boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Tuesday, June 18, 2013

Seorang lagi muka baru pembodek Najib, Nor Zahidi Alias, bakal mencekik kocek rakyat...

Sebelum ini, dah pun keluar kenyataan,,, GST tak perlu dilaksanakan lagi,, belum masanya, belum sesuai....

Alih-alih ada pula manusia @ bangkai bernyawa yang lebih terror dalam ekonomi sambil nak membunuh rakyat..





Aku memang sebelum ini memang tak kenal dan tak pernah dengar pun nama ni... tau-tau boleh keluar kenyataan,Pakar pulok tu..,, 

Pakar: GST sudah sesuai dilaksana


GST




KUALA LUMPUR - Kini masa yang sesuai bagi kerajaan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai sebahagian daripada langkah meningkatkan hasil.
  
Ketua Ahli Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd Nor Zahidi Alias berkata semasa kerajaan dilihat akan melaksanakan GST, beliau mencadangkan agar diadakan langkah-langkah tertentu untuk melindungi golongan berpendapatan rendah daripada kesannya.
 
"Secara keseluruhannya, mempunyai GST adalah baik. Saya berpendapat kerja-kerja perhubungan awam mengenai GST perlu ditingkatkan lagi dan kita tidak boleh terlalu idealistik dengan menyatakan ia tidak akan menyebabkan inflasi. Ia akan menyebabkannya.
  
"Saya percaya bahawa walaupun terdapat kenaikan dalam harga, ia tidak akan banyak walaupun kita melaksanakan GST," katanya kepada pemberita di luar acara Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013 di sini hari ini.
  
Nor Zahidi berkata inflasi mungkin berlaku dalam fasa awal pelaksanaan GST.
  
"Saya rasa itulah sebabnya kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengadakan Akta Anti-Pencatutan bagi memastikan jika kita memperkenalkan GST, peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang mereka tidak perlu berbuat demikian," katanya.
  
Pada Mei, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan tidak akan melaksanakan GST dalam tempoh terdekat kerana masih menjalankan kajian mengenai implikasinya.
  
Pengarah Eksekutif Kanan PricewaterhouseCoopers Taxation Services Sdn Bhd Jennifer Chang berkata semua negara di Asia telah melaksanakan GST kecuali Malaysia dan Myanmar.
  
"Mengapa kita tidak melaksanakan GST? Saya berpendapat ia cukai yang disalah faham. Pada tahap tertentu, ia adalah cara yang paling berkesan untuk mengutip cukai kerana lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak cukai yang anda bayar, " kata beliau.  - Bernama

Ni melayu-melayu yang undi BN tempohari,, terimakasih lah diatas keikhlasan hangpa mengundi BN,, sekarang semua rakyat bakal terima habuannya,,, baguih sangat...

6 comments:

  1. juragan kata "alhamdulillah"...kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Juragan 69,der per2 nk komen...??
    Sape la bangang sgt yg nk brg mahal... Oooo lupa lak,org melayu dh kaya dpt BRIM RM500,termasukla juragan yg cerdik andai tu.hahaha....

    ReplyDelete
  3. Cerdik kepala boot

    ReplyDelete
  4. juragan tengin....hihihihih

    ReplyDelete
  5. Aku pun nak cuti tanpa gaji 2tahun, sbb RM500 cukup utk setahun.RM1200 cukup utk 2 tahun.apa mcm kwn2??

    ReplyDelete
  6. satu penghinaan kpd ketuanan melayu dok beli brg murah....malu beb,pendatang haram pun takmo makan beras 1 Malaysia.Apa macam juragan69 GST ok kan?.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari