boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...
Showing posts with label ADUN Rasuah. Show all posts
Showing posts with label ADUN Rasuah. Show all posts

Thursday, May 16, 2013

Pasca PRU 13 - Hebatnya Umno Lumut, tapi sayang bacul..

Semasa hari mengundi, 05/0513 selepas aku bertugas Polling agent di saluran 1, aku terus pergi mengundi di Sekolah Menengah Seri Manjung, bertuah beb, sebab jadi Polling agent ada Pas Agent, boleh terus masuk motor ke dalam sekolah,, sempat bertembung dengan blogger Rasyid Zambri duk iringi Calon Umno Cikgu Rashidi..


Sunday, March 24, 2013

Jom tengok apa kerja terbaik Zambry sebagai MB Perak.

Kerja-kerja baik dia kita juga kena sebar dan maklumkan kepada rakyat...Sebanya Dun Perak dah nak terbubar atau terburai... Moga-moga ada kebaikannya...


Friday, March 4, 2011

Sifat ADUN UMNO yang pemurah senyuman..

Salam Sejahtera.,
Inilah contoh seorang lelaki gentlemen, walau pun keputusan hakim dah keluar menyatakan bersalah, namun masih ada kelihatan wajah-wajah yang tak bersalah... taklah macam rupa kat SINI ..poyo... .

Namun apa pun jangan ingat boleh ada PRK lagi, seperti yang aku tulis yahoo ada lagi prk di lenggeng pula . Sebabnya mengikut pada laporan berita awal tengahari tadi keputusan hukuman akan dijatuhkan oleh oleh hakim pada jam 2.45 petang hari ini...
Tup-tup berita TV jam 7.00 memaklumkan keputusan hukuman akan dijatuhkan pada 1 April nanti.. kenapa.. susah sangatke nak cari hukuman yang setimpal dengan kesalahan...
Kenapa boleh jadi begini,, hakim bodo ke atau kita rakyat yang diperbodoh... celaka punya UMNO...

Jadi senyum lebar ADUN yang mentekeradah rasuah...,

Yahoo... Ada lagi PRK... di Lenggeng pula...

Salam Sejahtera...

Kalau mengikut pada proses undang-undang besar kemungkinan ada lagi satu PRK...

Tetapi entahlah,, banyak sangat tangan-tangan ghaib yang menguasai SPR dan kehakiman dalam negara..

Bahasa

Rasuah: Adun BN Lenggeng didapati salah, hukuman petang ini

March 04, 2011

SEREMBAN, 4 Mac — Adun Barisan Nasional (BN) Lenggeng Mustafa Salim didapati bersalah menerima rasuah RM2,000 daripada seorang kontraktor sebagai sogokan mengeluarkan surat sokongan bagi aktiviti perlombongan pasir lebih dua tahun lalu.

Keputusan itu dijangka akan membuka laluan kepada kemungkinan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

Tarikh akhir yang membolehkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialahj 28 April. Kekosongan selepas tarikh itu tidak memerlukan pilihan raya kecil.

Wakil rakyat penggal pertama berusia 51 tahun itu bagaimanapun bebas dua tuduhan lain menerima rasuah M. Manimaran untuk tujuan yang sama.

Hakim Mahkamah Sesyen Amran Jantan menangguhkan prosiding untuk menjatuhkan hukuman pada pukul 2.45 petang ini.

Pada 3 November lalu, Mahkamah Tinggi Seremban memerintahkan Mustafa membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada 2008 selepas membenarkan rayuan pendakwaan.

Mustafa sebelum itu telah dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas semua pertuduhan pada 14 April lepas tanpa diarah membela diri di akhir kes pendakwaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Nasfy Yasin ketika itu berkata mahkamah membenarkan rayuan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas ketiga-tiga pertuduhan berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, Mustafa didakwa meminta RM3,000 daripada Manimaran, 37, melalui Mustafa Pendek, 58, di Lot 1321, Mukim Pantai, Seremban, pada 11 pagi, 28 Ogos 2008, sebagai balasan mengeluarkan surat sokongan bagi mendapatkan permit menjual pasir.

Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa meminta RM2,000 daripada Manimaran untuk tujuan sama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Sembilan di Jalan Datuk Klana Ma''amor, Seremban, pada 9.05 malam, 30 Ogos 2008.

Dan, bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa menerima suapan RM2,000 daripada Manimaran di Restoran Jabrin Maju, Taman Bunga Raya 2, Mantin, pukul 5 petang, 31 Ogos 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 iaitu boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM negeri, Fieza Fazlin Fandi manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Taqiuddin Yahya dan Fiesal Mustapha.



Wednesday, January 20, 2010

Hampir Setahun Berlalu, Isu Rasuah Sex bermain semula...

Salam Sejahtera..

Kalau setahun yang lalu, rasuah sex dibuka bicara dengan cerita projek pembinaan perumahan dinegeri Perak, yang mana 2 EXCO PKR terlibat.

Hari ini cerita yang sama "rasuah sex" dimainkan semula, malah lebih ramai lagi yang ditahan, seramai 34 orang, dengan tuduhan memudahkan permit mendapatkan pasir untuk dieksport. Baca SINI.

Apakah ini strategi UMNO untuk mengambil alih Selangor? Kita kena ingat, kes siasatan beberapa ahli politik DAP Selangor masih belum selesai lagi, nasib mendiang Teoh Beng Hock jadi penyelamat seketika.

Suasana politik Selangor macam-macam boleh jadi sekarang ni, Isu kalimah Allah yang dimainkan UMNO membuat PR terutama PAS dah kucar kacir seketika, masih lagi dimainkan, bagaimana pulak dengan keputusan kes siasatan olek AJK Disiplin PAS terhadap pimpinan PAS Selanor akan diketahui minggu depan, apakah keputusan ini akan menjadikan sesuatu diluar dugaan.

Teringat kata-kata Tun Mahathir, dalam politik tak ada yang mustahil.....


Tuesday, August 4, 2009

Pergi Jahanam Lah UMNO.. Inilah Rupa ADUN Yang Di Tahan SPRM

Salam Sejahtera....

Sebelum ini aku dok tertanya juga siapakan yang empunya gerangan diri yang di tahan oleh SPRM di Terengganu, memang aku dah terfikir ini mesti kerja beruk-beruk UMNO, sebab Terengganu UMNO yang memerintah, tetapi tak tau sapa dia...

Kemudian tengahari tadi baru aku masuk ke blog Pemuda Besut, oooo baru tau, inilah rupa orangnya... Rosli Othman ADUN Kemasik N29, menang pada PRU12 yang lalu dengan Undi 7475, majoriti 2118 dengan mengalahkan calon PAS Mohd Mahadi Nawi.
Ikut pada cerita ini betul punya kut.. tak macam kes kat negeri aku dulu, 2 EXCO terlibat dengan rasuah sex wanita China yang mana menyebabkan Perak dapat dirompak oleh UMNO....

Kenapa ya.. senyap aja pemimpin UMNO semua dengan tangkapan ini.. tiada apa-apa berita, komen tidak, apa pun, kalau kes Jamal dan Kept (B) Osman Jailu dulu riuh puak UMNO suruh kedua-dua orang ini dipecat.... Sayang sekali Kerajaan PR tak terfikir nak ikut saranan suara UMNO itu, kalaulah dipecat kedua-dua ekor EXCO tu, dan diadakan semula PRK aku fikir dan tentu Negeri Perak masih dalam PR.. tetapi dah berlalu.. apa lagi yang nak dibuat, yang boleh hanyalah dok suruh bubar DUN Perak...

Apakah kita boleh menang kembali dalam PRK kalau DUN Perak di Bubarkan... sama-samalah kita fikir, jangan dok asyik bubar DUN, nanti PRK yang menang UMNO lagi,,, malu beb,, UMNO boleh buat talian hayat dengan kejayaan mereka itu...

Kita kena ingat jikalau PRK DUN Perak di adakan UMNO mesti buat persedian yang betul-betul dengan bermati-matian agar dapat memberi kemenangan kepada mereka, mereka yang mengaturkan game ini, apa macam pun mereka mesti nak menang, mereka tak kira undang-undang lagi dah... yang penting kemenangan buat mereka.... Jadi bagi aku adalah lebih baik kita bersabar dan tunggu sahaja PRU13 nanti, dah tak lama lagi dah, paling lama 2 tahun saja lagi... itu jam semua satu Malaysia nak PRU, jadi masing-masing ada tugas di tempat masing=masing, maka Perak tak jadi tumpuan lagi....lagi sedap, yang penting isu rampasan kuasa negeri Perak perlu diingatkan kepada semua rakyat.....


Source: pemudabesut.

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari