boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, May 10, 2010

Khas Untuk PM, TPM, Tim.Men Kewangan dan Ahli UMNO..

'Malaysia bukan masyarakat judi'

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Mei 9, 10
5:52pm
Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussein bahawa kerajaan pusat mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 demi mengelakkan berleluasa kegiatan judi haram adalah satu kenyataan yang memalukan dan amat menyalahi cara fikir yang lurus. Saya ingin tegaskan hal ini berasaskan perkara berikut:

1. Dari segi Islam adalah menjadi asas bahawa 'tindakan pemerintah terikat dengan maslahah'. Maslahah dalam konteks ini adalah kepentingan atau kebaikan rakyat dan negara itu sendiri. Ini seperti juga yang disebut oleh al-Imam al-Syafi'i r.h: “Kedudukan pemerintah di sisi rakyat bagaikan kedudukan penjaga anak yatim” (lihat: Al-Sayuti, al-Asybah wa al-Nazair). Apakah memberikan lesen judi itu memberikan kebaikan atau mempunyai kepentingan umum rakyat? Atau ia hanya kepentingan segelintir taukeh dan kaki judi semata?! Jika ia tidak memulangkan kepentingan umum atau kebaikan kepada rakyat maka itu bukan tindakan pemerintah yang bertanggungjawab.

2. Tidak dinafikan judi dan arak memang mempunyai keuntungan dan beberapa manfaat untuk pihak-pihak tertentu. Namun, ancaman dan bahayanya jauh lebih besar dibandingkan manfaat yang bakal diterima. Al-Quran menyebut: (maksud) “Mereka bertanya engkau (wahai Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa (keburukan) yang besar dan manfaat kepada manusia. Namun dosa (keburukan) keduanya lebih besar dari manfaatnya” (Surah al-Baqarah ayat 219). Maka dengan itu, sekadar untuk digunakan cukai judi berkenaan untuk kegiatan sukan bukan satu alasan. Kerosakan judi lebih besar dari manfaat yang akan diterima. Membiayaan untuk membaikinya nanti jauh lebih tinggi.

3. Judi sama ada 'dilesenkan' atau tidak dilesen keburukannya sentiasa dominan. Ia menyebabkan pembaziran tanpa sebab, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga, menimbulkan tabiat suka berhutang, membawa kepada kejatuhan ekonomi individu secara mengejut, ketagihan tabiat buruk tersebut yang luar biasa dan berbagai lagi keburukan yang lain. Akal waras manusia dari semua aliran agama dan masyarakat, bahkan yang tidak beragama pun tetap menyatakan judi selalu merosakkan masyarakat.

4. Jika pun judi itu untuk masyarakat bukan Islam, saya tetap katakan masyarakat Malaysia bukan masyarakat judi. Tiada ajaran mana-mana agama yang menggalakkan judi. Tiada siapa pun dalam mana-mana bangsa atau agama dalam negara ini sanggup untuk mendakwa 'judi adalah budaya kami', atau 'kebanggaan hidup kami'. Jika ada, itu terkeluar dari norma kewarasan. Tiada isteri yang normal sukakan suaminya kaki judi. Maka, jangan kaitkan atau hidupkan budaya ini secara terbuka dalam masyarakat kita. Kaki judi sentiasa dipandang negatif dalam semua masyarakat yang rasional.

5. Judi akan menggalakkan tabiat berhutang dan pergaduhan. Sama ada diberi lesen atau tidak, tetap sama. Hutang along atau hutang bank, tetap bebanan hutang. Jika diberi lesen terbuka, yang tertutup tetap berjalan seperti biasa. Itu bukan alasan yang munasabah.

6. Peranan pemerintah adalah mencegah keburukan, bukan menaja atau bersaing dengan penjenayah. Cadangan tersebut hanya mengubah 'tauke' sahaja dari yang berlesen kepada yang tidak berlesen. Apakah nanti mungkin kita akan wujudkan tempat 'hisap candu berlesen' untuk mengelakkan penagih candu menghisapnya di tempat yang tidak berlesen? Jangan fikir lesen dan cukai keuntungan sahaja, kerajaan hendaklah berfikir kesan yang akan menimpa rakyat nanti!

7. Maka, saya sekali lagi membantah cadangan ini dan meminta semua rakyat Malaysia yang waras dan mempunyai nilai-nilai agama dan moral membantah cadangan ini!

Sumber

Sunday, May 9, 2010

Mufti Yang Pekak dan Buta...

Salam Sejahtera...

Apakah dengan sebab faktor umur yang semakin memadam usia, maka beliau bersikap sedemikian, apa tidaknya, dalam kontek negara yang berkeceramuk dengan isu judi blosepak piala dunia, kezaliman PDRM terhadap rakyat, tup-tup pagi ni coretan mufti dalam Mingguan Malaysia yang keluar berupa topik ini..,




Jadi aku rasa faktor umur atau faktor lain... hangpa habaq mai kat aku.... atau pun pingat Tan Sri yang dapat baru-baru ni nak diupgredkan lagi!!! Kut-kut dapat pingat TUN pulak!!! Hebat OOO Mufti aku ada Tan Sri.....


Oiii !! Kesian la Sikit Kat Timbalan Menteri Tu...

Salam Sejahtera...

Entahlah, aku dah tak larat dah dok komen kat hangpa ni, apakah dengan kenaikan gaji dan elaun beratus-beratus peratus, ini yang rakyat dapat!!!!!




Cukupkah dengan sekadar hanya minta maaf!!!, Bagaimana masa depan remaja tersebut,, itu yang dah mati sebelum ni di Shah Alam di gelar penjenayah....

Sang Timbalan Menteri, Proton Perdana V6 CPO Selangor yang dijumpai kembali tu kenapa tak pi ziarah juga sekali....


Saturday, May 8, 2010

Pencuri Yang Berhemah!!

Salam Sejahtera...

Sesekali rasa macam dalam adegan wayang lakonan Amitabh Bachan sebagai hero aja,, cerita jangan tanya la,, aku dah lupa, dah 30 tahun aku tak masuk panggung wayang...

Apa pun tahniah aku ucapkan kepada pencuri berkenaan..., kenapa tahniah..., aku punya pasailah.. hangpa jangan dok tanya kenapa...



Aku masih kekata seorang ex-Navy Officer, boss aku dulu, kejadian sebegini besar kemaluan!! ooo" ..

Tak apa ... Kes macam ni kacang aja, mesti dapat tangkap punya pencuri ni, serah aja kes ni kepada Sub Inspector (SI - ( Sarjan) Misai, Detektif Lim anak buah Yusof Haslam!!!! Mana ada kes yang gagal dalam Gerak Khas..

Betulkah Berita Ini? ..

Salam Sejahtera...

Harap-harap berita ini hanya tohmahan dari UMNO.., ataupun salah faham fakta.....Kalaulah benar bagai dikata aduhai..., cakap tak serupa bikin wehhh!!!





Friday, May 7, 2010

UMNO Sememangnya Bangang !!

Salam Sejahtera...

Memang terdapat segelintir umat melayu genetik UMNO yang betui-betui bangang, bukan lagi bodoh, memang tepat TGNA dok sebut tu, sekarang ni terbukti sudah...

Apa tidaknya, sehari dua ni UMNO dan NGO-NGO penjilat UMNO membuat report polis supaya di ambil tindakan terhadap Datu Zaid Ibrahim kerana tuduhan menghasut dan menghina sultan, sedangkan mereka lupa Dato Zaid menulis berdasarkan fakta dan undang-undang....

Cuba kita imbau kembali Karpal Singh yang di tuduh menghina Sultan Perak dalam krisis MB Perak dua tahun yang lalu,, riuh satu Malaysia juga,,.. sekarang apa dah jadi...lihat dan baca di bawah...



Nampaknya ini satu lagi kerja-kerja bangang UMNO yang mengelirukankan rakyat, yang mana secara tidak langsung telah membazir masa, wang ringgit hak rakyat terbuang begitu sahaja....


Melayu Islam VS China Kafir...


Salam Sejahtera...

Hangpa tentu kenalkan dia ni, Nama dia Antony Loke Siew Foke, Ketua Pemuda DAP, nampaknya dia sikapnya dari dulu hingga kini constancte, sentiasa menentang aktiviti-aktiviti perjudian di Malaysia.

Terbaharu dan terkini, judi pertaruhan bola sepak dunia di Malaysia, beliau turut menentang... Baca DI SINI



Yang ini ... tak kan tak kenal kut, muka melayu, comform, tak rupa bangla pun... songkok atas kepala, kalau di Malaysia muka melayu, pakai songkok, agama tentu Islam...., aku cuba selidik tengok, rupanya dia ni Melayu kelantan oiii, ni dulu yang dikatakan bakal MB negeri Kelantan, tapi saya,,, orang Kelantan tak mau dia..., jadi dipungut oleh Najib bagi jadi Senator, bagi pangkat Timbalan Menteri Kewangan, tugasnya utamanya halang duit royalti petrolium ke kerajaan Kelantan, tugas kedua ialah menghalalkan judi kat Malaysia.... mangkok ni kata

" jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa." Baca DI SINI

Aku nak tanya?, anggota polis cawangan D7 tu buat apa...., semua pakat nak ambik cuti nak tengok bola juga ka....gaji dan elaun dah naik beratus persen.....,




Thursday, May 6, 2010

Anak Yang Bertakwa!!! Siri 2

SEGALANYA TELAH DITAKDIRKAN
Bukanlah sesuatu yang menggembirakan apabila kita terpaksa menunjukkan sedikit ketegasan ke atas ahli-ahli keluarga kita bagi memastikan mereka tidak tergelincir dari landasan yang ditetapkan, namun itulah ajaran dan tuntutan agama Islam ke atas setiap umatnya yang bertaqwa.

Sehubungan dengan itu, kita ingin merakamkan jutaan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas anugerah kekuatan dalaman yang dilimpahkan ke atas YMM Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, sehingga membolehkan Baginda mengambil langkah-langkah yang lebih proaktif bagi menyelesaikan kemelut yang telah melingkari Istana Kelantan selama ini.

Sesungguhnya kesediaan YMM Pemangku Raja Kelantan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda oleh Perlembagaan Negeri Kelantan untuk mengeluarkan titah-titah diraja (royal decrees) kepada pihak-pihak tertentu bagi menyelesaikan kemelut ini amatlah disanjung oleh seluruh lapisan rakyat Kelantan yang telah sekian lama menanti-nantikannya.

Ketegasan YMM Pemangku Raja Kelantan di dalam menjaga nama baik institusi kesultanan Kelantan dari dicemari sangat menggembirakan rakyat Kelantan yang sebelum ini sudah sedia menyanjungi Baginda di atas sifat-sifat ketaqwaan, keadilan, kerendahan hati, ketinggian ilmu dan keprihatinan terhadap masalah rakyat jelata yang sentiasa ditunjukkan oleh Baginda.

Berhubung dengan ketaqwaan Baginda khususnya, tidak perlulah dinyatakan lagi betapa kasihnya ahli-ahli jemaah Masjid Muhammadi terhadap YMM Pemangku Raja Kelantan di atas kekerapan Baginda berjemaah di masjid itu sehingga ada di antara mereka yang tanpa segan silu terus sahaja menggelarkan Baginda dengan panggilan “al-malikul saleh” (raja yang saleh).

Betapa dekatnya Baginda dengan Allah juga dapat disaksikan apabila pernah, ketika malam sudah begitu larut, sewaktu berkereta meninjau keadaan Bandar Kota Bharu, YMM Pemangku Raja Kelantan menitahkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu, Dato’ Ahmad Mahmood, supaya menjaga baik-baik Masjid Muhammadi kerana “masjid ini masjid kita”.

Di dalam konteks inilah maka rakyat Kelantan amat memahami bahawa ketegasan YMM Pemangku Raja Kelantan kali ini sudah semestinya dipandu oleh pertimbangan rasional dan petunjuk Ilahi. Keluar dari seorang yang mempunyai jiwa yang amat lembut, mereka percaya keputusan ini dibuat dengan berat hati oleh Baginda setelah segala pilihan lain tidak berhasil.

Percayalah, rakyat Kelantan tetap akan berdiri teguh di belakang YMM Pemangku Raja Kelantan di dalam menghadapi kemelut ini. Mereka cukup memahami betapa remuknya hati Baginda bila Baginda langsung tidak diizinkan untuk bersua muka secara bersendirian dengan ayahanda tersayang semenjak ayahanda Baginda dibawa pulang dari Singapura pada 4 Mac 2010.

Sesungguhnya rakyat Kelantan tidak akan sesekali terpengaruh dengan tohmahan segelintir pihak bahawa YMM Pemangku Raja Kelantan telah berlaku kejam ke atas ayahanda Baginda dengan menghalang pemergian ayahanda Baginda ke Singapura pada 4 Mei 2010 kerana mereka tahu kerana Baginda terlalu kasihkan ayahanda Bagindalah maka Baginda berbuat demikian.

Anak manakah yang tidak sayu hatinya melihatkan ayahandanya yang kegeringan diusung ke sana ke mari di dalam keadaan tidak berdaya oleh pihak-pihak tertentu semata-mata untuk memenuhi keinginan mereka? Sesiapa pun yang berada di tempat YMM Pemangku Raja Kelantan sudah pasti tidak akan tergamak membiarkan ayahandanya diperlakukan sebegitu.

Sehubungan dengan usaha untuk membawa KDYMM Tuanku Ismail Petra ke Singapura pada 4 Mei 2010, timbul pertanyaan mengenai motif sebenar ia dibuat kerana sewaktu Baginda dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac 2010 beberapa kenyataan telah dibuat bahawa Baginda kini hanya perlu menjalani rawatan susulan fisioterapi di Istana Mahkota, Kubang Kerian, sahaja.

Berasaskan kepada beberapa kenyataan pihak-pihak tertentu pada waktu itu, rakyat Kelantan diyakinkan bahawa KDYMM Tuanku Ismail Petra akan kembali sembuh setelah menjalani rawatan susulan fisioterapi di Istana Mahkota, Kubang Kerian, dan langsung tidak berbangkit pada waktu itu persoalan mengenai keperluan untuk Baginda dibawa kembali ke Singapura.

Sebab itulah beberapa pertanyaan timbul di kalangan rakyat Kelantan apabila perkhabaran bahawa KDYMM Tuanku Ismail Petra akan dibawa kembali ke Singapura untuk menjalani rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth tiba-tiba muncul: Apakah keadaan kesihatan Baginda semakin teruk? Tidak bolehkah pakar perubatan di sana diterbangkan ke sini sahaja?

Kami percaya persoalan mengapa KDYMM Tuanku Ismail Petra tiba-tiba sahaja mahu dibawa kembali ke Singapura ini boleh dirungkaikan jika kita dapat menyemak apa-apa peristiwa signifikan yang berlaku di antara tarikh kepulangan Baginda ke Kelantan, iaitu pada 4 Mac 2010, dan tarikh usaha untuk membawa Baginda ke Singapura dibuat, iaitu pada 4 Mei 2010.

Terselit di antara pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam tempoh ini ialah ziarah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, ke atas KDYMM Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, pada 23 April 2010, dan kami percaya bahawa Peguam Negara mungkin sahaja telah menyampaikan apa-apa perutusan kepada pihak-pihak tertentu di dalam ziarahnya itu.

Persoalan apa perutusan yang mungkin telah disampaikan oleh Peguam Negara kepada pihak-pihak tertentu ini juga boleh dirungkaikan jika kita dapat mengenal pasti isu sebenar di sebalik kemelut yang telah melingkari Istana Kelantan selama ini. Jika diamat-amati, adalah amat jelas bahawa isunya hanya satu sahaja, iaitu status sebenar kesihatan KDYMM Tuanku Ismail Petra.

Perlu diingati bahawa setelah KDYMM Tuanku Ismail Petra mengalami kegeringan, Kerajaan Kelantan telah melantik satu panel enam pakar perubatan untuk membuat penilaian status kesihatan Baginda. Pakar-pakar perubatan ini adalah terdiri daripada:
1. Prof Dato’ Dr Mafauzy Mohamed: Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.
2. Prof Dato’ Dr Wan Mohamad Wan Bebakar: Profesor Perubatan dan Ketua Jabatan Endokrin, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
3. Prof Madya Dr Kamaruddin Jaalam: Pensyarah Perubatan dan Penyelaras Fasa III, Jabatan Anestesiologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
4. Dato’ Dr Md Hanip Rafia: Ketua Jabatan Neurologi, Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
5. Dato’ Dr Rosli Mohd Ali: Pakar Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
6. Dr Rosemi Salleh: Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan, pula, di samping turut memperakui enam pakar perubatan yang telah dilantik oleh Kerajaan Kelantan ini, turut memasukkan empat lagi pakar perubatan tambahan ke dalam panel ini. Pakar-pakar perubatan ini adalah terdiri daripada:
1. Dato’ Dr Suam Singh a/l Jasmit Singh: Ketua Jabatan Psikiatri, Hospital Bahagia, Perak.
2. Dr Badi’ah Yahya: Pakar Perubatan Psikiatri, Hospital Permai, Johor.
3. Prof Madya Dr Teoh Hsien Jin: Pakar Psikologi, Sunway University College, Petaling Jaya, Selangor.
4. Nooraini Darus: Pegawai Psikologi Klinikal, Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

Di dalam cubaan pertama mereka untuk menemui KDYMM Sultan Kelantan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, pakar-pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Kelantan untuk membuat penilaian status kesihatan Baginda ini malangnya telah tidak dibenarkan berbuat demikian menyebabkan laporan yang mereka sediakan pada 24 Disember 2009 dipertikaikan.

Sebelum KDYMM Sultan Kelantan dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac 2010, pakar-pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Kelantan ini telah sekali lagi cuba menemui Baginda di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, pada 3 Mac 2010, tetapi cubaan mereka ini juga turut menemui kegagalan disebabkan oleh halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu.

Malah, sehari sebelumnya, iaitu pada 2 Mac 2010, Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, sendiri cuba menemui KDYMM Sultan Kelantan di tempat yang sama, tetapi cubaan mereka ini juga turut menemui kegagalan disebabkan oleh halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu.

Setelah KDYMM Sultan Kelantan dibawa pulang ke Kelantan pula, gabungan pakar-pakar perubatan yang dilantik oleh Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Malaysia telah cuba menemui Baginda di Istana Mahkota, Kubang Kerian, pada 10 April 2010, tetapi cubaan mereka ini juga turut menemui kegagalan disebabkan oleh halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu.

Bukan setakat itu sahaja, cubaan YMM Pemangku Raja Kelantan dan YAB Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendapatkan laporan-laporan perubatan KDYMM Sultan Kelantan dari Hospital Mount Elizabeth, Singapura, pada 15 Januari 2010 juga telah ditolak oleh ketua pegawai eksekutif hospital itu, iaitu Dr Kelvin Loh, pada 1 Februari 2010.

Halangan demi halangan yang dikenakan oleh pihak-pihak tertentu dan kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh pakar-pakar perubatan di dalam menentukan status sebenar kesihatan KDYMM Tuanku Ismail Petra menimbulkan satu persoalan besar kepada seluruh rakyat jelata: Apakah ada apa-apa perkara yang cuba disembunyikan dari pengetahuan mereka?

Sebagai seorang Sultan, KDYMM Tuanku Ismail Petra bukanlah sekadar menjadi milik peribadi sesiapa sahaja kerana Baginda juga sebenarnya adalah menjadi milik seluruh rakyat jelata. Pakar-pakar perubatan sepatutnya dibenarkan menemui Baginda supaya rakyat jelata dapat memperolehi maklumat tepat mengenai status sebenar kesihatan Baginda dari masa ke semasa.

Apa yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa pihak-pihak tertentu berada di dalam ketakutan untuk membenarkan pakar-pakar perubatan menemui KDYMM Tuanku Ismail Petra sedangkan, jika mereka benar-benar ikhlas, mereka sepatutnya membuka ruang seluas-luasnya kepada pakar-pakar perubatan ini, mahupun kepada pakar-pakar lain, untuk berbuat demikian.

Selain untuk memastikan rawatan susulan terbaik dapat diberikan kepada KDYMM Tuanku Ismail Petra, tindakan membenarkan pakar-pakar perubatan menemui Baginda juga adalah amat penting sekali kerana keengganan pihak-pihak tertentu berbuat demikian inilah yang menjadi penyebab utama kepada berlakunya insiden-insiden yang menjejaskan keharmonian di dalam negeri.

Berbalik kepada ziarah Peguam Negara ke atas KDYMM Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, pada 23 April 2010, kami percaya bahawa Peguam Negara mungkin sahaja telah meminta pihak-pihak tertentu untuk membenarkan pakar-pakar perubatan menemui Baginda di dalam tempoh yang ditetapkan atau untuk menghadapi tindakan undang-undang.

Sama ada motif sebenar usaha untuk membawa KDYMM Tuanku Ismail Petra ke Singapura ini adalah untuk tidak membenarkan pakar-pakar perubatan menemui Baginda, untuk melarikan diri dari dikenakan tindakan undang-undang atau untuk apa sahaja tujuan lain, seluruh rakyat Kelantan tetap berdiri teguh di belakang YMM Pemangku Raja Kelantan yang mereka kasihi.

Semua pihak perlulah menerima dengan tenang takdir Ilahi ini. YMM Pemangku Raja Kelantan sendiri tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai anak lelaki pertama kepada KDYMM Tuanku Ismail Petra, sebagai Tengku Mahkota dan sebagai Pemangku Raja, tetapi apabila Allah mentakdirkan ia berlaku maka adalah menjadi tanggungjawab Baginda untuk menerimanya.

Usahlah digentari akan cubaan mana-mana peguam untuk mencabar kesahihan tindakan YMM Pemangku Raja Kelantan. Segala tindakan Baginda ini adalah didasarkan kepada kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda oleh Perlembagaan Negeri Kelantan di mana titah-titah diraja (royal decrees) adalah bersifat mengikat (binding) kepada pihak-pihak yang menerimanya.

Akhirnya, marilah kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar mengurniakan YMM Pemangku Raja Kelantan dengan ketabahan untuk menghadapi detik-detik yang paling mencabar di dalam kehidupan Baginda ini. Semoga Baginda tetap tenang menghadapi segala tekanan yang maha hebat, termasuklah laporan mengenai kewujudan komplot untuk membunuh Baginda, ini.

Percayalah, kebenaran akan muncul juga akhirnya.

Hanya kepada Allah kita menyerahkan diri kita.

A. Petikan kenyataan media Pengelola Istana DiRaja, Dato’ Abdul Halim Hamad, pada 5 Mei 2010:

“YMM Pemangku Raja Kelantan telah mengeluarkan titah arahan kepada YDH Dato’ Ketua Polis Kelantan supaya segala pergerakan KDYMM Tuanku Al-Sultan perlulah mendapat ampuni perkenan YMM Pemangku Raja Kelantan. YDH Dato’ Ketua Polis Kelantan juga dititah untuk memastikan keselamatan KDYMM Tuanku Al-Sultan diberi perhatian berat dan langkah-langkah perlu diambil sekiranya keadaan memerlukan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan Baginda. Berdasarkan titah-titah arahan tersebut maka, bermula pada 4 Mei 2010, pihak polis telah mempertingkatkan kawalan. Ini disebabkan peristiwa yang berlaku minggu lepas.”

“KDYMM Tuanku Al-Sultan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, pada 4 Mei 2010. Baginda sedang dirawat oleh pakar di HUSM. Baginda telah dibawa ke HUSM dengan iringan ketat polis dan ditempatkan di Wad DiRaja supaya doktor pakar dapat memeriksa dan memberi pandangan kepada YMM Pemangku Raja Kelantan dan Kerajaan Negeri untuk rawatan dan tindakan selanjutnya. Sebelum pada ini, pihak-pihak tertentu juga telah menghalang doktor-doktor pakar dari membuat rawatan susulan dan terapi untuk pemulihan KDYMM Tuanku Al-Sultan.”

“YMM Pemangku Raja Kelantan amat prihatin dan amat menyayangi KDYMM Tuanku Al-Sultan dan akan berusaha untuk membuat yang terbaik bagi kebahagiaan dan kesejahteraan KDYMM Tuanku Al-Sultan yang masih gering dan makanan masih diambil menggunakan ‘tubing’.”

B. Petikan laporan akhbar The Malay Mail pada 5 Mei 2010:

“Police believe the attempted murder on a Kelantan palace guard last Friday was part of a conspiracy to assassinate Kelantan Regent, Tengku Muhammad Faris Ismail Petra. The Malay Mail was informed that it was for this reason that police detained the Regent's younger brother, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry, and his bodyguards outside Istana Mahkota in Kubang Kerian about 7.30pm yesterday. Muhammad Fakhry and his bodyguards were released later but police seized firearms found on them. The Malay Mail was also informed that investigations into the shooting of 50-year-old palace guard, Ramli Mohamed, revealed that he was targeted as he knew of the alleged assassination plot.”

“Polis percaya cubaan membunuh ke atas seorang pengawal keselamatan Istana Kelantan Jumaat lalu adalah sebahagian daripada satu konspirasi untuk membunuh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Ismail Petra. The Malay Mail dimaklumkan bahawa atas sebab inilah maka polis menahan adik lelaki Pemangku Raja, Tengku Temenggong Kelantan Tengku Muhammad Fakhry, dan pengawal-pengawal peribadi beliau di luar Istana Mahkota di Kubang Kerian pada kira-kira pukul 7.30 malam semalam. Muhammad Fakhry dan pengawal-pengawal peribadi beliau dibebaskan kemudiannya tetapi polis merampas senjata-senjata api yang ditemui pada mereka. The Malay Mail juga dimaklumkan bahawa siasatan-siasatan terhadap penembakan ke atas pengawal keselamatan berusia 50 tahun, Ramli Mohamed, menunjukkan bahawa dia dijadikan sasaran kerana dia mengetahui tentang dakwaan plot pembunuhan itu.”

Link: thekelantaninsider.

Kemuncak Kehebatan Polis Selangor..

Salam Sejahtera...

Aku harap lepas ni cukuplah malang dan bala petaka yang menimpa kepada polis Selangor, sedarlah dan insaflah diatas segala tugas-tugas yang mereka lakukan kepada rakyat Selangor, adakah berpandukan kepada peruntukkanundang-undang negara yang sedia ada atau arahan dari segelintir pemimpin UMNO yang nak jaga kepentingan parti...

Hebatkah Polis Selangor kalau kereta rasmi KP sendiri boleh dicuri, lu fikirlah......






Bagaimana Undang-undang Akta Dadah Di Malaysia..

Salam Sejahtera...

Terus terang aku keliru dengan undang-undang di Malaysia, terutama sekali dadah..

Hairan betul,, setahu aku kalau penghisap atau mat gian, mat feet, selalunya kalau ditahan diperiksa urine, dan positif dadah selalunya di tahan dan dihantar ke pusat pemulihan Serenti...

Kalau pengedar pulak, jikalau lebih dari 25 gram ke atas kalau tak silap aku hukuman mandotori gantung sampai mati, tolong betulkan kalau aku salah...

tetapi mengenai bab si pelakon Benjy ni kalau nak kira megikut dari laporan polis melalui akbar, dia ni kesnya lagi hebat, bukan lagi pengedar, malah siap ada makmal proses lagi, waktu sidang akhbar polis dulu, siap ada buku resepi lagi nak buat dadah, ni kategori lagi hebat....

Tetapi hukumannya 2 tahun di pusat pemulihan akhlak,,, oii benjy ni budak bawah umur ka!! Sebab setahu aku pusat pemulihan akhlak untuk budak bawah 18 tahun, benjy ni dah bapak budak....

Apakah kerana ia pelakon!!!, Macam Jamal abdillah dulu, waktu mula-mula ditahan di Sarawak, pun kena kena pusat tahanan saja, sebab ia penagih, tetapi benjy bukan penagih, mak dia sendiri Azean Irdawati pun menafikan dengan mengatakan anak dia gemok, bukan macam penagih dadah...

Kenapa ya,,, kena kepada pengedar biasa, tak kira tok imam masjid ka dribar teksi ka.., silap-silap hari bulan gantung sampai mati, kalau tak ... pun seumur hidup penjara....

Tetapi bab benjy ni lain pulak...., hairan aku,,, bukan aku dengki atau apa pulak, kalau nak buat undang-undang tu biar adil kepada semua rakyat,,, jangan anak atau adik menteri lain, rakyat biasa lain,,, nanti kalau dah kena dua tahun untuk artis, apa kata ramai lagi artis akan turut serta dalam pengedaran dadah.... apa nak hairan 2 tahun hukuman di pusat pemulihan....,

Hebat 1malaysia


Anak Yang Bertakwa!!!

Alhamdulillah,

Inilah hasilnya anak yang bertakwa, sentiasa mendapat petunjuk dari Allah S.w.T, moga-moga keberkatannya akan terhasil selepas ini, dengan terjalinnya kesepaduan antara Raja dan memanda Menteri Besarnya..


Cerita lanjut DI SINI

Wednesday, May 5, 2010

Mari Kita Pakat Baca Lagi, Jangan Jadi bodoh macam UMNO

Salam Sejahtera..,

Satu Artikel dari ahli akedemik wibawa negara...


Sultan dan Masjid: Titah atau Boneka?

Seorang pakar undang-undang yang dikenali di negara ini Abdul Aziz Bari memberikan ulasan tentang motivasi di sebalik hidupnya semula peranan Raja Melayu sebagai ketua agama Islam, peranan yang sudah sekian lama tidak dipraktikkan tetapi secara tiba-tiba muncul dalam suasana yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Beliau menekankan bahawa walaupun secara dasarnya Sultan adalah ketua agama tetapi fungsi dan kuasa istimewa ini mestilah digunakan selaras dengan hukum-hukum Islam dan mestilah bebas daripada pengaruh kerajaan hari ini.

Beliau menerangkan, “Inilah caranya bagaimana peranan diraja, yang dibiarkan tanpa penguatkuasaan oleh perlembagaan, harus difahami. Ianya bukan hanya terletak atas kemahuan dan kehendak diraja sahaja.”

Di dalam temuramah eksklusif bersama Malaysiakini, Professor Undang-Undang dari UIA itu mempersoalkan tentang karakter peribadi dan ilmu agama yang dimiliki oleh pihak diraja yang mempunyai banyak kekurangan walaupun mereka berperanan sebagai ketua agama.

Abdul Aziz berkata, “Perkara ini sudah terlalu jelas dan telah pun menjadi pengetahuan umum.”

Walaupun begitu, apa yang lebih menjadi persoalan adalah, “Kenapa pihak diraja tiba-tiba menjadi sungguh agresif dalam hal ini?”

Persoalan sekitar keneutralan Sultan

“Di manakah Sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluarkan arahan yang menghalang tazkirah daripada diadakan di masjid-masjid dalam bulan Ramadan? Apakah yang dilakukan oleh Sultan ketika Khir Toyo merobohkan satu masjid di Bangi dan mengunci pula satu masjid lain di Batu Tiga beberapa tahun lepas?” dia bertanya.

Abdul Aziz juga menimbulkan semula tentang satu insiden dimana secara tiba-tiba Agong menolak cadangan untuk meletakkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai pengerusi zakat di sana.

Dia bertanya, “Sebagai ketua Agama Islam di Melaka, Sabah dan Sarawak, mengapakah Agong tidak melakukan perkara yang sama di sana? Adakah ini bermakna bahawa ketiga-tiga negeri tersebut adalah lebih baik daripada Pulau Pinang?”

Beliau mengatakan bahawa ada beberapa insiden lain yang melibatkan Sultan dan agama yang juga terjadi di Pahang dan Perak.

Professor Undang-Undang itu menambah bahawa ,“Ada beberapa perkara yang Raja Muda Perak Raja Nazrin – yang telah mengeluarkan satu peringatan dua minggu lepas mengenai kuasa penuh pemerintah Diraja ke atas urusan agama - perlu ambil perhatian.”

Abdul Aziz kemudiannya mengatakan bahawa menurut pengamatannya, insiden-insiden ’selektif’ yang menampakkan pihak diraja mara ke hadapan bertindak sebagai pejuang agama kelihatan seperti ada hubungan dengan isu-isu yang melibatkan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.

“Titah-titah diraja ini kelihatan seperti digerakkan oleh golongan yang rapat dengan UMNO terutamanya dalam isu-isu yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang,” Abdul Aziz menyatakan pengamatannya.

Walaubagaimanapun, sama ada ianya berlaku di Perak, Selangor, Pulau Pinang atau Perlis, pakar undang-undang itu berpendapat bahawa segala yang berlaku menyebelahi UMNO. Beliau juga menambah, “Pemerintah-pemerintah diraja kelihatan seperti mengatur arah hidup mereka selari bersama UMNO.”

“Ke manakah perginya kenyataan yang di buat oleh Raja Nazrin dan ayahandanya yang menegaskan bahawa kedudukan pemerintah diraja berada lebih tinggi daripada politik kepartian?” beliau bertanya.

Beliau menambah, “Hal ini menjadi lebih ketara di Pahang di mana Sultan dengan jelasnya menyatakan, Sokonglah BN!”

Sebagaimana yang pernah dilaporkan oleh Bernama pada tahun lepas, Sultan Pahang menggesa rakyat supaya terus menyokong BN untuk memastikan pembangunan akan berterusan di negeri itu.

“Apa yang mereka sedang lakukan adalah bertentangan dengan konsep raja berperlembagaan dan sistem berparlimen. Tanpa ragu-ragu lagi, pemerintah-pemerintah diraja itu sedang menekan butang pemusnah diri mereka sendiri.”

“Seperti yang berlaku pada tahun 1992 ketika kecuaian fatal Sultan Johor akhirnya menyebabkan hak-hak istimewa diraja ditarik balik oleh Parlimen,” Abdul Aziz berkata lagi.

Bukan hasutan

Walaupun beliau faham bahawa parti melayu itu akan menidakkan dan mempersoalkan apa jua usaha untuk menilai perkara ini, beliau berkata, “Secara prinsipalnya, dalam undang-undang, perkhidmatan awam dan kuasa awam adalah tertakluk kepada pemerhatian awam.”

“Penggunaan kuasa mereka mestilah telus,” kata Abdul Aziz. Beliau juga menambah bahawa setakat ini, fungsi pemerintah diraja sebagai ketua agama masih lagi tidak kelihatan.

Oleh kerana itu, beliau percaya bahawa isu ini mestilah diamati dan difahami oleh masyarakat umum.

“Tdak ada unsur hasutan dalam hal ini, perkara ini melibatkan orang-orang Islam yang merupakan majoriti di negara ini.

Mereka ada hak untuk tahu. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan isu-isu ini kepada mereka dengan menghubungkannya kepada peraturan dan peranan yang termaktub dalam perlembagaan,

Beliau mengakhiri bicaranya dengan berkata, “Kerana secara dasarnya, negara kita adalah negara raja berperlembagaan.”

Sumber: Malaysiakini

Mari Kita Pakat Baca Surat Terbuka..

‘Kaki Dalam Kasut’ (atau dalam mulut?) !!!!!!!!!


Muaaaa....

Tak dapat den nak nolong ehh!!....


Sambung baca DISINI



Inilah Raja Bakal Sultan Berjiwa Rakyat..

Salam Sejahtera....

Kalau kita baca berita dari akhbar pengaruh APCO Yahudi ni ni memang dapat kita rasakan seolah-olah manusia yang melakukan ini tak ada hati perut......





Tetapi inilah pemimpin yang betul-betul berjiwa rakyat, baginda lebih takut kepada hukuman Allah, dengan kuasa yang baginda ada, baginda betul seorang pemimpin yang tegas, dan berjiwa rakyat,,, Baginda berani membuat keputusan yang melibatkan ayahnda beliau sendiri...Inilah hasil tarbiah dari Ulamak yang memimpin negeri Kelantan.


Wahai rakyat Kelantan, anda semua beruntung di dunia dan akhirat mendapat bakal Sultan sebegini, bukan Sultan yang menghalang ceramah di masjid, bukan macam sultan yang secara terang-terang menyokong UMNO....

Berita Baik Buat Penyokong BN & UMNO !!!

Salam Semua...

Baru sekejap tadi aku terbaca dalam satu artikel, bab-bab penyakit dizaman moden ni, kajian yang dibuat oleh Professor LKS...., Oii bukan Lim Kit Siang sayang oii, Lim Kit Siang tu ahli Politik, apa dia tau bab kesihatan-kesihatan, ni betui punya..., BACA!!

Aku hanya tolong sampaikan....!!!

Tuesday, May 4, 2010

Berita Terkini - Keadaan Ahli PAS Selangor Yang kemalangan.

Salam Sejahtera...

Pada jam 4 +_ tadi aku terima call dari Albanjari, memaklumkan seorang ahli jemaah PAS Selangor, saudara Abdul Halim Muda (pegawai Piliharan raya, Jabatan PAS Selangor) telah mengalami kemalangan di Pantai Remis, menurutnya mangsa dalam perjalanan ke Hospital Manjung.

Aku tak dapat nak buat apa-apa melainkan menelefon YDP Lumut, memohon jasanya untuk membantu, lalu YDP meminta Pegawai Khidmat DUN Saudara Hamidon membantu kes tersebut.

Rupanya sewaktu itu mangsa masih lagi di Klinik Kesihatan Pantai Remis, lalu aku telefon Ciberboron, mohon jasa baik beliau untuk pergi ke Pantai Remis, Ciberboron call balik mangsa dah pun pergi ke hospital Manjung.

Jam 5 aku balik kerja terus ke hospital, pergi ke Wad Kecemasan, mangsa waktu itu tengah menerima rawatan dalam bilik wad kecemasan, Saudara Hamidon ada bersama-sama isteri mangsa dan anak kecil perempuan mangsa. Oleh kerana tiada apa-apa yang perlu aku bantu, aku telah balik sekejap dan pergi ke klinik, setelah selesai pergi beli barang sekejap.

Dalam aku tengah menunggu order makanan, Ciberboron call lagi, memaklumkan barang-barang mangsa telah dijumpai disimpan oleh penduduk berdekatan kemalangan berlaku, malangnya tuan yang memegang tidak mahu memberi kepada Ciberboron, dia nak bercakap dahulu dengan tuannya.

Terpaksa aku bergegas semual ke hospital, sampai saja di hospital isteri mangsa pun turut sama dimasukkan ke wad 6, rupa-rupa pengsan sekejap tadi..., tak dapat isterinya nak bercakap dengan ciberboron, Anak perempuannya nasib baik isteri Encik Hamidon ada bersama dan menolong menjaganya.

Apa yang aku nampak mangsa dalam keadaan cedera teruk, dan ada anggota yang patah, isterinya aku agak mungkin telampau letih dalam perjalanan, kemudian kemalangan, mungkin perut kosong dan sebagainya, menyebabkan pengsan seketika.., alhamdulillah anak perempuannya sihat.

Kereta mangsa Perodua Kembara telah ditarik ke woksyop Happ Soon Kampung Acheh Stiawan. Menurut Albanjari wakil mangsa dalam perjalanan dari Selangor, manakal isterin mangsa pun memaklumkan keluarha mangsa dalam perjalanan.

Sama-samalah kita berdoa kepada allah S.W.T memberikan kesehatan kepada mangsa...Amin.

Kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

DS Najib Diminta Tarik Balik Tuduhan Fitnah


Pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib selaku Presiden Umno menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakan saya dengan pihak Istana Selangor.

Pandangan Datuk Seri Mohd Najib itu telah disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan atas tajuk “Pembangkang ingkari Sultan” yang turut mencetak kononnya kenyataan saya selaku Mursyidul Am iaitu “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”

Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan.

Kemudian, pandangan Datuk Seri Mohd Najib dirasai paling tidak bermoral lagi apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua atas tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”

Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.

Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai ‘melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor’ adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page).

Sesungguhnya pandangan tersebut adalah suatu tuduhan yang kononnya dikaitkan dengan perlanggaran titah Sultan mengenai larangan penggunaan masjid atau surau untuk tujuan politik. Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor.

Pada saya, apabila saya hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang saya amalkan ialah saya tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan. Maka, prinsip yang sama saya pegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.

Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya ‘orang beragama’ dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.

Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.

Saya yakin di atas kebenaran, maka kebenaran itu akan menjadi saksi di dunia dan di akhirat.

Sekian, wassalam.

Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Musyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.


blogtokguru.

UMNO Bodoh...


Salam Sejahtera....

Rasa kesian pun, meluat pun ada, kadang-kadang tu mampuih pi lah, itulah yang ada dalam fikiran ku ini, kesian kepada saudara-saudara sebangsa dan seagama dengan ku, bukan setakat saudara sebangsa dan seagama, malah adik beradik, sepupu, ipar duai masih lagi ramai yang masih redho dengan UMNOngok ni.

Cuma aku berasa lega dan syukur alhamdulillan, anak-anak aku keempat-empat orang mereka faham dan kenali siapa itu UMNO..., jadilah itu yang aku termampu buat masa ini....

Bila ada suara-suara yang mengatakan UMNO bodoh, sepatutunya pemimpin yang berasa tu janganlah melenting, fikir balik, kenapa dikatakan bodoh, pasai apa marah sangat bila kita dikatakan bodoh, dan memang bodoh pun, tetapi aku rasa orang bodoh ni, jikalau diungkapkan dengan kata jahil, sure dia tak marah punya, senyum sampai ketelinga aja....

Apa pun aku respect kat sorang manusia ni, kau orang mungkin kenal kut, nak kenal... lihat di DI SINI. (ehsan AdukaTaruna) Pada mulanya aku sangkakan gambar kat belakang hamba Allah tu super impose kerana UMNO Bodoh.... Rupanya tidak,, gambar betul,,, lihat DI SINI. (ehsan Mountweller) Kesian kat UMNO, kebodohannya itu pun sanggup manusia menjaja dan mengiklankannya tanpa apa-apa bayaran sesen pun.

Yang penting mereka dapat meluahkan betapa bodohnya UMNO.... Kesian sungguh, jadi buat kaum yang muda-muda tu, tinggalah perjuangan UMNO tu, kalau tok Guru dah kata UMNO bodoh, Mat-Mat Rock sikat atas kepala pun kata UMNO bodoh, jadi siapa lagi yang sanggup bersama UMNO,,,,,.

Oiii, tinggallah UMNO tu,, jika kalian dalam UMNO, saheh kalina sama turut terpalit dengan bodoh..., bodoh itu apa, bodoh spesis bangang, bangang tu apa, bangan tu kurang cerdik, kurang cerdik tu apa.., kurang cerdik tu makan taik adik..... mua..muaa.. muua...

Monday, May 3, 2010

Oiii!!! Bersikap Adillah Kepada Polis....

Salam Sejahtera....

Berita jam 7.00 sebentar tadi aku dok dengar leteran dari IGP, malas nak komen banyak,, kang.. kang... kang... tak pasai....




Cuma aku nak tanya...., ADILKAH anggota polis pada Sidang DUN Negeri Perak yang sanggup mengusung dan mengurung Speaker DUN YB Sivakumar...., Menahan anggota ADUN dari PR untuk memasuki Sidang DUN, Menahan DS IR Nizar untk memasuki ke Pejabat SUK apabila mahkamah tinggi istihar MB yang sah sebelum Mahkamah rayuan kemudiannya membatalkan...,

Oii Ini fakta.... Adilkah Polis kepada majoriti rakyat Perak yang memilih PR pada 08 Mac 2008 yang lalu....

Cukuplah Pengarah Filem Yusoff Haslam yang sentiasa memaparkan filem-filem dalam gerakkhas, roda-roda kota raya dan tah apa lagi, yang menunjukkan betapa hebatnya polis Malaysia..

Memang Berbaloi-baloi...

Wal hasil balik asal...

Apa pun tak payahlah nak komen-komen apa-apa, bagi aku segala penat jerihnya selama ini berbaloi sudah, nak cari manusia bangsa Melayu berprinsip macam Zaid Ibrahim, Hishammudin Rais memang susah........

Tetapi bila aku baca kenyataan di bawah, panas sekejap!!! apa tidaknya, sedap betoi mulutnya berkata-kata, apa pun rakyat macam aku ni selagi akal fikiran masih waras, akan ku kenang sampai mati.....




Apa pun kesian kat ahli-ahli UMNO yang dari DULU, KINI dan SELAMANYa, setia sehidup semati kerana Melayu, tak pulak di pilih oleh Najib jadi Senator,, malah ada yang menang Ketua Pemuda UMNO, Ahli Parlimen, Timbalan Menteri pun tak dapat....


Yahooo...Menang-menang!!!

Salam Sejahtera...

Bila Pulau Batu Putih terlepas ke negara Singapura bebarapa tahun yang lepas, Menteri Pakar Bakar Jambatan mengatakan Malaysia sebenarnya WIN-WIN....

Kini nampaknya serupa masaalah yang serupa, cuma sebelum ini rakyat tak tahu pun, apakah ini pun dibincang dalam gelap juga, tau-tau semalam dah kecoh..., kalau tak ada PRK Sibu, mungkin rakyat tak perasaan langsung, yang tanah milik negara dah terlepas ke tangan Berunai pulak, Itu pun menang-menang lagi,,, menang kepada poket siapalah ya....!!!




Sunday, May 2, 2010

Betui... Aku Percaya..

Salam Sejahtera....

Biar betui, Tetapi begitulah, sesekali kalau dah kenyataan, kita kena teima, walaupun sukar ak mempercayainya.. Sebab-sebabnya aku tulis di bawah.. kenapa aku percaya..


Mengikut sumber-sumber yang kita sendiri sedia maklum, kerajaan Amerika bimbang dengan peningkatan teknoloji nuklear Kerajaan Republik Islam Iran, jadi kerajaan Amerika mahu Malaysia sebagai penghubung kepada Iran mengenai masaalah ini, nak tahu kenapa, Kerajaan Amerika semakin bertambang gusar dengan kejayaan Iran baru-baru ini dapat mencipta pesawat helikopter udara penggempor tanpa pemandu, itu yang menambah kegusaran Iran.

Tetapi yang lebih menghantui Amerika ialah dengan kehebatan negara Kita Malaysia, sebab baru-baru ini Malaysia telah mencipta sejarah dengan pesawat perang F5E ciptaan Amerika telah diubahsuai digunakan tanpa menggunakan enjin. Itulah sebabnya Obama ingin bertemu Najib, hairannya beliau dengan kecanggihan Malaysia.


Berita Bergambar : Ini Baru Pemimpin Bersama Rakyat.

Salam Sejahtera...

Jarang sekali Pemimpin Negara dapat duduk bersama-sama dengan Kesatuan Sekerja MTUC, tetapi nampaknya Pimpinan Kerajaan Negeri Selanor boleh bersama-sama dengan MTUC...

Tahniah, ada kesepakatan antara Kerajaan Negeri dengan Kesatuan, moga-moga ini akan menghasilkan impak positif buat rakyat.

Nak harap kerajaan BN, malam sikit la...dia kena tanya APCO dulu....



Saturday, May 1, 2010

Berita Tergempar... Kemungkinan Ada Lagi PRK !!!!

Salam Sejahtera..

Akibat bekerja terlampau melebihi waktu tanpa mengira masa, menyebabkan seorang lagi Ahli Parlimen yang dipercaya demam dan telah dimasukan ke Hospital.

Sama-samalah kita mendoakan agar ada lagi Pilihan Raya Kecil, Seronok orang-orang kampung dapat bonus durian runtuh.... Nak tau dimana !! Kali ini aku malas nak copy & Paste.., Tak suspen kan.., Jadi Klik Di SINI.

Insyaallah, tak lama lah tu...

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari