boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Saturday, September 22, 2012

PRU13 - Calon DAP Kerusi DUN Setiawan perlu ditukar.

DUN Setiawan, Pasir Panjang dan Pangkor adalah dibawah satu kerusi Parlimen Lumut, sedikit sebanyak apa yang berlaku diantara 3 kerusi DUN ini ada tempias dan kesannya. 


Isu Ngee Koo Ham sehari dua ni menjadi cukup panas dan bakal menjadi modal buat UMNO, sehingga Khairy KP UMNO cekap membuat pukolan drop dari bola yang dismash oleh Ngee Khoo Ham sebelum ini,, apa yang Khairy sebut petang tadi selepas perhimpunan demontrasi bantahan filem menghina Nabi, " PAS perlu keluar dari PR, kerana pemimpin DAP secara terangan menghina Islam" ambik ko hadiah dari mulut capoi Ngee.. 

Bagi UMNO isu ini satu modal besar yang boleh membuat keuntungan besar untuk merebut hati pengundi melayu, walaupun Ngee sudah meminta maaf, tetapi secara umumnya isu ini masih diguna pakai oleh UMNO., percayalah.

Semalam sewaktu demontrasi di masjid Setiawan, walaupun tak ramai,, tetapi apa yang aku nak sebut, terdapat 2 lelaki yangcukup aku kenali,, sama-sama ex-navy, mereka ini kaki masih, bukan ahli UMNO, secra mudah mereka ialah non-partism,...tetapi kenapa mereka ikut serta demontrasi?,, sebab ini kerana ada kena mengena dengan agama Islam yang di hina oleh Ngee.

Tengahari tadi waktu solat jumaat, ketika khatib membaca khutbah, isunya filem penghinaan itulah, tetapi dia punya conclusion rakyat Malaysia yang terlibat sama dengan isu ni perlu diambik tindakan,,, itu yang tok imam tu sebut. ,,  

Bagi aku isu Ngee ni dikategori cukup berat buat Pakatan Rakyat Perak, berbeza dengan isu Nizar sembah derhaka atau juga plet no WWW,, yang itu rakyat boleh menilai balik,, tetapi isu agama ni sensitif,,, bayangkan seorang lelaki cina petang semalam sewaktu depan demo didepan pejabat DAP Kampong Koh tanya aku, ramai-ramai ni kecoh kenapa apa,, aku cerita hal sebenar, lelaki Cina terus jawab,, Ngee sendiri silap... tudia Cina sendiri pun kata Ngee silap,, tambahlah orang melayu...

Jadi demi untuk mencapai kemenangan kembali semula kepada PR pada PRU13 nanti, Ngee wajib diketepikan atau direhatkan dan digantikan dengan calon baru,,, Cukuplah Ngee dah dua penggal di kerusi DUN Setiawan, berilah kepada muka baru... 

Baguskah prestasi Ngee sewaktu menjadi ADUN Setiawan...nak kata bagus?.... bagusnya Ngeh ini dari UMNO cuma dia tidak terlibat dengan rasuah... Tahun lepas, bulan 05 May 2011, ketika aku masuk hospital, ada kisah yang ada hubung kait dengan Ngeh,, boleh baca KLIK SINI,  dan yang bestnya isu ni terus diambik tanpa izin oleh aku lalu disiarkan di laman web UMNO Perak Today,,  KLIK SINI Inilah budaya UMNO, rompak, curi, rasuah adalah perkara biasa bagi mereka...

Sewaktu bulan puasa yang lalu, aku dan team Media Perak di jemput bersama-sama ke Majlis Makan malam kaum Cina di Dewan Marina Lumut, Majlis yang agak grand,, ramai pemimpin DAP dari luar Perak turut serta sekali, KLIK SINI, Tetapi sayang Ngeh selaku Pengerusi DAP Perak tak boleh hadir sekali, ni apa cerita ni..., kalau sesama sendiri dalam parti pun kecoh, macam mana nak jaga negeri Perak. 

Sedikit sebanyak isu ni untuk lebih lanjut boleh baca KLIK SINI, jadi kalau dah sesama dalam parti dengan grass root pulak tu dah kecoh, buat hal dalam isu ugama Islam pulak,, maka sesuai sangatlah Ngeh direhatkan,, cukuplah,, bagilah pemimpin DAP lain pulak,,, tak sior dah aku... 

Siapa pemimpin lain tu,, aku ada 2 orang pemimpin yang aku kenal secra dekat,, 10 kali lebih baik dari Ngeh,,, yang pertama Dr Ken.Kong. seorang pengamal perubatan yang mempunyai klink di bangunan deretan belakang The Store Setiawan, 




Dr Kong aku rasa lebih sesuai dan lebih dari Ngeh, beliau lebih banyak terlibat dengan aktiviti NGO-NGO kemasyarakatan dan lebih mudah turun padang untuk bersama masyarakat, jauh berbeza dari Ngeh,, sebelum ini Dr Kong adalah calon MCA pada PRU 11 2004 dan menentang Ngeh di Kerusi DUN Setiawan,, setapi bila arus tsunami PRU12 2008 Dr Kong turut sama berubah bersama Pakatan Rakyat., 
Beliau dah pun memohon untuk menjadi ahli DAP, tetapi biasalah, sikap Ngeh lebih kurang sama dengan UMNO juga, menyekat kemasukan kemasukan individu yang lebih pandai dari dirinya... 

Oleh itu aku cadang seorang lagi calon yang sesuai untuk DUN Setiawan menggantikan Ngeh, iaitu saudara Cheong.Peng Choon , orang lama DAP Setiawan, dan lebih 30 tahun menjadi ahli DAP, 

Cheong Peng Choon



Apa yang aku mahu ialah kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti, Ngeh Koo Ham sekarang sudah menjadi liability buat Pakatan Rakyat Perak, Mungkin DUN Setiawan masih boleh dipertahankan oleh NGEH jikalau dia masih bertanding pada PRU13 nanti,, tetapi bagaimana dengan kerusi-kerusi DUN lain, terutama yang majority pengundi melayu, mereka yang sebelum ini dah pun alergik dengan DAP, baru nak mendekati dan memberi kepercayaan kepada calon DAP, tetiba Ngeh pulak dah buat hal yang mana aku rasa dapat menggagalkan Perak untuk ditawan kembali seperti PRU12 2008.

Itu satu hal, lagi satu, calon-calon PAS dan PKR juga terutamanya calon melayu Islam pun akan timbul masaalah bilamana Ngeh masih bertanding,,, cukuplah Karpal Singh seorang,, jangan ditambah beban dengan Ngeh Koo Ham pula,,, hilang peluang untuk merampas Perak, dan hanya boleh mendapat angan-angan sahajalah  nak menuju ke Putrajaya...  

1 comment:

  1. Aku rasa brader manjung mari lagi layak ganti ngeh ko ham. Takbirrrrrr

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari