untuk menjatuhkan jemaah Islam, kita kena ingat mereka mempunyai segala bentuk kemudahan yang telah sedia ada untuk menghadapi kita, kita hanya cuma ada Allah S.W.T sahaja tempat kita mengadu bergantung nasib, jadi dari itu aku mengajak dfiri aku sekali bersama-sama semua sahabat sekelian walau apa ketika sekali pun dalam melaksanakan tugas-tugas untuk mencapai kemenangan jangan sesekali kita lupa hak dan tanggungjawab kita kepada Allah, janganlah solat 5 waktu kita dilengah-lengahkan, itu yang wajib, kalau boleh yang hak sunat pun eloklah kita sama-sama amalkan mohon pada Allah memberi kemenangan.

Sahabat Sekelian, kita tidak mahu sejarah peperangan Uhud berulang lagi kepada kita, kita kena ingat, kemenangan di Bukit Gantang amat-amat diperlukan, bukan setakat kemenangan, tetapi kita mahukan majoriti besar, kita mahu rakyat terjemahkan undi mereka kepada protes untuk UMNO/BN.

Akhir kata aku mohon kepada sahabat-sahabat sekelian, marilah kita laksanakan apa yang diarahkan oleh Ketua Penerangan Datuk YB Mahfus Omar di Markas PAS Air Kuning pada malam 28/03/09, sayang sekali aku tidak dapat menghadiri taklimat tersebut, aku berada dipekan Simpang, terkepung dik hujan, biasalah naik motor, baju hujan pulak aku tinggal kat bilik tumpangan kerana basah disebabkan dah kena hujan di Pantai Remis dan Kuala Terong hinggalah ke Simpang pada petang Sabtu tu lagi.. Cuma yang aku dapat tahu YB Mahfus sarankan kita menggunakan 3 M, eloklah, sama-sama kita praktikkan.

Lagi satu aku harap Pimpinan-pimpinan PAS yang mengendalikan tugas PRK Bukit Gantang dapatlah menimbangkan saranan-saranan dari kekawan aku dari blogger Perakexpress yang ada membuat penambaikan untuk sama-sama kita mencapai kemenangan, kami dari bloger nampak dengan cara pandangan bloger.. jadi pertimbangkan jika ada saranan-saranan dari para blogger, kerana kami juga mahukan kemenangan.

Apa pun masa masih ada 6 hari lagi untuk menentukan siapakan yang berhak mendapat pilihan rakyat, jadi sama-samalah kita melaksanakan tugas dengan penuh keikhlasan untuk kemenangan Islam. Insyaallah.  


2 comments:

  1. salam semua..
    saya perlukan pendapat anda..tq

    panas-hisamudin bersilat cekak..
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/tun-dato-sri-hishamudin-bersuara-lagi.html

    lebih panas-masjid di conteng dgn makian
    link terlibat:
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/hina-kesucian-masjid.html

    p/s
    buat banner besar2....

    1)MULAI HARI INI HINGGA TERTANGKAPNYE PEMBUNUH ALTANTUNYA, KITA AKAN GANTIKAN ALTANTUNYA DENGAN NAMA PUTERI MONGGOLIA atau MINAH MONGGOL kerana POLIS DIRAJA MALAYSIA TAK BAGI SEBUL ALTANTUYA... KESILAPAN INI AMATLAH DIKESALI..

    2)PAKAI TOPENG MINAH MONGGOL RAMAI2 pastu gantung di tengkok masing2 INI BUKAN ALTANTUYA.. JGN PERASAN...

    ok tak cadangan aku? huhu
    to ISA: ini cadangan tau bukan hasutan.. hehe takut oo ISA

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari