boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Wednesday, November 28, 2012

Dari Pwtc - Muhyiddin didoakan oleh ulama untuk meneruskan perjuangan UMNO..

Apa sahaja akviti PAS selalunya menjadi buah mulut sembang dan bahan kutukan UMNO terhadap PAS, Ingat tak tahun lepas, yang sebelum ini PAS dihambur dengan isu baaiah,, tup-tup bila perhimpuann UMNO, puak-puak UMNO buat but baiah taat setia dengan Najib... 
Terkini, isu doa kehancuran UMNO,, heboh satu Malaysia,, tup-tup semalam,, UMNOpun berdoa juga,,, mukadimah doa ?..


Tukang baca doa dalam perhimpuan UMNo mula-mula aku ingat sahabat aku Rasyid Zamri , Rupa-rupanya orang lain.... wakil dari Kelantan juga,,, sebab PAS berdoa di Kelantan,, maka afdalnya ulama UMNO kelantan yang baca untuk balas balik di Pwtc.... 


Apa pun,, tanpa disedari, nama Muhyiddin Yasin sebagai tujuan utama doa ini dibacakan... he hehe,, dah tak mau kat Najib bini Rosmah dah ka...kesian Najib... 

Dan yang paling kesian,, mereka masih nak bersatu dengan PAS, baguihlah,, aku setuju,,, setuju sangat,,, bukan susah kalau nak bersatu,, ambik borang isi jadi ahli PAS,, bersatulah dengan PAS,,, kalau takat nak ajak PAS duduk dalam BN,, lepas tu ikut cakap UMNO,,, sorry.....la.. ity aku tak setuju... 

Aku copy paste balik isi doa mereka malam tadi... 


Berikut isi kandungan doa tersebut :
Yallah Ya Tuhan kami, pada malam yang penuh keberkatan ini, kami menadah tangan, memohon kehadrat-mu Ya Allah, agar majlis Perasmian Persidangan Perwakilan pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh pemimpin kami YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO dianugerahkan hidyah dan taufik, agar urusan kami berjalan lancar, beroleh kejayaan dan keberkatan.
Ya Allah, di atas bahu kami ada tanggungjawab dan amanah yang berat, anugerahkanlah kepada kami keupayaan dan kemampuan untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab tersebut.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan Nabi kami Muhammad SAW di zaman yang tidak ada nabi dan rasul ini, Ya Allah, perlihatkanlah kepada yang benar itu benar, supaya kami dapat mengikutinya dan perlihatkanlah ‚yang batil itu batil‘ supaya kami dapat menjauhinya.
Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui pada hari ini kami menghadapi tentangan dan cabaran yang amat hebat, baik dari musuh yang terang, mahu pun musuh yang tersembunyi, malah apa yang lebih memedihkan hati kami, apabila ancaman dan kebiadapan terhadap agenda ummah dan bangsa, dilakukan oleh mereka yang keliru dan terpedaya dikalangan kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, bukalah pintu hati saudara-saudara kami di dalam Pas, untuk kembali ke jalanmu Ya Allah…kembali kepada kebenaran.
Engkau gerakkan hati mereka untuk menyambut salam perpaduan Islam bagi sama-sama memartabatkan agamamu Ya Allah, bangsa Melayu dan bumi Malaysia yang tercinta.
Ya Allah berikanlah kepada kami kekuatan untuk menghadapi segala musibah ini, dihadapan kami, menanti medan pilihan dan penilaian rakyat, iaitu Pilihan raya umum ke-13, kurniakanlah kami kekuatan, untuk mempertahankan amanah ketuanan Melayu Islam, ditanah air kami.
Berikanlah kepada kami keupayaan untuk bersiap siaga, dengan hemah yang tinggi, hati yang bersatu, jiwa yang luhur, serta kesetiaan yang kukuh, dan akhirnya dijunjung perjuangan yang getir ini. Ya Allah, berikanlah kepada kami kemenangan dalam perjuangan ini.
Kurniakan kami, segala kecekalan hati, keteguhan tekad, kesungguhan azam, dan kebijaksanaan fikiran kepada sekalian pemimpin UMNO, terutama Presiden UMNO beserta timbalan serta seluruh kepimpinan dan sekalian ahli UMNO yang lainnya. Kepada mu jua kami bertawakkal dan menyerah diri, ditangan Mu jua pemutus dan penentu segala-galanya.
Ya Allah hidupkan kami dengan Islam, matikan kami dalam Islam, akhirilah hayat kami ini dengan Husnil Khatimah dan dengan kalimah La ilahaillallah Muhammadun Rasululullah.


Sumber : http://www.umno-online.my/?p=72816,

1 comment:

  1. Aku tak berapa setuju depa ambik borang PAS isi... lainlah kalau tarbiyyah dan usrah PAS kuat.... atau pun ada tempoh percubaan.

    UMNO ni bila dia masuk PAS, dia suka bawak budaya UMNO masuk PAS... dengan kata lain menjahanamkan PAS dari dalam... jadi jangan seronok sangat bila depa isi borang.... takut yang masuk sejenis shinobi macam yang berlaku pada SAREKAT ISLAM INDONESIA.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari