boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Friday, May 22, 2009

Nizar VS Zambri - Keputusan Mahkamah - Zambri menang...

Hakim: Zambry MB sah Perak

Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.

Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.

Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.

Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.

Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.

Komen: Sedap ja mulut hangpa kata Hakim Mahkamah Tinggi salah tafsiran pulak.. jadi hangpa lah yang correct...correct...correct.... Buatlah apa pun... kuasa rakyat pun akan sampai juga nanti.... Kuasa Allah yang kami nantikan....

5 comments:

  1. selagi PAS bersekongkol dengan parti komunis ni
    lagi banyak bala akan turun....

    ReplyDelete
  2. jangan khuatir. "selepas kesulitan, akan ada kemudahan". BN Perak target 3-4 tahun, biarkan. PR target untuk 300-400 tahun. syarat: PAS mau menang dan berusaha memenangkan semua kawasan ditandingi dlm PRU13.

    kekukuhan ummah itu bukan dari pakatan rakyat, tetapi dari taqwa kaum mukminin dan mukminat.

    ReplyDelete
  3. Pada lazimnya pengubal Perlembagaan akan mengubalkannya sebegitu rupa supaya ia memihak kepada kerajaan yang berkuasa (dalam kes negeri Perak PKR). Sebab itulah kita ada artikal 72 Perlembagaan Malaysia yang memberi kuasa mutlak kepada Speaker Dewan dan artilak 16 undang undang tubuh kerajaan Negeri Perak yang TIDAK memberi kuasa kepada Sultan untuk memecat Menteri Besar. Kalau Mahkamah mentafsirkan artikal yang senagg difaham oleh kanak kanak berpihak kepada pembangkang (dalam kes negheri Perak BN), jelas sekali sistem kehakiman telah dicabul dan dirogol.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari