boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Sunday, July 28, 2013

PRK Kuala Besut - Dah kalah,, cukuplah.. tak payah nak tuding jari ?..

Sebelum ni aku malas nak komen-komen isu PRK Kuala Besut terhadap parti Pas,,, tetapi bila aku baca berita,, adui.... 



PRK K. Besut: Pas kaitkan kalah kerana tarikh


Hanafiah Mat
Hanafiah Mat
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas menganggap kekalahan calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut mempunyai kaitan dengan penetapan tarikh pilihan raya yang dibuat pada hari bekerja.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat berkata, tarikh yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu menyebabkan pengundi Kuala Besut yang  berada di luar Terengganu tidak dapat pulang mengundi.

Mendakwa tarikh yang ditetapkan pada hari Rabu itu seolah-olah telah direncanakan pihak tertentu untuk tidak memberi peluang menang kepada Pas, beliau berkata, pengundi luar seolah-olah disekat untuk pulang mengundi kerana umum mengetahui kebanyakan pengundi tersebut memberi sokongan yang tinggi kepada pembangkang.

“Menteri Besar sendiri mengakui pengundi luar telah memberi kemenangan kepada pembangkang pada PRU13 lalu. Untuk PRK lalu, ada kira-kira 1,400 lagi pengundi yang tidak balik,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Menjelaskan permasalahan pengundi luar untuk mengambil cuti, Hanafiah yang juga Pengurus Kempen PRK Dun Kuala Besut berkata, pertembungan cuti yang akan diambil pada hari raya menyebabkan cuti mereka tidak mendapat kelulusan.

“Kita juga dapat maklumat ada juga yang dapat cuti tetapi anak mereka pula bersekolah, isteri yang bekerja sebagai guru juga sukar mendapat cuti,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pihaknya optimis calon Pas menghampiri kemenangan sekiranya tarikh mengundi dibuat pada cuti hujung minggu.

Adun Alor Limbat itu berkata, walaupun Pas mungkin tidak menang sekalipun pengundi luar pulang, sekurang-kurangnya mereka mampu mengurangkan majoriti undi BN di Dun Kuala Besut.

Bagaimanapun katanya, Pas langsung tidak terkejut dengan majoriti undi diperoleh calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, walaupun jumlahnya meningkat berbanding PRU13 lalu.

“Dengan apa yang dibawa kepada rakyat Kuala Besut, sepatutnya BN memperoleh majoriti yang lebih besar daripada itu tetapi apa yang  berlaku, peningkatan undi hanya berlaku sebanyak 158 undi sahaja.

“Bagi Pas, ia kekalahan yang bermaruah kerana peningkatan itu berlaku sedikit sahaja daripada yang dijangka sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, keputusan PRK Dun Kuala Besut itu juga turut menafikan jangkaan pemimpin Umno sebelum ini yang juga Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mendapat majoriti sebanyak 4,000 undi.

Beberapa hari sebelum penamaan calon, barua-barua SPR dah siap umum bila hari penamaan calon dan bila hari mengundi Dun Kuala Besut.. 

Jadi secara dzohirnya,, dah nampak dah,, peluang nak menang lawan dengan Umno memang payah,, faktor paling utama pengundi Dun Kuala Besut tak sama dengan pengundi Parlimen Kuala Terengganu... kita kena faham bab tu... 

Aku dari awal lebih suka pada cadangan Parti DAP yang mahukan PAS memboikot, tetapi Pimpinan Pas tetap nak bertanding menentang Umno,, jadi kena ikutlah.. 

Alangkah lebih baiknya jika pimpinan Pas, PKR dan Dap turun bersama-sama penyokong-penyokong seberapa ramai semasa hari penamaan calon,,, tetapi bukan datang nak  daftar bertanding,, datang menyatakan nak boikot,,, perghh aku tak tau macam mana rupa merah padam Tan Sri Aziz Pengerusi SPR dan Timbalannya,,,, memang ghuyup SPR waktu tu.... sebab kita masih lagi hilang kepercayaan kepada SPR..

Satu dunia tahun beb, pembangkang dah tak percaya pada SPR sebaik sahaja selesai PRU13.. Tetapi itulah.... malas aku nak komen... benda dah berlalu.. 

Yang paling beruntung selepas habis sahaja PRK Kuala Besut, kita dah boleh nampak,, SPR dah mula membaiki semula imej mereka yang sebelum ni hancur.... isu dakwat tak lekat pun selesai, malah PRK Dun Besut akan dijadikan model untuk PRK yang akan datang,,, ambik ko... 

Sekarang apa lagi modal Pakatan nak hentam SPR...isu apa lagi,,.. malah SPR yang cari idea, bagaimana nak ambik undi para banduan dalam penjara pulak..., satu lagi strategi nak menangkan umno...




9 comments:

  1. Bhai MM...

    Tak larat nak tegur dah PAS nih... Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la ularMak Pas berat serban dan kopiah putih....otak adha batu bussar duduk sana...Ularmak UG 3H...satu nelayan jati..satunye perpaduan jati...satunya bonceng basikal jati...berjuang tak de wisdom jati...akahkkkkkkah....1100000000000000888888888888999999 kali

      Delete
  2. Hahaha...alasan...alasan..hahaha

    ReplyDelete
  3. bw isu ni dlm muktamar.masa tu hentam la habis habisan.bukan menyalak dlm blog.

    ReplyDelete
  4. MM...

    umno akan menang PRU sampai KIAMAT...1000 tahun lagi pon belum tentu PAS boleh menang kalo SPR ni masih lagi jadi cabang umno...kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Bukan PAS je bhai..semua parti dlm PR. apa yg diuar-uar oleh umno ttg pemimpin pakatan tdo sebantal mimpi lain2 makin nampak nyata. Aku walau camne pon tetap sokong PR cumanya takkan buang tenaga, masa dan RM laagi dgn join ape je yg dianjurkan pemimpin PR.

    ReplyDelete
  6. kalo ade PRK kt Perak nnti.. jngan ade alasan Pas kalah sbb tarikh udah le...

    ReplyDelete
  7. pas ada think thank. biarlah depa buat rumusan. sampai nak bercakap pun tak boleh.

    ReplyDelete
  8. pas ada think thank. biarlah depa buat rumusan. sampai nak bercakap pun tak boleh.

    ReplyDelete

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari