boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Thursday, May 5, 2011

PAS jual mahal....

Salam Sejahtera,

Dah bermula dah,,, tak tau la hangpa perasan atau tidak,, tetapi inilah situasinya apabila adanya pemilihan dan muktamar PAS, ramai sangat yang jadi penyibuk, kalau setakat menyibuk macam Dr Aziz Bari tu boleh tahan lagi, sekadar memberi penambahbaikan untuk PAS menurut pandangan beliau,.....

Tetapi yang ini mengeluarkan pandangan yang ada hubung kait dengan UMNO, minta PAS bergabung dengan UMNO,,oiii depa kata PAS jual mahai..

Memanglah,, PAS ada harga, PAS yang memperjuangkan syiar Islam tak sama dengan UMNO yang siang malam dok berjuang atas nama Melayu, kononnya,, tetapi yang lebihnya kaum kerabat kroni didahulukan...

PAS terpaksa menjual mahal kerana Islam tu tak ternilai harganya,, UMNO selama ni membiarkan Islam terpinggir, UMNO hanya menjaga Islam sekadar perhiasan aksesori sahaja, tak lebih daripada itu...

Kenapa dah lebih 50 tahun UMNO memegang teraju pemerintahan negara, hanya selepas tsunami PRU12 2008 baru nak ajak melayu bersatu buat kali kedua, kali pertama sewaktu selepas kejadian 13 May sewaktu bapa Najib menjadi PM, di bawanya PAS bersama-sama dalan BN, bila dah rasa kkuat semula ditendangnya PAS keluar,, terkapai-kapai PAS..., bila dah rasa balik melayu tak memberi sokongan, diajak balik bersatu....

Oii kali ini PAS dah berharga,, PAS kena jual mahai demi Islam yang dibawanya..
.

Pas masih jual mahal: penganalisis

SHAH ALAM – Walaupun beberapa kali dipelawa UMNO agar sepakat dalam satu jemaah, nampaknya Pas masih enggan melayani permintaan itu disebabkan perbezaan ideologi dalam kalangan pemimpin mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini sekali lagi mempelawa dan menyeru parti itu menyertai UMNO dan BN sekiranya benar-benar mahu berjuang untuk Islam.

Melihat kepada keadaan itu, penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Attory Hussain berkata, realitinya, Pas bukan enggan menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan BN, malah parti itu tidak akan menafikan sekiranya kerjasama sekali lagi terjalin antara mereka.

“Apa yang kita nampak, setakat ini terdapat beberapa pihak terutama melibatkan generasi baru yang memiliki pemikiran baru dalam parti itu berhasrat untuk mengkaji kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Ia dikukuhkan lagi setelah Pas tidak memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dan prestasi PKR jatuh merudum di negeri itu,” katanya.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, kemungkinan besar sekiranya kepimpinan tertinggi parti itu diambil alih orang baru, kerjasama Pas, UMNO akan terjalin.

“Kita lihat semangat untuk bermuzakarah membuak-buak dalam diri generasi baru Pas dan pemimpin UMNO kerana mereka mengambil kira isu-isu yang berlaku selepas 2008 di mana UMNO sendiri pun berada dalam keadaan kelam kabut.

“Sebab itulah, Najib menghulurkan tangan sekali lagi, malangnya Pas masih berdegil. Walaupun belum terima sebarang maklum balas, menurut pemerhatian saya, saya yakin Pas tidak berpakat untuk menggagalkan undangan UMNO itu,” katanya.

Attory berkata, kemungkinan besar isu kerjasama ini akan dibincangkan dalam muktamar Pas yang dijadualkan berlangsung Jun depan.

“Mereka akan kaji semula sama ada mahu melakukan mukabalah (perbandingan) dengan UMNO. Apa yang merunsingkan ialah, kedegilan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang begitu berkeras enggan menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

“Kepimpinan Nik Aziz menjurus kepada kepimpinan ulama, sebab itulah beliau tidak setuju dengan kepimpinan UMNO. Corak kepimpinan beliau berbeza dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.,

,

2 comments:

  1. UTUSAN MERAPU/BERITA MELOYA/BERITA 3 SUKUMay 5, 2011 at 10:18 AM

    pas jual mahal?

    KEPALA BAPAK KORANG

    NAH AMBIK

    AMACAM SEDAP

    ReplyDelete
  2. hahaha UTUSAN MERAPU/BERITA MELOYA/BERITA 3 SUKU gila talak...gila cina buta. tarak sapa mau kat hgpa melainkan APCO yahudi ja yg dok bule bersekedudukan dgn UMNO. sedap kepala hotak hg toyaa!!

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari