boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, May 31, 2011

Terkini - Kenyataan Pembohongan Najib kepada rakyat..

Salam Sejahtera,

Dasar cara hidup kalau dah tolak Islam sebagai awal-awal lagi, pembohongan tidak jadi hal jika mereka melakukannya...

Kesian orang-orang UMNO asyik dok kena tipu....



PM: Kenaikan tarif tidak beri manfaat kepada IPP
S Pathmawathy
Mei 31, 11
4:10pm

Pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

NONEIni berikutan pengenalan mekanisme 'Fuel Cost Pass-Through' yang mana syarikat minyak negara Petronas akan melupuskan sebahagian daripada keuntungannya bagi membolehkan sektor tenaga menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat,” katanya.

Purata tarif elektrik berkuatkuasa esok akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj.

"Dengan perkataan lain, ia terus kepada pengguna... Ia adalah sistem melalui tarif jadi tidak ada sesiapa yang bermanfaat,” kata Najib kepada pemberita semasa menghadiri Forum Tindakan Belia 2011 di Petaling Jaya.

Beliau mengulas soalan wartawan sama ada kerajaan akan mendedahkan perjanjian pembelian tenaga antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan IPP

"Kerajaan akan mengkajinya tetapi dari segi dasarnya IPP tidak mendapat manfaat daripada subsidi,” tegasnya apabila terus diasak wartawan.

tenaga nasional and electricity 031208Perdana Menteri juga enggan mengesahkan sama ada tarif akan dinaikkan setiap enam bulan.

"Kita akan pantau, tetapi keputusan terakhir di tangan kerajaan,” kata Najib.

Menurut Najib, kerajaan akan terus memastikan kenaikan elektrik yang akan datang turut tidak akan membebankan rakyat, sepertimana kenaikan pada masa ini yang tidak melibatkan 75 peratus daripada isi rumah.

"Kali ini, kita tentukan 75 peratus isi rumah tidak menghadapi kenaikan bil elektrik. Kita akan kaji dari semasa ke semasa supaya apa yang dilakukan setimpal dari segi beban kepada rakyat," katanya.

[Baca berita penuh]



,

No comments:

Post a Comment

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari