boikot

boikot

Segarkan ingatan anda...

Segarkan ingatan anda...

Monday, April 19, 2010

Nostalgia 38 Tahun Yang lalu.. (Nukilan Hishamudin Rais @ TukarTiub.




KESAH LAMA UNTUK DI INGAT KEMBALI


MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG?


PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU

Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlime
n. (TT)

( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)

PRK P 094 - Keikhlas Yang Aku Mahu....

Salam Sejahtera...

Salam buat pengundi-pengundi Hulu Selangor...

Pengakuan Sudah dibuat... Siapa yang tak melakukan kesilapan, Jadi Fikirkanlah....



Ehsan dai Akhbar Sinar Harian.


Betul ker Tajuk Ini..

Salam Sejahtera...

Satu tajuk berita dari kenyataan Menteri yang paling kelakar dalam tahun 2010.

Betulkah BN tak zalim, cuma UMNO saja yang zalim...

Aku malas nak menulis nak menulis bab kezaliman yang dilakukan oleh BN terhdap rakyat.

Agak-agaknya 7 hari 7malam pun tak habis kalau aku nak cerita bab kezalinan Bn kepada rakyat..

Sendiri fikirlah, zalim ke tidak BN, kalau anda mengatakan BN ini tidak zalim sama seperti menteri yang mengeluarkan kenyataan tersebut, beerti pemikiran anda telah diracuni dengan budaya-budaya kezaliman yang anda sendiri tidak sedari..

Sunday, April 18, 2010

Bakal Ahli Politik UMNO!! Pengganti Khairy Jamaludin

Salam Sejahtera...

Memang aku respect 100% kepada pelajar "Tuan Muda" yang berjaya memperdaya beberapa kakitangan kerajaan beruniform seperti polis dan tentera, semua kena kencing dengannya...

Sepatutnya bukuan budak itu sahaja yang kena ambik tindakan, tetapi semua pegawai-pegawai keselamatan kerajaan yang terlibat pun kena ambik tindakan, kerana buat kerja tanpa usul periksa, mentang-mentang keluarga atasan, terus main percaya,, last-last kena kencing...

Sepatutnya kementerian dalam negeri kena bagi anugerah Gueiness Of Record terbaik sebagai penipu no 1 Malaysia. Oii bukan senang ia nak rancang buat plan sebegitu rupa, kalau teman baiknya tak buka rahsia, aku ingat sampai sekarang pun polis tak tahu.......

Dalam akhbar sinar muka hadapan, Tuan Muda itu bercita-cita menjadi ahli politik bila besar nanti,

Katanya, dia ingin menjadi ahli politik, tetapi tidak berminat menjadi menteri.

“Saya tidak mahu terikat kerana saya suka memberi pandangan secara bebas, tetapi bukan bermakna saya hendak jadi pembangkang,”


Kalau dah tau mau jawatan Menteri, tapi bukan Parti Pembangkang, Parti UMNOlah tu... memang cantik pun, sesuai sangat...

Seingat aku, Mahathir sewaktu PM penipu besak, Pak Lah pun penipu besak,, Najib!!!,.


PRK P 094 - Pandai Sungguh Azmin Ali Berpoltik!!

Salam Sejahtera..

Aku malas nak campur hal ehwal dalaman Parti PKR ni, tetapi dalam suasna PRK ni yang seumpama berperang antara kura-kura dengan sang Arnab, aku rasa tak berapa nak kena cabaran yang dibuat oleh Azmin kepada BN...

Dalam rakyat pengundi memboikot nak membaca Utusan Malaysia, namun tajuk besar di muka hadapan akhbar tersebut sudah merupakan pukulan maut buat calon PKR...

Kasihanlan sama kepada petugas-petugas Parti yang datang dari seluruh Semenanjung Malaysia samada PKR, PAS dan DAP yang berkampung du Hulu Selangor dengan tanpa sesen pun upah untuk keringat peluh mereka itu, mereka cuma mahu kemenangan berpihak kepada Pakatan rakyat sebagai upah kepenatan kerja-kerja yang mereka lakukan...

Tetiba awal-awal lagi pimpinan tertinggi PKR mencabar sebegini, bukan begini caranya nak lawan dengan UMNO.....


Awas, tempoh masa perang tinggal 5 hari saja lagi !!...




Fatwa baru - Haram lagi!!, Harus dah digunakan untuk namanya..

Salam Sejahtera...

Kalau sebelum ini beliau membuat kenytaan tidak beriman seseorang itu kepada Ahli Parlimen Shah Alam, yang mana kemudiannya menukar kenyataan lain pulak,,,

Kini bila isu APCO Israel yang mana jemaah Masjid Negeri Perak mengadakan di perkarangan masjid Negeri mengutuk perbuatan tersebut, dengan senang dan mudah beliau mengeluarkan fatwa haram lagi... harus tak ada dalam kepala otaknya sebab dah digunakan sebagai namanya.

Apakah haram fatwanya itu kerana pihak yang terlibat itu parti anutannya!!!!!!!





Saturday, April 17, 2010

PRK P094 - Blogger UMNO Dah Mula Berbohong...

Salam Sejahtera...


Blogger terlampau Parpukari yang dah tak ada idea nak buat cerita, hilang etika sebagai blogger UMNO....

Sanggup membuat cerita bohong ...., yang penting blog hit,, fulus mesti masyuukkk...

Cerita bohong peduli apa, pembaca penyokong UMNO mesti percaya punya....

Apa nak buat,, kalau pemimpin UMNO sendiri menjadikan berbohong itu sebahagian dari rukun parti mereka,,,

Jadi tak hairanlah,,, blogger UMNO pun kaki berbohong...,,

berbohong DULU, KINI dan SELAMANYA.





PRK P094 - Kenapa Si Dia ni Sibuk Membela Samy Veloo

Salam Sejahtera...

Orang lain tak sibuk pun cuma si dia ni sorang yang sibuke..., kenapa ya... apakah kerana same colour....













Friday, April 16, 2010

PRK P 094 - Berita dari Gambar - Package 2 Dalam 1..

He he he benar seperti yang di kata.....


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad bersama isteri, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (kiri) bersalaman dan beramah mesra dengan para penduduk ketika melawat Kampung Gersir, Hulu Selangor hari ini. - foto BERNAMA

Nak Pinjam kata-kata dari M3M...

She's forty and I'm sixty
Once S/U puteri, now she's my bini

Good Night Tan Sri...
Have a Nice Day...

PRK P 094 - Seorang Lagi Ahli Parllimen PKR Dijangka Akan Melompat.

Salam Sejahtera...

Nasib begitu malang buat Parti Keadilan Rakyat, betul-betul kaw-kaw dugaan yang menghimpit PKR sebelum nak mencapai wawasan keadilan untuk semua.

Malang yang bertimpa tak habis-habis, baik untuk parti mau pun untuk individu utama PKR DSAI.

kenapa jadi begini,, Wallah huaklam.

Maklumat terbaharu dari sumber yang boleh dipercayai memaklumkan seoarang lagi akan menyusul seperti mana ADUN Bakar Arang Kedah yang kecewa jawatan EXCOnya digantikan oleh orang lain...

memang dah lama juga aku dok perasaan si anak berudu ni yang bakal akan menjadi katak membuat kenyataan di media...baca di SINI

Bagi aku sesapa yang nak lompat tu lompatlah, lompatlah tingi-tinggi sikit, kalau jatuh pun nanti gedegup terus mampusss.,,, masa ni la nak buat duit,, rakyat selaku pengundi boleh tahu apakah situasi sebenar yang berlaku...

Selagi yang termampu, selagi ada kekuatan yang dikurniakan Allah, insyaallah, apa yang aku boleh buat aku akan buat, sekurang-kurangnya pembaca akan bertambah ilmu pengetahuan bab suasana iklim politik Malaysia, ya politik Malaysia yang akan hancur kalau dibiarkan UMNO berkuasa...

PRK P 094 - Kesian Kat Dia.. Merajuk Orang Tua tu..

Salam Sejahtera...

Dalam suasana sibuk UMNO mencari calun untuk kerusi Hulu Selangor aku dot tertunggu-tunggu juga dimana suara keramat pemimpin orang Melayu...

Binawe betui wartawan akhbar perdana, sorang pun tak ada yang nak pi interview orang tua mengenai calon di Hulu Selangor.

Tup-tup hari ini keluar berita...

"Saya tidak akan berkempen. Jika ada yang ingin menggunakan nama saya untuk berkempen, itu masalah mereka...Saya tak peduli,”

Baca Seterusnya..

Kesian kat dia,, sampai hati depa buat macam tu kat orang tua tu..merajuk sedih meraban dia... Melayu derhaka tu..

Mana Berahim Ali,,, mai la pujuk orang tua ni....

Eish!, Eish! Macam kanak-kanak sekolah khas aja...

Salam Sejahtera..

Selalunya peringkat umur kanak-kanak dalam usia 5 - 8 tahun yang digelar dengan Nakal, nak sebut jahat tak sedap didengar oleh telinga, sebab kanak-kanak...

Namun apa maksud sebenar yang dikatakan nakal tu...

nakal 1. suka melakukan sesuatu yg dilarang spt mengganggu dll (terutama kanak-kanak), tidak menurut kata: Nadan memang ~, kadang-kadang dia mencuri duit ayahnya;

2. buruk kelakuannya, jahat: isterinya yg ~;
menakal nakal atau jahat kelakuannya, berkelakuan nakal;
menakali membuat nakal kpd, mencerobohi, mengganggu (orang); ~ isteri orang mengganggu isteri orang;
kenakalan perihal nakal, kejahatan: risau ia melihat ~ anaknya. Sumber Kamus Dewan Edisi Ketiga.

Pagi tadi aku ada posting mengenai Dr Asri diberi amaran akan ditangkap jika tidak hadir ke JAIS dalam tempoh seminggu.., Ini arahan apa ni..,, haaa, baru ada akai.., kang dah kena ungkapan nakal..., ambik kau..aku tak mau apa yang Dr Asri tulis, Kalau aku ada kekadang jiran menyebut anak kita nakal, oiii tebai muka oiii. Ni Pengarah JAIS yang dikatakan NAKAL,,, Tak tahulah apa nak jadi 1Malaysia ni..,

Baca DI SINI

PRK P094 - Maksiat Terang-terangan dihadapan mata..

Salam Sejahtera...

Inikah Islam yang dilaungkan oleh UMNO, Islam Kepala Bapak Mereka..., Kenapa hak jantan pakat diam buat-buat tak nampak aja...Bagi aku calon tu dia tak tahu hukum haram ka halal, tapi yang Melayu mengaku Islam depa yang punya Islam tu pun sama-sama tak tahu ka.. .

Double Klik Gambar ni kalau rasa tak berapa jelas..
He he sekali pandang seolah-olah macam gambar sessi penggambaran filem UDA dan Dara pulak yang sedang berjanji setia sehidup semati......

Gambar ni aku ambik dari darulehsantoday.

Kenapa Yang Tukang Lapor Pula Nak di Tangkap!!

Salam Sejahtera...

Inilah salah satu hebatnya 1Malaysia,, kalau dulu rakyat Malaysia takut nak buat report polis, kang yang tukang repot pun terlibat sama,,, kini nampaknya penyakit tersebut telah menular ke Jabatan Agama Islam Selangor pula...

Waran tangkap jika Mohd. Asri tidak hadir

SHAH ALAM 15 April - Waran tangkap akan dikeluarkan terhadap bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin jika beliau gagal hadir dalam tempoh seminggu untuk menjelaskan tentang 'upacara telan air liur' yang didakwanya dilakukan seorang tokoh agama di negeri ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, tempoh seminggu yang bermula hari ini hingga 21 April diberi kerana pihaknya belum mendapat kerjasama Mohd. Asri untuk menjelaskan dakwaannya itu.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengepos dan menghantar melalui faksimili surat arahan supaya Mohd. Asri hadir membuat penjelasan.

Menurut beliau, surat arahan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor (Nombor 9) 1995.

"Kita memerlukan maklumat mengenai 'upacara telan air liur' daripada beliau. Sebelum ini kita memang tidak mempunyai maklumat mengenai 'upacara' itu atau menerima aduan mengenainya daripada mana-mana pihak sehinggalah Mohd. Asri mendedahkannya di portal berita Internet.

"Jika Mohd. Asri gagal hadir seperti diarahkan, tindakan akan diambil mengikut Seksyen 58 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003 iaitu mengeluarkan waran tangkap," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini petang ini.

Mohammed Khusrin menegaskan, JAIS tidak mempunyai masalah dengan Mohd. Asri tetapi jika beliau enggan bekerjasama tindakan mengikut undang-undang akan diambil.

Sementara itu Dr. Mohd. Asri mendakwa JAIS mengetahui mengenai kewujudan 'upacara telan air liur' yang melibatkan seorang tokoh agama di negeri ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan bahawa aduan mengenai upacara itu telah dikemukakan kepada JAIS pada Isnin lalu, iaitu hari yang sama beliau membuat pendedahan mengenainya di sebuah portal berita propembangkang.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang dikatakan membuat aduan mengenai kegiatan tokoh agama itu.

Justeru menurut Mohd. Asri, beliau tidak perlu menjelaskan isu itu kepada JAIS kerana pihak berkuasa agama itu sudah maklum mengenai perkara tersebut.

"Saya rasa Pengarah (JAIS) sendiri sudah mengetahui perkara tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Thursday, April 15, 2010

Mufti Perak - Semakin Hari Semakin Terserlah..

Salam Sejahtera...

Kalau sebelum ini, mangkok hayun ni cuma berani mengeluarkan fatwa haram orang kafir membaca al-quran, kitab mana yang ia ikut aku pun tak tau...

Kemudian sewaktu Nizar memegang lilin sewaktu upacara menghormati mendiang TBH, tak sempat-sempat apa lagi, terus haram,, haram selalu..harus sani.. harus dua kali maknanya..., jadi hak harus dia punya... hak lain haram....

Kemudian bila kes perebutan Speaker si mangkok ni ada dalam dewan, tercokoh aja,,, diam pulak,,, haram ka harus pun tak tau...

Tau-tau bila ada program sembahyang hajat kat rumah Zamri kediaman MB, mangkok ni pun ada sama, siap jadi tukang baca doa rupanya...

Yang terkini dan sensasi, Mangkok ni selaku Sohibul Samahah Tan Sri Dato Seri Dr Mufti Negeri Perak mengeluarkan fatwa yang YB IR Khalid Samad Tidak Beriman..., Fuiyo... Kalah Ulama Besar Dr Yusof Qardawi..

Hebat 1malaysia...





Terus baca .harakahdaily.


PRK P 094 : Betapa Cerdiknya Samy Veloo,

Salam Sejahtera...

Sudahlah kehendak akar umbi penduduk majoriti kaum Melayu Hulu Selangor diketepikan begitu sahaja oleh UMNO yang selama ini kononnya menjaga hak kepentingan orang Melayu, mana dia ?... habaq mai kat aku.., dengan ugutan Samy Veloo aja Najib dah kecut.., kononnya semangat setiakawan BN pulak..,

Dalam pada Kerusi Parlimen Hulu Selangor diberin pengesahan oleh Najib bahawa hak MIC, Samy Veloo masih lahi mempergunakan kuasa yang ada padanya mahukan G..Palanivel Timbalannya sebagai calon...!!!

Hangpa nampak tak betapa egonya lagi Samy Veloo tu..., Walau pun ia tahu majoriti Pengundi BN tidak mahu Palanivel.

Oleh kerana UMNO parti yang takut akan kalah lagi, mahu tidak mahu Muhyiden telah menamakan Kamalnathan sebagai calon BN, tetapi belum apa-apa lagi yang menangnya ialah Palanivel...



Satu lagi jawatan Senator terpaksa diwujudkan untuk kepentingan kaum India,, Palanivel dan Samy Veloo tak perlu susah hati lagi, BN menang atau kalah jawatan untuk Palanivel dah tentu ada...

Jadi buat pengundi Parlimen Hulu Selangor, pandai-pandailah menggunakan kuasa yang ada ditangan ada, jikalau anda pilih BN beerti andi memilih pembaziran wang rakyat yang mana sudah tentu wang anda juga..






PRK P094 : Tahniah Buat Johan Md Diah...

Hu hu.... syoknya PRK Hulu Selangor......



Moga-moga ada hikmahnya semua ini... Hancur BN, Hancur UMNO... AMIN..

Hangpa Semua Ada Perasaan ka Tak!!!

Salam Sejahtera.....

Aku tak tau nak kata apa-apa lagi, nak maki hamun pun tak guna dah..., apa cerita ni, kalau nak pi bersosongkol dengan Amerika mampuih pi lah, pilah nak tunjuk hebat sebab dapat bergambar dengan presiden Obama..., Tetapi perbuatan sama-sama degan Amerika menentang projek Nuklear Iran tu apa cerita,,,, Iran tu pun Islam juga...,

Padanlah Menteri yang jaga hal-ehwal agama Islam pun boleh halang Mahkamah Syariah nak jalani hukuman Qazaf, rupanya PM yang lantiknya tu pun pencacai Amerika....,



Baca selanjutnya DI SINI dan juga SINI.

Buat Pengundi Islam Hulu Selangor, fikir dan sedarlah apa yang telah berlaku, dimanakah nilai-nilai kemurnian Islam yang UMNO dok laung-laungkan..., jangan sekadar sembang buat cerita kosong aja.....

Tok Mufti, Pengerusi Majlis Fatwa,,, tolonglah berita fatwa atas pertbuatan Najib tu,,,

Wednesday, April 14, 2010

Betui-Betui Haram Jadah...

Salam Sejahtera...

Berita Hari ini.. 14 - Apr 2010

Permohonan qazaf ke atas Mohd. Saiful Bukhari ditolak
14/04/2010 10:59am

KUALA LUMPUR 14 April - Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini membenarkan permohonan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir, Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie, Shamsudin Hussain untuk membatalkan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan perintah agar bahagian pendakwa JAWI mendakwa Mohd. Saiful Bukhari Azlan mengikut qazaf. - Utusan


Komen Aku: Semasa isu Kartika yang dihukum Sebat kerana kesalahan minum arak, boleh dikatakan semua pimpinan menteri UMNO yang ada basic pendidikan agama menyokong hukuman tersebut.

Tetapi bila kes DSAI VS Saifoll Bukhari di bawa ke mahkamah syariah untuk pembelaan yang lebih adil kenapa ada menteri yang menjaga hal=ehwal Agama Islam itu sendiri yang menentang atau menghalang permohonan tersebut. Sepatutnya sebagai yang menteri yang autoriti Islam kena sokonglah.. Ini tidak.....Betui-betui haram jadah punya manusia lagi ni.....

Hanya Dua Kali Seumur Hidup..

Perrgg... Bersanding lagi yob..., tak apalah kalau jodoh tu kekal cuma masing-masing sorang dapat merasainya dua kali seumur hidup...

Hangpa tengok Isa Samad... terngaga mulut tu..., tak sempat dah tunggu esok,,,, esok..., ialah esok hari Khamis!?!?!?!?!?!?!?!?!?!?!

Empat tahun Yob !!! lama tu ........ Dengar cerita tadi dalam TV Puan Sri Bibi kata nak honey moon kat Hulu Selangor,,, Hulu Selangor pun OK lah tu... Kuala Kubu dengan Bukit Frazer pun tak jauh, setengah jam boleh sampai...,

Untung Tan Sri Isa, Menang kat Bagan Pinang, dapat pula memenangi hati wanita.,ooppps,,, salah tu...puterilahhh.,


Isa Samad - Dari Skandal Dalam Blog Menjadi Realiti..

Salam Sejahtera...

Sebelum ini kita hanya terbaca bila terjadinya PRK Bagan Pinang taun lalu mengenai skandal Isa Samad dan seterusnya DI SINI




Apa pun perkara yang lalu tak perlulah diungkit-ungkit lagi, biarlah mereka dengan cara mereka,,, cuma aku sering terfikir kembali.....

Betapa Maha Kayanya Allah S.W.T yang mengatur hidup umat-umatnya...., mari kita fikir-fikirkan bersama, kenapa Allah pertemukan jodoh pelakon Zizie dengan Bung Mokhtar, kenapa tak dipertemukan dengan lelaki-lelaki atau pun pemuda-pemuda PAS, kenapa tidak, semua ini hak Allah.

Begitu juga dengan Isa Samad dan Bibi tu,, betapa cantiknya Allah mempertemukan sesama mereka..., Allah S.W.T tak pertemukan Isa dengan Muslimat PAS.., dipertemunya sesama UMNO.kalau tak UMNO pun artis.... Subhanallah..

Tuesday, April 13, 2010

Perlaksanaan Tugas Penguatkuasa MPM Di Pasar Malam..

Salam Sejahtera...

Entah macam mana pagi tadi sebelum nak pergi kerja bini aku memesan nak makan kuah rojak Mak Bee, semalam tak pesan pun, pagi baru teringat, mengalahkan orang perempuan mengidam lagi,..

Nak tak nak balik kerja petang tadi terus aku lajak ke Kampong Stiawan, petang Selasa Pasar Malam di sana, semalam Senin Pasar Malam kat Kpg DSK..

Selesai saja aku beli benda yang dihajati, dan nak balik nampak gerombolan beruniform ramai dalam 7-8 orang sampai nak masuk ke tapak pasar malam.

Orang yang sama pada petang semalam di Kpg DSK..

Semalam aku tak bawa kamera, entah macam mana hari aku bawa pula.. nak jadi bahan cerita..

Mangsa pertama mereka yang sempat aku curi-curi ambik gambar ialah penjual ayam panggang percik, member ni aku dok perasaan baru lagi nak belajar berniaga, sahih tak ada lesen,, kena lah tu....

Semalam aku sempat tanya kat peniaga barangan kering, bayaran lesen meniaga Pasar Malam RM 44 setahun, tetapi bayaran saman kalau tak ada lesen RM50..,


Ha!... hangpa tengok, salah seorang Penguatkuasa menjalankan tugasnya, menulis saman,,, habislah duit untung meniaganya hari ini, rezekinya dirampas oleh penguatkuasa kerajaan Pimpinan UMNO Laknatullah.

Pasai apa aku kata begitu, peniaga-peniaga pasar semuanya kena bayar sewa tapak kepada JKKK Kampong-kampong yang diadakan pasarmalam, satu lot RM2, selalunya kalau macam warung ayam tu 2 lot juga, dah RM4, setiap kali meniaga. Oklah, itu duit upah nak kemas dan cuci sampah sarap setelah selesai pasar malam.

Yang MPM untuk apa nak kuatkuasa lesen lagi,,, kalau nak juga boleh, berilah amaran dulu, ini tidak, terus periksa kalau tak ada lesen saman, itu yang aku dengar rungutan dari peniaga petang semalam..

Kalau dah asyik kena saman, macam mana mereka nak jual barang dengan harga yang berpatutan dan ikhlas, yang jadi mangsa pengguna macam aku ni...
Hebatnya UMNO memerintah negara...

Monday, April 12, 2010

Mari Sama-sama Kita Kenali Lelaki Paling Hebat..

Salam Sejahtera...

Ho ho ho... ini rupanya manusia jenis tak ada hati perut ni...

Hanya berani dengan bini,.....

Orang Felda Bukit Sagu 2, siapa yang kenal dia ni..,, harap-harap dia ni janganlah sesekali Ahli PAS, buat malu seluruh parti aja. Tapi dalam pengamatan aku, tengok ke rupa macam ahli UMNO ajaaa mangkok ni, tu yang kelapak buloq tak tentu hala tu...

Sampai bini tak sihat pun ak peduli, ia kira kehendak nafsu dia aja....

Nasib baik hakim yangberugas bagi hukuman 6 tahun 2 sebatan, kalau aku jadi hakim sahih semaksima hukuman yang aku jatuhkan, buat pengajaran kepada lelaki lain, Jenis manusia macam ni patut kasi (kembiri) aja, macam kat kucing jantan tu... baru ada akai.. .

Kemalangan di Jalan Manjung - Billion

Salam Sejahtera...

Entah macam mana hari ini waktu balik dari kerja singgah ke kedai beli insurance motor, dah dua minggu roadtax tak ada, mangkok hayun Menteri Kewangan Malaysia, Insurance motor 10 tahun ke atas kena beli 3rd party, harganya RM92, ada pula PA diwajibkan beli, haram jadah betui.., RM 36.00, jumlah Insurance aku kena bayar petang ni berjumlah RM128.00 untuk motor yang dah 12 tahun, itulah kerajaan prihatin, kwah phuuihh.apa pun aku tak halalkan ke atas penindasan oleh pemerintahan yang dikatakan adil kepada rakyat.

Dalam perjalanan balik selepas selesai kat sewaktu membelok jalan simpang menghala ke masjid, petang tadi ada pulak kemalangan kecik berlaku, kat kawasan U Turn dah belok masuk masjid Daerah Manjung, sama menghadap Balai Polis Daerah Manjung.
Ditengah-tengah jalan kemalangan itu berlaku, kiranya agak beberapa minit kejadian tersebut dah berlaku, tapi sayang walaupun menghadap Balai Polis aku tak nampak pun seorang anggota polis yang mengawal keadaan disini...

Aku tak kenal mangsa yang terlibat ni...


Kasihan mengaduh kesakitan, aku dengar cerita dari saksi-saksi yang melihat kejadian, mangsa melambung sewaktu pelanggaran tersebut.


Inlah kereta yang terlibat,,, nombor tak boleh pamer..., kang ada yang rajin pulak...c

Inilah rupa motor mangsa...


Tahap kesihatan di badan tak tau macam mana, tapi rupa motor nampak gaya mau beratus juga tu..

Jadi buat pemndu-pemandu tu, yang besar seperti kereta sama-sama jaga yang kecik macam motor dan basikal, dan yang motor pun janganlah dok cilok atau rempit pulak, sama-sama jaga,, boleh kan....

Kazim belasah Manjongmari..

Iklan Manjungmari