boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, June 9, 2010

Percayakah Jaminan ini...

Salam Sejahtera....

Hangpa baca najib jamin malaysia tak akan muflis macam greece. Hangpa percayakah apa yang berikan itu....jangan tertipu dengan janji-janji itu...

Kita kena ingat !!! Statement Idris Jala tu mengancam tampok UMNO memerintah, tak sampai 2 tahun sahaja PRU13, kalau BN bersama UNMONgok yang memang dan masih memegang tampok pemerintahan negara, aku yakin bukan sahaja tak sampai tahun 2020, tahun 2015 negara akan muflis.Nak ke tak nak Najib kena nafikan, walaupun memang ada kebenarannya..

Oiii, tolonglah, jangan jadi buta hati oii, jangalah kita terlupa tahun lepas, sewaktu bahas budget di Parlimen DSAI dah memperingati kerajaan mengenai ekonomi merudum di dunia yang bakal akan menimpa negara kita Malaysia, tetapi Najib yang bangang dan sombong selaku menteri kewangan menafikan apa yang DSAI sebutkan.

Kini kita lihat, apa yang diperkatakan DSAI telah di akui oleh Senator Idris Jala, seorang lagi Pakar ekonomi yang cuba nak membangangkan rakyat Malaysia, dijualnya aset-aset kepunyaan MAS, kemudian diistihar MAS mendapat keuntungan sewaktu menjadi Pengerusi MAS, kini Najib melantik menjadi Senator dan Penasihat Ekonomi negara, entah macam mana tersasul nak tunjuk pandai terikut pulak nasihat DSAI mengatakan negara akan muflis, ha... ha... Mr Penasihat dah terlepas cakap, sebabnya nak potong subsidi.....

Oii, kalau macam tu stail UMNO BN memerintah negara, subsidi nak potong, cukai GST nak buat, zakat umat Islam pun hangpa nak tibai, apa kata aku cadangkan tukar sahaja pemerintahan, Kerajaan Pusat pergi perintah Kelantan, bagi Kerajaan PAS Kelantan memerintah Kerajaan Pusat, apa macam, berani atau tidak, aku yakin kalau kerajaan Kelantan diberi kuasa memerintah Pusat, Isyaallah, bukan sahaja subsidi rakyat dapat, malah rahmatal lih alamin pun kita dapat, berkat hidup..., tak percaya,,, sila bagi peluang satu penggal selepas ini, Kalau Kelantan 20 tahun sudah boleh ditadbir dengan kekangan dan sekatan dari Pusat, tak jadi masaalah kalau nak memerintah negara dengan pengalaman yang dah ada..

Sama-sama kita memasang tekad menukar pemerintahan negara...


No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari